klik!2

Khamis, 15 September 2011

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (siri 4) : "Nikotin Mencorak Kehidupan"

Sila rujuk Kisah Klasik Untuk Masa Depan Siri 1,2,3

Latihan ala ketenteraan sepanjang 4 hari hampir ke penghujung. Siang tadi Naufal, Affan, Azrul dan Ubaidah menjalani latihan terakhir mereka dengan jayanya. Sudah 4 hari mereka bersama. Semakin mesra walaupun terdapat pergeseran pada awalnya. Semangat kesukanan jugalah yang menyatukan mereka di dalam skuad bola sepak sekolah.

Biduk berlalu, kiambang bertaut. Pergeseran semakin dilupakan, malahan mereka semakin rapat dan menunjukkan keserasian.

Malam akhir di tapak perkhemahan berlalu ceria. Mereka keletihan, tetapi gembira. Tibalah masa untuk merehatkan otot-otot yang kerengsaan.

"Fuhhh.. Legaaa... Aku rasa macam dah ringan je badan aku ni" kata Affan selamba.

"Sudahla gemok, tak habis-habis.. Baru 4 hari dah nak bising. Kau tak ingat ke nasik kau kaut banyak mana selama duduk kem ni??" sindir Naufal dalam nada bergurau dan disambut tawa kecil Azrul dan Ubaidah.

Malam semakin larut. Ada yang sudah tertidur di khemah masing-masing. Tiupan angin malam benar-benar menyegarkan. Perbualan mereka kian rancak dan masing-masing memilih untuk tidak melelapkan mata. Awal pagi sesudah sarapan, mereka akan bertolak pulang ke rumah masing-masing.

"Kau dah 4 hari tak merokok Ubai. Ape kau rasa sekarang?" tanya Azrul.

"Rasa tak percaya.. Sebab aku tidak berniat pun ingin berhenti smoking.. Cuma pegawai hari tu yg rampas semua bekalan yg aku bawa.. Tapi aktiviti-aktiviti yang kita jalankan di kem ni buatkan aku lupa seketika dengan rokok" jelas Ubaidah sejujurnya.

Rokok Ubaidah dirampas sewaktu mereka baru memulakan sesi latihan ketenteraan. Peristiwa itu telah menyebabkan pergeseran antara Ubaidah dan Azrul. Namun, dengan peristiwa itu jugalah Ubaidah lebih rapat dengan Naufal dan Affan. Mereka berempat kian mesra.

"Betol tu Ubai, kalau kita berjaya menyibukkan diri, makan tepat pada waktunya, rehat dan tidur pada waktunya, kita pasti akan berjaya hilangkan ketagihan. Kerana selalunya kita akan merasa meronta-ronta inginkan rokok waktu keletihan, di waktu lapang tidak berbuat apa-apa, selepas makan dan bangun dari tidur. Jika waktu-waktu begini sudah terisi, sebaiknya dengan aktiviti ibadah, maka jiwa kita akan kontra dengan kehendak iman. Di situ lah biasa berlakunya konflik jiwa. Jika kita kuat, kita akan mengutamakan yang lebih utama." jelas Naufal panjang lebar.

Katanya bukan kosong. Semuanya lahir dari pengalaman. Dia juga dalam tempoh berenggang dengan rokok. Hampir 3minggu sahaja sejak rokok yang terakhir. Jujur sekali dia meluahkan apa yang pernah dirasa.

Sementara Azrul yang sememangnya anti rokok semakin tertarik dengan perbualan mereka. Dia cuba mendengar, dan cuba fahami apa ada pada rokok sehingga manusia sanggup berhabis walaupun harga rokok sengaja dinaikkan kerajaan dengan menaikkan cukai sehingga tahap tidak munasabah. Pun begitu, harganya masih rendah di kalangan negara-negara lain seperti Singapura, England, Australia dan Amerika Syarikat sendiri.

"Aku setuju dengan Naufal. Aku nak cakap lebih aku segan. Sebab aku pun masih lg belum 100% pulih daripada ketagihan ni. Rokok boleh menenangkan jiwa sepantas kilat. Disitu lah perangkap yahudi terbesar. Lebih menakjubkan, rokok boleh menenangkan jiwa sesiapa pun yang tidak solat. Korang nak percaya atau tidak, aku tak kisah. Ini pengalaman aku. Sejujurnya aku cerita. Tapi aku takde la sampai tak solat. Aku nampak perbezaan, dulu aku selalu pergi masjid. Aku temui kebahagiaan. Lagipun itu kewajipan. Tapi bila aku gagal hadir berjemaah, aku ambil rokok.. Rasa bersalah itu kurang. Aku yakin, bukan sahaja fizikal yang lega, nikotin telah menipu sel-sel otak untuk mentafsirkan kebahagiaan dan melupakan kesusahan" Affan semakin rancak merungkai persoalan.

