klik!2

Jumaat, 10 Jun 2011

Jikalau Kutahu Kau Akan Pergi

Sungai Lui, nyanyian Aizat ini bertemakan "rumah" atau "home". Aizat cuba membawa mesej untuk kita ingati asal usul kita.

31 April 2011. Telah pergi seorang insan yang pada masa hayatnya sedikit sebanyak telah membentuk jalan kehidupanku kini. Perginya dia bagaimanapun menamatkan penderitaan setahun 4 bulan tempoh sakitnya sebelum ajal. Akhirnya dijemput Allah setelah diuji hebat selama tempoh itu. Malangnya, selama tempoh itu aku tiada di sana. Dari sehari ke sehari melayan kesibukan dan kadangkala aku sendiri yang sakit, akhirnya dia pergi untuk selamanya.

"Ayah"..itulah panggilanku kpd beliau. Setelah lebih 30 tahun berkahwin dengan Tok (panggilan untuk nenek), mereka tidak dikurniakan anak. Waktu itu tahun 1996, kami 4 beradik ditempatkan dirumah mereka. Betapa kami saling memerlukan. Dianggapnya kami sebagai cucu dan mereka pula kami anggap sebagai datuk dan nenek sendiri. Betapa rapatnya hubungan itu sehinggalah akhirnya kami terpisah pada tahun 1999. Perpindahan ke Daerah Temerloh meninggalkan kesedihan di Daerah Kuantan yang mengajarkanku erti kasih sayang walaupun dengan kehidupan serba daif.

Sabtu lalu, 4 Jun 2011 barulah aku berupaya melawat ke rumah arwah. Yang ada hanyalah Tok. Masih cergas. Masih sihat tanpa sebarang penyakit. Masih lagi ceria. Bersorak sorai menerima kunjungan kami adik beradik setelah hampir 3 tahun tidak berjumpa. Itupun setelah sebulan Ayah pergi. Masih kuingat 14 tahun dahulu, rumah itu kelihatan uzur dari luarnya, namun sangat bersih. Tidak seinci pun rumput dibenarkan menumbuh, malah habuk tidak sempat pun hinggap, betapa selesanya kami adik beradik di sana. Tiada televisyen, tiada peti sejuk. Hiburan cumalah rakan-rakan. Bermain guli, penutup botol, bola sepak, dan permainan lain itulah hiburan. Kini suasana berubah. Walaupun masih kemas dan tersusun, telah napak sedikit pokok-pokok liar tumbuh, struktur rumah kayu itu mulai lendut. Kata Tok, arwah nak baiki setelah beliau sembuh. Katan arwah lagi, orang lain baiki tak secantik dia yang baiki.

Lama Tok mengambil masa menceritakan penderitaan Ayah. Sehinggakan pd sesuatu masa kami semua terdiam. Dan pada satu peringkat, aku sangat sebak dan amat terkilan. Arwah pernah menyuarakan kerinduan terhadap kami. "Lama Ummi dan anak2 tak mari sini, sibuk kot" kata Ayah. Aku amat kesal, kerana saban hari ingatan kpd Tok dan Ayah sangat tinggi. Cuma sikap menangguh yg menafikan aku ke sana. Aku tidak salahkan Ummi dan adik beradik lain, mereka jauh di Temerloh. Aku yang menetap di Gambang yang cuma 30 minit dari rumah Tok ini hanya menziarahi Tok sekali dalam tempoh pengajian di UMP. Inilah kali pertama aku berasa terkilan. Terkilan terhadap orang mungkin boleh dipohon maaf, tapi terkilanku ini tiada ubatnya. Ayah telah pergi. Semoga kiriman doa diharap dapat mengurangkan perasaan ini.

Sukar untuk melupakan gurauan Ayah. Ketawanya. Paling kuingati, basikal tua ayah yang membawanya keliling bandar Kuantan. Tali pinggangnya pernah aku ketawakan. Ayah hanya mengikat seluarnya dengan tali rafia. Itulah tali pinggang ayah. Saling kena-mengenakan. Aku amat suka ketawakan ayah. Perotnya yg boyot sangat kelakar. Dia tidak pernah memakai baju dirumah. "Jimat laa ayoh ni, Tok basuh kain je hari2" usikan aku terhadap Ayah yg disambut derai ketawa. Aku patut berhenti di sini. Khuatir perasaan ralat ini akhirnya membawa titisan air mata. Al fatihah.

Tiada ulasan:

Survey!