klik!2

Sabtu, 30 April 2011

Ke Mana Selepas SPM? Jangan Kecewa Dengan Result Anda

Salam untuk semua. Sejahtera hendaknya ditemani rahmat Allah SWT.

Ini sedikit panduan daripada pengalaman untuk adik2 lepasan SPM. Melihatkan adik aku yang kalut dengan pelbagai tawaran yg dia dapat, mengingatkan aku kembali ketika aku mendapat keputusan SPM. Aku anak sulung, mane laa tau dunia ipt ni. Takde abang, takde kakak. Lagipon aku fikir, pas spm aku keje bawak lori je kot. Seriously, aku rase tak dapat pergi jauh dengan result aku tu. Tidak seperti adik aku, result aku cukup bombastikkk...kalau tunjuk kat Bill Gates, tentu die nangesss..paham2 la yea, sejahanam mane result aku..hehe..Tp sekarang aku dah nak habis ijazah. Alhamdulillah. Hasil usaha yang tuhan pandang. Kalau nak harap kepandaian, memang aku pun rasa aku tak boleh tamatkan pengajian. Tp aku selalu ingatkan janji tuhan, "ade usaha, tentu ade hasil"

Sedikit latar belakang aku dalam pendidikan, aku sekolah di sekolah biasa sahaja. Sekolah harian. Sambung pengajian di kolej matrikulasi. Dan kini hampir menamatkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awan di Universiti Malaysia Pahang. Ayuh!!Apa yang perlu anda lakukan dengan result di tangan tu???

TERIMA KEPUTUSAN SPM ANDA SEADANYA

Lihat keputusan SPM anda, bersyukur dengannya. Lihat ayat Allah SWT di bawah. Allah akan sentiasa menambah nikmat kepada insan yang bersyukur. AWAS! Kekufuran (tidak bersyukur) membawa azab pula sebaliknya.


Petikan ayat al-Quran daripada Surah Ibrahim, ayat ke 7. SUMBER DARI http://quran.com/

INGAT BAHAWA DI MANA ANDA 10 TAHUN LAGI ADALAH TERLETAK PADA KEMAMPUAN ANDA

Result anda, itu adalah kemampuan anda. Jangan letakkan sebarang alasan. Contohnya, "aku kuat main, so result ni di bawah kemampuan sebenar aku". Itu tidak tepat kerana anda di sekolah adalah sama dengan anda di IPT. Jangan mimpi nak berubah secara drastik, kerana itulah anda selama dari darjah 1 hingga tingkatan 5. Itulah diri anda. Bangga anda berada di kelas itu. Tuhan telah letakkan di tempat yang setimpal dengan usaha yang anda taburkan. Jika tuhan itu menghendaki kemampuan anda menjadi mekanik adalah tinggi, meskipun minat anda terhadap doktor pembedahan sanat tinggi, maka anda tetap akan menjadi mekanik. Kerana itu, fikirlah bahawa masa depan anda Allah sudah rancang, ikut flow. Ingatlah bahawa "doktor yang pakar tidak mampu membina bangunan, jurutera terhebat tidak mampu merawat pesakit".

KEMAHIRAN ATAU PROFESIONAL

Tanya diri anda sendiri, samaada ingin meneruskan pembelajaran di bidang kemahiran atau profesional. Profesioanal bererti bidang yang tidak menggunakan kemahiran sebagai asas kepada sesi pembelajaran. Pembelajaran lebih kepada kajian tentang teori, ilmu matematik dan sains. Contoh bidang pro adalah kedoktoran, guaman, kejuruteraan, perguruan, pengurusan, ekonomi dan perakaunan.

Jika diri anda didapati lebih kepada kemahiran, sila cari pusat pengajian yang menawarkan kemahiran yang anda minati tentunya. Contohnya seperti kemahiran automotif, kemahiran elektrikal, kemahiran dapur dll. Terdapat banyak pusat pengajian yang menawarkan kursus berkaitan di peringkat sijil. Sijil yang anda perolehi kemudian melayakkan anda memohon pekerjaan mahupun memohon lanjutan pelajaranke peringkat Diploma.

