klik!2

Isnin, 28 November 2011

Cerkon 7, Pandai Berjenaka Adalah Bonus Untuk Pikat Wanita

Pandai berjenaka kena pada tempatnya sememangnya bonus yang cukup besar untuk memikat wanita..Salam(bukan name sebenar) sememangnya dah lama mengidam nak nikah..lantaran setiap hari berimaginasi memiliki bini yang sah, beliau desperate meluahkan hasrat hatinya kepada aweknya..

Salam : duit dah cukup ni..jom laa kawen

Awek : eh..itu bukan syarat utama..

Salam : ye, aku tau..ko tak pandang duit aku..ko nak diri aku kan??

Awek : eh eh..tak langsong!!

Salam : alaaa...aku hensem kan??

Awek : dahi pon besar mesen jahit...ade hati ngaku hensem..hiskkkk

Salam : dah tu ape syarat utamanya???

Awek : alaa..lupa la tu..nyanyukkk...kan dulu ko janji nak improve sense of humor...tak kelako langsong la ko ni...

Salam : alaaa..lepas kawen nanti aku buat laa kelakar banyak2...

Awek : janji ye??

Salam : janji!!!

Awek : ko jangan mungkir..kalo still tak kelako...kita mungkin boleh cerai...dalam 24 jam!!

Salam : tapi kenape ye???

Awek : alaaa...janganla banyak soal..yang penting ko boleh buat lawak!!!!!tahap amer ketot raje lawak baik tak payah...aku nak tahap sepah!!!!

Salam : iyelahhhh!!!!!!!!!!!!!!!!

....................................................................................................................................................................

Hari berganti hari...akhirnya mereka selamat dinikahkan di sempadan...
Malam harinya waktu bersama keluarga, sebelum masuk bilik tidur...
Semua ahli keluarga awek dah ade kat ruang tamu..

adik awek : cepatlaaa bang....buat laa lawakk...cepat laaa

mak awek : makcik minat betol yus jambu tu...makcik harap sangat muke anak ni macam yus jambu

ayah awek : ko ni reti ke tak reti ni wak lawak?? kalo tak reti, jangan usik anak aku!!!cerai skarang!!!

abang awek : ko nampak parang ni??? baik wat kelako skarang!!!!!

awek : aku dah kate, IMPROVE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ahad, 20 November 2011

Ibu Ayah

Anda masih punyai ibu ayah?

Berapa umur mereka?

Anda sibuk memburu kejayaan di Universiti?? Kerjaya??

Anda sibuk maintainkan rumahtangga supaya sentiasa ok??

Ingat angka 60..tolakkan dengan umur ibu ayah anda..

Itulah hayat ibu ayah anda yang masih ada..

Umur rasulullah ketika wafat 63 tahun, kita mungkin awal atau lewat sedikit sahaja..

Jadi, memburu kesenangan diri sendiri sehingga melupakan ibu ayah yang hayatnya 4,5 tahun lagi itu adalah wajar??

Hiburkan mereka..besar ganjarannya..Luangkan masa bersama mereka.. Jika tidak mahu anak-anak anda lakukan perkara yang sama kelak.

Selasa, 8 November 2011

Menerobos Sempadan Diri

wuuuhaaa!!12 Zulhijjah..kita berada pada hari ke 3 Raya Haji atau Raya Korban. Pada sesiapa yang berkemampuan, di hati masih lagi bertanyakan "nak ke tak nak,nak ke tak nak korban tahun ni??". Aku nasihatkan, korban je lah k..Esok hari terakhir untuk buat keputusan. Besar ganjarannya korban. Disamping itu, hidupkanlan amalan bertakbir sementara masih ada peluang hari ini dan esok. Insyaallah.

Ini bukan entry motivasi Dr. Fadzillah Kamsah, tapi aku pinjam tajuk motivasi beliau yang cukup popular itu. Menerobos Sempadan Diri.

