klik!2

Khamis, 27 Oktober 2011

Umar Ali

Kelmarin, sedang mendengar kuliah subuh. Badan sakit2 akibat memanjat Gunung Senyum.

"Awak sakit? Mari saya tolong" seorang lelaki berkulit hitam menegur dan menawarkan bantuan.

"Oh, boleh. Sini, saya lenguh sini" aku menunjukkan bahagian belakang sebelah kiri yg sengal2.

"Awak sini sikit" katanya sambil aku mengalihkan belakangku ke arahnya sambil mendengar kuliah maghrib bersama-sama di masjid.

Dia mula mengurut. Anehnya aku tidak merasakan sedikitpun kesakitan. Malah jari-jemarinya tidakpun menekan bahagian belakang. Bagaikan diusap-usap. Setelah beberapa minit, sengal2 hilang. Aku sendawa sedikit demi sedikit. Sakit yang lebih di sebelah kiri hilang. Tinggal sedikit kesakitan di sebelah pinggang kanan.

Sejurus selesai kuliah maghrib, sementara menunggu Isyak, kami berkenalan.

"Kau tinggal mana?" tanya aku ringkas.

"Sana depan, bangunan kedai baru tengah buat" jelasnya yg bermaksud dia adalah pekerja kontrak binaan. Bermakna dia tidak kekal di sini. Mungkin 2 3 bulan lagi projek akan siap. Gelap kulitnya, tapi seakan suci dek akhlaknya yang baik. Berjambang dan berjanggut, aku yakin bahawa dia menyimpannya kerana menuruti sunnah Rasulullah SAW. Berkopiah dan berkain pelikat serta berbaju biru gelap, kecil sahaja orangnya.

"Kau dari mana? Pandai mengurut. Terima kasih" tanyaku lagi seakan takjub ingin berkenalan dengannya sementelah sakitku hilang.

"Saya Bangladesh. Mari sini 4 bulan kurang mau 4 taun" jawabnya.

"Oh, dah lama. Ada anak bini?" bagai inspektor polis, perasaan ingin tahu kian jelas.

"Anak bini Bangladesh. Saya anak, hafaz quran" jelasnya.

"Subhanallah, bagus. Bila mau balik Bangla?" sambungku.

"Bangla, kecil. Orang, ramai. Malaysia, besar. Orang, kurang. Sini saya datang. Cari rezeki. Apa mau kisah, dunia sementara" jelasnya. Aku kian terpesona dengan penjelasan demi penjelasan yang diberi. Antara lain dia sering mengeluarkan perkataan "Insyaallah, Subhanallah" atas setiap percakapannya.

Azan berkumandang. Solat ditunaikan.

Setelah selesai berwirid dab berdoa. Dia datang mendekatiku untuk bersalaman.

"Awak subuh datang?" tanyaku.

"Esok cuti, Deepavali. Saya Insyaallah datang" katanya.

"Datangla, aku mau bagi nasi. Kau urut bagus. sakit saya hilang"

"Insyaallah. Insyallah" terbit dari mulutnya.

Sebelum beredar dia dulu yang bertanyakan namaku.

"Izzat. Izzat Muzzammil" kataku.

"Muzzammil??" dia mengangkat sedikit suaranya. Bagiku, reaksi yang diberikan menandakan dia sememangnya hidup bertemankan al-Quran. Kerana dia mengetahui wujudnya surah al-Muzzammil.

"Ya, Izzat Muzzammil" kataku sambil tersenyum. "Nama kamu?" tanyaku.

"Saya Umar Ali. Umar Ali" katanya.

"Oh, Umar Ali. Besok datang ya, saya bagi nasi" kataku.

"Insyaallah. Insyaallah" jawabnya sambil kami beredar.

Pertemuan pertama yg diatur Allah secara kebetulan ini mengubah 180 darjah persepsiku terhadap pendatang asing. Umar Ali yang mengubahnya. Dan terima kasih tuhan, kerana mengaturkan aku duduk di sebelah Umar Ali. Juga menawarkan urutan yang menghilangkan kesakitan melalu Umar Ali.