HAPUSKAN STIGMA PROFESIONAL KAYA, KEMAHIRAN MISKIN

Pemikiran sebegini sudah begitu lapuk dan ditinggalkan. Pemikiran kuno ini harus diketepikan. Kawan2 aku ramai je ambil kursus kemahiran. Dan dengan bangganya, mereka temui hidup sendiri. Masyarakat melayu kita sering melabel kelas dalam menilai manusia. Sungguh tidak adil kerana kemampuan kita telahpun ditentukan Allah SWT. Jadi, jangan rasakan diri anda di kelas bawahan. Kerana sekecil-kecil tanggungjawab yg anda pegang di alam pekerjaan pastinya membawa pengaruh besar dalam maysarakat.

MOHON KOS IKUT KELAYAKAN (BESERTA ISTIKARAH)

Kebanyakan permohonan kebanyakannya kini dibuka secara online. Sila jangan ketinggalan. Sentiasa berhubung dengan rakan dan guru2. Mohon segala apa yang ada, kemudian buat pilihan kemudian. Sila jgn gadaikan masa depan dengan memohon apa yang anda target sahaja, kecuali anda sememangnya berkemampuan dari segi keawangan.

Sewaktu mengisi borang, berpijaklah di bumi nyata, jgn sesekali memohon kursus yang kelayakan anda tidak sampai. Membazir!!! Dan jgn sesekali fikir nak guna "CABLE". BUAT DOSA je. Sistem pemilihan kita cukup fair tau tak!! Kalau ada pon kawan2 anda gunakan, biarkan dia. Jangan tegur dia. Sebaliknya kuatkan diri anda. Kalau Mak Ayah anda kelihatan beria sangat nak gunakan bantuan orang dalam, larang dia. Larang secara kerassss!!! Ini bodoh. Aku cukuppp2 anti!! Dan jangan anda fikir saudara anda di bahagian pemilihan tu suka sangat dapat tolong anda. Dan sebenarnya kuasa bukan di tangan dia pon. Kalau dapat pun, kira sememangnya anda layak. STOP RASUAH!!!Atau jika aku tahu, aku bunuh korang siap ngan mak ayah korang sekali.

Istikharahlah dengan penuh yakin. Tuhan akan berikan yang mana terbaik untuk anda. Amalkan solat istikara sehingga benar2 diberi petunjuk. Dan buatlah keputusan.

SWASTA DAN IPTA (KENALPASTI BIASISWA DAN PINJAMAN)

Ini cukup penting. Memandangkan ini berkait rapat dengan ekonomi anda dan keluarga, ini sangat penting. Ketahuilah bahawa sebagai rakyat malaysia, amattttttlah RUGI jika tidak mendapat tempat di IPTA atau tajaan kerajaan unutk belajar. Itu hak kita. Tetapi sbg pihak kerajaan, mereka tetap akan memilih untuk memberi. Tentunya mereka memilih yang berkualiti.

Jangan terperangkap dengan perkataan "kolej bersekutu" dan lain2 yang mgunakan modul pembelajaran IPTA, mereka ini cukup bangga menggunakan logo IPTA walhal mereka harus akur bahawa mereka IPTS. Bukan menidakkan kredibiliti kolej2 berkenaan, tetapi menyebabkan ramai terkeliru. Terutama mereka yang tidak tahu apa2. Ingatkan masuk IPTA, rupanya IPTS. Kopakkkk mak ayah kat kampung. Hasilnya 2 semester berhenti. Duit tak ada. Sdihhh...Tetapi bg yang ada wang lebih, boleh lah ke IPTS. Selain sesi pembelajaran yang selesa, dikhabarkan pensyarah juga berkualiti. Sejauhmana kebenarannya, saya tidak pasti.

