klik!2

Isnin, 27 Jun 2011

pasti ada yg lebih susah

Assalamualaikum..

Pernahkah anda rasa diri anda di kedudukan yg amat susah. Mungkin dari segi kewangan, persahabatan, kesihatan, dan apa juga keadaan. Kemudian anda bertemu dengan mereka yg lebih susah, lebih malang, lebih mencabar dugaannya.

Saat kita dalam kesusahan, seolah-olah semua yang berlaku tidak memihak diri kita. Segalanya amat menyulitkan. Walaupun pada asalnya kita tahu bawaha semua itu adalah ujian Allah SWT, namun kita juga manusia yang lemah. Kadangkala tertewas juga dgn kesabaran sendiri. Bagi aku yg amat berpengalaman dalam masalah kesihatan, setiap kali ke hospital aku pasti akan terjumpa dengan seseorang yang mengalami masalah kesihatan yang lebih besar.

Waktu menunggu di luar bilik x-ray, aku terjumpa seorang lelaki dalam lingkungan umur 35-40 bertongkat. Datang bersama isteri dan 2 orang anaknya yg belum bersekolah. Katanya dia kemalangan jalanraya dalam 6bulan lalu. Bererti sudah 6bulan dia tak mampu berjalan tanpa tongkat. Bermakna 6bulan tidak bekerja. Siapa yang menanggung keluarganya????aku yakin abang ni tidak memiliki pekerjaan yang stabil. Menambah lagi malang ke atasnya, setelah besi di kakinya dibuka, sambungan tulang betisnya tidak sempurna dan senget. Keadaan itu membuatkan dia terpaksa menjalani pembedahan membetulkan kedudukan tulang dan terpaksa menunggu tempoh penyembuhan selama 5bulan lagi. Bagaimana dgn keluarganya??? Aku cakap terus-terang dengan abang tu dgn perasaan marah kpd pihak hospital dan simpati kepada nasibnya. Aku nasihatkan dia untuk menyaman pihak hospital dan melakukan apa tindakan yang patut. Tapi sampai di situ sahajalah. Aku bukannya tahu sangat tentang prosedur saman menyaman ni. Reason plg besar untk saman tu adalah untuk mendapat ganti rugi terhadap kesakitan yg dia alami, kehilangan keupayaan untuk menyara keluarga selama sekurang kurang nya setengah tahun akibat kecuaian pihak hospital.

Pernah juga aku terjumpa seorang yang parah akibat kemalangan jalanraya. Aku anggarkan dia akan kehilangan keupayaan selama hayatnya. Kecacatan di muka yang kekal juga walaupun sedikit bakal mengubah terus kehidupan seseorang. Bagaimana hebatnya tuhan menguji mental mereka ini. Dalam leka menjalani kehidupan, akhirnya ditimpa malang yang besar secara mengejut. Tentunya ini sangat menyeksakan.

Ada lagi yang lebih susah rupanya..

Selasa, 21 Jun 2011

Si Hacker! Anda Juga Dalam Bahaya

Assalamualaikum.


Entry kali ini adalah kesinambungan daripada entry tersebut..Untuk mendidik anda semua supaya "think the worst" atau fikir akibat yg lebih buruk. Kebetulan pula negara kita baru sahaja lg digemparkan dengan kelicikan hackers yang "budget macho" baru2 ini..entah apakah niah mereka, saya pun tidak begitu pasti. Tetapi sila think the worst, alangkan sistem web kerajaan pun ditembusi,apatah lg anda??

Majoriti anda menggunakan laptop bukan?? Lihat kamera webcam di depan anda.. Maaf saya katakan, anda mungkin pernah di hack!!!!! Tidak logik anda fikir??? Oh anda sangat naif!! Saya sedih..Semua orang boleh melihat muka anda sekarang walaupun kamera itu tidak aktif. Hanya memerlukan sedikit kelicikan. Anda yg sedang berkemban tu jelas terpapar di skrin komputr hacker. So sila binding tape kamera tu ye;p!

