klik!2

Rabu, 13 April 2011

SHIT!!!!

Salam blogging!!SHIT!!!

Jangan sesekali memandang enteng kebolehan seorang sasterawan. Mungkin bersenjatakan pen,mesen taip, terkini laptop sahaja. Tetapi sebuah karya bertajuk SHIT karangan Sasterawan Dato' Hj Shahnon Bin Ahmad hampir sahaja menguburkan satu2nya kerajaan terutuh di dunia, Barisan Nasional (tiada kerajaan negara lain memerintah sebegini lama). Legasi pemerintahan sejak kemerdekaan belum pernah tercabar seumpama itu dengan semarak gerakan reformasi menuntut bela penangkapan Timbalan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tulisan seorang sasterawan yang disanjung tinggi akhirnya berjaya membakar semangat rakyat yang sememangnya sudah membuak2. Tohmahan tajam ke atas Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad menepati selera pembaca yakni rakyat yang sememangnya inginkan cerita2 panas di sebalik tabir. Benar atau tidak, aku pun tidak pasti, tetapi dalam lingkungan umur 12 tahun (tahun 2000) aku pernah membaca beberapa helai muka surat buku tersebut. Walaupun terdapat kekangan kerajaan yg mengharamkan penerbitan buku tersebut, tetapi sebaliknya karya itu terus hangat di pasaran. Sehinggakan terdapat banyak usaha untuk menarik balik gelaran "Sasterawan Negara" dan "Dato' " daripada beliau. Itulah "kuasa" penulis. Siapa pegang media, dunia dia punya!!


4 ulasan:

kaizen berkata...

mne nk dpt buku tuh??

amer @ ijjad berkata...

time tu aku dpt kat umah..parents aku dapat..tah dari mane..skang x tau la ade kat pasaran lg ke x.

rionix berkata...

try search kt tenet

amer @ ijjad berkata...

nice idea!!!cube aa cari2..

Survey!