PTPTN, itulah pinjaman pelajaran terkenal. Pastikan sekurang-kurangnya anda mendapat pembiayaan daripada mana2 pembiaya. Jika anda memilih melanjutkan pengajian di IPTS, sila tanyakan dari mana pembiayaan atau pinjaman. Rajin-rajinlah bertanya ye.

FORM 6, PLATFORM PALING BERGAYA MENUJU UNIVERSITI

Sentiasa dianggap sebagai pilihan terakhir, tingkatan 6 sebenarnya adalah platform terbaik menuju universiti. Harus diingat, STPM adalah sama tarafnya dgn diploma. Mlahan sijilnya laku berbanding sijil matrikulasi dan asasi. Jika anda tidak ditawarkan ke mana2 IPT selepas SPM, sila memohon kemasukan tingkatan 6. Struggle cuma 2 tahun untuk masa depan anda yang cerah.

SEGALANYA DI TANGAN TUHAN, JADILAH HEBAT DI BIDANG ANDA

Sebarang persoalan, sila tinggalkan komen di bawah, aku tolong. Kalau aku tak dapat nak jawab, aku akn tanya membe2 aku. Take it easy man!!life must go on!

Khamis, 28 April 2011

Kisah Klasik Untuk Masa Depan (siri 1) : Luahan Hati

Naufal menuju keluar pintu pagar sekolah. Baju dikeluarkan daripada seluarnya. Beg galas lusuhnya diletakkan ke dalam bakul motosikalnya. Dia menggenggam telefon bimbitnya dan duduk di bawah pohon angsana sambil menunggu rakan karibnya Affan.

"Cemane tadi Pai?senang?" tanya Affan kepada Naufal. "Ahahahahaa..mestilah senang!aku kan pandai Pan" balas Naufal selamba sambil mereka menuju ke motosikal masing-masing.

"Kau biar betol Pai, aku siap sempat gi kantin lagi tadi, aku bantai kuetiau goreng ngan milo ais. Tak reti aku jawab kimia tu" kata Affan dengan nada sayu tetapi kelakar.

"Ahahahahaaa...dasar gemok,kau memang sempoi..senang kemendenye..maksud aku senang tu, senang nak gagal..kah kah kah" balas Naufal terbahak-bahak disambut deraian ketawa mereka berdua.

Naufal dan Affan sememangnya rapat sejak tingkatan 1. Mereka di kelas yang sama dahulu, tetapi terpisah apabila di tingkatan 4. Cuti semester telah tiba, semua pelajar baru selesai menjalani peperiksaan. Mereka tidak akan berjumpa untuk tempoh cuti selama 2 minggu.

"Pai, lepak jap. Suria!!" bisik Affan sambil muncungnya menunjuk ke arah gadis yang mengendong beg biru air laut.

Suria yang berkulit kuning langsat kelihatan agak berkerut menahan cuaca yang agak panas. Dia menuju ke bawah pohon angsana berseorangan sambil menunggu ketibaan bapanya.

"Aku rase, ni lah peluang yang dinanti-nantikan kau tu Pai. Pasni cuti 2 minggu wei, bile lagi nak ngejas" getus Affan.

"Mengarutlah kau Pan!! memandai je" ujar Naufal.

"Sape tahu Pai, kau dah la hensem, pandai, ade moto, pandai main gitar, hitam ooopz!!haha" usik Affan yang sememangnya gemar mengenakan rakan karibnya itu.

"Woi, asam keping betol mulut kau. Aku lempang-lempang kau sampai kurus nanti baru kau nak menyesal!!" Naufal memarahi Affan dengan nada separa serius.

"Kehkehkeh..sory laa..sensitif benor..dah memang hitam nak buat macam mane" sambung Affan lagi.

"Die duduk sorang tu Pai. Kalau tak ade je 2 orang lagi budak penyibuk tu teman die. Aku rase harini rezeki kau la Pai. Pegi la Pai. Mane tahu, untung sabut timbul, untung batu tenggelam, untung engkau berbinikan bidadari Pai!!hah,kalau kau taknak, aku pegi. Aku ni nampak je gemok, ayat tahap tok-tok guru kau tau!!" Affan terus memberikan semangat, pandai dia main psikologi untuk memancing Naufal.