Bersambung..(entry berikutnya akan aku jelaskan pertemuan kedua kami hari semalam dan siapa Umar Ali dengan lebih dekat)

Rabu, 26 Oktober 2011

Jatuh Hati

waktu belajar, plan macam2..nak kerja jauh2..nak tawan dunia..nak masuk pesisir pantai..biar tak balik 5 6 bulan, usia masih muda..badan masih kuat..nak cari emas seguni..nak join syarikat oil n gas..nak terbang ke angkasa..

akhirnya dah hampir 4 bulan di kampung..training indsutri berdekatan rumah..duduk dgn belaian ibu..hari2 disapa mesra jiran2..hujung minggu ziarah sepupu2 yg sedang membesar..malam2 di kedai kopi dgn kawan2..siap sempat bungkus nasik lemak hari2 hantar ke kedai..

bahagia dan jatuh hati dgn kampung halaman..tak mungkin aku tinggalkan lagi..tak mungkin ibu bapaku sunyi..bakti akan dicurah disini..benar aku bangsa menumpang, benar bangsaku tidak disukai..tp izinkan aku berbakti demi akhirat yg kekal abadi..

Rabu, 19 Oktober 2011

Budaya Menziarah Orang Sakit Subur di Malaysia

Jom layan gambar-gambar dulu.

Kereta-kereta di kawasan tempat letak kereta.

Perhatikan Proton Perdana putih terpaksa meletakkan kereta bukan di kawasan  lot tempat letak kereta.

Sudut lain pemandangan kawasan letak kereta yang menunjukkan parking sudah penuh.

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh tersergam megah. Projek bernilai RM480 juta ini mampu menampung 700 pesakit pada satu masa. Dengan kelngkapan antara tercanggih di Malaysia, beserta kemudahan yg disediakan, Pesakit-pesakit dari daerah sekitar seperti Jerantut, Kuala Lipis, Maran, dan Bentong juga bertumpu di sini secara tidak langusng membangunkan kawasan sekitar Paya Pulai khususnya dan daerah Temerloh umumnya. Hospital ini telah beroperasi semenjak April 2005.

Bahagian lobi hospital yang tidak pernah sunyi.

Orang ramai menziarahi pesakit.

Terdapat 6 lif disediakan untuk ke wad-wad.

Orang ramai menunggu giliran menaiki lif.

Pandangan dari dalam lif.

Tempat letak kereta yang sentiasa penuh setiap kali waktu melawat.

Pandangan kiri tempat letak kereta.
"Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru(malaikat) akan berseru kepadanya: 'Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah bersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga" - Hadith riwayat at-Tirmidzi


"Hak seorang muslim ke atas muslim (yang lain) ada lima perkara iaitu menjawab salam, menziarahi orang sakit, menguringi jenazah ke kubur, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin"- Hadith riwayat al-Bukhari.

Hadith di atas adalah antara sekian banyaknya hadith yang menyeru kita menziarahi orang yang sedang sakit. Tidak semestinya orang yang kita kenali, bahkan juga kepada orang yang kita tidak kenali. Tahukah anda adalah sunat untuk menziarahi musuh juga?? Ini adalah bertepatan dengan amalan yang dilakukan Rasulullah SAW.

Di Temerloh ini, aku kerap kali ke hospital untuk menziarah saudara-mara, orang-orang kampung dan juga kenalan-kenalan. Maklumlah, tinggal di kampung, bila sorang sakit, semua orang maklum. Jadi serba salah kalau tak ziarah. Yang menakjubkan, setiap kali aku pergi, pasti sukar mencari tempat letak kereta. Sampai saja di dalam wad, setiap katil pasti ada pelawat. Kadangkala melebihi 7 8 orang untuk setiap pesakit.

Perkembangan ini adalah positif walaupun terpaksa bersesak-sesak. Tapi dalam konteks lain, memberi motivasi kepada pesakit dan mengingatkan diri pelawat sendiri tentang waktu sakit kelak.

Tahukah anda mengambil gambar di dalam wad adalah dilarang?? Tiada terdapat papan tanda atau arahan yang jelas. Tetapi sesetengah nurse akan melarang pelawat mengambil gambar di dalam wad. Mungkin ada signifikannya. Kalu nak ambil gambar siap posing bagai, pegi lah studio kan??tak gitu??

Isnin, 17 Oktober 2011

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (siri 5) : "Guru-guru"

Pagi Isnin kembali lagi. Kenderaan-kenderaan mula memenuhi jalan di hadapan sekolah. Ibu bapa menghantar anak masing-masing, motosikal-motosikal para pelajar menderap masuk ke pagar sekolah, pelajar yang berjalan kaki dan juga lebih memeriahkan suasana apabila terdapat bas-bas yang memuntahkan puluhan pelajar di satu sudut di hadapan sekolah.Pelbagai gaya menghadapi "Monday blues". Ada yang masih terlena, terdapat juga yang ceria dan ada juga yang terpaksa ke sekolah.