Seorang hacker terkenal dunia, Maxcornellis bukan sahaja menggodam komputer persendirian tetapi beliau pernah mengupload video di youtube menunjukkan beliau menggodam sistem syarikat telekomunikasi (jika di Malaysia Celcom Maxis Digi), stesen Televisyen, sistem keretapi elektrik, paparan skrin di lebuh raya, malah dia pernah menggerakkan kereta Porsche orang awam. Sila lihat hasil kerja beliau di sini Youtube Maxcornellisse

So,sila pandai. Jangan bodoh. PLEASEEEEEEEEEEEEEEEEE~ anda ingat video2 yang terlepas kat internet ni semua orang sengaja upload ke???tu semua kerja hackers!! Dan yg bawah sikit dari hackers, mereka gunakan teknik merefresh memori. Samaada memori kad,pendrive, handphone dan lain2..so please, jadi pandai!!!!!no video,no controversy!

Mangkisi Mangkidu (Berok Lihat Berok Buat)

Assalamualaikum.. Rahmat dan juga berkat Allah ke atas pelawat semua.

Subuh dingin mengarai telaga,
Kembang bunga disinar cahaya,
Kasih ibu membawa kesyurga,
Kasih bapa berkorban nyawa.

Sedikit pantun melayu, semoga tidak luput di minda semua. Ayuh lihat pula sepotong hadis, moga hilanglah sezarah kehitaman hati kita. Bersih putih disinari ilmu yg bermanfaat. Hadis ini daripada Abu Hurairah yg kita kenali sbg bapa kucing yg amatlah penyayang. Selain itu, beliau juga seorang yg cintakan kelaparan. Kerana kelaparan yg tidak memudaratkan itu adalah sebahagian sunnah Rasul kita. Kerana sifat suka berlaparnya itu, dia dikurniakan ingatan yang kuat dan kini kita kenali juga beliau sebagai perawi hadis yang terkemuka.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: "Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW lalu berkata: "siapa yg paling berhak untuk aku melakukan ihsan dalam persahabatan dengannya?" Nabi SAW menjawab "ibu kamu". Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab "ibu kamu". Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: "ibu kamu". Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: "bapa kamu".

Walaupun bg anda hadis di atas ini seringkali didengari, apakah anda benar2 berbuat baik kepada ibu anda? Tidaklah kita perlu bersikap memilih kasih dalam memberikan kasih sayang kepada ibu ayah, tetapi hadis ini menerangkan bahawa kedudukan ibu itu adalah lebih diutamakan. Kerana syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu, keredhaan ibu jugalah kita harus cari.

"Monkey see monkey do". Ini aku bawak pepatah dari Jamaica. Sebuah negara di Benua Afrika. Jadi, jgn cuba mempertikaikan kemelayuan aku. Pantun hebat di atas adalah nukilan aku sendiri;p Maksud pepatah ini menjurus kepada pembelajaran tentang sesuatu proses tanpa memahami bagaimana ia berlaku. Hmmmm..rumit!! Mcm ni, nak senang pegang yang ini. Monyet lihat,dia akan buat. OK??

Mungkin anda sudah mempunyai anak, mungkin juga suatu hari nanti. Setiap daripada kita inginkan anak yg menurut perintah, menghormati kita sebagai ibu ayah, dan juga tidak melawan atau melukai hati kita. Namun ingat, apa sahaja yg monyet nampak, mereka akan lakukan. Tanya diri anda dahulu, ckup berhemahkah anda dengan ibu ayah anda?? Walaupun sedikit, walaupun sekedar meninggi suara yg tidak bermaksud melawan, pernahkah anda tanya ibu anda terluka atau tidak?? Yang sedikit itulah yg akan mencorak rasa hormat mereka kpd anda.

