klik!2

Ahad, 1 Januari 2012

Mungkinkah Itu Petunjuk Istikharah?

Assalamualaikum. Alhamdulillah telah kita melangkah ke tahun baru. 1 Januari 2012. Semoga tahun ini berbekalkan azam yang baru dapat kita bekerja keras ke arah cita-cita yang tertanam. Insyaallah.

Suatu perkara yang cukup subjektif untuk diulas. Mungkin benar dan mungkin juga tidak. Oleh kerana status kebenarannya itulah aku was-was untuk memasukkan cerita ini ke blog kesayangan. Namun, selagi ia dipanggil pengalaman dan menarik untuk dikongsikan bersama, apa salahnya. Kerana anda juga mungkin pernah dan akan melaluinya.

Beberapa tahun yang lalu, aku pernah dilanda kekecewaan. Kekecewaan bercinta. Cukup sampai disitu. Kerana bercinta adalah maksiat.

Siapa kata? Aku kata.

Mengapa Izzat berani katakannya? Kerana bukan seorang, malahan semua ustaz2 telah jelaskannya.

Mengapa dulu Izzat juga bercinta? Kerana aku juga manusia biasa, ingin mencinta dan dicinta.

Mengapa kini baru Izzat berani katakan cinta itu maksiat? Kerana aku sudah melaluinya. Banyak yang buruk daripada baiknya.

Izzat tidak layak katakannya!! Jika kau seorang perokok, kau bahagia melihat anakmu merokok bersama?

Pengalamanku yg cukup luas dalam mencari cinta manusia. Yang jelas nyata dan kelihatan tanpa selindung, buruknya mengatasi kebaikan. Apa cara sekalipun, apa jenis percintaan yang dilalui pun, samaada percintaan CUDIPT, percintaan "islamik", percintaan tutup aurat dan sebagainya pun tetap keburukan mengatasi kebaikan. Kerana syariat Allah telah menggariskan nikah itu adalah penyelesaiannya.

Aku tidak menyalahkan 100% kepada pasangan bercinta. Kerana budaya, sistem pendidikan, dan kekangan kewangan menyebabkan kita gagal dalam menggalakkan pasangan kahwin awal.

Seorang sahabat yang kini menuntut dalam bidang agama di Mesir, apabila ditanya bagaimana cara untuk aku mengelakkan semua dosa,dalam masa yang sama ingin mendapatkan calon terbaik sbg isteri. Beliau sarankan agar aku menetapkan tarikh perkahwinan dahulu. Katakan aku ingin berkahwin pada 31 Disember tahun ini, mulakan kumpul duit dari sekarang. Apabila sudah hampir cukup, minta org yg dipercayai sama ada ibu, rakan2 atau guru2 carikan. Jika ada pilihan sendiri, cari ibu ayahnya, pinang si dia dalam 2 3 bulan sebelum tarikh pernikahan.

Jika si dia menolak? Izzat kan lelaki. Biasa lah tu. Go for another girl. 3 4 kali ditolak pinangan jauh lebih macho daripada 3 4 kali clash bercinta. Percayalah.

Berbalik kepada petunjuk istikharah, inilah yang aku mahu kongsikan. Apabila keadaan sudah tidak dapat diselamatkan dalam percintaan, maka aku lakukan solat istikharah. Nekad aku, aku akan lakukan sehingga terang jelas dan nyata petunjuk dari Allah SWT. Perkara yang sepatutnya aku lakukan sebelum mengambil keputusan melamar dia. Sebaliknya dah nak berpisah baru terhegeh-hegeh kembali kepada Allah.

Apabila hati dalam keadaan menyayangi dia, kita sukar untuk menerima takdir. Dalam aku melakukan solat istikharah yang berlangsung selama berminggu-minggu, aku mendapat pelbagai petanda. Antaranya yang paling aku ingati, sepasang burung yang teramat cantik warna-warni, aku jumpai mati sewaktu aku mengayuh basikal. Aku berhenti, dan memerhatikannya. Burung-burung itu ternyata baru mati.Kedua-duanya dalam keadaan terbaring. Keadaan yang amat luar biasa. Satu, kerana spesies itu belum pernah aku temui. Dua, matinya serentak. Tiga, matinya betul2 di tengah jalan lengang, tanpa ada kesan dilenyek kereta. Aku tinggalkan burung-burung itu dengan hati bertanya, mungkinkah ini petunjuk yang aku harapkan. Namun aku teruskan istikharah.

Dalam mimpiku, aku tidak pernah bertemu dengannya. Malah ada bisikan-bisikan untuk aku bertindak ringkas dengan menuruti kehendak Allah. Bermakna, aku perlu tinggalkan dia. Dan akur jodoh tiada. Tapi keadaan pada masa itu, dalam keadaan bengang dan kecewa, aku masih belum dapat terima. Betapa bodohnya aku. Meminta petunjuk, apabila diberi petunjuk, aku pula yang menafikannya.

Seingat-ingat aku, ada banyak petunjuk-petunjuk lain. Tapi yang terakhir untuk dikongsikan, aku juga menjumpai pasangan rama-rama dan cicak turut mati bersama. Ingat-ingat lupa. Tetapi inilah antaranya yang aku alami.

Benar atau tidak ini adalah petunjuk, wallahualam. Jodoh milikNya. Aku standby sahaja..Be a man..Ikut lunas Allah SWT sediakan, kau akan jadi paling mskulin dan macho dalam dunia. Seperti Rasulullah.

Tiada ulasan:

Survey!