klik!2

Khamis, 15 September 2011

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (siri 4) : "Nikotin Mencorak Kehidupan"

Sila rujuk Kisah Klasik Untuk Masa Depan Siri 1,2,3

Latihan ala ketenteraan sepanjang 4 hari hampir ke penghujung. Siang tadi Naufal, Affan, Azrul dan Ubaidah menjalani latihan terakhir mereka dengan jayanya. Sudah 4 hari mereka bersama. Semakin mesra walaupun terdapat pergeseran pada awalnya. Semangat kesukanan jugalah yang menyatukan mereka di dalam skuad bola sepak sekolah.

Biduk berlalu, kiambang bertaut. Pergeseran semakin dilupakan, malahan mereka semakin rapat dan menunjukkan keserasian.

Malam akhir di tapak perkhemahan berlalu ceria. Mereka keletihan, tetapi gembira. Tibalah masa untuk merehatkan otot-otot yang kerengsaan.

"Fuhhh.. Legaaa... Aku rasa macam dah ringan je badan aku ni" kata Affan selamba.

"Sudahla gemok, tak habis-habis.. Baru 4 hari dah nak bising. Kau tak ingat ke nasik kau kaut banyak mana selama duduk kem ni??" sindir Naufal dalam nada bergurau dan disambut tawa kecil Azrul dan Ubaidah.

Malam semakin larut. Ada yang sudah tertidur di khemah masing-masing. Tiupan angin malam benar-benar menyegarkan. Perbualan mereka kian rancak dan masing-masing memilih untuk tidak melelapkan mata. Awal pagi sesudah sarapan, mereka akan bertolak pulang ke rumah masing-masing.

"Kau dah 4 hari tak merokok Ubai. Ape kau rasa sekarang?" tanya Azrul.

"Rasa tak percaya.. Sebab aku tidak berniat pun ingin berhenti smoking.. Cuma pegawai hari tu yg rampas semua bekalan yg aku bawa.. Tapi aktiviti-aktiviti yang kita jalankan di kem ni buatkan aku lupa seketika dengan rokok" jelas Ubaidah sejujurnya.

Rokok Ubaidah dirampas sewaktu mereka baru memulakan sesi latihan ketenteraan. Peristiwa itu telah menyebabkan pergeseran antara Ubaidah dan Azrul. Namun, dengan peristiwa itu jugalah Ubaidah lebih rapat dengan Naufal dan Affan. Mereka berempat kian mesra.

"Betol tu Ubai, kalau kita berjaya menyibukkan diri, makan tepat pada waktunya, rehat dan tidur pada waktunya, kita pasti akan berjaya hilangkan ketagihan. Kerana selalunya kita akan merasa meronta-ronta inginkan rokok waktu keletihan, di waktu lapang tidak berbuat apa-apa, selepas makan dan bangun dari tidur. Jika waktu-waktu begini sudah terisi, sebaiknya dengan aktiviti ibadah, maka jiwa kita akan kontra dengan kehendak iman. Di situ lah biasa berlakunya konflik jiwa. Jika kita kuat, kita akan mengutamakan yang lebih utama." jelas Naufal panjang lebar.

Katanya bukan kosong. Semuanya lahir dari pengalaman. Dia juga dalam tempoh berenggang dengan rokok. Hampir 3minggu sahaja sejak rokok yang terakhir. Jujur sekali dia meluahkan apa yang pernah dirasa.

Sementara Azrul yang sememangnya anti rokok semakin tertarik dengan perbualan mereka. Dia cuba mendengar, dan cuba fahami apa ada pada rokok sehingga manusia sanggup berhabis walaupun harga rokok sengaja dinaikkan kerajaan dengan menaikkan cukai sehingga tahap tidak munasabah. Pun begitu, harganya masih rendah di kalangan negara-negara lain seperti Singapura, England, Australia dan Amerika Syarikat sendiri.