Teliti dalam setiap susunan kata-kata, biar dada terbakar, asalkan mulut kekal terkawal. Kerana kata-kata yg sedikit tersasar sudah mampu mengoyak hati ibu. Apatah lagi ditambah dengan intonasi yg jelik. Mulai saat dan tika ini, berusahalah. Jaga tutur kata, jaga perilaku. Selagi ada, taatlah sebolehnya, hormati dia. Mari lihat sepotong hadis lagi.

(Hassan Sahih) Diriwayatkan oleh an-Nasaie, Seorang sahabat bernama Jahimah RA datang menemui Rasulullah SAW meminta pandangan baginda untuk ikut serta dalam jihad. RasulullahSAW bertanya "adakah kamu ada ibu?". Jahimah menjawab "Ya". Lalu Rasulullah bersabda "tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga berada dibawah tapak kakinya"

Daripada hadis di atas, dapatlah kita bayangkan betapa tingginya martabat ibu. Tidak layakbaginya menerima apa sahaja yang negatif daripada anak-anak. Lebih malang sekali jika ada yang telah dan sedang melebihkan kasih sayang kepada kekasih, isteri, ataupun orang lain berbanding kasih kepada ibu. Kerana kita semua tidak pernah mengetahui apa kata hatinya. Apa perasaannya jika anda melebihkan bersms dengan org lain ketika berbual dgnnya. Apa perasaannya ketika anda sudah berbulan bersama isteri anda tidak pulang ke rumahnya. Mungkin kini zaman moden, tiu perkara biasa. Tetapi lihatlah hadis di atas. Jihad adalah besar kedudukannya di dalam Islam. Berdosa besar andainya lari dari medan peperangan. Tidaklah tertegak Islam seluas 2/3 dunia andai tiada jihad. Maka kedudukan menjaga ibu adalah lebih tinggi daripada itu.

Aku sendiri membesar dengan sifat panas baran. Belajar melebihkan kawan berbanding ibu sejak kecil, bersifat pemarah kpd semua orang dengan suara mahupun fizikal. Namun aku cuba juga tenang dalam setiap dugaan. Cuba biarkan apa yg berlalu di depan mata terus berlalu. Membenci pertikaman lidah, membenci intonasi jelik dalam perbualan, segalanya aku cuba. Tapi aku tetap manusia, sesekali terlepas juga. Mungkin kepada anda, kadangkala kepada ibu. Mungkin anda sepertiku?Masih belum terlambat, sebelum ibu menutup mata...

Jika anda mempunyai anak yang nakal, tanya diri sendiri.. Bagaimanakah hubungan anda dengan ibu ayah.. Kerana monyet lakukan apa yg dilihat..

Jumaat, 10 Jun 2011

AWAS Wahai Kaum Wanita : Penyebaran Video dan Gambar Lucah

Assalamualaikum.. Salam Jumaat. Penghulu segala hari. Hari yg padanya amalan kita digandakan pahala oleh Allah SWT. Alhamdulillah, masih lagi kita bernafas. Masih diberi ruang bertaubat. Insyaallah jika dipanjangkan lg umur kita, masih lg boleh menimba ilmu. Ilmu dunia atau akhirat.

Hari yg mulia ini, sy ingin menarik perhatian kaum wanita khususnya, para lelaki juga sebaiknya. Kita sudah sedia maklum, penyebaran gambar dan video lucah di kalangan masyarakat kita kian bernanah. Saban hari, laporan akhbar tempatan begitu merunsingkan berkaitan perkara ini. Apabila zina lebih mudah berbanding nikah, inilah habuannya. Ikut Islam kita kan selamat, taat adat membawa mudarat.