Di ofis hari ni ada buat majlis korban. 3 ekor lembu dah sedia nak dikorbankan. Ertinya 21 bahagian. Kesemua bahagian disumbangkan oleh kakitangan JKR Temerloh ini. Alhamdulillah. Cukup ramai untuk jumlah staf yang tidak sampai 100 orang.

Apa yang cuba aku terobos?? Untuk kali yang kedua atau ketiga aku akan menyaksikan lembu disembelih. Besarkah sempadan untuk diterobos?? Bagi aku cukup besar.Sebab aku ada penyakit "FOBIA DARAH" atau LipidPhobic kalau tak silap. Namun, darah haiwan agak kurang darjah kegerunan aku kalau nak dibandingkan dengan darah manusia.

Jadi, aku nekad menyaksikan upacara korban hari ini. hehe.. Mungkin takde masalah kot..alahh, lembu je ponnn..lagipon bersangkutan dengan ibadah. Takde lah mencabar mana.

Sebelum ni, antara pengalaman mabuk darah yang aku alami :

1. Tangan aku tersagat mesin parut kelapa waktu tengah mesin kelapa. Teros serta merta mata jadi gelap, rasa nak muntah dan aku tak sedarkan diri. Semua ni aku alami lepas tgk tangan berdarah dan kuku hampir hilang. Ini waktu tingaktan 3.

2. Waktu tingkatan 2, aku pernah jalani pembedahan kecil di bahagian kaki. Menurut doktor, dia tak perlu bius aku. Sebab Pembedahan dan jahitan adalah terlalu kecil. Bila aku rasa je kaki aku terkena alatan doktor, terus aku rasa simtom2 di atas. Gelabah doktor tuh.. haha.. Pastu beliau kutuk aku "ape laa penakot..bla bla blaa..."

3. Peristiwa ni pulak berlaku 2 3 tahun lepas,waktu nak ambil darah untuk pemeriksaan kesihatan, akibat lemak yang berlebihan, sukar untuk doktor nak cari urat darah. Jadi, dekat 3 4 minit jugak dia korek2 lengan aku. Bila satu cucukan dia terbenam jauh ke isi, aku buat hal lagi. Pitam lagi sekali.. Walaupun aku dah kuatkan semangat. Cissssss

4. Kalau pitam sebab jari luka terkena pisau tu dah banyak kali dah aku kene..tapi ni cerita zaman sekolah dulu laa..skarang kalau kene pisau,senyum jeee..camni =)))

5. Waktu tingaktan 5, aku mandi laut. Waktu tu aku disengat landak laut. Lepas kena sengat tu memang gelabah berok laa. Memang laju aku berlari mencari daratan. Malangnya kaki aku calar balar terpijak karang dan batu. Aku sedar aku akan pitam, aku hidupkan enjin motosikal, suruh kawan aku bonceng. Sekali tengah-tengah bawak moto tu aku gelap mata lagi sekali. Kaki dah berlumuran darah waktu tu. Nasib la aku sempat tongkat moto dan baring tepi jalan. Member pulak tak reti bawak moto. Dengan dia skali panik. Tahan kereta orang, bawak aku balik. Denggg!!!..Peristiwa ni tersebar jugak kat sekolah sebab yang hantar aku ke rumah tu anak cikgu sekolah..ampeh toll..

6. Waktu sekolah jugak, member2 gaduh dalam kelas. Ade sorang mamat ni bantai kepala member aku ngan batang penyapu. Bedarah macam air paipp..Pehhhh...muntahhhh sakan aku..Nak betumbuk main fairplay takleh ke??macam labu labi..

7. Aku tak pernah izinkan orang cek darah aku jenama ape.. A ke B ke AB ke.. waktu kempen kat sekolah, aku nyorok..

Adik2 aku mmg slalu ah nyakat aku. Ni je point besar dorang waktu nak nyakat aku..Selalu je cerita benda yang mengerikan. Contohnya "tadi aku nampak eksiden, kaki orang tu ade kat tepi jalan. Pastu aku tengok kepala orang tu leper kene penyek lori"...aihhh..siot tol..dah cukup wat aku loya2..

