klik!2

Jumaat, 10 Jun 2011

AWAS Wahai Kaum Wanita : Penyebaran Video dan Gambar Lucah

Assalamualaikum.. Salam Jumaat. Penghulu segala hari. Hari yg padanya amalan kita digandakan pahala oleh Allah SWT. Alhamdulillah, masih lagi kita bernafas. Masih diberi ruang bertaubat. Insyaallah jika dipanjangkan lg umur kita, masih lg boleh menimba ilmu. Ilmu dunia atau akhirat.

Hari yg mulia ini, sy ingin menarik perhatian kaum wanita khususnya, para lelaki juga sebaiknya. Kita sudah sedia maklum, penyebaran gambar dan video lucah di kalangan masyarakat kita kian bernanah. Saban hari, laporan akhbar tempatan begitu merunsingkan berkaitan perkara ini. Apabila zina lebih mudah berbanding nikah, inilah habuannya. Ikut Islam kita kan selamat, taat adat membawa mudarat.

Kasih membabi buta, cinta benar cinta, biar dosa berganda, penangan kasih setia. Itulah impak kasih yg belum pasti. Masing-masing mengharap jodoh itu ada. Malangnya maruah diri pula diserahkan sewenang-wenangnya. Saya percaya, kaum wanita di luar sana sudah tentu tidak mahu jika gambar anda semua dalam keadaan bogel, separa bogel, lebih malang lagi bercumbu bersama lelaki tersebar. Kepada yang tinggi sedikit imannya, gambar tanpa tudung atau aurat terdedah sudah cukup membuatkan dirinya terasa dipalit dosa. Malang sekali, anda semua berisiko!!

Suatu kebodohan yang nyata andainya hubungan seks anda divideokan. Apa tujuannya?? Halal atau haram persetubuhan itu, tiada sebab yang kukuh untuk dirakam. Adalah suatu yang jelas rendahnya maruah anda andai sanggup mengambil sendiri gambar bogel, tidak kiralah untuk simpanan sendiri atau bagi tatapan teman lelaki. Untuk anda yang sudah terlanjur, malang sekali nasib anda kerana anda adalah golongan berisiko untuk menerima malu bertimpa-timpa.

Setiap storan memori sama ada kad memori(kamera atau handphone), cakera padat (cd), thumb drive @ pen drive, hard disk (samaada external atau yg tersedia dalam laptop dan komputer), kesemua jenis data yang dimasukkan ke dalam simpanan memori ini adalah bersifat KEKAL!!! Anda telah delete, ataupun shift+delete, segalanya masih kekal dalam memori tersebut. Lebih malang lagi jika terdapat sambungan internet ke komputer anda yang di dalamnya tersimpan gambar-gambar yang mengaibkan. Kerana kerja-kerja penggodam atau hackers ini begitu licik. Jangan fikir firewall anda sudah cukup kuat untuk menahan segala asakan hackers, kerana sistem firewall bernilai jutaan ringgit yang digunakan bank-bank besar serta kerajaan besar seperti USA juga berjaya ditembusi. Anda takut??

Anda sepatutnya berasa lebih takut lagi jika sekiranya pernah menghantar laptop anda di kedai untuk dibaiki. Kerana gambar anda yang sudah dibuang, memerlukan hanya beberapa minit bagi diwujudkan kembali. Besar mana megapixel kamera anda?? Begitulah kualiti gambar yg bakal ditatap jutaan manusia. Begitu juga kepada yang pernah menjual laptop kepada individu lain, menjual pendrive terpakai, external hard disk dan sebagainya. Terdapat anda diluar sana yang pernah trade-in handphone???Berdoalah wanita-wanitaku sayang, semoga anda dilindungi. Semoga yang memegang segala storan memori anda memiliki kemahiran yang tidak setinggi AKU....HAHAHAHAHAHAHAHAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA~~~~~~~~

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kantoi r camni..

amer @ ijjad berkata...

adessss...

Jerung Gergasi berkata...

takut nye ..abis r aku pasni ..

amer @ ijjad berkata...

isk3.~~

Survey!