Di tepi pagar sekolah, dari kejauhan terlihat kelibat Ubaidah sedang berjalan kaki menuju ke pintu pagar sekolah.  Gaya langkahnya tidak menampakkan keyakinan. Bajunya lusuh namun kekal kemas. Loceng dibunyikan. Setiap pelajar kelihatan menuju ke dewan utama. Perhimpunan mingguan akan berlangsung. Guru-guru juga kelihatan tergesa-gesa. Ada yang masih di bilik guru, malah ada yang belum pun "punch card".

Ubaidah kelihatan gelisah. Dia berjumpa dengan rakan-rakan dan menyatakan niat untuk ponteng perhimpunan.Tiada yang ingin turut serta dalam misi Ubaidah. Malah Umar yang merupakan teman rapatnya juga enggan mengikutnya pagi ini. Dia terpaksa menyertai perhimpunan kerana tidak mahu lagi mencabut kemuncup di padang. Penangan denda Cikgu Azmi cukup pedih untuk ditelan. Bukan sahaja fizikal mereka dipergunakan, malahan Cikgu Azmi akan memastikan mental mereka menerima hukuman atas kesilapan yang mereka lakukan.

Sebagai guru disiplin sekolah, Cikgu Azmi sememangnya digeruni pelajar. Lagaknya seperti pegawai tentera dan sentiasa menggenggam rotan cukup membuatkan para pelajar gentar. Baginya, tugas yang digalas bagi memastikan sekolah terhindar daripada masalah disiplin harus digalas dengan penuh tegas. Pantang sekali melihat salah laku pelajar, pasti ada habuannya. Masih segar dalam ingatan Ubaidah, ketika didenda bersama Umar akibat ponteng perhimpunan. Disuruhnya oleh Cikgu Azmi mencabut rumput seberat 1 kilogram setiap seorang di tengah terik 12.30 tengah hari. Hampir 40minit sebelum selesai mencabut kemuncup, mata sudah berpinar-pinar, kepala mula pening menahan terik mentari. Namun pagi ini dia nekad, tidak mahu hadir ke sesi perhimpunan.

Ubaidah menuju ke kantin sekolah, tiada seorang pelajar pun melainkan dia. Dengan selamba dia membeli sebungkus nasi lemak dan air suam.

"Dik, kenapa tak pergi perhimpunan?" tanya Makcik Ros kepada Ubaidah sambil tangannya mengisi nasi lemak ke dalam pinggan.

"Lapar laaa Makcik, lepas makan ni saya pergi" Ubaidah menjawab dengan tenang dan mesra.

"Nanti kena marah dengan Cikgu Azmi, pergi la makan cepat-cepat" nasihat Makcik Ros kembali.

"Baik Makcik, terima kasih" balas Ubaidah ringkas sebelum menuju ke meja makan untuk menikmati makanan.

Pelajar di dewan sedang mendengar ucapan Pengetua sekolah. Pengetua dalam ucapannya kerap kali menyentuh soal disiplin pelajar. Baginya masalah disiplin kecil yang tidak dicegah inilah yang akan meruncing menjadi masalah yang tidak dapat diselesaikan. Namun, dalam ucapannya juga dia sangat berharap agar pelajar memberi kerjasama sebelum tindakan diambil terhadap mana-mana pelajar yang melakukan kesalahan.

Guru-guru juga sibuk berbicara tentang disiplin. Lebih banyak sungutan daripada suara membela pelajar. Kecenderungan menyalahkan pelajar seratus peratus selalunya berlaku di mana-mana sekolah pun. Jarang sekali guru-guru bertindak menyelesaikan kekusutan pelajar. Mereka lebih cenderung menghukum. Hasilnya, kesilapan yang dilakukan akan diulangi. Malangnya, jika terus berpanjangan, pelajar yang sememangnya bermasalah akan terus merendah diri dan menganggap diri mereka terlalu jahat.

Ubaidah begitu asyik menjamu selera. Dia keseorangan di kantin. Nasi lemak yang terhidang dinikmati perlahan-lahan. Cikgu Azmi membuat rondaan. Dia ingin memastikan tiada pelajar yang ponteng perhimpunan mingguan. Setiap sudut sekolah dipantaunya. Ketenangannya bagaikan diragut. Begitu tercabar ketinggian martabatnya bila terlihat Ubaidah menjamu selera. Giginya diketap. Rotan di tangan kanannya digenggam kemas. Susuk tubuhnya yang sedikit gempal dan berkulit gelap kelihatan tercabar dengan tindakan selamba Ubaidah.

Dia menghampiri Ubaidah melalui belakang Ubaidah.