Ni antara kisah yang aku lalui je. Belambak lagi laa kisah lain. Tapi kebelakangan ni aku dah cuba-cuba tengok video2 ngeri. Cuba lawan perasaan. Hasilnya aku dah boleh terima sikit-sikit. Ini pun hasil nasihat ustaz ape ntah name beliau waktu skolah dlu. Tak ingat nama pulak,maaf.

Kata beliau, " Rasulullah, waktu korban dia sendiri yang sembelih. Jadi amalam ni nak didik kita agar berani. Kalau tengok Sultan Brunei pon, dia akan sembelih sendiri unta dia". Jadi aku sedar, aku tak boleh terus begini. Lagipun zaman nabi dulu peperangan semua menggunakan senjata2 tangan. Keberanian macam tu aku misti capai.

Kawan aku pulak cakap, ":macam mana laa nanti kalau bini ko period??" ahahhahaaa..bangang.. aku takde jawapan. Tp paling menyentuh hati, "macam mana nak teman bini dalam wad bersalin??".. Ini laa yang membuatkan aku terus berusaha menghilangkan fobia ni..

Lembu pon dah ready, lubang pon dah siap gali.. Aku turun dulu!!!Siap laaa ko lumbuuuuuu~~~~~mooooooooooooooooooooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!

Selasa, 1 November 2011

"Dunia Sementara" - Umar Ali

Sambungan dari entry UMAR ALI.

Umar Ali..Seorang buruh binaan. Hidup serba kekurangan. Berhijrah ke negara orang. Meninggalkan keluarga jauh di kampung halaman. Dipandang rendah masyarakat Malaysia. Tetapi telah berjaya mengajarku erti "dunia sementara".

Ungkapan yang bersahaja dan sering didengari. Cukup biasa dan tidak terkesan di hati apabila ungkapan "dunia sementara" keluar dari mulut para ilmuan baik di kaca TV, di kuliah-kuliah dan ceramah-ceramah agama. Namun apabila ungkapan ini diungkapkan Umar Ali, aku cukup berasa takjub. Dia bukan orang melayu. Malah tidak fasih berbahasa Melayu. Dia tidak perlu untuk menghuraikan apakah definisi dan pengertian sebenar "dunia sementara". Cukup baginya berkata-kata dengan cukup bersahaja bahawa dunia sementara.

Aku pernah terlibat secara langsung dengan buruh-buruh binaan. Aku tahu dan arif benar dengan kehidupan mereka. Bagi aku, untuk menemui seorang buruh binaan yang kekal menunaikan solat, adalah sangat mustahil. Kerja mereka memenatkan. Latar belakang mereka juga tidaklah cemerlang. Malahan bergaul degnan rakan-rakan yang belum tentu baik akhlaknya. Tetapi Umar Ali bersolat di masjid. Tahap ketakwaannya yang memungkinkan dia dipanggil Allah unutk ke rumahNya. Hebatnya Umar Ali tidak terhenti di situ. Dia menghiasi dirinya dengan akhlak yang mulia. Bersopan santun. Lembut tuturnya.


Subuh itu, sesampainya aku di masjid imam sudah berada di rakaat yang kedua. Aku berada di saf kedua. Betul-betul di belakang Umar Ali. Sesudah solat berjemaah, wirid dan doa, Umar Ali bingkas menoleh kebelakang. Dia tersenyum lebar. Memberikan salam sebaiknya kepadaku bagaikan dia menjaga lisannya dengan rapi. Huluran tangannyya kujabat mesra dan sengaja aku biarkan tangan kami berjabat lama. Biar terasa persaudaraan Islam antara kami. Keras telapak tangannya.

"Cuti ye harini. Mari, saya nak bagi nasi"  sambil aku mengajaknya ke motosikal.

