klik!2

Jumaat, 19 Ogos 2011

Dia Ahli Syurga

Assalamualaikum..Selamat berhari Jumaat, Jumaat yang sentiasa dirindui kerana hadirnya pada bulan Ramadhan, hari yang padanya pahala digandakan juga jatuhnya pula pada bulan yang padanya pahala digandakan. Lakukan sedikit ibadah, maka berganda-ganda lah pahala kebajikan yang kita dapat. Insyaallah.

Hampir sebulan sejak aku bersama Muhammad Iqbal. Setiap hari bersamanya tidak sah tanpa "bergaduh". Dan kalau bukan dia, aku yang "merajuk". Begitulah seharian masa bersama adik sepupuku yg paling aku sayangi. Sungguh tempatnya di hati ini adalah yang tertinggi dan tidak tertanding oleh adik sepupu yang lain. Dia berumur 11 tahun. Memiliki kekuatan fizikal luar biasa semenjak kecil. Dia sangat obses kepada sesuatu yang diminati. Antaranya, membasuh dan menjemur kain...... Bagus bukan?? Tetapi, sewaktu aku menulis entri ini, Muhammad Iqbal tidak bersamaku, semalam aku pulang ke rumah. Meninggalkan dia di rumahnya. Dan setiap luahan aku di sini terpaksa menahan sebak merindukan dia. Mungkin inilah kali pertama aku menitiskan air mata sewaktu menulis blog.

Muhammad Iqbal anak sulung. Dia memiliki adik perempuan berumur 6 tahun dan adik lelaki berusia 6bulan. Ibu dan ayahnya bekerja. Tetapi dia tidak pernah terabai. Menjaganya lebih sukar daripada menjaga 5 orang budak seusianya. Kerana kita perlu mengawasinya setiap saat. Jika tidak, apa yang terlintas di fikirannya akan dilakukan. Tetapi dia penyayang. Dia sangat menyayangi orang yang menyayanginya. Aku tidak pernah ke rumahnya tanpa sapaan mesranya. Pelukannya sangat erat,senyumannya amat manis,dan panggilan "abang amer" di mulutnya merupakan satu rahmat bagiku. Walau sebutannya tidak sempurna.

AUTISME..itulah yang membezakannya dengan orang lain. Dia adalah 5 dalam 10 000 kelahiran. Dengan erti kata lain 1 dalam 2 000. Tidak syak lagi, dia ISTIMEWA!! Terlalu istimewa!! Allah menurunkannya untuk menguji orang-orang sekelilingnya. Ujian ke atas ibunya, ayahnya, dan juga adik2nya.. Walaupun usia adiknya cuma 6bulan!

Bagiku autisme lebih tepat lg digambarkan sebagai "seorang yang hidup di dalam dunianya sendiri"

Aku menjalani terapi di daerah Bera. Keadaan aku kini hampir pulih. Syukur. Dan di sana aku menumpang rumah Muhammad Iqbal. Apabila aku ada di rumahnya, dia tidak mahu ke sekolah. Dia bersekolah di kelas pendidikan khas. Dia ditempatkan bersama kanak-kanak lain yang mengalami masalah yang hampir serupa. Tetapi, menjaga kanak2 yang keupayaan fizikalnya terganggu tidaklah semudah menjaga Muhammad Iqbal yang seorang. Itupun usianya sudah mencecah 11 tahun. Dia melihatkan perkembangan yang positif sejak kebelakangan. Berbanding ketika aku menjaganya sewaktu dia berusia 7 tahun di hospital, dia kini lebih berupaya untuk menilai buruk dan baik.

Dalam 10 pertanyaan, anda belum tentu bernasib baik untuk dia merespon satu daripada soalan itu. Jika dia memandang muka anda, mengannguk dan menggeleng sudah sangat bernasib baik. Tambahan pula ketika dia sedang melihat cerita Upin dan Ipin-Geng Pengembaraan Bermula. Seperti yang aku katakan, dia mempunyai beberapa obses. Antaranya terhadap permainan komputer (counter strike adalah yang paling diminati), permainan di gadget samaada telefon bimbit atau ipad dll, obses terhadap ayam percik, sangat takutkan mercun dan bunyi guruh. Paling istimewa, dia sangat suka membasuh kain menggunakan tangan atau mesen basuh, kemudian menjemur kain. Chanel astro 611 adalah kegemarannya. Dia adalah orang pertama yang akan membelek akhbar pada setiap pembelian, begitu juga majalah baru. Jika kita sedang baca, dia akan minta dengan baik. Kalau tidak diberi,dia akan ambil dengan merampas. Dia akan cakap "biarla saye bace duluu" dengan nada serius. Dia juga pantang mendengar adik kecilnya menangis, dia buatkan susu, dia dukung dan peluk erat. Itu hanyalah sebahagian daripada sikapnya.