Kasih membabi buta, cinta benar cinta, biar dosa berganda, penangan kasih setia. Itulah impak kasih yg belum pasti. Masing-masing mengharap jodoh itu ada. Malangnya maruah diri pula diserahkan sewenang-wenangnya. Saya percaya, kaum wanita di luar sana sudah tentu tidak mahu jika gambar anda semua dalam keadaan bogel, separa bogel, lebih malang lagi bercumbu bersama lelaki tersebar. Kepada yang tinggi sedikit imannya, gambar tanpa tudung atau aurat terdedah sudah cukup membuatkan dirinya terasa dipalit dosa. Malang sekali, anda semua berisiko!!

Suatu kebodohan yang nyata andainya hubungan seks anda divideokan. Apa tujuannya?? Halal atau haram persetubuhan itu, tiada sebab yang kukuh untuk dirakam. Adalah suatu yang jelas rendahnya maruah anda andai sanggup mengambil sendiri gambar bogel, tidak kiralah untuk simpanan sendiri atau bagi tatapan teman lelaki. Untuk anda yang sudah terlanjur, malang sekali nasib anda kerana anda adalah golongan berisiko untuk menerima malu bertimpa-timpa.

Setiap storan memori sama ada kad memori(kamera atau handphone), cakera padat (cd), thumb drive @ pen drive, hard disk (samaada external atau yg tersedia dalam laptop dan komputer), kesemua jenis data yang dimasukkan ke dalam simpanan memori ini adalah bersifat KEKAL!!! Anda telah delete, ataupun shift+delete, segalanya masih kekal dalam memori tersebut. Lebih malang lagi jika terdapat sambungan internet ke komputer anda yang di dalamnya tersimpan gambar-gambar yang mengaibkan. Kerana kerja-kerja penggodam atau hackers ini begitu licik. Jangan fikir firewall anda sudah cukup kuat untuk menahan segala asakan hackers, kerana sistem firewall bernilai jutaan ringgit yang digunakan bank-bank besar serta kerajaan besar seperti USA juga berjaya ditembusi. Anda takut??

Anda sepatutnya berasa lebih takut lagi jika sekiranya pernah menghantar laptop anda di kedai untuk dibaiki. Kerana gambar anda yang sudah dibuang, memerlukan hanya beberapa minit bagi diwujudkan kembali. Besar mana megapixel kamera anda?? Begitulah kualiti gambar yg bakal ditatap jutaan manusia. Begitu juga kepada yang pernah menjual laptop kepada individu lain, menjual pendrive terpakai, external hard disk dan sebagainya. Terdapat anda diluar sana yang pernah trade-in handphone???Berdoalah wanita-wanitaku sayang, semoga anda dilindungi. Semoga yang memegang segala storan memori anda memiliki kemahiran yang tidak setinggi AKU....HAHAHAHAHAHAHAHAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA~~~~~~~~

Jikalau Kutahu Kau Akan Pergi

Sungai Lui, nyanyian Aizat ini bertemakan "rumah" atau "home". Aizat cuba membawa mesej untuk kita ingati asal usul kita.

31 April 2011. Telah pergi seorang insan yang pada masa hayatnya sedikit sebanyak telah membentuk jalan kehidupanku kini. Perginya dia bagaimanapun menamatkan penderitaan setahun 4 bulan tempoh sakitnya sebelum ajal. Akhirnya dijemput Allah setelah diuji hebat selama tempoh itu. Malangnya, selama tempoh itu aku tiada di sana. Dari sehari ke sehari melayan kesibukan dan kadangkala aku sendiri yang sakit, akhirnya dia pergi untuk selamanya.

"Ayah"..itulah panggilanku kpd beliau. Setelah lebih 30 tahun berkahwin dengan Tok (panggilan untuk nenek), mereka tidak dikurniakan anak. Waktu itu tahun 1996, kami 4 beradik ditempatkan dirumah mereka. Betapa kami saling memerlukan. Dianggapnya kami sebagai cucu dan mereka pula kami anggap sebagai datuk dan nenek sendiri. Betapa rapatnya hubungan itu sehinggalah akhirnya kami terpisah pada tahun 1999. Perpindahan ke Daerah Temerloh meninggalkan kesedihan di Daerah Kuantan yang mengajarkanku erti kasih sayang walaupun dengan kehidupan serba daif.