"Aku setuju dengan Naufal. Aku nak cakap lebih aku segan. Sebab aku pun masih lg belum 100% pulih daripada ketagihan ni. Rokok boleh menenangkan jiwa sepantas kilat. Disitu lah perangkap yahudi terbesar. Lebih menakjubkan, rokok boleh menenangkan jiwa sesiapa pun yang tidak solat. Korang nak percaya atau tidak, aku tak kisah. Ini pengalaman aku. Sejujurnya aku cerita. Tapi aku takde la sampai tak solat. Aku nampak perbezaan, dulu aku selalu pergi masjid. Aku temui kebahagiaan. Lagipun itu kewajipan. Tapi bila aku gagal hadir berjemaah, aku ambil rokok.. Rasa bersalah itu kurang. Aku yakin, bukan sahaja fizikal yang lega, nikotin telah menipu sel-sel otak untuk mentafsirkan kebahagiaan dan melupakan kesusahan" Affan semakin rancak merungkai persoalan.

"Sungguh aku tak sangka, patutlah manusia sangat suka merokok. Rupanya dia bagi efek bukan saja kepada zahir, tetapi dalaman. Indonesia negara miskin, rakyatnya hidup susah. Namun setiap pelosok bangunan, rumah, stesen bas, stesen keretapi, lapangan terbang, pejabat, kompleks membeli belah pastinya ada bau keretek. Betapa rapat Indonesia dengan rokok sehinggakan budak berumur 2 tahun juga sudah ketagihan. Melalui pembacaan aku, rapatnya Indon dengan rokok kerana kesempitan hidup rakyatnya. Kerja jarang ada, anak ramai, anak pula nakal, akhirnya untuk melupaka masalah-masalah mereka mengambil jalan mudah..Merokok..tanpa henti...." jelas Azrul berdasarkan artikel yang ditemui di akhbar tempatan.

"Alaa Azrul, itu skala besar..Aku dulu masa mula-mula berkenalan dengan rokok ni sebab tekanan laa. Tekanan aku apa sangat. Duit mak ayah bagi. Makan cukup, pakai cukup, mewah lagi. Mak ayah gaji besar. Tak mustahil la tekanan hidup di Indonesia tu lebih tinggi." celah Affan.

"Dah tu ape la tekanan kau yang kecik tu gemuk??" sampok Naufal dengan nada menganjing yang disahut dengan gelak ketawa mereka.

"Jangan la gelakkan aku... Segan laa wei.. Malas aa aku cerita" Affan merespon tanda segan.

"Tak payah malu laa.. Lepas ni aku akan cerita macam mana aku terjebak dengan rokok. Tapi kau cerita dulu kisah kau" pujuk Ubaidah disokong Naufal dan Affan.

"OK, tapi korang jgn gelakkan aku k.. Aku ceritakan perkara sebenar" Affan mula berminat berkongsi cerita.

"Asalnya aku tidak bermasalah. Aku tak pernah menghadapi tekanan. Sehinggalah dekat-dekat menghadapi PMR. Akibat pandang rendah pada pelajaran dan menangguh belajar, aku semakin tertekan. Yelah, sejak kecil aku tak pernah jadi yang kedua. Ujian, peperiksaan, semua aku nombor satu. Sehinggalah tingkatan 3, aku semakin mendabik dada. Kerana pencapaian aku tak pernah berserta dengan usaha yang lebih. Memang aku dianugerah atau gifted untuk jadi pandai. Sehinggakan pada satu tahap, rupanya aku telah ketinggalan dalam pelajaran. 2 bulan lagi nak tempuh PMR." Affan mula membuka cerita.

"Takkan sebegitu mudah kau mula menghisap rokok?" soal Azrul tanda minat mendengar luahan Affan.

"Itulaa.. Bila aku tengok rakan-rakan sekelas dah sedia dan dah catch up semua subjek, aku jadi makin blank. Demi nak tutup rasa bersalah pada diri sendiri, aku mula mengambil rokok. Aku yang sebelum ini student terpandai dalam kelas, kini tidak lagi mampu bersaing. Semua kerana silap sendiri" sambung Affan lagi.

"Jadi, bila kau mula merokok?" soal Azrul lagi.