"Hoi!!!Kurang ajar!!!Orang lain pergi perhimpunan kau sedap2 makan kat sini..Selalu buat masalah. Bodohhh!!" Herdikan Cikgu Azmi tidak dapat dibendung lagi. Segala apa yang terlintas di kepalanya diterjemahkan di mulutnya. Ibarat singa kelaparan, Cikgu Azmi bagaikan meroyan.

"Buang nasik kamu tu!!!" tengkingnya lagi menandakan dia belum puas untuk memarahi Ubaidah.

Ubaidah yang tergamam dengan tindakan Cikgu Azmi itu enggan membuang nasinya. Walaupun dia sememangnya menghormati gurunya itu, tetapi tindakan luar batasan Cikgu Azmi benar-benar mencabar keegoan remajanya. Tiada lagi dia terbayang seorang guru di hadapannya sementelah tindakan penuh emosi kebinatangan dipamerkan gurunya itu. Yang nyata, dia juga tidak sedar kedua-dua genggaman tangannya sudah tergenggam menandakan dia bersedia membuat serangan balas jika diapa-apakan gurunya itu.

"Ini kali terakhir aku cakap, buangkan makanan tu!! Kalau tak kau nahasss!!!" jeritnya lagi.

Ubaidah yang duduk di kerusi kini berdiri. Mukanya merah padam. Dia merenung baki nasi yang tinggal sementara Cikgu Azmi belum puas memarahinya. Dalam kekalutan, Cikgu Rusni yang kebetulan lalu di situ tiba-tiba mengalirkan air mata. Dalam esak tangisnya, dia cuba menahannya untuk berkata-kata. Dia memberanikan diri menghampiri Cikgu Azmi dan Ubaidah. Para pekerja dan pengusaha kantin sekolah kelihatan berkumpul di depan kantin memerhatikan apa yang sedang berlaku.

"Ubai, buangkan saja nasi tu. Nanti waktu rehat cikgu belikan yang lain. Mari ikut cikgu ke dewan" pujuk Cikgu Rusni sambil menahan sebak. Cikgu separuh umur itu cukup tersentuh dengan apa yang berlaku. Dia cukup mengenali Ubaidah. Guru Bahasa Melayu yang disayangi ramai pelajar itu akhirnya berjaya menenangkan keadaan. Ubaidah yang begitu menghormati CIkgu Rusni kini akur dengan kehendak guru kesayangannya itu.

"Tak apalah Cikgu Rusni, tak perlu susah-susah. Lagipun memang salah saya" ujar Ubaidah sambil membuang  nasi ke dalam tong sampah tanpa ragu-ragu. Dia tidak mahu Cikgu Rusni menjadi mangsa keadaan, jika boleh dia mahu meeka bersurai tanpa Cikgu Rusni mendapat sebarang masalah daripada Cikgu Azmi. Guru yang cukup penyayang itu sudah dianggapnya sebagai ibunya sendiri.

Cikgu Rusni cukup dikenali sebagai seorang guru yang penyayang. Uniknya, semakin nakal pelajar, semakin disayangi Cikgu Rusni. Tidak hairanlah Cikgu Rusni sentiasa disapa para pelajarnya. Sebahagian pelajar-pelajar di kelas ke-5 dan ke-6 memanggilnya "ibu" tanpa disuruh. Begitu tinggi kasih sayang seorang guru terhadap para pelajarnya sehingga pelajar tidak lagi memanggilnya "cikgu".

Tindakan Ubaidah membuang nasi ke dalam tong sampah amat meruntun jiwa lembut milik Cikgu Rusni. Dia lantas bergerak menuju dewan bersama-sama Ubaidah.

"Minta maaf Cikgu Azmi, saya bawa Ubai ke dewan" Cikgu Rusni  meminta izin daripda Cikgu Azmi dengan penuh rendah diri.

"Baiklah Cikgu Rusni. Hah kamu!! Nasib baik ada Cikgu Rusni, kalau tak nahas kamu saya kerjakan. Degil!! Selalu buat masalah. Pastikan saya tak tangkap kamu lagi lepas ni" kata Cikgu Azmi tenang setelah dia terpaksa menundukkan kemarahannya dengan kehadiran Cikgu Rusni yang lebih tua daripadanya.

Ubaidah diam. Tidak mengangguk sekalipun terhadap kata-kata Cikgu Azmi. Baginya, pengorbanan Cikgu Rusni yang ibarat merendahkan martabat diri memohon maaf terhadap Cikgu Azmi bagi pihaknya amat dikesali. Dia lebih rela bertumbuk dan dibuang sekolah daripada meminta maaf daripada Cikgu Azmi. Tetapi demi kasihnya terhadap gurunya itu, dia turutkan sahaja. Mereka berdua meninggalkan kantin sekolah menuju dewan meninggalkan Cikgu Azmi yang kelihatan masih tidak berpuas hati.

