klik!2

Isnin, 8 Ogos 2011

ia berulang lagi!

ehee...kelab kesayanganku..Manchester United..Baru sahaja memenangi perlawanan pembukaan merebut Community Shield menentang jiran yang bising Manchester City.

1st half yang terok..sehingga Patrice Evra yang fokus sepanjang 2 musim lalu pon hilang pertimbangan dan digantikan dgn Rafael..tp masuk 2nd half, Man United kini berwajah baru!!!wuuuhaaa!!! ketinggalan 0-2 hasil jaringan Lescott pd minit ke 38 sebelum David De Gea gagal mengagak rembatan deras Dzeko pd minit ke 45 sebelum rehat.

3 pemain mencipta debut pertama dalam kesebelasan utama De Gea, Ashley Young dan Welbeck yg bergandingan dgn Rooney di hadapan. Ditambah dgn keyakinan tinggi sentuhan Nani yang semakin licik dan kadangkala menjengkelkan..haha..apepon beliau tibai 2 gol malam ni..gol pertama beliau pd minit ke 57 sangat menakjubkan sebelum menunjukkan semangat yg tinggi apabila mengejar bola hantaran Rooney yang sepatutnya milik Kompany apabila gagal mengagak bola lantunan tinggi itu..Nani meneruskan larian sebelum memperdayakan Joe Hart untuk merobek hati jiran yang sangat kaya di penghujung permainan pada minit ke-93, seminit sebelum permainan tamat.

Sebelum itu Smalling menyambut tenang hantaran sepakan percuma Ashley Young untuk kedudukan 2-1. Gol minit ke 52 itu merubah rentak permainan dan mengemaskan lg pergerakan United.

2 lg penampilan pemain baru sejurus selepas rehat menampilkan Phil Jones dan Tom Cleverly. Wajah baru gabungan pemain baru dan lama dilihat bermain dengan cukup kemas dan enjoy dengan perlawanan tadi. Apa yang aku nak katakan, ia berulang lagi!!!Apa yang berulang???hehe..

Sejak mula meminati United sehingga kini, perpindahan pemain sangat membimbangkan. Ramai kelab inginkan pemain United. Dan dengan bongkaknya Ferguson pasti sahaja akan menjual sesiapa sahaja yang bermasalah dengannya. Setelah kehilangan benteng kebal Van Der Sar, si Genius Paul Scholes, dua bek berpengalaman O'shea dan Brown, siapa sahaja penyokong pasti bimbang. Sama seperti kebimbangan sewaktu kehilangan Eric Cantona, pasangan Dwight Yorke dan Andy Cole, Peter Schmeichel, Jaap Stam, David Beckham, Ruud Van Nistelrooy, kapten Roy Keane dan paling memeritkan kehilangan Christiano Ronaldo. Pemergian Carlos Tevez juga turut dirasakan apabila beliau berjaya cemerlang di Manchester City.

Namun Ferguson tetap tenang. Baginya individu dalam pasukan bukanlah segalanya. Dia lebih tahu siapa yang dia mahu gunakan. Melihat persembahan separuh masa kedua tadi, aku cukup yakin yang sekurang-kurangnya Man United akan mencabar tempat teratas liga sekali lagi. Pemergian tonggak pasukan, seterusnya cemerlang tanpa mereka..ia berulang lagi!!!pasti!

buat lagi kay nani!!!buat banyak kali,pasni leh jual kat Real Madrid 81juta pound..up skit dari Ronaldo!!haha..
Lambaian akhir, kami pasti rindui BULLET Scholes..juga keGeniusan beliau sbg playmaker!

Tiada ulasan:

Survey!