klik!2

Isnin, 8 Ogos 2011

Terkilan!

Assalamualaikum..Salam Ramadhan..Salam Bulan Kemerdekaan.

Telah masuk 8 Ramadhan bersamaan 8 Ogos 2011..ketika ini umur sudah menginjak 23 tahun..umur yang sepatutnya sudah bebas daripada bergantung kpd ayah ibu..menurut perancanganku 3 bulan yang lalu, sekarang ini sepatutnya aku berada di Johor Bahru..mengembangkan pengalaman, mencari fasa baru kehidupan..sebaliknya, aku kekal tidak berbuat apa2 di rumah..aku tidak terkilan..itu semua aturan tuhan..dalam keadaan makan cukup,pakai cukup,walau tak mewah, masih lagi mampu meneruskan kehidupan..bersyukur miliki keluarga yang stabil..syukur ya Allah..

Namun melihatkan ceramah2 mengenai ramadhan yang secara tak langsung menyentuh topik Zakat Fitrah membuatkan aku terkilan..terlalu terkilan!!Zakat fitrah tidaklah mahal..tp aku tidak mampu kini..wang hasil titik peluh waktu aku bekerja dahulu sudah habis aku gunakan..maklum sajalah,sudah 4bulan tanpa kerja..kadangkala kepala bagai nak pecah..aku belum layak tunaikan zakat fitrah..nak pergi stadium bukit jalil pon pau duit ummi..haihh..

Hidup tidak akan selalunya indah..fasa terang dan gelap bersilih ganti..bila berada dalam fasa kesusahan, itu tanda Allah sedang menguji..dan dari situ kita tahu Allah sayangi kita..apa sahaja dengan perancangan yg rapi, pasti jaya..tp ada lg faktor2 lain yg sering ktia lupakan,bencana alam, faktor kesihatan, dan faktor2 lain yg menggagalkan perancangan..aku tidak kecewa dengan jalan hidup yg aku lalui kini, tp bila je tiba part Zakat Fitrah pasti aku benar2 terkilan! Tiada harta untuk disucikan!!hmmm~

Berita baiknya, keadaan kesihatan tampak kian pulih..semakin hari semakin ceria..dan pergerakan juga tidak lg terbatas..semuanya tentang masa hadapan..masa hadapan yg blm tentu cerah atau gelap..kerana kehidupan aku kini tidak bervisi dan misi..hanya menumpukan hari2 yg berlalu..apa yg ada di hadapan,aku lalu..apa2 halangan akan datang,lain cerita..semoga perkembangan kesihatan terus positif..perkenankanlah ya Allah.

waktu ni aku cukup teruja nak mulakan perancangan baru..aku nak teroka pengalaman baru..suatu perancangan yg gagal..pengajaran..




Salam to all! Selamat menyambut hari buruh 1 mei 2011. Nikmati cuti anda,buat sekurang-kurangnya satu aktiviti yang benar-benar berfaedah:)

Telah masuk bulan Mei untuk tahun ini. Setiap bulan dengan azam baru kan bagus. Tak perlu tunggu setiap 1 Januari atau 1 Muharram. Bulan ini wajib cemerlang daripada bulan2 yang telah lalu. Dan dengan kesempatan ini, saya ingin berkongsi kegembiraan dan keterujaan untuk memasuki fasa baru kehidupan, menetap di Johor Bahru.

Mengapa begitu teruja?? Biasa mungkin bagi anda. Tetapi amatlah berharga andai penghijrahan ini menjadi realiti. Jauh perjalanan, indah pemandangan, luas pengalaman. Sudah sememangnya menjadi keghairahan bagiku untuk melihat dunia. Sementelah beberapa penghijrahan sebelum ini benar-benar mengubah budayaku. Siri-siri penghijrahan sebelum ini bagaimanapun tidaklah begitu memberi kesan kerana aku masih bersama keluarga. Tetapi kali ini aku akan mula menempuh hidup sendiri. Sesi Latihan Industri selama 6 bulan bermula 15 Jun depan bakal mengubah budaya hidupku lagi.

Aku dilahirkan di Temerloh, berhijrah ke Kuantan ketika berumur 6 tahun, kemudian pulang ke kampung halaman ketika berusia 12 tahun. Pada usia 13 tahun, aku berhijrah lagi ke Wilayah Persekutuan Labuan sehingga umurku 19 tahun. Aku pulang ke Temerloh selepas tamat matrikulasi pada 2007 dan menghabiskan 4 tahun di Gambang. Dan pnghijrahan paling meninggalkan kesan adalah untuk bersama masyarakat Borneo di WP Labuan. Masuk ke dalam budaya mereka serta menjalani kehidupan bersama-sama. Dan dari pengalaman-pengalaman inilah lahirnya blog yg bersandarkan kepada pengalaman ini. Tempat baru menjanjikan sesuatu yang menarik. Dan aku sangattttt teruja dengannya;) Untung sabut,timbul..Untung batu, tenggelam. Timbul atau tenggelamnya aku,aku tidak kisah. Kerana indahnya hidup di sana nanti adalah bonus, jika sengsara sekalipun hidup di sana, itu akan menjadi pengalaman yang cukup mahal!

Jangan tidak tahu, Johor Bahru adalah sebuah bandar raya "kedua terbesar selepas Kuala Lumpur". Dengan penduduk melebihi 1 juta dan nadi ekonominya berpaksikan perdagangan, pelancongan, perindustrian, dan industri sokongan, tentunya sangat mencabar. Kedudukan geografinya yang berdekatan dengan Singapura menjadikannya penyumbang terbesar dalam industri pelancongan negara iaitu sebanyak 60%. JayBee, aku dah tak sabar lagi;p

Mungkin kesibukan kerja menghalang aku daripada menyelusup masuk ke dalam masyarakat, tapi sekurang-kurangnya berjemaah di masjid pd setiap waktu solat juga dikira bersama masyarakat. Pasti ada bezanya dgn tempat aku. Dan perbezaan atau keunikan itulah yang aku cari. Aku suka melihat dunia. Azam aku suatu hari nanti aku nak menjelajah seluruh dunia..Dan JAYBEE adalah permulaan;)

Anda di bawah tempurung???rugi!

Tiada ulasan:

Survey!