klik!2

Ahad, 15 Januari 2012

Mengharap Kilauan Emas London 2012

Dua kejohanan Super Series menyaksikan kejutan dengan kekalahan Lin Dan. Terbuka Korea minggu lalu menyaksikan Datuk Lee Chong Wei meniupkan serangan psikologi menjelang Olimpik London pada Julai ini. Kejayaan 12-21, 21-18, 21-14 pada mulanya dilihat pemerhati badminton sebagai permainan sandiwara Lin Dan. Buktinya, dia hadir ke Kuala Lumpur pada kejohanan terbuka Malaysia awal minggu ini dgn amaran "saya akan mendapatkan gelaran pertama Terbuka Malaysia pada kali ini".

Satu-satunya gelaran kejuaraan yang belum berada dalam genggaman Lin Dan adalah Terbuka Malaysia yang juga menjadi Emas Kekal Datuk Lee Chong Wei semenjak tahun 2004 sehinggalah 2011, kecuali edisi 2007 yang dimenangi Peter Hoeg Gade dari Denmark. Malah sejarah 2005 dan 2006 masih kekal dalam ingatan apabila Lee Chong Wei ketika itu mencapai prestasi memuncak dengan dua kali menewaskan Lin Dan di perlawanan akhir penuh dramatik. Apapun, Lin Dan kini masih bermegah dengan rekod 19 kali kemenangan ke atas Chong Wei berbanding hanya 8 kekalahan.

Semalam, sekali lagi Chong Wei menepis pergelutan prestasi apabila menampilkan corak agresif pada set penentuan dengan berjaya mematikan aksi bertenaga Chen Long yang juga jaguh muda China dalam pembikinan. Walaupun tewas pada set kedua dan dilihat agak tekanan berdepan Chen Long, game penentuan nyata sekali memihak Chong Wei apabila mengubah corak permainan kepada corak serangan ketika ketinggalan 8-4. Chongwei terus menutup ruang kebangkitan Chen Long dengan menamatkan permainan di game yang ketiga dengan kemenangan bergaya 21-13. Yang nyata, kemenangan di game terakhir dengan kiraan 13 itulah yang menunjukkan jurang perbezaan pengalaman dari segi ketahanan mental, fitness dan disiplin yang tinggi memihak Chong Wei.

Datuk Lee Chong Wei yang akan menginjak usia 30 tahun pada Oktober ini akan meneruskan misi emas ke-8 peribadinya di Terbuka Malaysia Maybank dengan berdepa jaguh Jepun, Kenichi Tago. Selepas tamatnya kejohanan di Kuala Lumpur ini, tumpuan dunia akan beralih kepada pusingan kelayakan Piala Thomas pada Februari depan. Pada Mac, Lee Chong Wei akan mempertahankan kejuaraan All England yang dimenanginya 2 kali berturut-turut pada 2010 dan 2011. Setelah itu, dunia badminton 2012 akan diwarnai dgn beberapa lg kejohanan siri Super antaranya Terbuka India, Singapura dan Indonesia sebelum kita melihat jaguh2 negara membawa misi London 2012 dengan harapan sebutir emas berhasil.

Olimpik 2012 jika dari segi teorinya bakal menjadi Olimpik terakhir disertai Chong Wei. Dengan usia yang mencecah 30 tahun, ini adalah peluang terbaik setelah dibelasah Lin Dan pada 2008 ketika Olimpik berlangsung di Beijing. Persediaan Chong Wei dilihat penuh ranjau dengan penarikan diri jurulatihnya Misbun, kemudia dilihat terumbang-ambing dalam beberapa siri Super dengan gagal menewaskan jagoan-jagoan muda China dan terbaru beliau mendapat kembali prestasinya apabila kita melihat dia begitu enjoy berada di dalam gelanggang di Terbuka Malaysia.

Sejarah ringkas pembabitannya dalam sukan badminton, Datuk Lee pada zaman kanak2nya cukup meminati sukan bola keranjang. Namun minatnya dihalang oleh ibunya sendiri kerana keadaan gelanggang bola keranjang yang panas dan terdedah. Dia kemudian mengambil keputusan mengikuti ayahnya ke gelanggang badminton. Bakat semula jadi dikesan di dewan badminton apabila jurulatihnya melihat ada asas yang cukup kuat dalam permainan Datuk Lee. Mula mengenal badminton pada usia 11, dia tidak perlu menunggu lama adapabila sudah berjaya berada dalam skuad kebangsaan seawal usia 17. Hanya 6 tahun diperlukan membuktikan sukan ini cukup sebati dengannya. Dia kemudian diasuh Misbun menjadi salah seorang jaguh badminton dunia. Namun malang sekali kerana dia bermain sezaman Lin Dan yang juga seteru utama sepanjang kariernya.  Jika tidak sudah tentu dia akan dikenang sebagai jagoan badminton nombor 1 dunia.

Kualiti yang dipertaruhkan Lin Dan sememangnya diperakui sangat tinggi. Jarang memberikan peluang atau bola yang selesa kepada lawan. Lin Dan dilihat raja sepanjang zaman dalam sukan ini. Tahap permainannya adalah diluar jangkaan. Dia mampu mengubah game kepada 3 hingga 4 corak dalam masa yang singkat. Dia tidak pernah kenal erti putus asa. Dan adalah kehormatan tertinggi untuk Datuk Lee berada di belakangnya dalam setiap kejohanan sepanjang kariernya. Namun, ada satu tahap permainan Datuk Lee yang diaharap2kan rakyat Malaysia. Dia tahu kelemahan Lin Dan. Dia tahu dan yakin tahap permainannya mampu memerangkap Lin Dan. Tetapi apabila di dalam gelanggang, tidak semua yang dirancang akan menjadi. Lin Dan tetap dengan perwatakannya. Dia cukup licik untuk ditewaskan. Tetapi, dia tetap boleh ditewaskan. Itu yang kita harapkan..

Menjuarai Terbuka Korea minggu lalu dgn menewaskan Lin Dan.
Perkembangan permainannya akan terus dinanti dan diikuti rakyat Malaysia. Tetapi juga akan terus diperhati oleh barisan jurulatih Negara China. Menang emas Olimpik, Datuk Lee akan menjadi pemain badminton yang sempurna. Sehingga London2012, selamat maju jaya Datuk Lee Chong Wei. Prospek emas pertama negara di Sukan Olimpik.

Tiada ulasan:

Survey!