klik!2

Jumaat, 30 Disember 2011

2012.Selamat Datang

30 Disember, Jumaat terakhir pada tahun 2011. Alhamdulillah. Syukur kerana masih diberi peluang untuk sekurang-kurangnya membaiki diri sendiri. Di usia 23, ada dikalangan rakan-rakan yang telah pergi lebih awal. Dan Izzat Muzzammil masih lagi sempat menjengah ruangan blog peribadi ini.

2011 dalam tempoh kurang 48 jam lagi akan pergi selama-lamanya. 2011 akan pergi jauh sejauh jauhnya.. Jauh meninggalkan setiap daripada kita. Dan mustahil waktu akan berulang kembali. Putaran dunia akan tetap berlangsung. Dan beruntunglah bagi mereka yang beriman dan beramal saleh. Pelbagai pahit manis, perit jerih, suka duka, tawa tangis, sepanjang 2011 akan tersimpan dalam ruangan yang dinamakan kenangan. Dan lebih bererti lagi jika kenangan itu diabadikan sebagai pengalaman. Kerana setiap pengalaman manis boleh kita ulangi, manakala pengalaman pahit dan menyalahi hukum Allah haruslah kita usaha jauhi sempena menghadapi tahun baru 2012.

Dalam tempoh kurang 45 hari lagi, status pelajar akan luput. Aku akan terus melangsungkan kehidupan di satu tahap baru. Pengalaman baru. Dunia baru. Dunia sebenar. Kadangkala rasa bersedia, tetapi apabila melihat dunia dan kisah-kisahnya, ada sedikit gentar mengusik keberanian.

Jika ditoleh kebelakang. Aku rasakan bahawa peringkat yang aku capai ini adalah satu tingkat khayalan. Di ambang menamatkan pelajaran ijazah kejuruteraan. Sesuatu yang sememangnya aku cita-citakan, tetapi aku tak pernah yakin aku mampu lakukannya. Semua atas dorongan rakan-rakan, keluarga terdekat dan guru-guru. Terima kasih.

Sorot kembali, waktu di sekolah rendah. Asal sahaja ada kerja karangan, pasti cikgu akan tulis dengan pen merah "baiki tulisan". Tulisan aku boleh dikategorikan sebagai cakar ayam. Lebih malang lagi, Ummi aku sendiri asyik dok ulang "tulisan mu ni muzamil, bukannye cakar ayam, serupe taik ayam" katanya yang biasanya akan disambut dengan derai tawa aku. Kadangkala aku akan menjawab "ok la tuuu". Setidak-tidaknya, tulisan buruk aku tu membuatkan aku rendah diri. Dan apabila dikutuk aku akan rasakan akuantara golongan tak pandai.

Waktu darjah 5, aku sememangnya lemah dalam menguasai bahasa Inggeris. Subjek ni memang musuh ketat aku. Dekat mana nak letak "a, an, the, have, has, had, dll" jangan harap aku tahu. Pendek kata memang nyampahhh sangat. Tapi waktu darjah 5 ni aku dapat teacher yang baikkk sangatt hatinya. Teacher Aida namanya. Jadi aku tak mahu kecewakan dia. Dia dah ajar elok. Aku lakukan sesuatu. Aku beli buku kerja yang sama dengan buku kerja yang dah beli kat sekolah. Belakang tu ada answer sheet. So aku tiru je lahh;pp sebab asnwer sheet yg buku sekolah tu dah koyak bg kat teacher. kwang3~

Aku salah seorang pelajar yang lepas ujian IQ lah konon2.. PTS atau penilaian tahap satu. Kalau lepas ujian ni, budak darjah 3 terus lompat darjah 5. Aku pun tak tahu apehal aku boleh dapat. So aku naik je la dajah 5 teros. Tiba2 kat dajah 5 tu aku rasa ketidak cerdikan aku menjadi2. Asal pergi sekolah je wajib kene marah. Asal Sains ngan matematik je kene marah. Ingat aku bodoh sangat ke nak marah2 hah cikgu?? Aku cuma terkejut dengan budaya je. Darjah 3 mane ade keje rumah. Naik dajah 5 teros lagi la aku pening. Otak masih nak main je aku ingat. Kehidupan takkan bermakna tanpa mainan. So bila dah terok kaw2 kene marah, paling kemuncak cikgu tu marahkan aku sampai aku rasa betul2 dibenci. Budak kecik pon ade maruah jugak. Kalau dah satu kelas diam sebab ko marah aku sorang, memang aku bengang laaa..Waktu tu aku betul2 rasa aku takde masa depan. Aku balik rumah, cakap ngan Umi aku, suruh dia buat surat kat GPK menyatakan aku nak turun kelas. Masuk dajah 4 balik smula. Alhamdulillah.. Permohonan diluluskan. Sebab prestasi dalam kelas macam ampehhh.. Aku rasa, inilah satu2nya rekod Malaysia. Suka suki atok die je main naik turun kelas.

Diimbas2 lagi, aku tak sekolah tadika. Bukan 1, tapi 4 sekolah tadika Ummi aku antar. Tak lekat, Manja nak mamposss.. Tadika Taman Setia ngan Seri semantan aku suruh dia tunggu kat luar. Tadika Bukit Tingkat teros tak sempat sampai dalam,kat tangga je. Last Tadika Sg Nerek. Tu seingat aku pergi 3 hari je. Lepas tu malas.

Ko kurikulum. Anda excited?? cisssssssss...ini tekanan terbesarrr dalam hidup aku korang tau tak. Seingat aku, aku daftar PBSM atau persatuan bulan sabit merah sbb kelab ni lah paling tak aktif kat sekolah. So tak payah la nak datang tiap pagi sabtu. Cuti is Cuti k!!jgn ngade nak kacau cuti aku. Aku nak tengok Dragon Ball pukul 9.30 pagi hari Sabtu!!! Sabtu aku selama-lamanya tenang. Hehe.. Tingkatan 2 je aku kawad utk Kadet Remaja Sekolah sempena hari sukan. Lain2 aktiviti takde. Kecuali sukan. Situ minat aku.

Eh kalau nak cerita hal terok2 zaman sekolah, tak mungkin sesuai untuk blog ini. Sebab umpama menyelak kain sendiri..haha.. Sekarang 2012. Zaman lain. Aku nak tempoh alam realiti..Terima kasih cikgu2..Terima kasih ustaz ustazah..Terima kasih kawan2..dan teristimewa, terima kasih keluarga. Kerana anda semua, saya dalam saingan memburu kemenangan dunia.....dan lebih penting lagi, akhirat yang kekal abadi. Selamat datang 2012;)

Tiada ulasan:

Survey!