Umar di dewan sekolah sedang lena tidur sambil duduk bersila tatkala Tuan Pengetua sekolah masih lagi memberikan ucapan. Namun dia terbangun apabila menyedari Ubaidah juga turut duduk bersila di belakangnya.

"Kenapa kau datang balik ni. Kau rindu dengan Pengetua ke??" kata Umar kepada Ubaidah.

"Si "kingkong" halau aku. Kantoi kat kantin tadi" jawab Ubaidah ringkas.

"Kah kah kahhh...tu laaa, nak monteng tak pandai. Lain kali belaja dengan aku" ujar Umar sambil ketawa kecil.

"Diamlah, aku jentik telinga kau baru nak tahu diam" Ubaidah yang masih bengang membalas sinis.

Umar terfikir apa yang sebenarnya berlaku. Awal pagi tadi, Ubaidah datang kepadanya untuk meminjam duit. Dia hanya menghulurkan dua ringgit sebelum Ubaidah menuju keluar kelas. Dia mengetahui masalah kewangan rakan karibnya itu. Pernah Ubaidah mengadu kepadanya tidak makan nasi selama 3 hari. Kesempitan hidup Ubaidah kian terasa semenjak ayahnya tiada. Hanya ibunya sahaja yang kini membuat kuih untuk dijual bagi menyara keluarga. Oleh itu, Umar kerap kali memberikan makanan kepadanya walaupun tidak diminta.

Cikgu Rusni juga memahami masalah yang dihadapi Ubaidah. Selalunya, Ubaidah memilih Cikgu Rusni untuk menceritakan masalahnya berbanding Guru Kaunseling sekolah. Sekeras-keras dan senakal-nakal Ubaidah, dia juga memerlukan panduan seorang guru bagi menangani masalah yang dihadapi.

Baik ustazah, baik guru kaunseling, baik bertudung labuh, baik beragama penampilannya, bilik guru tidak pernah sunyi menceritakan hal buruk pelajar secara terbuka. Apa sahaja berita negatif cukup pantas bertiup. Keadaan inilah sebenarnya menjadi duri dalam daging yang membarahkan lagi keadaan pelajar-pelajar yang sudah bermasalah dirumah.

Sudah 9 buah sekolah Cikgu Rusni menaburkan khidmat. Keadaan hampir sama. Dia cukup sedih apabila guru-guru berbicara tentang hal buruk pelajar terutama yang tidak sepatutnya diketahui umum. Pernah sekali seorang ustazah menyebarkan cerita tentang seorang pelajar perempuan. Waktu di kelas, ustazah tersebut menyuruh pelajar perempuan itu membaca potongan ayat al-Quran, malangnya pelajar itu sedikit pun tidak mampu membacanya. Maka dengan lantang ustazah tersebut naik angin dan menempelak pelajar tersebut.

"Teroknya kamu ni, kat rumah kamu tak sembahyang ke??..ha??ayah dengan mak kamu tak sembahyang??" tanya ustazah kepada pelajar itu di dalam kelas yang disaksikan pelajar-pelajar lain. Pelajar itu terdiam,tidak mampu berkata apa-apa.

"Apa lah Quran pun tak pandai nak baca, masuk neraka awak ni nanti" tambah ustazah tersebut menampakkan lagi lagak sumbangnya sebagai seorang agamawan.

Akhirnya pelajar itu bersuara.

"Maafkan saya ustazah, saya tak pandai. Di rumah memang mak ayah tak pernah sembahyang. Ayah saya tak pernah suruh saya sembahyang. Mak pula kadang-kadang sahaja" katanya sambil berbisik kepada ustazah.

Malang sekali, cerita tidak berakhir di situ. Tidak pula pelajar itu diberi bimbingan sewajarnya. Sebaliknya, hal buruk keluarga pelajar itu menjadi bualan hangat bilik guru. Malah guru-guru umpama mengecop pelajar tersebut sebagai bermasalah. Keadaan seperti inilah yang pantas tersebar di bilik guru. Keserabutan yang bertahun ditanggung Cikgu Rusni. Dia begitu hairan mengapa begitu seronok berborak,terutamanya bercerita tentang orang lain. Yang menjadi mangsa adalah pelajar,

Ketirisan maklumat juga amat dikesali Ckgu Rusni. Seorang guru kaunseling yang sepatutnya membimbing pelajar tidak amanah dalam tugasannya. terdapat satu kisah dimana pelajar yang mempunyai masalah keluarga mengalami tekanan. Malangnya tindakan beraninya bercerita kepada guru kaunseling dijadikan bahan cerita bilik guru.

