klik!2

Rabu, 20 Julai 2011

Irma Hasmie

Nah...tengok ni!!
opppp!!!cukup!!!terpesona kan??ahahaa;pp cantik!!sudah bertudung ..tapi cuba baca sini , susah payah die jawab untuk nafikan dia bertudung kerana putus cinta. Siapa kita nak duga hati orang?sampai tahu niat orang?

Bagi aku, hak dia la nak pakai tudung kerana apa pun. Samaada putus cinta, takut tuhan, atau benar2 mendalami konsep agama yg menyeru ummatnya menutup aurat. Yang penting dia menutup auratnya. Sengaja aku sensasikan entry kali ini dgn tajuk "Irma Hasmie".. Kerana daripada artikel dari Hariam Metro ini tercetusnya idea aku untuk masukkan entry kali ini. Ini bukanlah isu tumpuan, tetapi sedikit sebanyak cerita Irma ini ada kaitan dgn isu yg aku nak utarakan.

Isu kali ini bukanlah pengalaman atau pandangan aku sndiri, tetapi aku teringat semula waktu menghadiri ceramah perbandingan agama sewaktu di UMP dulu. Penceramah seorang India muslim yang aku tak pernah tahu namanya. Ceramah diberikan dalam waktu menunggu Isyak, walaupun singkat tapi amat berkesan.

Penceramah merupakan seorang pendakwah yg aktif kini setelah mula menemui hidayah ketika jatuh cinta dengan seorang gadis Melayu. Akuinya jujur, sememangnya niat utama dia hanyalah untuk memiliki gadis cantik yang kini telah menjadi isterinya. Malangnya, terlalu banyak penghinaan dan tohmahan masyarakat terhadap mereka. Sehinggakan majlis pernikahan hampir tidak jadi. Sudahlah dia memeluk Islam dan mendapat tentangan dari keluarga, bakal keluarga mertua dan ipar dua pula tidak menerimanya. Dia hanya tinggal di rumah keluarga angkat yang akhirnya berjaya memujuk keluarga pengantin perempuan. Tapi lihat bagaimana beliau kini, jika dulu dia menerima zakat, kini dgn jayanya beliau telah menyumbangkan zakat. Mungkin lebih daripada sumbangan orang Islam yang sejak lahir dalam agama ini. Malah dia menjadi seorang pendakwah yang dihormati pula. Ini semua kerana niat asalnya, memperisteri seorang wanita yang dicintainya.

Penceramah juga mengakui terdapat segelintir rakannya bergurau jika dia masuk dalam agama Islam, dia perlu berkhatan atau potong!! Macam2 momokan diterimanya tetapi dek kerana cintakan si gadis pilihannya, dia teruskan juga niatnya.

Ketika berongsikan pengalaman benar beliau, rakan beliau yang juga seorang muallaf terlepas mengislamkan ibunya sendiri. Kerana hal yang begitu remeh. Sewaktu di hospital, ibunya sedang sakit tenat. Rakan beliau cuba memujuk untuk ibunya mengucapkan dua kalimah syahadah dan menerima Islam sebagai agama. Setelah puas memujuk akhirnya beliau berjaya. Namun ibunya meletakkan syarat, jika ibunya meninggal dunia, ibunya ingin dikebumikan di tanah perkuburan Cina. Dia akhirnya berfikir dan mengambil masa begitu lama. Akhirnya ibunya pergi untuk selamanya dan tidak sempat untuk memeluk agama Islam. Begitu terkilan penceramah itu mendengarkan perkhabaran ini kerana baginya yang penting adalah syahadah. Urusan lain belakang kira.

Hal2 di atas jelas menunjukkan perkara2 remeh begitu mengambil tempat dalam agama kita. Ini menandakan perkembangan yang tidak baik dalam pembangunan Islam itu sendiri, termasuklah mempersoalkan niat Irma Hasmie mengenakan tudung. Walau apa sekalipun niat orang, kita tetap manusia. Jangan ngade2 nak baca hati orang. Muhasabah diri sendiri tu banyak2 dulu.

Survey!