klik!2

Isnin, 27 Jun 2011

pasti ada yg lebih susah

Assalamualaikum..

Pernahkah anda rasa diri anda di kedudukan yg amat susah. Mungkin dari segi kewangan, persahabatan, kesihatan, dan apa juga keadaan. Kemudian anda bertemu dengan mereka yg lebih susah, lebih malang, lebih mencabar dugaannya.

Saat kita dalam kesusahan, seolah-olah semua yang berlaku tidak memihak diri kita. Segalanya amat menyulitkan. Walaupun pada asalnya kita tahu bawaha semua itu adalah ujian Allah SWT, namun kita juga manusia yang lemah. Kadangkala tertewas juga dgn kesabaran sendiri. Bagi aku yg amat berpengalaman dalam masalah kesihatan, setiap kali ke hospital aku pasti akan terjumpa dengan seseorang yang mengalami masalah kesihatan yang lebih besar.

Waktu menunggu di luar bilik x-ray, aku terjumpa seorang lelaki dalam lingkungan umur 35-40 bertongkat. Datang bersama isteri dan 2 orang anaknya yg belum bersekolah. Katanya dia kemalangan jalanraya dalam 6bulan lalu. Bererti sudah 6bulan dia tak mampu berjalan tanpa tongkat. Bermakna 6bulan tidak bekerja. Siapa yang menanggung keluarganya????aku yakin abang ni tidak memiliki pekerjaan yang stabil. Menambah lagi malang ke atasnya, setelah besi di kakinya dibuka, sambungan tulang betisnya tidak sempurna dan senget. Keadaan itu membuatkan dia terpaksa menjalani pembedahan membetulkan kedudukan tulang dan terpaksa menunggu tempoh penyembuhan selama 5bulan lagi. Bagaimana dgn keluarganya??? Aku cakap terus-terang dengan abang tu dgn perasaan marah kpd pihak hospital dan simpati kepada nasibnya. Aku nasihatkan dia untuk menyaman pihak hospital dan melakukan apa tindakan yang patut. Tapi sampai di situ sahajalah. Aku bukannya tahu sangat tentang prosedur saman menyaman ni. Reason plg besar untk saman tu adalah untuk mendapat ganti rugi terhadap kesakitan yg dia alami, kehilangan keupayaan untuk menyara keluarga selama sekurang kurang nya setengah tahun akibat kecuaian pihak hospital.

Pernah juga aku terjumpa seorang yang parah akibat kemalangan jalanraya. Aku anggarkan dia akan kehilangan keupayaan selama hayatnya. Kecacatan di muka yang kekal juga walaupun sedikit bakal mengubah terus kehidupan seseorang. Bagaimana hebatnya tuhan menguji mental mereka ini. Dalam leka menjalani kehidupan, akhirnya ditimpa malang yang besar secara mengejut. Tentunya ini sangat menyeksakan.

Ada lagi yang lebih susah rupanya..

Tiada ulasan:

Survey!