Pelajar tersebut mendedahkan keadaan di rumahnya yang goyah. Bapanya sering mabuk dan pulang dengan wanita lain. Dia juga seringkali dirogol bapa sendiri. Namun ibunya tidak mempercayai kata-katanya. Pelajar yang sepatutnya dilindungi haknya kini dicabuli kepercayaan yang ditaruh. Akibatnya, guru-guru sekali lagi mengecop pelajar tersebut sebagai bermasalah.

Ini adalah kes popular dan cukup mengaibkan. Kadangkala, terdapat juga kes-kes kecil yang diceritkan dengan nasi tambah dan berulamkan fitnah. Contohnya seorang guru melihat seorang pelajar di kawasan bandar sedang menunggang motosikal di kalangan mat-mat rempit. Itu sahaja yang dilihatnya.Tetapi apabila sampai di bilik guru, ada guru lain mengiakan cerita pelajar tersebut bahkan menambahkan lagi cerita.  Mereka mengutuk kerana pelajar tersebut sering ponteng kelas, gagal menyiapkan kerja, dan macam-macam hal lain. Tetapi sekadar di situ. Api kebencian akhirnya kian tinggi akibat kebusukan hati para guru. Tiada bimbingan, hanya kecaman.

Kadangkala Cikgu Rusni cukup hairan, para guru mengutuk pelajar ibarat mereka tidak memiliki anak sendiri. Terlalu sedap mengata orang tanpa memikirkan anak sendiri juga berisiko melakukan hal yang sama. Malah terdapat juga kes dimana anak sendiri jahat seperti syaitan tetapi si ibu tidak pernah tahu malahan sering memuji-muji kebaikan anaknya. Tapi apabila ada hal orang lain, merekalah jaguhnya. Kuman di jubah imam nampak ketara, tahi di hidung sendiri buat-buat tidak nampak.

Setiapkali terbayangkan nasi yang dibuang Ubaidah ke dalam tong sampah, Hati Cikgu Rusni begitu pilu malah mengalirkan air mata. Sudahla duit tak ada, adik-adik ramai, apabila sedang kelaparan, disuruhnya buang makanan tanpa boleh membela diri. Baginya, setiap kesalahan pelajar ada sebabnya. Pada yang tidak bernasib baik menerima didikan akhlak yang tinggi, adalah tidak adil untuk menghukum terus mereka. Sikap yang tidak ada pada guru-guru yang dikenalinya.

Sekolah gempar lagi. Bilik guru bising lagi. Anak ustazah ditangkap basah. Video 3gp pantas tersebar. Ustazah mengajar sembahyang. Juga tip-top tajwidnya. Dia juga menjaga tepi kain orang. Tetapi gagal menjaga akhlaknya sendiri..dan anak-anaknyaa..

Jumaat, 14 Oktober 2011

Cap Ayam dan Cap Buaya

Ape yg anda tahu tentang Cap Ayam?? Mengapa sebutan "cap ayam" begitu sinonim dengan perkara2 yg cikai, kodik, lauya, koman, lopek dan seangkatannya?? 

Dan jarang disebut masyarakat kita, tetapi tetap diketahui umum bahawa Cap Buaya adalah akronim atau berlawanan dengan maksud yg dibawa Cap Ayam..mengapa???

Aku pon tak tahu jugak dari mana terhasil sebutan cap ayam ni..tapi melalui pengalaman, aku yakin cap ayam sebenarnya terhasil daripada penggunaan bulu tangkis Cap Ayam. Ahaaaa, korang penah guna tak?? Ini pengalaman masa budak aku nihh..

Waktu tu skolah petang. Gi skolah pukul 12.30. Balik pukul 6. Memang tak kira waktu aa main.. Sebelum dan selepas sekolah..Waktu musim badminton je, ramai laa yg main kat taman perumahan tu. Tapi geng2 aku ade port..Main kat belakang rumah 2 tingkat. Sebab bangunan tu tinggi. Jadi angin pon kurang. Sangat syok untuk berangan menjadi jagoan negara ketika itu pasangan Yap Kim Hock-Cheah Soon Kit, jaguh single Ong Ewe Hock dan Yong Hock Kin tidak kurang juga memuja kehebatan jaguh-jaguh seberang seperti pasangan Chandra-Sigit dan perseorangan Taufik Hidayat ketika zaman remajanya.

