klik!2

Ahad, 10 April 2011

Ayuh!!Selesaikan Masalah Segera!!

Sejahtera ke atas semua..Rahmat dan petunjuk Allah kita pohonkan, semoga anda dan aku sendiri dikurniakan hidayah. Hidayah yg sememangnya hak mutlak Allah. Amin..

Semua org hadapi masalah. Sampai mati pun akan ada masalah bersilih ganti. Percayalah, mati itu bukan penyelesaian kepada masalah. Kerana mati akan memisahkan kita daripada masalah dunia. Tapi cukupkah amalan untuk lari dari masalah di akhirat? Amat menakutkan. Tetapi,bab kematian, kebahagiaan setelah kematian, bukanlah bab yg ingin aku sentuh. Kerana masing2 maklum bagaimana ke syurga dan ke neraka. Harus diingat,masalah di akhirat bukanlah bermula ketika kiamat, tetapi sebaik sahaja kita dikebumikan. Seksa kubur adalah benarrrr. Jadi, sediakan diri masing2 untuk kematian. Atau kita akan menghadapi masalah maha berat ciptaan kita sendiri.

Pengalaman kali ini cukup berbeza. Hasil daripada penglibatan aku sepanjang hampir 5bulan di bidang pembinaan, khususnya di bahagian pengurusan, aku cukup biasa dengan masalah. Sehinggakan terbawa-bawa dalam tidur dan masa lapang. Mana tidaknya, walaupun bukan pemilik syarikat, setidak-tidaknya hala tuju dan masa depan syarikat terletak kepada bagaimana aku mengawal sekecil-kecil masalah sehinggalah masalah yg memang menuntut pengorbanan untuk dieselesaikan.

Ramai boleh memberi nasihat ketika anda bermasalah. Antara yg popular adalah "bersabarlah,doa banyak2".."doalah kat tuhan semoga diberi petunjuk" dan "jgn bersedih,ini ujian tuhan".. Ya,mereka betol. Tetapi selagi masa berjalan,masalah akan sentiasa membelenggu. Tidur anda tidak berkualiti. Hati tidak tenteram. Kegembiraan dirasakan dingin. Yang pada akhirnya akan meningkatkan paras tekanan darah dan merosakkan sistem organ dalam badan. Itu semua aku rasakan waktu masih menuntut di universiti. Tetapi semakin mencabar waktu di dunia sebenar. Kadangkala aku menutup telefon. Aku mengelak berjumpa dgn org tertentu. Sengaja melambat lambatkan masa. Akhirnya masalah yg kian berat bertambah berat dan menjadi tidak tertanggung apabila mengambil masa terlalu lama untuk dieselesaikan.

Kini aku bukan lagi aku yang dulu. Itu pengecut namanya. Tak mampu berdepan realiti. Sentiasa beralasan dan sukar menyelesaikan masalah. Aku menjadi lebih berani kini. Berani berdepan segala akibat daripada masalah yang timbul. Dan tidak gentar menanggung hukuman.

Caranya mudah. Fikir bahawa lambat atau cepat, aku harus berdepan realiti. Berani berdepan dengan ujian tuhan. Komplikasinya hanya 2. Hanya 2. Samaada aku selamat, atau terpaksa dihukum. Andai kata aku dimarahi dan dibenci, hatta dibuang kerja atau dipukul, aku telah berjaya mengatasi masalah. Tidur pd malam2 berikutnya bakal menjadi tenang. Tetapi agak mustahil, kerana dengan sikap aku dan kedudukan aku yg dihormati kawan atau lawan, aku akan dilayan sepertimana yg aku kehendaki. Berbanding jika aku membiarkan masalah tidak selesai terlalu lama, aku rela dihukum.

Ada masalah dengan orang??? Aku DULU yg akan call. Aku dulu yang akan tanyakan. Aku dulu yang akan akui kesalahan.

Kena marah??? Puassssssss...aku bukan student cemerlang semenjak kecil, so kena marah perkara biasa.

Kata2 kejian??? Aku juga ada menyimpan peluru beracun yang mampu luluhkan jiwa orang lain. Tetapi akan kusimpan peluru itu selagi tidak memerlukan.

Aku nekad, tiada hari2 aku lalui berlalu dengan muram lagi. Aku takkan lagi bazirkan masa untuk kebimbangan dan tidurku passssti sentiasa nyenyak! Aku akan segera bertukar angkuh bila keadaan mendesak.

Apa yang aku ada dan aku anngap ISTIMEWA yang tiada pada orang lain??? Aku ada senyuman yang konsisten walau dengan siapa aku bercakap..Musuh akan berasa tidak selamat dengan senyumanku. Tapi kawan akan bahagia melihat senyuman ini. Anda bagaimana???? :)


Opisku.

Tiada ulasan:

Survey!