klik!2

Rabu, 19 Oktober 2011

Budaya Menziarah Orang Sakit Subur di Malaysia

Jom layan gambar-gambar dulu.

Kereta-kereta di kawasan tempat letak kereta.

Perhatikan Proton Perdana putih terpaksa meletakkan kereta bukan di kawasan  lot tempat letak kereta.

Sudut lain pemandangan kawasan letak kereta yang menunjukkan parking sudah penuh.

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh tersergam megah. Projek bernilai RM480 juta ini mampu menampung 700 pesakit pada satu masa. Dengan kelngkapan antara tercanggih di Malaysia, beserta kemudahan yg disediakan, Pesakit-pesakit dari daerah sekitar seperti Jerantut, Kuala Lipis, Maran, dan Bentong juga bertumpu di sini secara tidak langusng membangunkan kawasan sekitar Paya Pulai khususnya dan daerah Temerloh umumnya. Hospital ini telah beroperasi semenjak April 2005.

Bahagian lobi hospital yang tidak pernah sunyi.

Orang ramai menziarahi pesakit.

Terdapat 6 lif disediakan untuk ke wad-wad.

Orang ramai menunggu giliran menaiki lif.

Pandangan dari dalam lif.

Tempat letak kereta yang sentiasa penuh setiap kali waktu melawat.

Pandangan kiri tempat letak kereta.
"Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru(malaikat) akan berseru kepadanya: 'Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah bersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga" - Hadith riwayat at-Tirmidzi


"Hak seorang muslim ke atas muslim (yang lain) ada lima perkara iaitu menjawab salam, menziarahi orang sakit, menguringi jenazah ke kubur, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin"- Hadith riwayat al-Bukhari.

Hadith di atas adalah antara sekian banyaknya hadith yang menyeru kita menziarahi orang yang sedang sakit. Tidak semestinya orang yang kita kenali, bahkan juga kepada orang yang kita tidak kenali. Tahukah anda adalah sunat untuk menziarahi musuh juga?? Ini adalah bertepatan dengan amalan yang dilakukan Rasulullah SAW.

Di Temerloh ini, aku kerap kali ke hospital untuk menziarah saudara-mara, orang-orang kampung dan juga kenalan-kenalan. Maklumlah, tinggal di kampung, bila sorang sakit, semua orang maklum. Jadi serba salah kalau tak ziarah. Yang menakjubkan, setiap kali aku pergi, pasti sukar mencari tempat letak kereta. Sampai saja di dalam wad, setiap katil pasti ada pelawat. Kadangkala melebihi 7 8 orang untuk setiap pesakit.

Perkembangan ini adalah positif walaupun terpaksa bersesak-sesak. Tapi dalam konteks lain, memberi motivasi kepada pesakit dan mengingatkan diri pelawat sendiri tentang waktu sakit kelak.

Tahukah anda mengambil gambar di dalam wad adalah dilarang?? Tiada terdapat papan tanda atau arahan yang jelas. Tetapi sesetengah nurse akan melarang pelawat mengambil gambar di dalam wad. Mungkin ada signifikannya. Kalu nak ambil gambar siap posing bagai, pegi lah studio kan??tak gitu??

Tiada ulasan:

Survey!