"Pagi Sabtu, aku ingat lagi mak aku suruh beli barang di kedai Ah Fat. Waktu 2 bulan menjelang PMR. Lepas je aku ambil semua barang dalam senarai, aku nak bayar. Tiba-tiba aku terlihat kotak-kotak rokok dipamerkan di kaunter bayaran. Aku tiba-tiba tertarik. Melihatkan bungkusan kotak rokok yang begitu menggoda. Aku pilih kotak biru, sebab rokok biru ni light. Kurang kick. Aku beli dalam keadaan serba salah. Macam-macam persoalan dalam hati. Aku cuba lawan. Akhirnya aku fikirkan bahawa ramai berkata merokok itu menenangkan. Merokok itu mampu mengurangkan tekanan. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh menghidupkan rokok yang pertama. Terus merasa nikmat. Bagaikan keajaiban, stress aku hilang untuk seketika. Aku lupa pada tekanan. Walaupun tekak aku rejek, rasa nak muntah untuk kali pertama, tapi aku dapat rasa resapan nikotin yang begitu mengujakan." terang Affan panjang lebar.

"Betol kata kau tu Affan. Memang rokok itu menenangkan. Tapi menyakitkan. Otak kita mentafsir sesuatu yang indah, tapi fizikal kita sedang merana. Setiap sedutan membawa padah. Dan merokok merupakan sesuatu yang sangat tabu dalam masayrakat yahudi. Adalah susah untuk menemui seorang yahudi yang merokok. Mereka mencipta untuk rosakkan DNA kita, umat Islam terutamanya. Aku ada baca artikel, apabila seseorang mula merokok, DNA akan terganggu. Malangnya, DNA yang kita bawa akan terdapat pada anak dan zuriat yang bakal kita lahirkan. Sungguh rapi perancangan zionis laknatullah ini. Sebab itulah jika kita mengalami konflik jiwa, kita tidak berserah kepada Allah, kita tidak mengabdikan diri kepadanya, malah kita berserah kepada rokok, lama kelamaan dia akan menggantikan rasa kebergantungan kita kepada tuhan. Nauzubillahi min zaalik.." Naufal menambah fakta dan menghangatkan malam yang kian rancak.

"Kalau kita tak pernah alami, kita tidak tahu apa yg perokok alami. Bagi yang setiap batang rokok yang dihisap, mereka berazam suatu hari nanti akan quit, itu kira ok. Tapi bagi mereka yang merokok dan terus dalam dunia sendiri, itu yang bahaya. Kerana tidak baik untuk jasmani dan rohani. Mereka harus menafikan fatwa merokok itu haram. Sedangkan fatwa itu telah diteliti oleh golongan ulama sebelum dikeluarkan kerajaan Indonesia" tambah Naufal.

"Hah, kau cerita laa pulak macam mana kau boleh hisap rokok Ubai.." Naufal menuntut janji Ubaidah sebentar tadi.

"Korang beruntung. Duduk dalam keluarga yang baik. Stabil. Aku lain. Peluang aku untuk berbuat kejahatan sangat luas. Aku tak kata keluarga aku terok. Tapi keadaan tak selalu menyebelahi kami. Mengenai rokok, itu hanya perkara kecil. Majoroti keluarga aku, abang-abang dan ayah aku sendiri merokok. Jadi untuk aku bermula, walaupun segan-segan, tiada larangan kuat melainkan dari emak. Tiada yang menarik, cuma aku merokok sejak usia 9 tahun." ujar Ubaidah selamba.

"Fuhhh...gilaa...baru darjah 3 waktu tu kan.. Terok sangat kau ni Ubai.." getus Affan yang nyata terkejut dengan pendedahan Ubai. Begitu juga dengan Naufal dan Azrul.

"Hmmm.. Mulanya nakal-nakal sahaja. Sengaja main-main asap. sebab hari-hari duk tengok abang-abang dan ayah aku hisap. Waktu tu aku ingat lagi, aku pergi kedai Ah Fat, aku cakap nak beli rokok. Waktu tu rokok masih murah. Dalam RM4 dah dapat 20 batang. Aku cakap kat tauke aku nak rokok. Dia tanya rokok apa, aku cakap Benson & Hedges. Dia tanya balik aku beli untuk siapa, aku jawab la untuk ayah aku. Lepas tu dia tanya balik, bukan ke ayah aku hisap Dunhill??..hahahhaaa....aku ambil dan terus blahh..." Ubai menceritakan pengalamannya lagi. Mereka ketawa mengenang keberanian Ubai.

