klik!2

Sabtu, 30 April 2011

Ke Mana Selepas SPM? Jangan Kecewa Dengan Result Anda

Salam untuk semua. Sejahtera hendaknya ditemani rahmat Allah SWT.

Ini sedikit panduan daripada pengalaman untuk adik2 lepasan SPM. Melihatkan adik aku yang kalut dengan pelbagai tawaran yg dia dapat, mengingatkan aku kembali ketika aku mendapat keputusan SPM. Aku anak sulung, mane laa tau dunia ipt ni. Takde abang, takde kakak. Lagipon aku fikir, pas spm aku keje bawak lori je kot. Seriously, aku rase tak dapat pergi jauh dengan result aku tu. Tidak seperti adik aku, result aku cukup bombastikkk...kalau tunjuk kat Bill Gates, tentu die nangesss..paham2 la yea, sejahanam mane result aku..hehe..Tp sekarang aku dah nak habis ijazah. Alhamdulillah. Hasil usaha yang tuhan pandang. Kalau nak harap kepandaian, memang aku pun rasa aku tak boleh tamatkan pengajian. Tp aku selalu ingatkan janji tuhan, "ade usaha, tentu ade hasil"

Sedikit latar belakang aku dalam pendidikan, aku sekolah di sekolah biasa sahaja. Sekolah harian. Sambung pengajian di kolej matrikulasi. Dan kini hampir menamatkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awan di Universiti Malaysia Pahang. Ayuh!!Apa yang perlu anda lakukan dengan result di tangan tu???

TERIMA KEPUTUSAN SPM ANDA SEADANYA

Lihat keputusan SPM anda, bersyukur dengannya. Lihat ayat Allah SWT di bawah. Allah akan sentiasa menambah nikmat kepada insan yang bersyukur. AWAS! Kekufuran (tidak bersyukur) membawa azab pula sebaliknya.


Petikan ayat al-Quran daripada Surah Ibrahim, ayat ke 7. SUMBER DARI http://quran.com/

INGAT BAHAWA DI MANA ANDA 10 TAHUN LAGI ADALAH TERLETAK PADA KEMAMPUAN ANDA

Result anda, itu adalah kemampuan anda. Jangan letakkan sebarang alasan. Contohnya, "aku kuat main, so result ni di bawah kemampuan sebenar aku". Itu tidak tepat kerana anda di sekolah adalah sama dengan anda di IPT. Jangan mimpi nak berubah secara drastik, kerana itulah anda selama dari darjah 1 hingga tingkatan 5. Itulah diri anda. Bangga anda berada di kelas itu. Tuhan telah letakkan di tempat yang setimpal dengan usaha yang anda taburkan. Jika tuhan itu menghendaki kemampuan anda menjadi mekanik adalah tinggi, meskipun minat anda terhadap doktor pembedahan sanat tinggi, maka anda tetap akan menjadi mekanik. Kerana itu, fikirlah bahawa masa depan anda Allah sudah rancang, ikut flow. Ingatlah bahawa "doktor yang pakar tidak mampu membina bangunan, jurutera terhebat tidak mampu merawat pesakit".

KEMAHIRAN ATAU PROFESIONAL

Tanya diri anda sendiri, samaada ingin meneruskan pembelajaran di bidang kemahiran atau profesional. Profesioanal bererti bidang yang tidak menggunakan kemahiran sebagai asas kepada sesi pembelajaran. Pembelajaran lebih kepada kajian tentang teori, ilmu matematik dan sains. Contoh bidang pro adalah kedoktoran, guaman, kejuruteraan, perguruan, pengurusan, ekonomi dan perakaunan.

Jika diri anda didapati lebih kepada kemahiran, sila cari pusat pengajian yang menawarkan kemahiran yang anda minati tentunya. Contohnya seperti kemahiran automotif, kemahiran elektrikal, kemahiran dapur dll. Terdapat banyak pusat pengajian yang menawarkan kursus berkaitan di peringkat sijil. Sijil yang anda perolehi kemudian melayakkan anda memohon pekerjaan mahupun memohon lanjutan pelajaranke peringkat Diploma.

HAPUSKAN STIGMA PROFESIONAL KAYA, KEMAHIRAN MISKIN

Pemikiran sebegini sudah begitu lapuk dan ditinggalkan. Pemikiran kuno ini harus diketepikan. Kawan2 aku ramai je ambil kursus kemahiran. Dan dengan bangganya, mereka temui hidup sendiri. Masyarakat melayu kita sering melabel kelas dalam menilai manusia. Sungguh tidak adil kerana kemampuan kita telahpun ditentukan Allah SWT. Jadi, jangan rasakan diri anda di kelas bawahan. Kerana sekecil-kecil tanggungjawab yg anda pegang di alam pekerjaan pastinya membawa pengaruh besar dalam maysarakat.