"Ya, Cuti." jawabnya sambil kami berjalan menuruni tangga masjid. Dia mula menampakkan kemesraan. Bertanyakan di mana aku tinggal, ibu ayah di mana, dan pelbagai lg soalan.

Sesampainya di motosikal, aku ambilkan 2 bungkus nasi lemak di bakul motosikal untuknya. Cara dia mengungkapkan terima kasih melihatkan lagi bahawa dia sangat menghargai pemberian itu.

"Awak tolong. Letak nombor" katanya sambil mengeluarkan telefon bimbitnya meminta aku memasukkan nombor telefon aku.

"Buat apa?" tanyaku sangsi.

"Sahabat. Kawan-kawan" ringkas jawabnya.

"Ya. yaa.." penjelasan ringkasnya membuatkan aku akur yang tiada niat jahat daripadanya harus aku syak. Bukan apa, risau juga. Manalah tahu kalau ada udang di sebalik batu. Menaruh sedikit sangsi untuk keselamatan di apalah salahnya bukan?

Malamnya, Umar Ali muncul lagi di masjid. Selepas solat maghrib, dia angkatkan meja dan kerusi untuk ustaz yang bakal memberi kuliah maghrib. Begitulah dia sebelum ini. Dia pasti menjadi orang pertama yang mengalihkan meja dan kerusi itu. Umpama dia merebut pahala yang terhidang. Gembira aku melihat tingkahnya.

Setelah itu dia duduk di sebelahku.

"Awak sakit lagi?" dia bertanya kepadaku.

"Sikit lagi, sebelah kanan" balasku. Tanpa disuruh, dia menggunakan hanya sebelah tangannya untuk mengurut pinggang kananku. Teknik yang sama. Urutan yang sama. Sekali lagi keajaiban berlaku, sengal pinggangku akibat menaiki Gunung Senyum hilang.

"Awak ada belajar mengurut?" soalku kepada Umar Ali.

"Ada la sikit-sikit" jawabnya mesra.

Tanpa disangka-sangka. Umar Ali membuka ruang  persoalan yang agak sukar untuk aku berbicara.

"Sini, worang mati. Kenduri." katanya.

"Ya, itu majlis tahlil" kataku pula.

"Zaman nabi, tiada" sambungnya lagi.

Selepas dia menyatakan tiada wujudnya amalan kenduri untuk si mati, aku terdiam seketika. Memikirkan apakah point penting untuk aku keluarkan. Keadaan akhirnya diselamatkan oleh Ustaz yang memberi kuliah. Kami sama-sama mendengar kuliah maghrib hinggalah masuk waktu Isyak.

Sewaktu Ustaz memetik hadith-hadith, Umar Ali bagaikan sudah mengetahui isi-isi hadith. Akhirnya aku bertanya kepadanya bagaimana dia tahu hadith tersebut, dai mengatakan dia ada mengumpul kitab-kitab hadith yang popular seperti Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Bukhari dll. Terkesima aku dengan jawapannya. Sedangkan aku ini, jarang-jarang menelusuri makna sebenar al-Quran, Umar Ali pula sudah cuba mendalami hadith-hadith. Tidak hairanlah anaknya menjadi tahfiz. Juga tidak hairanlah dia hadir ke masjid dengan penuh rasa tawaduk.

Bukannya orang kita tiada yang beriman dan bertakwa setaraf Umar Ali, tetapi bagiku seorang buruh binaan sepertinya adalah amat luar biasa dengan jalan kehidupan yang dipilih. Aku juga mengambil kesempatan bertanyakan kemana rakannya yang lain, katanya mereka menonton TV pada waktu malam.

Sehingga ke hari ini, dia semakin mesra denganku dan terasa ikatan ukhuwwah itu teguh berdasarkan prinsip Islam.

Pinggangku tidak lagi bermasalah sehingga ke hari ini. Syukur Allah menemukanku dengan seorang sahabat, UMAR ALI...

Survey!