klik!2

Sabtu, 16 Julai 2011

Updating!

Assalamualaikum..

Sudah masuk hari sabtu..berbaki 14 hari lagi menuju ramadhan..semoga dapatlah bertemu sekali lg dgn bulan bonus ramadhan..bile ye nisfu syaaban??aduhh sungguh aku hanyut..

malam ini berlalu seperti malam2 lain..aku masih dibelenggu kesakitan..masih mencari penyembuhan..belum lg ketemu..terasa bagai belayar di lautan keseorangan,dengan hanya layar yang kecil,arah daratan sedikitpun tidak kelihatan..sampai bila harus begini pun aku tidak pasti..yang pasti, berputus asa dari rahmat Allah tu suatu dosa..Nauzubillah..

tiada point penting untuk diutarakn malam ini..cuma seketika tadi, aku membuka laman blog ini, melihat gambar2 wajahku di banner, aku benar2 rasa yg blog ini adalah kehidupan kecilku..terasa bahagia melihat laman ni..so tangan terasa nak update!!;) aku sayang blog ni!! pengalaman menarik tiada sementelah 2bulan aku terbaring akibat kesakitan..pandangan juga malas aku utarakan kerana minda terlalu penat dgn kesakitan fizikal dan mental.

nak berkongsi kesedihan aku tak kuasa lagi..nak berkongsi kegembiraan belum masanya lagi..cuma sehari dua ni aku tak lepas dgn aksi2 bolasepak dalam dan luar negara..perjalanan skuad olimpik dan piala dunia negara,kejohanan copa america,piala dunia wanita,piala concacaf dan juga persahabatan menentang kelab2 epl..sekurang kurangnya menjadi hiburan aku..walaupun fizikalku agak gempal,tapi minat mendalam kpd bolasepak belum padam..aku juga menyimpan hasrat untuk bergiat aktif dalam sukan ini suatu hari nanti..walaupun telah terlewat..gout really kill me!!kill my dream!!

esok smua family members ade d rumah!!yeay!!seronokkk..adik balik,abah balik..tp aku yg rencatkan suasana,maaf smua!!aku janji akn terus kuatkan diri untuk sembuh!

rindu plak nak main dgn budak2..dulu mase duduk labuan,pegi rumah jiran dan family angkat..skrg d kg halaman jalan umah pakcik makcik..bosan2 leh sakat budak2..haha..aku suka sgttt tunaikan impian budak2..biar mereka membesar dgn bahagia!dah lame tak jumpe sepupu kenit2..

nak jugak tulis soal jodoh..tak jadi ah..hak2

soal politik plak,malas ah..terdapat banyak kekecewaan tak kira sebelah pambangkang mahupun kerajaan.

soal agama tak layak plak nak cakap..ilmu cetek!!tp suatu hari nanti andai diizin tuhan,ada rezeki aku nak dalami ilmu2 agama ni.

haihhh..belum terlambat nak beribadat..mari2..

Nabi bersabda, "Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sy'aban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban, dinilai sahih oleh al-Albani)

Pada malam Nisfu Sy’aban, ALLAH hanya akan mengampun dosa-dosa mereka yang benar-benar mentauhidkan-NYA dan tidak memiliki sifat tercela seperti suka bergaduh dan bermusuhan.

Tiada ulasan:

Survey!