klik!2

Khamis, 28 April 2011

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (siri 1) : Luahan Hati

Naufal menuju keluar pintu pagar sekolah. Baju dikeluarkan daripada seluarnya. Beg galas lusuhnya diletakkan ke dalam bakul motosikalnya. Dia menggenggam telefon bimbitnya dan duduk di bawah pohon angsana sambil menunggu rakan karibnya Affan.

"Cemane tadi Pai?senang?" tanya Affan kepada Naufal. "Ahahahahaa..mestilah senang!aku kan pandai Pan" balas Naufal selamba sambil mereka menuju ke motosikal masing-masing.

"Kau biar betol Pai, aku siap sempat gi kantin lagi tadi, aku bantai kuetiau goreng ngan milo ais. Tak reti aku jawab kimia tu" kata Affan dengan nada sayu tetapi kelakar.

"Ahahahahaaa...dasar gemok,kau memang sempoi..senang kemendenye..maksud aku senang tu, senang nak gagal..kah kah kah" balas Naufal terbahak-bahak disambut deraian ketawa mereka berdua.

Naufal dan Affan sememangnya rapat sejak tingkatan 1. Mereka di kelas yang sama dahulu, tetapi terpisah apabila di tingkatan 4. Cuti semester telah tiba, semua pelajar baru selesai menjalani peperiksaan. Mereka tidak akan berjumpa untuk tempoh cuti selama 2 minggu.

"Pai, lepak jap. Suria!!" bisik Affan sambil muncungnya menunjuk ke arah gadis yang mengendong beg biru air laut.

Suria yang berkulit kuning langsat kelihatan agak berkerut menahan cuaca yang agak panas. Dia menuju ke bawah pohon angsana berseorangan sambil menunggu ketibaan bapanya.

"Aku rase, ni lah peluang yang dinanti-nantikan kau tu Pai. Pasni cuti 2 minggu wei, bile lagi nak ngejas" getus Affan.

"Mengarutlah kau Pan!! memandai je" ujar Naufal.

"Sape tahu Pai, kau dah la hensem, pandai, ade moto, pandai main gitar, hitam ooopz!!haha" usik Affan yang sememangnya gemar mengenakan rakan karibnya itu.

"Woi, asam keping betol mulut kau. Aku lempang-lempang kau sampai kurus nanti baru kau nak menyesal!!" Naufal memarahi Affan dengan nada separa serius.

"Kehkehkeh..sory laa..sensitif benor..dah memang hitam nak buat macam mane" sambung Affan lagi.

"Die duduk sorang tu Pai. Kalau tak ade je 2 orang lagi budak penyibuk tu teman die. Aku rase harini rezeki kau la Pai. Pegi la Pai. Mane tahu, untung sabut timbul, untung batu tenggelam, untung engkau berbinikan bidadari Pai!!hah,kalau kau taknak, aku pegi. Aku ni nampak je gemok, ayat tahap tok-tok guru kau tau!!" Affan terus memberikan semangat, pandai dia main psikologi untuk memancing Naufal.

Di bawah pohon angsana, kelihatan Suria sedang duduk di bangku konkrit kecil. Dia kelihatan tekun membaca buku. Sikapnya yang pendiam tetapi aktif di pentas pidato, debat dan syarahan sekolah membuatkan dia sangat sukar didekati. Naufal sudah lama menyimpan perasaan, tetapi sejak ditegur ketika di tingkatan 3 dahulu, dia sudah tidak berani lagi mendekati Suria. Suria seakan-akan mengetahui kedua-dua sahabat itu memerhatikannya. Sengaja dia berpura-pura tidak perasan. Dia sudah maklum dengan perangai Affan yang gemar benar menyakat.

"Ape sengih-sengih!!??asal lalu je sengih,asal lalu je sengih!!" Naufal teringat lagi bagaimana dia dimalukan Suria di hadapan budak perempuan lain. Malu yang ditanggung hanya tuhan yang tahu. Namun hatinya tetap meminati Suria yang setahun muda daripadanya.

"Itu dulu Pai, waktu tu kau sayur lagi. Pegi sekolah pun mak pakaikan bedak. Sekarang lain, dah cukup jantan. Hehe.." Affan mencucuk angin lagi. "Alahh dasar pengecut!!Takde anu!!wat malu aku je..dah aaa..jom blah!!" gertak Affan sambil mengacuh untuk menghidukan enjin motosikalnya.

"Ok..Aku pergi..Kau tunggu sini kay. Jangan balik lagi" sahut Naufal penuh keyakinan.

"Waahhh..Macam ni laaa,baru otai. Goodluck Pai!!" ujar Affan sambil memberikan senyuman termanis tetapi tetap ada ketawa kecil di hujung senyumannya.

Suria masih membaca. Tangan halusnya terus membelek-belek buku yang dibaca. Naufal memberikan salam. Manis wajah Suria begitu terserlah apabila dia menguntum senyuman. Luas matanya sengaja dijegil untuk menutup rasa gugup ketika hanya berdepan Naufal. "waalaikumsalam" jawabnya ringkas.

Naufal terdiam. Dia melihat wajah Suria tanpa berkata-kata selama kurang lebih 10 saat. Begitu juga Suria. Kedua-duanya kaget. Lebih menimbulkan misteri, senyuman Suria kelihatan semakin manis dan akhirnya kelihatan cukup palsu seakan-akan tersengih. Naufal pula mula mendengus-dengus.

Affan yang memerhatikan dari jauh akhirnya tertanya-tanya mengapa Naufal cepat benar beredar. Kelihatan Naufal memalingkan muka dan berjalan menuju motosikal dengan muka agak masam sambil mulut terkumat-kamit.

"Cemane Pai???" tanya Affan ringkas ingin tahu.

"Cemane ape?Jom blahh!!" jawab Affan ringkas.

"Laaaaaa..takkan tak nak kongsi langsung?" tanya Affan tidak puas hati.

"Eeeeee..sibuk betol laa gemuk ni" keluh Naufal sambil menyarung topi keledar.

Dengan pantas Affan menyambar kunci motosikal Naufal dan berkata "Cerita atau aku buang kunci kau dalam longkang".

"Yelaaaa aku cerite" balas Naufal lemah. "Meh sini kunci tu dulu!!"

"Nape kau lari awal?takkan malu kot.Dah peluang. Loser sungguh!!" ejek Affan.

"Dah hidung aku sengsare, aku blah laa" jawab Naufal.

"Haaaa????" sahut Affan penuh tanda tanya.

"Die kentut!!!Panjang plak tu bunyi die. Dah tu bau macam tempayan budu..Tak sopan punye awek. Arap muke je lawa. Kentot besepah" cerita Naufal marah-marah.

"wuahahahahahahhahahahhahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......no komennnnn" ketawa berderai si Affan selama 3minit tanpa henti sehingga mereka beredar dari sekolah. Menuju ke rumah berbekalkan cuti 2 minggu di tangan.

Tiada ulasan:

Survey!