klik!2

Jumaat, 8 Julai 2011

4

Seindah indah salam aku hulurkan..Ungkapan yang diajar oleh Rasulullah.."Assalamualaikum".. Bukan sekadar ucapan,tetapi juga doa untuk sesama muslimin. Semoga sejahtera bersama rahmat dan berkat daripada Allah SWT hendaknya.

Seawal pagi hari ni aku dikejutkan dgn pemergian seorang kawan. Pergi yang takkan kembali. Ini sudah kali ke 5 rakan sebaya aku pergi. 3 daripadanya meninggalkan kesan yg mendalam. Bermula waktu darjah 3, seorang rakanku meninggal dunia akibat mati lemas. Waktu tingkatan 4 akibat kanser paru2. Dan yg hari ini akibat kemalangan jalan raya. Dua lagi rakan sekelas tetapi tidak begitu rapat meninggal dunia akibat denggi dan juga kemalangan jalan raya.

Dalam keadaan aku yang seringkali tumpas dgn ujian Allah, sedikit sebanyak peristiwa2 ini membuatkan aku mempertimbangkan kembali di manakah harga sebenar kehidupan. Dalam keadaan aku yg sering merungut, memikirkan hidup aku di dunia tidak mungkin akan lama, juga terkadang melenting akibat diduga dengan kesakitan sepedih dibakar api, akhirnya seorang demi seorang rakanku pergi dulu. Ini baru rakan sebaya, belum lagi kira orang kampung aku yg saban bulan pasti sahaja ada yg pergi. Tidak bulan ini, bulan depan. Tetapi mereka di kampung sudah tua. Tidak sama rasanya kehilangan rakan sebaya.

Sekurang-kurangnya tuhan warning aku sebelum diberi bencana besar. Ya Allah, aku harus menukar perspektif baru. Sakit yg aku tanggung itulah lambang kasihnya Dia kepadaku. Layak sekali untuk aku bertaubat nasuha atas segala kesalahan lampau. Kerana dapat aku rasakan, setiap kali kematian, makin mahu aku menyebut "jgn sedih sahabat, aku juga akan mengikutmu suatu hari nanti".

Semakin hari hidup semakin gusar akibat ilmu agama yg belum mantap. Bagaimana hendak beramal dgn baik jika ilmu sekadar ada. Masakan iman itu mantap andai amalan hanyalah jarang-jarang. Perkara-perkara ini sering mengganggu hati bilamana aku diserang kesakitan. Berbaring sepanjang 2 minggu dan solat dalam keadaan baring dan duduk selama tempoh itu benar2 menguji. Kerana hidup tak habis disini. Jauh melangkaui zaman. Sampai sesak senak mindaku berfikir. Tetapi tetap, Allah lebih sayangi mereka. Mereka dulu dijemput. Menandakan kita ini tidak patut yakin umur sampai ke usia tua.

Ini bukan mainan. Sebak di dada bukan direka-reka. Walau air mata setitis tidak pernah jatuh, tapi di dada debaran ini siapa yang tahu. Bukan duduk mereka di kawasan selesa. Ditemani tanah dan gelap gelita. Tempat dimana hanya orang2 beriman dan beramal soleh sahaja yang bahagia. Kuburan umpama tempat rehat mereka. Nilai diri, sejauh mana aku bersedia?? Belum.. Sampai suatu ketika, aku benar2 rasakan ingin benar ke medan perang. Biar diri ini ditetak pedang musuh dan akhirnya gugur syahid. Itu adalah lebih bermakna daripada mati di tilam. Tapi gemerincing bunyi pedang di medan juang itu sahaja sudah menakutkan..Apatah lagi ledakan senjata pemecah kepala.

Jangan bimbang rakan2, setiap daripada kita ada bahagian masing-masing. Tak esok, lusa. Tak lusa mungkin sebentar lagi. "tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati" (surah ali imran, ayat 180) . Mati itu pasti. Buat arwah Duan atau Ahmad Redzuan bin Syahril, pemergianmu tidak sia-sia. Hilang seorang yang baik, akan berganti sepuluh yang berlipat ganda baik. Kematianmu adalah iktibar untuk kami. Kamu mendahului kami tanpa disangka-sangka. Al Fatihah..


Tiada ulasan:

Survey!