klik!2

Selasa, 21 Jun 2011

Mangkisi Mangkidu (Berok Lihat Berok Buat)

Assalamualaikum.. Rahmat dan juga berkat Allah ke atas pelawat semua.

Subuh dingin mengarai telaga,
Kembang bunga disinar cahaya,
Kasih ibu membawa kesyurga,
Kasih bapa berkorban nyawa.

Sedikit pantun melayu, semoga tidak luput di minda semua. Ayuh lihat pula sepotong hadis, moga hilanglah sezarah kehitaman hati kita. Bersih putih disinari ilmu yg bermanfaat. Hadis ini daripada Abu Hurairah yg kita kenali sbg bapa kucing yg amatlah penyayang. Selain itu, beliau juga seorang yg cintakan kelaparan. Kerana kelaparan yg tidak memudaratkan itu adalah sebahagian sunnah Rasul kita. Kerana sifat suka berlaparnya itu, dia dikurniakan ingatan yang kuat dan kini kita kenali juga beliau sebagai perawi hadis yang terkemuka.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: "Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW lalu berkata: "siapa yg paling berhak untuk aku melakukan ihsan dalam persahabatan dengannya?" Nabi SAW menjawab "ibu kamu". Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab "ibu kamu". Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: "ibu kamu". Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: "bapa kamu".

Walaupun bg anda hadis di atas ini seringkali didengari, apakah anda benar2 berbuat baik kepada ibu anda? Tidaklah kita perlu bersikap memilih kasih dalam memberikan kasih sayang kepada ibu ayah, tetapi hadis ini menerangkan bahawa kedudukan ibu itu adalah lebih diutamakan. Kerana syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu, keredhaan ibu jugalah kita harus cari.

"Monkey see monkey do". Ini aku bawak pepatah dari Jamaica. Sebuah negara di Benua Afrika. Jadi, jgn cuba mempertikaikan kemelayuan aku. Pantun hebat di atas adalah nukilan aku sendiri;p Maksud pepatah ini menjurus kepada pembelajaran tentang sesuatu proses tanpa memahami bagaimana ia berlaku. Hmmmm..rumit!! Mcm ni, nak senang pegang yang ini. Monyet lihat,dia akan buat. OK??

Mungkin anda sudah mempunyai anak, mungkin juga suatu hari nanti. Setiap daripada kita inginkan anak yg menurut perintah, menghormati kita sebagai ibu ayah, dan juga tidak melawan atau melukai hati kita. Namun ingat, apa sahaja yg monyet nampak, mereka akan lakukan. Tanya diri anda dahulu, ckup berhemahkah anda dengan ibu ayah anda?? Walaupun sedikit, walaupun sekedar meninggi suara yg tidak bermaksud melawan, pernahkah anda tanya ibu anda terluka atau tidak?? Yang sedikit itulah yg akan mencorak rasa hormat mereka kpd anda.

Teliti dalam setiap susunan kata-kata, biar dada terbakar, asalkan mulut kekal terkawal. Kerana kata-kata yg sedikit tersasar sudah mampu mengoyak hati ibu. Apatah lagi ditambah dengan intonasi yg jelik. Mulai saat dan tika ini, berusahalah. Jaga tutur kata, jaga perilaku. Selagi ada, taatlah sebolehnya, hormati dia. Mari lihat sepotong hadis lagi.

(Hassan Sahih) Diriwayatkan oleh an-Nasaie, Seorang sahabat bernama Jahimah RA datang menemui Rasulullah SAW meminta pandangan baginda untuk ikut serta dalam jihad. RasulullahSAW bertanya "adakah kamu ada ibu?". Jahimah menjawab "Ya". Lalu Rasulullah bersabda "tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga berada dibawah tapak kakinya"

Daripada hadis di atas, dapatlah kita bayangkan betapa tingginya martabat ibu. Tidak layakbaginya menerima apa sahaja yang negatif daripada anak-anak. Lebih malang sekali jika ada yang telah dan sedang melebihkan kasih sayang kepada kekasih, isteri, ataupun orang lain berbanding kasih kepada ibu. Kerana kita semua tidak pernah mengetahui apa kata hatinya. Apa perasaannya jika anda melebihkan bersms dengan org lain ketika berbual dgnnya. Apa perasaannya ketika anda sudah berbulan bersama isteri anda tidak pulang ke rumahnya. Mungkin kini zaman moden, tiu perkara biasa. Tetapi lihatlah hadis di atas. Jihad adalah besar kedudukannya di dalam Islam. Berdosa besar andainya lari dari medan peperangan. Tidaklah tertegak Islam seluas 2/3 dunia andai tiada jihad. Maka kedudukan menjaga ibu adalah lebih tinggi daripada itu.

Aku sendiri membesar dengan sifat panas baran. Belajar melebihkan kawan berbanding ibu sejak kecil, bersifat pemarah kpd semua orang dengan suara mahupun fizikal. Namun aku cuba juga tenang dalam setiap dugaan. Cuba biarkan apa yg berlalu di depan mata terus berlalu. Membenci pertikaman lidah, membenci intonasi jelik dalam perbualan, segalanya aku cuba. Tapi aku tetap manusia, sesekali terlepas juga. Mungkin kepada anda, kadangkala kepada ibu. Mungkin anda sepertiku?Masih belum terlambat, sebelum ibu menutup mata...

Jika anda mempunyai anak yang nakal, tanya diri sendiri.. Bagaimanakah hubungan anda dengan ibu ayah.. Kerana monyet lakukan apa yg dilihat..

Tiada ulasan:

Survey!