"Tapi waktu tu betol-betol budak lagi. Seingat aku, lepas aku hisap rokok tu, aku terus muntah-muntah. Bila aku balik mata dah merah. Mak aku tanya aku senyap je. Sampai 4 5 hari aku demam sebab rokok tu. Tapi sebab nak main asap lagi, aku cuba je walaupun tak sedap. Padahnya waktu sekolah menengah, aku dah ketagih. Macam-macam masaalah aku hadapi. Dipanggil guru, dimarah emak, disekat duit belanja. Kesan-kesan daripada tu, aku jadi malas belajar. Kesensasisan kehidupan remaja hanya bersama rakan-rakan perokok. Tapi mujurlah aku minat dalam bola sepak ni. Walaupun hancur, ade la jugak sumbangan untuk sekolah. Hehe.." akui Ubadah lagi.

"Jadi kau nak berhenti tak ni??" soal Azrul kepada Ubaidah.

"4 hari tanpa rokok, aku rasa betol-betol terok. Setakat ni belum ada perancangan nak berhenti. Tengok la 2 3 tahun lagi, mana la tahu waktu tu aku semakin rapat dengan tuhan. Mungkin la kot..hehe.." balas Ubaidah separa gurauan.

"9 tahun dah pandai layan, maunya nak berhenti??" sindir Affan disambut tawa mereka berempat.

"Itu pun dah kira OK!!!Belum lagi aku cerita kawan-kawan aku hisap gam, tarik ganja, dan main syabu...."balas Ubaidah..

Malam semakin larut.. Mereka kepenatan dan masing-masing terlena akibat keletihan..





Isnin, 12 September 2011

Cerkon 5, Bodo, Tak Sekolah!!!

Minggu lepas aku ade trip ke Kelantan..Dari Temerloh ni ke kelantan pjalanan 8 jam..bertolak 9.30 malam,sampai 5.30 pagi.. Bas lalu ikut jalan pantai melalui Terengganu. Minggu ke-2 raya. Masih lg mood raya, jumpa sanak saudara sebelah sana. Pegi ngan ayahsu, uncle paling rapat. Tapiii.. Suatu kejadian tak diingini berlaku...

Sampai je Dungun bas berenti..untuk penumpang buang air dan makan2..Dungun ni halfway,dalam 4 jam perjalanan dari Temerloh..aku pon turun jugak...tp kaki aku cam x sedap je...dua2 otot betis aku dah ketat...haisshhh...tp aku still jalan cam biase..

Dekat2 nak sampai Kota Baru, aku dah mula tak sedap kaki..haihhhhhh~~~ Bila nak turun ke stesen bas Kota Baru tu, aku dah fully cramp..kejang sekejangnya...ROSSSAKKKKKKKK trip aku kali ni...

aku : aduhhh..sakitnye kaki ni..cramp aaa ayahsu!!(sambil turun tangge bas)

ayahsu : tu laaaaa...org dah pesann....jangan pakai sluar pendekkk...tak dengarr...

aku : laaa....slalunye ok je, tak sangka pulak boleh cramp camni...

ayahsu : haha..bodo, 8jam bejalan malam...aircond bas pulak tu..

aku : beku betis amer...hahahahaaa...

3 hari aku merana..terencat keseronokan bercuti..hiskkkk....bodo,tak skolah!!

dalam gambar ni laa 3 quarter kesayangan aku..maklum lah, sejak aku tak cergas sehari dua ni, sedap je pakai 3quarter..selesaa gitu!!!haha...

moral of the story, jgn pakai 3 quarter untk percutian..mat saleh takpe kot,sbb dorg dah biase mncapai paras negatif dajah selsius..

Khamis, 8 September 2011

Cerkon 4, Takde Hal, Aku Bayar!

Kisah ni berlaku kurang lebeh 3 tahun lalu..waktu tu baru masuk UMP..asrama tingkat 3..bile dah kat atas,malas nak trun, bile dah kat bawah mmg malas nak naik..satu ari tu nak bli makan kat kafe..turun ngan room mate..jahi name glemer..

jahi : jat,aku lupe bawak purse (beg duit bhase mlayu die)...ko tlg bayo dlu yek..

aku : ok2.. xde hal...

pastu dgn slamber bungkus2 nasik,amek2 lauk..siap air!!

aku : hallamaaaaaaaaK~~~ jahi,aku pon lupe bawak purse weiiii!!!!~~

jahi : !@#$%^&*()_++ (aku x ingat dah reaksi bliau ape)

pastu tpakse duduk2 jap situ, smentara tunggu org yg kenal untk pau duit..nak utang kat macik kafe segan lak..x ingat dah sape mangsa kene pau..ngah3~~

Ahad, 4 September 2011

Cerkon 3, Nokia Sony



Kali ni cerite adik beradik. Akibat over confident, aku try2 la nak elokkan semula henset adik aku.. Waktu tu aku guna henset Sony Ericsson W810..Die guna Nokia Express Music ape ntahh.

