klik!2

Isnin, 29 Ogos 2011

Jalur Gemilang!


Selamat tinggal Ramadhan..Semoga ketemu lagi..Selamat datang Syawal, dan terima kasih pertiwiku. Di bawah erti kemerdekaan ini kami hidup aman sentosa. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan, semoga limpahan kenikmatan yg diberikan tidak tersia-sia.

Tanggal 30 Julai lalu, berlangsung satu Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Temerloh Tahun 2011. Sebagai seorang guru yg meminati seni puisi, Ummi telah dijemput untuk mendeklamasikan sajak bertemakan Jalur Gemilang.

Pantun dan Ummi sememangnya tidak dapat dipisahkan, beliau meminati pantun seawal usia di bangku sekolah. Jiwa pantunnya kini subur dan kian berkemabang seiring perkembangan pengalaman yang dilalui. Pantun 6 rangkap yg jarang kita temui juga adalah buah tangan istimewa karangan Ummi.

Persembahan diserikan lg dengan mendeklamasikan sajak secara berpasangan. Ummi memilih sepupu beliau yg juga jiran di kampung, merangkap teman sepermainan semenjak kecil, Cikgu Abd Hamid. Cikgu Hamid juga merupakan rakan sekelas Ummi waktu di bangku sekolah. Kini mereka sama2 berjuang dalam bidang pendidikan bg membangunkan anak bangsa di Temerloh ini khususnya.

Berikut aku kongsikan pantun dan sajak karangan Ummi, Che Robiah Che Ismail. Sebarang aktiviti "copy" atau "plagiat" haruslah dimaklumkan terlebih dahulu, anda boleh add facebook saya atau tinggalkan makluman di ruangan komen di bawah. Sama2 kita jiwai pantun dan juga sajak persembahan mereka secara berpasangan.


Sejambak kasih, Seharum mawar kasturi
Buatpengacaramajlis, Assalamualaikum
Salam perpaduan Salam kedamaian
Salam satu Malaysia

Daun layu di tengah gurun
Nampak jalur pohon cemara
Tradisi melayu turun temurun
Pantun ditutur pembuka bicara

Ingat tak waktu dulu-dulu ??,

Hendak gugur gugurlah nangka
Jangan menimpa di ranting pauh
Hendak tidur tidurlah mata
Jangan mengenang orang yang jauh

Bagaimana nangka nak gugur

Sembilu ada pisau pon ada

Bagaimana mata naktidur

Rindu ada risau pon ada


Apa diharap padi seberang

Entah berbuah entahkan tidak

Hanya hamba tertampi-tampi

Apa diharap kasihnya orang

Entahkan sayang entahkan tidak

Hanya hamba ternanti-nanti


Memangku harap padi seberang

Makin berbuah tidak bersambung

Hanya dimakan pipit melayang

Usah digundah usah dikenang

Memangku harap kasihmu sayang

Dari dahulu sampai sekarang


Sudah teradat sianak lelaki

Mati berjuang, berundur jangan

Berani kami menjunjung adat

Bukan memberi kata dan puji

Hanya budi dalam ingatan

Buat kenangan sepanjang hayat


Terimalah…..Sebuah sajak yang bertajuk

“JalurGemilang”


Jalur gemilang

Jalur gemilang benderaku bertuah

Rumpun nak watan terpatri megah

Waad suci sentiasa menjadi juadah

Nusaku, sentosa, sejahtera semakin bertambah


Jalur gemilang

Warga bestari penuh kata sepakat

Sumpah merdeka, melimpah penuh amanat

Cahaya-cahaya damai, bahagia, pastinya terpahat

Kilauan akidah yang menjadi azimat


Jalur gemilang

Merah ronanya berani terkandung mukjizat

Putih nan suci, nan bersih tersemat

Kuning bangsawan

Kuning keemasan tuanku berdaulat

Biru terlakar perpaduan tersirat


Jalur gemilang

Wawasan dijulang sahsiah dijunjung

Visi dicanang didikan dikendong

Matlamat ditatang semangat disanjung

Ada moyang watikah didukung.


Jalur gemilang

Subur jejak-jejak arus perdana

Pembangunan negara jitu laksana

Yang telah membawa titah duli baginda

Pasti harmoni di hujung bicara


Jalur gemilang

Jalur gemilang kita kibarkan

Tidakkan luntur ditelan zaman

Jalur gemilang kita kibarkan

Tidakkan pudar ditelan warisan


Sekian, terima kasih.




Aksi pantun.
Aksi sajak diiringi muzik oleh pelajar.

Bersama cenderamata masing2.


Tiada ulasan:

Survey!