MOHON KOS IKUT KELAYAKAN (BESERTA ISTIKARAH)

Kebanyakan permohonan kebanyakannya kini dibuka secara online. Sila jangan ketinggalan. Sentiasa berhubung dengan rakan dan guru2. Mohon segala apa yang ada, kemudian buat pilihan kemudian. Sila jgn gadaikan masa depan dengan memohon apa yang anda target sahaja, kecuali anda sememangnya berkemampuan dari segi keawangan.

Sewaktu mengisi borang, berpijaklah di bumi nyata, jgn sesekali memohon kursus yang kelayakan anda tidak sampai. Membazir!!! Dan jgn sesekali fikir nak guna "CABLE". BUAT DOSA je. Sistem pemilihan kita cukup fair tau tak!! Kalau ada pon kawan2 anda gunakan, biarkan dia. Jangan tegur dia. Sebaliknya kuatkan diri anda. Kalau Mak Ayah anda kelihatan beria sangat nak gunakan bantuan orang dalam, larang dia. Larang secara kerassss!!! Ini bodoh. Aku cukuppp2 anti!! Dan jangan anda fikir saudara anda di bahagian pemilihan tu suka sangat dapat tolong anda. Dan sebenarnya kuasa bukan di tangan dia pon. Kalau dapat pun, kira sememangnya anda layak. STOP RASUAH!!!Atau jika aku tahu, aku bunuh korang siap ngan mak ayah korang sekali.

Istikharahlah dengan penuh yakin. Tuhan akan berikan yang mana terbaik untuk anda. Amalkan solat istikara sehingga benar2 diberi petunjuk. Dan buatlah keputusan.

SWASTA DAN IPTA (KENALPASTI BIASISWA DAN PINJAMAN)

Ini cukup penting. Memandangkan ini berkait rapat dengan ekonomi anda dan keluarga, ini sangat penting. Ketahuilah bahawa sebagai rakyat malaysia, amattttttlah RUGI jika tidak mendapat tempat di IPTA atau tajaan kerajaan unutk belajar. Itu hak kita. Tetapi sbg pihak kerajaan, mereka tetap akan memilih untuk memberi. Tentunya mereka memilih yang berkualiti.

Jangan terperangkap dengan perkataan "kolej bersekutu" dan lain2 yang mgunakan modul pembelajaran IPTA, mereka ini cukup bangga menggunakan logo IPTA walhal mereka harus akur bahawa mereka IPTS. Bukan menidakkan kredibiliti kolej2 berkenaan, tetapi menyebabkan ramai terkeliru. Terutama mereka yang tidak tahu apa2. Ingatkan masuk IPTA, rupanya IPTS. Kopakkkk mak ayah kat kampung. Hasilnya 2 semester berhenti. Duit tak ada. Sdihhh...Tetapi bg yang ada wang lebih, boleh lah ke IPTS. Selain sesi pembelajaran yang selesa, dikhabarkan pensyarah juga berkualiti. Sejauhmana kebenarannya, saya tidak pasti.

PTPTN, itulah pinjaman pelajaran terkenal. Pastikan sekurang-kurangnya anda mendapat pembiayaan daripada mana2 pembiaya. Jika anda memilih melanjutkan pengajian di IPTS, sila tanyakan dari mana pembiayaan atau pinjaman. Rajin-rajinlah bertanya ye.

FORM 6, PLATFORM PALING BERGAYA MENUJU UNIVERSITI

Sentiasa dianggap sebagai pilihan terakhir, tingkatan 6 sebenarnya adalah platform terbaik menuju universiti. Harus diingat, STPM adalah sama tarafnya dgn diploma. Mlahan sijilnya laku berbanding sijil matrikulasi dan asasi. Jika anda tidak ditawarkan ke mana2 IPT selepas SPM, sila memohon kemasukan tingkatan 6. Struggle cuma 2 tahun untuk masa depan anda yang cerah.

SEGALANYA DI TANGAN TUHAN, JADILAH HEBAT DI BIDANG ANDA

Sebarang persoalan, sila tinggalkan komen di bawah, aku tolong. Kalau aku tak dapat nak jawab, aku akn tanya membe2 aku. Take it easy man!!life must go on!

Tiada ulasan:

Survey!