Di bawah pohon angsana, kelihatan Suria sedang duduk di bangku konkrit kecil. Dia kelihatan tekun membaca buku. Sikapnya yang pendiam tetapi aktif di pentas pidato, debat dan syarahan sekolah membuatkan dia sangat sukar didekati. Naufal sudah lama menyimpan perasaan, tetapi sejak ditegur ketika di tingkatan 3 dahulu, dia sudah tidak berani lagi mendekati Suria. Suria seakan-akan mengetahui kedua-dua sahabat itu memerhatikannya. Sengaja dia berpura-pura tidak perasan. Dia sudah maklum dengan perangai Affan yang gemar benar menyakat.

"Ape sengih-sengih!!??asal lalu je sengih,asal lalu je sengih!!" Naufal teringat lagi bagaimana dia dimalukan Suria di hadapan budak perempuan lain. Malu yang ditanggung hanya tuhan yang tahu. Namun hatinya tetap meminati Suria yang setahun muda daripadanya.

"Itu dulu Pai, waktu tu kau sayur lagi. Pegi sekolah pun mak pakaikan bedak. Sekarang lain, dah cukup jantan. Hehe.." Affan mencucuk angin lagi. "Alahh dasar pengecut!!Takde anu!!wat malu aku je..dah aaa..jom blah!!" gertak Affan sambil mengacuh untuk menghidukan enjin motosikalnya.

"Ok..Aku pergi..Kau tunggu sini kay. Jangan balik lagi" sahut Naufal penuh keyakinan.

"Waahhh..Macam ni laaa,baru otai. Goodluck Pai!!" ujar Affan sambil memberikan senyuman termanis tetapi tetap ada ketawa kecil di hujung senyumannya.

Suria masih membaca. Tangan halusnya terus membelek-belek buku yang dibaca. Naufal memberikan salam. Manis wajah Suria begitu terserlah apabila dia menguntum senyuman. Luas matanya sengaja dijegil untuk menutup rasa gugup ketika hanya berdepan Naufal. "waalaikumsalam" jawabnya ringkas.

Naufal terdiam. Dia melihat wajah Suria tanpa berkata-kata selama kurang lebih 10 saat. Begitu juga Suria. Kedua-duanya kaget. Lebih menimbulkan misteri, senyuman Suria kelihatan semakin manis dan akhirnya kelihatan cukup palsu seakan-akan tersengih. Naufal pula mula mendengus-dengus.

Affan yang memerhatikan dari jauh akhirnya tertanya-tanya mengapa Naufal cepat benar beredar. Kelihatan Naufal memalingkan muka dan berjalan menuju motosikal dengan muka agak masam sambil mulut terkumat-kamit.

"Cemane Pai???" tanya Affan ringkas ingin tahu.

"Cemane ape?Jom blahh!!" jawab Affan ringkas.

"Laaaaaa..takkan tak nak kongsi langsung?" tanya Affan tidak puas hati.

"Eeeeee..sibuk betol laa gemuk ni" keluh Naufal sambil menyarung topi keledar.

Dengan pantas Affan menyambar kunci motosikal Naufal dan berkata "Cerita atau aku buang kunci kau dalam longkang".

"Yelaaaa aku cerite" balas Naufal lemah. "Meh sini kunci tu dulu!!"

"Nape kau lari awal?takkan malu kot.Dah peluang. Loser sungguh!!" ejek Affan.

"Dah hidung aku sengsare, aku blah laa" jawab Naufal.

"Haaaa????" sahut Affan penuh tanda tanya.

"Die kentut!!!Panjang plak tu bunyi die. Dah tu bau macam tempayan budu..Tak sopan punye awek. Arap muke je lawa. Kentot besepah" cerita Naufal marah-marah.

"wuahahahahahahhahahahhahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......no komennnnn" ketawa berderai si Affan selama 3minit tanpa henti sehingga mereka beredar dari sekolah. Menuju ke rumah berbekalkan cuti 2 minggu di tangan.

Rabu, 27 April 2011

Si Mulia Yang Berselimut

Salam kepada semua;) salam keceriaan.

Ada apa dengan nama??hehe...nama kedengaran hebat tetapi orangnya biasa2??nama klasik tetapi orangnya cukup berkarisma?? blog ini sendiri diberi tajuk "izzat muzzammil"..menandakan aku bangga dengan nama aku sendiri.tidak salah bukan?

Izzat ertinya kemuliaan. Bila sebut saja mulia, sememangnya kita manusia adalah mulia, tetapi diri kita sendirilah yang mencemarkan kemuliaan itu. Jadi,setiap doa dari org yg pgl aku "Izzat" amatla dihargai. Semoga aku sentiasa mulia;) x salah juga mengikut lenggok bahasa bukan?oleh kerana trlalu lama menetap di sabah, kawan2 ramai pgl aku "ijjat"..bukan satu mslah yg bsar bg aku..wpun d prgkat alim ulama bnyk mbincangkan pkara ni..yg pnting sgalanya bgantung pd niat.no hal lah;p

Muzzammil pula ertinya "orang yg berselimut"...huhhhh????pe ke pelik name??kalo translate kot omputeh kan da jd "the blanket man"..haha...tp jgn salah fhm..surah ke 73 dlm al-quran diberi nama surah al-muzzammil..ketika wahyu diturunkan iaitu ayat 1 surah tersebut, nabi kita sedang tidur. so jibril datang dan mengatakan "yaa ayyuhal muzzammil" ertinya "wahai org yg berselimut. tujuan jibril datang waktu tu adelah ditunjukkan pada ayat kedua surah itu yang bererti "bangunlah sembahyang tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (untuk berehat)"..jadinye, aku sntiasa anggap Muzzammil ni bererti panggilan untuk nabi..dan kesan baik name umi abah bg ni, aku slalu tfikirkan tentang tahajud..dan umi sgtttt suka dgr aku bacakan surah ni.hehe..

Nama sememangnya doa..tapi nak buat cmane..persekitaran mengubah segalanya..aku turut dikenali sbg amer,cemboy,bob,mok,boy,ijjad,muzamer dan ade lg kot..setiap name ade sejarah kan.asalkan tcapai hasrat nak pgl aku dah kire ok la aku anggap..aku tak ambil pusing punye ah..jenis ati tak reti nakkecik. Tapi, alangkah indah jika panggilan tu diniatkan dgn doa skali. Si pemanggil boleh pahala,aku pon dapat bless..bahagia kannn??:)

So, nama memang ade peranan dalam kehidupan. Salammm...

Isnin, 25 April 2011

Petua Atasi Gout

1. minum apple cider (dah cuba, tak bekesan)
2. makan madu ori (dah cuba,tp skejap)
3. minum air celery (belum cuba, nak suruh umi buat jap lagi)
4. rendam kaki dengan garam bukit (dah cuba,tak bekesan)
5. rendam kaki dalam air rebusan daun ceri (dah cuba,boleh tahan,tp dah malas,leceh)
6. makan belut (tak sure plak kesan pada gout,tapi belut memangggg besst!!!)
7. makan ikan ubi/ketutu/haruan bodoh/hantu(sedappppp,tp x sure mujarab atau x)

setakat ni je yg aku ingat..selama 4tahun pengalaman menghadapi gout..untuk harini, kejap lagi nak suruh doktor cucukkkk!!!fuhhh...naik gile da pale otak aku nahan sakit...pastu nak suruh umi masak daun seleri..amalkan pagi dan malam minum..semoga tuhan tunjukkan jalan terbaik mengatasi sakit ni..korang smua pon doakan aku yeaa..aminn..mekasehh;)


muke dah x bermaye menahan sakit..hadusss..semoge tuhan sntiase ade ngan aku!amin.

