klik!2

Khamis, 21 April 2011

Buat Satu Dosa, Kamu Senang Selamanya

Salam to all..Sejahtera ke atas kamu sekalian.

Kalau disorot siri kes rasuah yang menggemparkan negara, maka kita akan berasa kita seperti berada di India. Tapi itulah realiti. Kisah2 terbaru menggambarkan betapa ngerinya jenayah rasuah yang diakhiri dengan kematian. Namun bukan aku nak menumpukan isu semasa mengenai rasuah. Cuma ingin mengulas bagaimana sebenarnya kita boleh terperangkap dalam kancah ini.

Pernahkan anda terdengar "yang kaya bertambah-tambah kaya, yang miskin makin melarat" ?? Oh sungguh sang sialan merajai dunia. Tanpa disedari rezeki si miskin disekat. Rasuah samaada secara halus dan kasar, ia tetap rasuah. Membusuk. Seterusnya meragut kebahagiaan si penerima dan pemberi. Sedikit mahupun banyak, tentu menimbulkan pergolakan dalam masyarakat. Bagaimana ini terjadi?? Aku bawakan 2 kisah simple.

Seorang Bos Imigresen. Bertanggungjawab menjaga kemasukan warga asing. Membuat kesilapan pertama ketika menyerbu kedai mamak. Disogok untuk melepaskan 2orang pekerja dari nepal. Difikirnya atas budi bicara, kerana selalu minum di kedai mamak tersebut. Walaupun menerima hanya RM100, namun rasuah kecil-kecilan inilah yang menghanyutkannya ke kancah neraka. Seminggu setelah detik itu, tauke rumah urut datang ke rumahnya di waktu malam. Meminta untuk meluluskan kemasukan 10 orang pelacur warga China, atau jika enggan si tauke akan bocorkan rahsia rasuahnya di kedai mamak. Dan akhirnya dia menikmati jutaan ringgit yang mengeraskan hatinya dari mengingati tuhan. Tiada lagi jalan kembali. Terpalitlah kekotoran sehingga mati. Jika ingin kembali ke jalan tuhan, pastinya terpaksa menanggung malu dibicarakan di mahkamah seterusnya menjalani hukuman penjara dan sebatan.

Cerita kedua lebih halus kelangsungannya. Namun mampu juga membunuh individu serta merosakkan negara.

Si pekerja baru di syarikat pembinaan tidak tahu menahu mengenai aktiviti "underground" di kalangan bosnya. Setiap hari pasti makannya ditanggung. Petrol juga dibayar lebih dari jumlah di dlm resit. Tidak semena-mena mendapat set telefon bimbit berharga RM2000. Apabila masuk gaji bulanan, didapati ada bonus 30% dalam akaunnya. Si pekerja baru seakan-akan termakan budi dan jarang sekali ingkar arahan ketuanya. Bertambah rajin dan begitu dedikasi dalam tugasnya. Suatu hari, si pekerja baru mengikut bosnya ke mesyuarat tergempar. Dia agak mengenali si pengerusi majlis. Mesyuarat di sebuah otel terkemuka akhirnya mengubah pandangannya terhadap bosnya. Cara projek didapati nyata sekali salah dari segi undang2. Menggunakan orang atasan untuk mendapatkan projek bukanlah apa yang si pekerja baru inginkan. Namun kerana budi, si pekerja baru kekal bekerja lagi. Ketika pembinaan projek, nyata sana sini serba kekurangan. Projek yang luarannya kelihatan gah tetapi ketahanannya hanya dijangka setahun dua. Jutaan wang kerajaan peruntukkan hanyalah sia2. Sebahagian besar wang dimakan bosnya serta kroninya di bahagian atasan. Apa yg dia peroleh hanyalah 0.001 % dari jumlah keuntungan. Namun apakan daya, mahu bertukar kerja tiada syarikat lain sudi terima. Bergelumanglah terusan dia di lembah neraka. Satu persatu skill diambil dari bosnya. Perasaan kecewa bertukar suka. Dia kini juga bergelar ahli perniagaan "berjaya". Akibat rasuah "budi". Kate org,budi xkan dapat dibayar.

2 cerita di atas adalah rekaan semata-mata. Untuk sedarkan kita semua. Bahawa semua individu adalah tidak selamat dari rasuah.

Giliran anda pula. Aku seorang jutawan. Ingin membuka kilang arak di kawasan anda tinggal. Hanya anda yang boleh yakinkan pihak berkuasa bahawa kilang ini tidak mengganggu gugah kehidupan masyarakat setempat. Aku tawarkan RM50 juta. Untuk anda buat sekali sahaja dosa. Selepas ini anda boleh bertaubat dan bahagia bersama RM50juta tu.

AWAS!!rasuah yg aku tawrkan ini bukan lg sama seperti bentuk 2 cerita aku sebelum itu. Rasuah sebeginilah yg buat ramai tertewas. Mungkin bahagia 5 6 tahun atau lebih. Masuk tahun ke-7, anda pasti dicari SPRM. Percayalah, tiada jalan kebahagiaan di dalam rasuah. Dari segi dunia, apatah lagi akhirat.

Hanya benteng keimanan mampu selamatkan kita. Tawaran yang mengggugah keimanan dari sesiapapun akan tertolak jika kita dekat dengan tuhan. Sekian!

2 ulasan:

rionix berkata...

one word. pergh!!

amer @ ijjad berkata...

perghh stands for??

Survey!