"Sungguh aku tak sangka, patutlah manusia sangat suka merokok. Rupanya dia bagi efek bukan saja kepada zahir, tetapi dalaman. Indonesia negara miskin, rakyatnya hidup susah. Namun setiap pelosok bangunan, rumah, stesen bas, stesen keretapi, lapangan terbang, pejabat, kompleks membeli belah pastinya ada bau keretek. Betapa rapat Indonesia dengan rokok sehinggakan budak berumur 2 tahun juga sudah ketagihan. Melalui pembacaan aku, rapatnya Indon dengan rokok kerana kesempitan hidup rakyatnya. Kerja jarang ada, anak ramai, anak pula nakal, akhirnya untuk melupaka masalah-masalah mereka mengambil jalan mudah..Merokok..tanpa henti...." jelas Azrul berdasarkan artikel yang ditemui di akhbar tempatan.

"Alaa Azrul, itu skala besar..Aku dulu masa mula-mula berkenalan dengan rokok ni sebab tekanan laa. Tekanan aku apa sangat. Duit mak ayah bagi. Makan cukup, pakai cukup, mewah lagi. Mak ayah gaji besar. Tak mustahil la tekanan hidup di Indonesia tu lebih tinggi." celah Affan.

"Dah tu ape la tekanan kau yang kecik tu gemuk??" sampok Naufal dengan nada menganjing yang disahut dengan gelak ketawa mereka.

"Jangan la gelakkan aku... Segan laa wei.. Malas aa aku cerita" Affan merespon tanda segan.

"Tak payah malu laa.. Lepas ni aku akan cerita macam mana aku terjebak dengan rokok. Tapi kau cerita dulu kisah kau" pujuk Ubaidah disokong Naufal dan Affan.

"OK, tapi korang jgn gelakkan aku k.. Aku ceritakan perkara sebenar" Affan mula berminat berkongsi cerita.

"Asalnya aku tidak bermasalah. Aku tak pernah menghadapi tekanan. Sehinggalah dekat-dekat menghadapi PMR. Akibat pandang rendah pada pelajaran dan menangguh belajar, aku semakin tertekan. Yelah, sejak kecil aku tak pernah jadi yang kedua. Ujian, peperiksaan, semua aku nombor satu. Sehinggalah tingkatan 3, aku semakin mendabik dada. Kerana pencapaian aku tak pernah berserta dengan usaha yang lebih. Memang aku dianugerah atau gifted untuk jadi pandai. Sehinggakan pada satu tahap, rupanya aku telah ketinggalan dalam pelajaran. 2 bulan lagi nak tempuh PMR." Affan mula membuka cerita.

"Takkan sebegitu mudah kau mula menghisap rokok?" soal Azrul tanda minat mendengar luahan Affan.

"Itulaa.. Bila aku tengok rakan-rakan sekelas dah sedia dan dah catch up semua subjek, aku jadi makin blank. Demi nak tutup rasa bersalah pada diri sendiri, aku mula mengambil rokok. Aku yang sebelum ini student terpandai dalam kelas, kini tidak lagi mampu bersaing. Semua kerana silap sendiri" sambung Affan lagi.

"Jadi, bila kau mula merokok?" soal Azrul lagi.

"Pagi Sabtu, aku ingat lagi mak aku suruh beli barang di kedai Ah Fat. Waktu 2 bulan menjelang PMR. Lepas je aku ambil semua barang dalam senarai, aku nak bayar. Tiba-tiba aku terlihat kotak-kotak rokok dipamerkan di kaunter bayaran. Aku tiba-tiba tertarik. Melihatkan bungkusan kotak rokok yang begitu menggoda. Aku pilih kotak biru, sebab rokok biru ni light. Kurang kick. Aku beli dalam keadaan serba salah. Macam-macam persoalan dalam hati. Aku cuba lawan. Akhirnya aku fikirkan bahawa ramai berkata merokok itu menenangkan. Merokok itu mampu mengurangkan tekanan. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh menghidupkan rokok yang pertama. Terus merasa nikmat. Bagaikan keajaiban, stress aku hilang untuk seketika. Aku lupa pada tekanan. Walaupun tekak aku rejek, rasa nak muntah untuk kali pertama, tapi aku dapat rasa resapan nikotin yang begitu mengujakan." terang Affan panjang lebar.