Sabtu, 23 April 2011

Ingin Mengembara

Salam untuk semua!

“Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berja-lanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibang-kitkan.” (Al Mulk, 67:15)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu."(Al-An'aam 6:11)

skrg aku tgh shutdown..gout melanda kaki kiri ;'( tp suatu hari nanti, aku akan kembara!!aku nak lihat dunia!

Khamis, 21 April 2011

Buat Satu Dosa, Kamu Senang Selamanya

Salam to all..Sejahtera ke atas kamu sekalian.

Kalau disorot siri kes rasuah yang menggemparkan negara, maka kita akan berasa kita seperti berada di India. Tapi itulah realiti. Kisah2 terbaru menggambarkan betapa ngerinya jenayah rasuah yang diakhiri dengan kematian. Namun bukan aku nak menumpukan isu semasa mengenai rasuah. Cuma ingin mengulas bagaimana sebenarnya kita boleh terperangkap dalam kancah ini.

Pernahkan anda terdengar "yang kaya bertambah-tambah kaya, yang miskin makin melarat" ?? Oh sungguh sang sialan merajai dunia. Tanpa disedari rezeki si miskin disekat. Rasuah samaada secara halus dan kasar, ia tetap rasuah. Membusuk. Seterusnya meragut kebahagiaan si penerima dan pemberi. Sedikit mahupun banyak, tentu menimbulkan pergolakan dalam masyarakat. Bagaimana ini terjadi?? Aku bawakan 2 kisah simple.

Seorang Bos Imigresen. Bertanggungjawab menjaga kemasukan warga asing. Membuat kesilapan pertama ketika menyerbu kedai mamak. Disogok untuk melepaskan 2orang pekerja dari nepal. Difikirnya atas budi bicara, kerana selalu minum di kedai mamak tersebut. Walaupun menerima hanya RM100, namun rasuah kecil-kecilan inilah yang menghanyutkannya ke kancah neraka. Seminggu setelah detik itu, tauke rumah urut datang ke rumahnya di waktu malam. Meminta untuk meluluskan kemasukan 10 orang pelacur warga China, atau jika enggan si tauke akan bocorkan rahsia rasuahnya di kedai mamak. Dan akhirnya dia menikmati jutaan ringgit yang mengeraskan hatinya dari mengingati tuhan. Tiada lagi jalan kembali. Terpalitlah kekotoran sehingga mati. Jika ingin kembali ke jalan tuhan, pastinya terpaksa menanggung malu dibicarakan di mahkamah seterusnya menjalani hukuman penjara dan sebatan.

Cerita kedua lebih halus kelangsungannya. Namun mampu juga membunuh individu serta merosakkan negara.

Si pekerja baru di syarikat pembinaan tidak tahu menahu mengenai aktiviti "underground" di kalangan bosnya. Setiap hari pasti makannya ditanggung. Petrol juga dibayar lebih dari jumlah di dlm resit. Tidak semena-mena mendapat set telefon bimbit berharga RM2000. Apabila masuk gaji bulanan, didapati ada bonus 30% dalam akaunnya. Si pekerja baru seakan-akan termakan budi dan jarang sekali ingkar arahan ketuanya. Bertambah rajin dan begitu dedikasi dalam tugasnya. Suatu hari, si pekerja baru mengikut bosnya ke mesyuarat tergempar. Dia agak mengenali si pengerusi majlis. Mesyuarat di sebuah otel terkemuka akhirnya mengubah pandangannya terhadap bosnya. Cara projek didapati nyata sekali salah dari segi undang2. Menggunakan orang atasan untuk mendapatkan projek bukanlah apa yang si pekerja baru inginkan. Namun kerana budi, si pekerja baru kekal bekerja lagi. Ketika pembinaan projek, nyata sana sini serba kekurangan. Projek yang luarannya kelihatan gah tetapi ketahanannya hanya dijangka setahun dua. Jutaan wang kerajaan peruntukkan hanyalah sia2. Sebahagian besar wang dimakan bosnya serta kroninya di bahagian atasan. Apa yg dia peroleh hanyalah 0.001 % dari jumlah keuntungan. Namun apakan daya, mahu bertukar kerja tiada syarikat lain sudi terima. Bergelumanglah terusan dia di lembah neraka. Satu persatu skill diambil dari bosnya. Perasaan kecewa bertukar suka. Dia kini juga bergelar ahli perniagaan "berjaya". Akibat rasuah "budi". Kate org,budi xkan dapat dibayar.