Muhaimin : Wei henset aku ni asik hang je..

Aku : Nape?

Muhaimin : Mane la aku tau. Slalu sangat hang..Kene cabut bateri dulu, pastu pasang balik.

Aku : Bak sini aku tgk. (dgn kompidennye aku pon pegi la kat "restore factory setting" atau dalam bhase mlayunye "kembali ke aturan kilang"...bajet nak reformat laa henset Nokia beliau tuh)

Muhaimin : Wei!!!Manenye aku punye contact list??Hilang wei..

Aku : Ye ke????hahahaahahahaaaaaaaaaaaa.....

Muhaimin : Bodo mu @#$%^&*()__!!!!!! Mu saje je kann??

Aku : Mane ade.. aku slalu je format Sony aku tu, takde plak hilang call list..ahhahaaa...

Ade laa dalam 2 3 minggu Muhaimin bengang ngan aku..kebetulan plak time tu bliau wakil plajar kat Asasi UiTM..habezzzz hilang segala kontek...wakakkakakaaaaaaaaa~~~~kesian bliau..maaf yea..slamat hari raye;pp shummmpahh x sengaje, sebab kalau kat Henset Sony,mmg call list x ilang..hihiii~~

Dasar Penagih!!


Harini, aku nak rembat artikel kat myMetro bertajuk "Atas Nama Cinta". Artikel mengisahkan tentang betapa kuatnya semangat Julia Bachok, isteri kepada Saleem dalam menangani sifat ketagihan suaminya. Bagi mereka yg pernah mengalami, samaada adik beradik, anak-anak, ibu bapa, bapa saudara, sepupu sepapat, ipar duai mahupun saudara dan jiran2 merupakan seorang penagih, mereka akan mengetahui betapa kuatnya badai yang menimpa.

Kata-kata mereka tidak boleh dipakai. Janji mereka 99% adalah palsu. Sumpah mereka hanyalah tipu daya. Duit menjadi buruan. Pagi ini ke masjid mungkin petang dalam semak. Pendek kata, hidup dengan penagih ibarat mendukung biawak hidup. Barang berharga memang tidak boleh lepa (alpa), pasti hilang. Jam tangan, tong gas, barang kemas mahupun jeans levi's. Jika ghaib, tahulah kita angkara siapa. Pendek kata, sejarah paling hitam dalam keluarga adalah memiliki seorang penagih dadah.

Terkejut bercampur kagum aku melihatkan kisah Julia Bachok yang aku anggap boleh menjadi motivasi dan inspirasi kepada sesiapa yang berkenaan. Pengalaman hidupnya cukup mencabar. Setinggi-tinggi kehormatan aku berikan. Semoga Julia kekal tabah dalam menghadapi dugaan mendatang dan Saleem tidak akan kembali menagih. Amin ya rabbal 'alamin...


HEBATNYA cabaran bersuamikan penagih dadah. Kalau lemah semangat, tentu rumah tangga yang dibina atas dasar cinta itu akan porak peranda. Dalam memulihkan keadaan suami yang bagaikan bangkai bernyawa, bukan sedikit air mata Julia Bachok, 49, yang tertumpah. Seksanya menahan sedih dan kecewa apabila melihatkan suami tercinta terpaksa bergantung hidup kepada benda haram itu.

Mana hendak menjaga dan memulihkan suami, mana lagi terpaksa mendengar kata penghinaan orang terhadapnya. Julia sanggup berkorban apa saja demi Saleem. Dia lancarkan perintah berkurung buat Saleem, tidak boleh berkawan dengan siapapun. Justeru dia dicap suka ‘control’ suami. Dia juga dikatakan bongkak selepas bersuamikan artis popular.
Namun tahukah mereka, payahnya hidup Julia bersuamikan Saleem? Pantang lepa, pasti Saleem akan masuk perangkap semula. Sehari 24 jam dia perlu berkepit dengan Saleem. Atas dasar kasih sayang, Julia terpaksa berkorban jiwa raga.