Sabtu lalu, 4 Jun 2011 barulah aku berupaya melawat ke rumah arwah. Yang ada hanyalah Tok. Masih cergas. Masih sihat tanpa sebarang penyakit. Masih lagi ceria. Bersorak sorai menerima kunjungan kami adik beradik setelah hampir 3 tahun tidak berjumpa. Itupun setelah sebulan Ayah pergi. Masih kuingat 14 tahun dahulu, rumah itu kelihatan uzur dari luarnya, namun sangat bersih. Tidak seinci pun rumput dibenarkan menumbuh, malah habuk tidak sempat pun hinggap, betapa selesanya kami adik beradik di sana. Tiada televisyen, tiada peti sejuk. Hiburan cumalah rakan-rakan. Bermain guli, penutup botol, bola sepak, dan permainan lain itulah hiburan. Kini suasana berubah. Walaupun masih kemas dan tersusun, telah napak sedikit pokok-pokok liar tumbuh, struktur rumah kayu itu mulai lendut. Kata Tok, arwah nak baiki setelah beliau sembuh. Katan arwah lagi, orang lain baiki tak secantik dia yang baiki.

Lama Tok mengambil masa menceritakan penderitaan Ayah. Sehinggakan pd sesuatu masa kami semua terdiam. Dan pada satu peringkat, aku sangat sebak dan amat terkilan. Arwah pernah menyuarakan kerinduan terhadap kami. "Lama Ummi dan anak2 tak mari sini, sibuk kot" kata Ayah. Aku amat kesal, kerana saban hari ingatan kpd Tok dan Ayah sangat tinggi. Cuma sikap menangguh yg menafikan aku ke sana. Aku tidak salahkan Ummi dan adik beradik lain, mereka jauh di Temerloh. Aku yang menetap di Gambang yang cuma 30 minit dari rumah Tok ini hanya menziarahi Tok sekali dalam tempoh pengajian di UMP. Inilah kali pertama aku berasa terkilan. Terkilan terhadap orang mungkin boleh dipohon maaf, tapi terkilanku ini tiada ubatnya. Ayah telah pergi. Semoga kiriman doa diharap dapat mengurangkan perasaan ini.

Sukar untuk melupakan gurauan Ayah. Ketawanya. Paling kuingati, basikal tua ayah yang membawanya keliling bandar Kuantan. Tali pinggangnya pernah aku ketawakan. Ayah hanya mengikat seluarnya dengan tali rafia. Itulah tali pinggang ayah. Saling kena-mengenakan. Aku amat suka ketawakan ayah. Perotnya yg boyot sangat kelakar. Dia tidak pernah memakai baju dirumah. "Jimat laa ayoh ni, Tok basuh kain je hari2" usikan aku terhadap Ayah yg disambut derai ketawa. Aku patut berhenti di sini. Khuatir perasaan ralat ini akhirnya membawa titisan air mata. Al fatihah.

Ahad, 5 Jun 2011

Kaffarah

Sedang menjalani kafarah dosa. Sakit yg begitu membunuh. Kesakitan tak dapat diterjemah dengan kata-kata. Malah, setelah aku smbuh, aku sendiri akan lupakan kesakitan yg aku alami, bagaimana rasa sebenarnya sakit. 3minggu bukan terlalu lama, 3minggu dalam kesakitan ibarat 3 tahun sebenarnya. Fikir sebaliknya, 3 minggu dalam kafarah dosa, sekejap hanya..Kerana dosaku banyaknya hanya aku yg tahu..Sampai masa ketemu lagi, idea di minda tak dapat diluahkan dgn sempurna bila dibelenggu kesakitan ini.

Survey!