Setiap pagi sebelum ibunya pulang kerja aku akan tinggal berdua. Aku pernah bertanya, mengapa dia tak mahu ke sekolah. Dia hanya menjawab tiada kawan. Aku cakap, "abang tipu ye"..dan dia membalas "betoool.."..tak pasti sama ada dia benar2 tidak memliki kawan. Tetapi dengar cerita dia ni sangat cekap membuli rakannya. Bukanlah niatnya hendak membuli, tetapi jika ada sesuatu yang dihajati, dia akan mendapatkannya walau apa cara sekalipun.

Dari pukul 7 pagi sehingga 10malam, dia akan bersama laptopnya. Jika tidak menonton Upin dan Ipin, dia akan bermain counter strike. Berulang kali. Jika dilarang dia akan buat tidak tahu. Dia akan berhenti dan mencari bolanya, dia akan menyepak bola ke dinding untuk 10 minit dan sambung bermain komputer sambil menonton Astro Ceria. Bila aku nak tengok TV, dia akan bg remote, dan 10 minit sekali dia akan alih chanel 611 untuk lihat rancangan apa yang sedang ke udara. Jika Upin dan Ipin, Riwayat Kamil, Wonderpet, Dragon Ball dan ade lgg beberapa,maksudnya nasib aku tak baik. Kene join sekali la jawabnye;pp Bila aku tiada di matanya, dia sibuk pula suruh tengok TV. Duduk dengan dia. Bila aku tidur terlalu lama, dia akan goncang badan aku, sepak2.. Kalau aku buat keras, dia akan duduk atas perut aku. Fuhhh.kompom aku bangun!!

Dia suka buku warna. Pantang adiknya yang berumur 6tahun mewarna, dia akan sibuk mengacau. Dia ada memiliki buku warna sendiri, kadangkala terpaksa print mana2 gambar kosong untuk beri kepadanya. Dan menakjubkan kerana dia mewarna dengan cukup kemas!!

Malam2 dia nak tidur dengan aku. Dia tidak akan tidur tanpa ada sesuatu di bawah bantalnya. Dia akan simpan handset di bawah bantal. Tak kira handset siapa,kalau handset dia takde,dia akan ambil handset aku. Suatu hari tu aku ade bace novel Khalifah Umar Abdul Aziz, dia ambil, letak bawah bantal, teros tidur. Kalau takde henset, dia akan simpan suratkhabar.

Semalam, aku cuci kain guna mesen basuh. Malangnya aku tertidur, sedar2 kain dalam mesen basuh dia keluarkan dan basuh dalam bilik air. Aku buat muka garang, dan arahkan dia letak balik dalam mesen basuh dan sambung balik. Pastu aku pura2 merajuk dan beredar, ingatkan dia tak pandai. Sekali aku tertidur lagi daa.. Sedar2 kain tu dah siap kering dan ada dalam bakul dia keluarkan. Mungkin dia tahu aku marah dia kot. Dia buat selamba je main laptop lg lepas tu. Setiap petang kalau mak atau ayah dia cuci kain, dia pasti akan jemur. Kita tidak akan memahami obsesnya, tapi itulah simtom2 kanak2 yang memiliki autisme.

Setiap pagi aku akan beli paper, kadang2 mak dia belikan. Kalau dia tahu, mmg habess laa. Tunggu dia baca dlu. Kena pulak dia bace time tengah tengok dragon ball, fuhh lama bebb..haha...