Kedatangan Ramadan ini, Julia boleh tersenyum lebar kerana dia ‘menemui’ Saleem yang dulu. Hasil pernikahan mereka 10 tahun lalu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Mohd Amirul Mukminin, 7.
Bersama wartawan Selebriti, NOR AKMAR SAMUDIN, Julia menjelaskan apa yang ditanggungnya selama ini. Mulanya bimbang juga untuk bertanyakan perkara paling peribadi dalam jaluran hidupnya tetapi rupa-rupanya Julia sangat peramah dan tidak habis-habis melemparkan ketawanya, terutama tatkala dia melihatkan suaminya yang macam cacing kepanasan menunggu gilirannya untuk sesi fotografi. Sejak muda, satu-satunya sifat yang tidak boleh ditinggalkan Saleem, dia tidak suka menunggu.
Mungkin perubahan sikap Julia itu berkaitan dengan Saleem yang sekarang sudah sihat semula dan keadaan itu tentu saja membahagiakan hati seorang isteri

sepertinya.

APA orang tak kata pada saya... sombong, berlagak, tak sedar diri, ‘control’ suami dan lupa daratan. Tahukah mereka, betapa susahnya saya hendak menjaga suami penagih dadah. Bukan saya tak bagi orang jumpa Saleem tetapi keadaannya ketika itu tidak stabil. Saya mahu dia ‘sihat’ semula seperti dulu dan dapat hidup seperti orang lain.

Sebab itu saya terpaksa mengawal semua aktivitinya dan kena pantau siapa orang di sekelilingnya. Orang macam ini senang digoda. Berapa banyak air mata saya tumpah selama saya berkawan dan menjadi isterinya. Orang boleh berkata apa saja tetapi saya yang menempuhnya. Saya pun tak sangka bertemu jodoh dengannya. Ini semua kehendak Allah SWT dan saya terima apa saja dugaan yang datang. Jika ini ‘bahagian’ saya, saya terpaksa menerimanya.

Siapa hendakkan suami penagih dadah? Namun jodoh kami sangat kuat dan Alhamdulillah selepas bertahun-tahun mengharungi detik hitam dalam hidup kami, akhirnya Saleem sekarang sudah sihat semula.

Saya ibu tunggal dan tidak pernah terfikir untuk berkahwin semula, apatah lagi dengan artis. Segala yang berlaku sudah suratan takdir. Hari itu saya ke pejabat seorang kenalan yang kebetulan Saleem dan kawannya pun ada di sana. Di pejabat itu juga ada bilik karaoke dan mereka berdua ke sana untuk berkaraoke bersama kenalan saya tadi. Di situlah kami berkenalan iaitu pada 1996. Kami bertukar-tukar nombor telefon dan sempat berpesan padanya kalau ada masalah boleh datang jumpa saya di pejabat saya di Hotel Dynasty Kuala Lumpur. Saya pernah berniaga kecil-kecilan.

Setahun kemudian kami mula rapat kerana pada masa sama, saya sangat memahami masalah dihadapinya.

Boleh dikatakan setiap kali berjumpa, saya belanja dia makan kerana Saleem jarang ada duit. Dia kerap datang berjumpa saya dan lama-kelamaan terbit rasa sayang. Apabila dengar yang hubungan kami semakin rapat, kawan menasihati saya putuskan hubungan dengan Saleem kerana masalah ketagihan dadahnya. Mereka juga tanya saya berapa lama saya boleh tahan hidup dengan orang macam itu. Saya kata pada mereka, saya akan cuba atasi apa jua masalah Saleem dan masalah kami berdua.

Kalau hati sudah sayang, tiada apa yang dapat menghalang cinta kami. Lalu saya minta pandangan emak dan ayah. Mereka yang memahami kehendak hati saya memberi sokongan. Sehubungan itu kami berusaha mengubati Saleem.

Orang tua saya bawa Saleem berubat kampung dan pada masa sama saya juga ada melihat perkembangan artis lain yang pernah terjerumus dalam najis dadah.