Jika diimbas, macam2 jugak gelagat aku waktu tu. Lingkungan tahun 95-99 waktu darjah 1 sampai 5. Raket cikai2 ada kat rumah. Tapi jangan harap aku nak pakai. Time nak main je pagi2 dan petang2, pandai la aku sorok raket Yonex dan Carlton abah aku bawak keluar..Ngeh3~~~ Walaupun gelanggang hanya permukaan bertar, tetapi keseronokan bermain cukup tinggi.

Garisan gelanggang kitorang buat guna kapur. Mana dapat?????Cilok kat sekoilah aaaa...budak2 skarang tak kenal kot, pasal dah guna whiteboard. Net pulak guna basikal, basikal aku antara yg kerap digunakan. Pasal basikal aku tinggi. Waktu tu org panggil "basikal racing". Uniknya, seingat aku kat kawasan perumahan tu budak2 wajib ada basikal. Jarang sangat tgk budak jalan kaki. Gi sekolah pon berbondong-bondong kami berbasikal sejauh 3 kilometer.

Yang paling tak larat nak ingat, dah main belakang rumah orang, misti aa kiri kanan gelanggang tu longkang. Time shuttle atau bulu tangkis masuk je dalam longkang, memang frust ahhh... Dah aa malas nak ambik, busuk, shuttle basah dan kotor. Tapi waktu tu bukan pikir ape, tibai je. Hehe...Cerita bab bulu tangkis ni, memang panjang nak dihuraikan.

Waktu tu memang selera nak international, bulu tangkis seingat aku jenama Carlton RM2.50-RM3.00. Sama la jugak dengan jenama Yonex. Memang masing2 tak dapat laa nak guna hari2. Maka terpaksa lah menggunakan bulu tangkis alternatif jenama "CAP AYAM". Harga bulu tangkis cap ayam ni murahh....lima puluh sen!!!!itupun kalau kedai runcit, kalau kedai2 besar macam mini market dalam 40 sen je...Tapi main memang kurang nikmat la. Kene angin sikitttt je dah lari dekat sebatu. Pastu waktu nak pukul kena beria sikit, sebab bola cap ayam ni terlalu ringan. Kire memang hampehhh laaaa...so dari situ laa bermulanya kepopularan sebutan "cap ayam" bagi melambangkan benda2 yang sangattt kokak!!!! 40 sen je bai, kire besyukur laa ye dak??haha...

Yang tak leh tahan tu, waktu tu main sistem 15 mata, belum habis game shuttle dah buruk cam kain buruk..cehssssssss...tak gune tol...40 sen~~

Kat bawah ni aku cedok gambar dari blog orang blog dak ni..gambar ni kini popular org buat baju, sticker dan lain2..aku rembat kat google image gambo ni..Betapa famous amousnye cap ayam di zaman ni..Mengingatkan aku bahawa Cap Ayam adalah igauan ngeri ketika ketiadaan wang dahulu kala sehingga terpaksa memperjudikan masa depanku sebagai pemain badminton profesional dengan menggunakan bulu tangkis yang begitu LOPEK!!!!!WEKKKKKKKKKKK~~aku rase itula punca aku kalah ngan chinese2 waktu main badminton zaman skolah dulu..haha..




Dan ape plak ada pada cap buaya?? Senang je nak hurai bab ni. Lihat dapur rumah korang, kalau periuk2 yg betol2 season atau dah dua tiga puluh tahun tu, mmg cap buaya la tu.. Tak bocor, lekuk2 tak terok.. Pastu tgk pulak barangan kulit, misti la cap "Crocodile" jadi pilihan kan??selain barangan kulit, Crocodile juga meliputi pakaian macam baju, seluar, minyak wangi dan lain2.. Dan waktu aku jaga site dulu, barang2 tukang yg bercap buaya boleh tahan jugak harga dia..cangkul, spade, cok, dan lain2...maknanye kalo dah mahal tu mungkin la kualiti tinggi ye dak..hehe...

Jadilah manusia yg bercap buaya..Elakkan diri menjadi cap ayam..Cap buaya kekal berbakti selepas 30 tahun..Cap ayam hanya 3 minit sebelum menampakkan segala kekurangan diri.

Khamis, 6 Oktober 2011

Seterika, Streka, atau Iron..

Dajah 1 sampai dajah 3. Skolah petang. Pagi2 sebelum Ummi gi keje, die dah gosokkan baju siap2.

Dajah 4 sampai tikatan 5, hari2 aku gosok baju sendiri. Wajibb.. Malu woo kalo baju kedut.