"Betol kata kau tu Affan. Memang rokok itu menenangkan. Tapi menyakitkan. Otak kita mentafsir sesuatu yang indah, tapi fizikal kita sedang merana. Setiap sedutan membawa padah. Dan merokok merupakan sesuatu yang sangat tabu dalam masayrakat yahudi. Adalah susah untuk menemui seorang yahudi yang merokok. Mereka mencipta untuk rosakkan DNA kita, umat Islam terutamanya. Aku ada baca artikel, apabila seseorang mula merokok, DNA akan terganggu. Malangnya, DNA yang kita bawa akan terdapat pada anak dan zuriat yang bakal kita lahirkan. Sungguh rapi perancangan zionis laknatullah ini. Sebab itulah jika kita mengalami konflik jiwa, kita tidak berserah kepada Allah, kita tidak mengabdikan diri kepadanya, malah kita berserah kepada rokok, lama kelamaan dia akan menggantikan rasa kebergantungan kita kepada tuhan. Nauzubillahi min zaalik.." Naufal menambah fakta dan menghangatkan malam yang kian rancak.

"Kalau kita tak pernah alami, kita tidak tahu apa yg perokok alami. Bagi yang setiap batang rokok yang dihisap, mereka berazam suatu hari nanti akan quit, itu kira ok. Tapi bagi mereka yang merokok dan terus dalam dunia sendiri, itu yang bahaya. Kerana tidak baik untuk jasmani dan rohani. Mereka harus menafikan fatwa merokok itu haram. Sedangkan fatwa itu telah diteliti oleh golongan ulama sebelum dikeluarkan kerajaan Indonesia" tambah Naufal.

"Hah, kau cerita laa pulak macam mana kau boleh hisap rokok Ubai.." Naufal menuntut janji Ubaidah sebentar tadi.

"Korang beruntung. Duduk dalam keluarga yang baik. Stabil. Aku lain. Peluang aku untuk berbuat kejahatan sangat luas. Aku tak kata keluarga aku terok. Tapi keadaan tak selalu menyebelahi kami. Mengenai rokok, itu hanya perkara kecil. Majoroti keluarga aku, abang-abang dan ayah aku sendiri merokok. Jadi untuk aku bermula, walaupun segan-segan, tiada larangan kuat melainkan dari emak. Tiada yang menarik, cuma aku merokok sejak usia 9 tahun." ujar Ubaidah selamba.

"Fuhhh...gilaa...baru darjah 3 waktu tu kan.. Terok sangat kau ni Ubai.." getus Affan yang nyata terkejut dengan pendedahan Ubai. Begitu juga dengan Naufal dan Azrul.

"Hmmm.. Mulanya nakal-nakal sahaja. Sengaja main-main asap. sebab hari-hari duk tengok abang-abang dan ayah aku hisap. Waktu tu aku ingat lagi, aku pergi kedai Ah Fat, aku cakap nak beli rokok. Waktu tu rokok masih murah. Dalam RM4 dah dapat 20 batang. Aku cakap kat tauke aku nak rokok. Dia tanya rokok apa, aku cakap Benson & Hedges. Dia tanya balik aku beli untuk siapa, aku jawab la untuk ayah aku. Lepas tu dia tanya balik, bukan ke ayah aku hisap Dunhill??..hahahhaaa....aku ambil dan terus blahh..." Ubai menceritakan pengalamannya lagi. Mereka ketawa mengenang keberanian Ubai.

"Tapi waktu tu betol-betol budak lagi. Seingat aku, lepas aku hisap rokok tu, aku terus muntah-muntah. Bila aku balik mata dah merah. Mak aku tanya aku senyap je. Sampai 4 5 hari aku demam sebab rokok tu. Tapi sebab nak main asap lagi, aku cuba je walaupun tak sedap. Padahnya waktu sekolah menengah, aku dah ketagih. Macam-macam masaalah aku hadapi. Dipanggil guru, dimarah emak, disekat duit belanja. Kesan-kesan daripada tu, aku jadi malas belajar. Kesensasisan kehidupan remaja hanya bersama rakan-rakan perokok. Tapi mujurlah aku minat dalam bola sepak ni. Walaupun hancur, ade la jugak sumbangan untuk sekolah. Hehe.." akui Ubadah lagi.

"Jadi kau nak berhenti tak ni??" soal Azrul kepada Ubaidah.

"4 hari tanpa rokok, aku rasa betol-betol terok. Setakat ni belum ada perancangan nak berhenti. Tengok la 2 3 tahun lagi, mana la tahu waktu tu aku semakin rapat dengan tuhan. Mungkin la kot..hehe.." balas Ubaidah separa gurauan.

"9 tahun dah pandai layan, maunya nak berhenti??" sindir Affan disambut tawa mereka berempat.

"Itu pun dah kira OK!!!Belum lagi aku cerita kawan-kawan aku hisap gam, tarik ganja, dan main syabu...."balas Ubaidah..

Malam semakin larut.. Mereka kepenatan dan masing-masing terlena akibat keletihan..





Tiada ulasan:

Survey!