Emak dan ayahlah memberi kekuatan untuk saya membina hidup bersama Saleem. Kata mereka, kalau kita membantu orang macam Saleem, kita akan dapat pahala. Saya pula suka melakukan kerja yang mencabar untuk mengutip pengalaman baru.

Apapun bagi saya, apa yang berlaku ditetapkan Allah SWT dan saya kena menanggung apa saja risiko apabila sanggup menjadi isterinya.

Lalu pada 2000 kami bernikah dan bermulalah cerita baru dalam hidup saya. Ombak yang melanda pantai rumah kami memang besar dan bukan senang menjaga orang macam Saleem. Setiap masa saya perlu bersamanya. Ketika kami berkahwin, Saleem masih penagih tegar, di mana dia belum boleh meninggalkan benda itu yang sudah bermaharajalela dalam tubuhnya.

Sebagai langkah untuk mengawal pengambilannya, perlu diberi secara sukatan dan sukatan itu dikurangkan dari semasa ke semasa. Hati isteri mana tak sedih. Saya mahu tengok dia sihat dan cergas seperti dulu. Dia masih menyanyi tetapi banyak masalah yang timbul kerana dia sukar menepati waktu.

Untuk memastikan segala usaha saya berjaya supaya dia meninggalkan benda jahanam itu, segala pergerakannya dan dengan siapa kawannya, saya kena pantau. Maka disebabkan itulah saya dikatakan ‘control’ suami.

Saya pegang semua duitnya dan tidak pernah bagi padanya lebih daripada RM10. Orang macam ini mudah didekati oleh sesiapa saja dan sebab itu dia tidak boleh pegang duit banyak. Kalau di tempat persembahan pun, saya pastikan dia sentiasa berada depan mata saya. Kalau tidak, dia akan ‘hilang’ berjam-jam. Kalau dia tak cari (orang), orang pula akan cari dia. Saya memang tidak boleh lepaskan dia dan sampai sekarang saya terus menemaninya ke mana saja dia pergi. Dia juga tak mahu orang lain temankannya.

Bagi membantunya mengatasi masalah berat itu, kita tidak boleh berkeras dengannya dan kena tahu pemikirannya. Kita tak boleh lawan cakap dia, sebaliknya kena ikut kehendaknya. Kita juga tidak boleh terus melarang dia ambil dadah. Manalah saya tak ‘tension’. Orang di luar sana mana tahu apa yang saya hadapi setiap hari?

Terpaksalah saya bersabar kerana sudah terlanjur menyayanginya. Pernah juga saya rasa bosan dan mahu tinggalkannya. Namun kalau saya buat begitu, keadaannya akan jadi lebih teruk.

Satu keputusan yang sangat sukar namun berkat doa emak dan ayah, saya harungi juga hidup ini bersamanya. Ketika keadaannya masih kronik, memang payah orang hendak buat janji temu dengannya. Alhamdulillah, keadaannya sekarang bertambah baik. Sudah rajin bersenam dan dapat menepati waktu. Saya pun dah berani bagi dia duit tiga empat ratus. Pinta saya, jangan pandang rendah orang macam ini kerana dia memang mahu berubah.

Bagaimanapun, saya masih tidak benarkan dia berkawan kerana sukar sekali untuk menentukan siapa kawan dan siapa lawan. Saya beruntung dalam hal ini kerana Saleem dengar cakap saya.

Dia tahu saya mahu buat yang terbaik untuknya. Biarlah orang hendak kata apa pun, paling penting saya mahu tengok Saleem sihat.

Cuma satu sifat dia yang saya tak boleh ubah iaitu dia tak suka menunggu. Itu memang sifat dia dari dulu. Untuk menjaga suami macam Saleem, mental saya kena kuat, kalau tidak kami sama-sama akan ‘tumbang’. Siapa mahu bersuamikan penagih dadah tetapi sudah jodoh saya. Sudah puas saya menangis, tetapi tiada siapa yang faham.

Mereka hanya tahu mengata saya. Demi kebahagiaan keluarga, saya rela berkorban sampai bila-bila. Selama 10 tahun kami hidup bersama, berjuang menentang gejala dadah dan kini Saleem sudah sihat. Hidup kami lebih gembira dan ceria. Pun begitu, bagi memastikan Saleem ‘selamat’, saya akan terus mengawasinya.”


Survey!