Matrikulasi.. Kali pertama hidup tak guna washing machine. So guna spin dalam baldi, buadng daki2 sikit kat leher dan lengan. Then gantung pakai hanger untuk jemur..AJAIBly, baju tu jadi kemas tanpa kedut dgn sendiri. Hidup lebih bahagia tanpa seterika!!

Universiti Malaysia Pahang selama 4 tahun. Perkhabaran cukup menggembirakan diterima, student tak payah dressing forma. Owyeahhh...4 tahon tak payah gosokk baju..

Last2, Latihan Industri atau praktikal di JKR Temerloh.. Ampesssssss.... Bende yg paling aku tak suka ni terrrrjadi lagi ;(( dah lama kot tak mengadap natang ni...(see picture below)


Dulu waktu skolah menengah, skolah sebelah umah je. Kelas pukul 7. Pukul 6.45 baru laa nak gosok baju. Skarang dah tak boleh. Nak gi office kene lalu 3 traffic lite, 1 roundabout..adeiii~~

Aku try goolge sape pencipta alat ni.. tapi tak dapat. konon2 laa kot dulu2 baju die paling macho takde kedut2...chissss...sampai skarang semua warga dunia susah, pastu bazir elektrik. cause alatan elektrik yg ade elemen pemanas sperti oven, pembakar roti, dan pemanas air ni menggunakan junmlah tenaga yang banyak.

Kalo dunia ni dipenuhi orang yg berbaju kedut atau keronyok, kan ke benda tu normal..???tak gitu???so, tak payahla aku buang 3minit setiap pagi..21 minit setiap minggu, 90 minit atau sejam setengah setiap bulan dan 1095minit atau 18 jam 25 minit setahun untuk menggosok baju..kannnnnnnn??????

Cerita berkaitan, Ummi ade cerita kat aku, zaman die skolah dulu, siap letak bawah tilam untuk bagi kemas. Bangun pagi2, dah elok. Sampai cenggitu skali???hissssssssss....then one day, akak die letak bawah tilam..tapi bawah tilam tu ada lapik tikar lagi. bangun pagi2, tengok2 baju dia ada garis2 tikar, terusss tak pegi skolahh..wakakakakakaaa...kesiannn...then zaman berubah, keluarga dia dah mampu beli iron, tapi dalam tarok arang,bakar dulu..seksa wooo..kalo aku tu, kompom aa tak gosokkk..hehe..

Apepon, untuk maklumat dan ilmu mengenai iron, aku copy link wiki ni...

Ironing is the use of a heated tool (an iron) to remove wrinkles from fabric. The heating is commonly done to a temperature of 180-220 °Celsius, depending on the fabric.[1] Ironing works by loosening the bonds between the long-chain polymer molecules in the fibers of the material. While the molecules are hot, the fibers are straightened by the weight of the iron, and they hold their new shape as they cool. Some fabrics, such as cotton, require the addition of water to loosen the intermolecular bonds. Many modern fabrics (developed in or after the mid-twentieth century) are advertised as needing little or no ironing. Permanent press clothing was developed to reduce the ironing necessary by combining wrinkle-resistant polyester with cotton.


K wei, aku tak suka streka!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! tapi still, pagi2 kene gosok bajooo...

Isnin, 3 Oktober 2011

Cerkon 6, Patung Tu Guna Skirtt!!!!

Bersangkutan dengan sakit mata selama 2 minggu.. Mata jadi blurr.. Rabun tahap ayam..Lepak ngan kawan2 kat Kuantan Parade. Rasa ingin ke tandas.. Melangkah dengan konfiden..Sedang asyik membuang, tiba2 aku dengar suara GIRL..huihhh....dalam hati aku "aku yg salah jamban ke, pompuan2 ni yg salah jamban"...

yakin gaban je aku tgk gambar patung tu gambar laki tadi..dan aku keluar dari partition jamban tu ke ruang sinki dan cermin...menjerit 3 orang awekkk kat situ..grrrrrr..

AKU : aku salah ke, korang yang silapp ni??

GIRLS : abang yang salahh ni..

AKU : ye ke???korang biar betoll...

GIRLS : betol bang, tgk kat luar kalo tak caye..patung tu pakai skirt!!!!


AKU : (keluar dan tgk semula logo toilet tu...MEMANG BETOL ADE SKIRT) sorry dik..maaffff sangat...mata rabun ni, tak clear tadi..

Malu gileee..bukan takat malu ngan 3 aweks tu, kat depan toilet tu ramai gile budak2 laki tergelak2...

..AKU YANG SALAHHH JAMBAN UPENYEEE;(( DAYMMMMMMMMMMMMMMMM!!!!!!

Survey!