Asal bunyi guruh, dia akan masuk bilik, cari selimut, selubung dan terus tidur. Ketakutan akan jelas di wajahnya. Seingat aku sejak kecil lg. Dan dia sangat takut dengan bunyi mercun. Waktu buka puasa di rumah seorang lg makcik aku, lepas solat tarawih ramai budak2 main mercun di sekitar rumah. Puas aku dan mak dia pujuk dia balik. Dia taknak keluar dari rumah makcik. Akhirnya dia ambil kain tuala, bungkus kepalanya. Dan berjalan perlahan2 ke kereta. Macam2..Sangat mencabar dan menuntut kesabaran yang tinggi.

Dalam pelbagai situasi, tingkah lakunya akan membuatkan kita marah kepadanya. Dan pada suatu peringkat kita akan terlupa bahawa obses dan mahukan sesuatu yang diingini itu adalah penyakitnya. Aku memarahi dia. Aku pernah pura pukul dia. Dan satu kali tu, aku pernah sorok novel Khalifah Umar Abdul Aziz ketika dia minta. Akhirnya dia mengamuk. Dia masuk ke bilik dan menendang pintu bilik air. Rasa bersalah di hati aku hanya tuhan yang tahu, tapi dia tidak mngkin tahu yang aku ingin mengajarnya. Itulah sikapnya. Sukar diramal. Kadangkala kita perlu bertegas untuk mendidiknya. Paling ditakuti, dia selalu ingin mendukung adiknya, dan aku tidak akan pernah beri. Kerana membahayakan adiknya. Dan setipa kali itulah dai akan merajuk.

Suatu petang, ibunya tidak ke bazar Ramadhan untuk mendapatkan ayam percik. Dia masam mencuka dan memaksa ibunya pergi ke bazar. Apabila tiba sahaja bulan puasa, dia akan pasti meminta ayam percik. Bila tiba waktu buka puasa, dia akan sibuk suruh aku duduk di meja walaupun dia tidak puasa.haha...itulah serba sedikit sikapnya.

Sukar diramal, sering membangkitkan kemarahan dalam setiap tindakannya. Tetapi seringkali aku mengingatkan diriku bahawa apa yang dia lakukan, itu semua direct ujian dari Allah. Atas tingkah lakunya itu terkandung ujian Allah yang ingin melihat kita bersabar.

Pada mulanya tidak siapa menyangka dia akan membesar dalam keadaan begitu. Tetapi setelah berumur 3 4 tahun, dibandingkan dengan sepupunya yang sebaya, Muhammad Syafiq, dia menunjukkan sedikit kelembapan dari segi pertuturan, lambat berjalan, tidak memberikan respon sewajarnya ketika kita cuba berkomunikasi, bertindak ikut suka hati dan tidak mempedulikan larangan, serta sangat aktif atau hyperaktif.

Dikandung ibunya selama 9bulan, menjadi anak sulung kepada adik2nya. Tiada siapa tahu ujian ini sebesar mana di bahu ibu ayahnya. Siapa tidak sedih mengenangkan nasib anak yang belum tentu masa depannya. Sekurang-kurangnya aku yakin pasti ibu dan ayahnya berharap dia dapat berdikari untuk menjaga dirinya sendiri kelak. Memiliki Muhammad Iqbal bermakna MESTI KUAT!! Aku jangka jika tidak kuat, pasti akan stress dan akhirnya mengalami masalah mental. Dia datang berpakej. Apabila memilikinya, haruslah kita berkorban di tahap tertinggi untuk menjaganya. Baik dari segi makanan yang 3 kali ganda dari kanak2 biasa, ubat2an yang 10 kali ganda dari kanak2 biasa tdak termasuk rawatan pakar, dari segi masa, rehat tidak mencukupi, dan segala keperluan lain. Ohh bersyukurlah anda yang memiliki anak2 yang sihat sempurna..

Dimanapun dia untuk 30 tahun lagi, apapun dia lakukan ketika ini dan masa akan datang, bagaimana orang sekeliling memperlakukannya...Tamat alam ini, Muhammad Iqbal di SYURGA...kita????belum tentu... kemungkinan BESAR dicelup cukup2 dalam neraka dahulu.. Sayangilah mereka!!Saya sayang kanak2 AUTISME!!

Mahu tahu lebih lanjut, Google aje perkataan AUTISME..dan bayangkan bagaimana perasaan ibu bapa yang miliki anak2 sebegini.




Inilah abang..peminat nombor 1 upin dan ipin!

Sebagai bandingan, Syafiq juga berumur 11 tahun.

Tiada ulasan:

Survey!