2 cerita di atas adalah rekaan semata-mata. Untuk sedarkan kita semua. Bahawa semua individu adalah tidak selamat dari rasuah.

Giliran anda pula. Aku seorang jutawan. Ingin membuka kilang arak di kawasan anda tinggal. Hanya anda yang boleh yakinkan pihak berkuasa bahawa kilang ini tidak mengganggu gugah kehidupan masyarakat setempat. Aku tawarkan RM50 juta. Untuk anda buat sekali sahaja dosa. Selepas ini anda boleh bertaubat dan bahagia bersama RM50juta tu.

AWAS!!rasuah yg aku tawrkan ini bukan lg sama seperti bentuk 2 cerita aku sebelum itu. Rasuah sebeginilah yg buat ramai tertewas. Mungkin bahagia 5 6 tahun atau lebih. Masuk tahun ke-7, anda pasti dicari SPRM. Percayalah, tiada jalan kebahagiaan di dalam rasuah. Dari segi dunia, apatah lagi akhirat.

Hanya benteng keimanan mampu selamatkan kita. Tawaran yang mengggugah keimanan dari sesiapapun akan tertolak jika kita dekat dengan tuhan. Sekian!

Sabtu, 16 April 2011

mencari azZahra II

macam game

belum tahu kesudahan

basic rule senang

"jgn cari

baiki diri"


macam game

kene hati-hati

kurangnya game tak main soal hati

dah mati boleh kembali

tp di sini,jika tersalah memakan diri


game ni target die mencari azZahra

tp takde satu jalan pon boleh bw ke sana

tak tahu berape tingginye

tak tahu berape beratnye

tak tahu warna kulitnye

tak tahu pun apa bangsa agamanye


tp

dielah terakhir....harap2

dielah tangga syurgaku

dielah azZahra ku

jgn cari,nanti tersalah lagi

wanita yang baik adalah untuk lelaki yg baik

"GAME OVER"





Jumaat, 15 April 2011

mencari azZahra

pusaran kealpaan

derita kelalaian

melambai kedamaian

itukah cerminan azZahra


kucari azZahra

letaknya di lingkaran kesucian

tangisannya membersihkan kotoran

namun maharnya baju besi cuma


kugilapkan mutiara hati

kulemparkan musuh sejati

mengharap kunjungan azZahra

menjadi titian ke sana


ombaknya jelas kedengaran

pasirnya belum kelihatan

kuyakin janji tuhan

biar masa menentukan...


Untung Secupak Rugi Sebelanga

Di suatu lokasi rahsia.
Waktu juga dirahsia.
amer adelah aku, youngman bukan name sebenar.

youngman : amer, mintak aa nombo mer..mane tau ade rezeki..aku blanje aa mu..
amer : hak2(gelak kecil d ank tekak yg mjadi tabiat aku), malas aa aku..ngarut je..
youngman : alaaa,bg je..tak kire la nombo ape2..janji 4 digit..
amer : (gelak2kan youngman yg kelihatan begitu merayu) alaaa,mu pikir je laa nombo ape2 pon..ambik je nombo kerete aku tu..
youngman : (seakan-akan akur amer taknak bekerjasama dgn dia)
amer : stiap hari ke beli nombor ni?brape ringgit skali beli?
youngman : ade la dalam rm30..beli biasenye 3kali seminggu..
amer : pehh...banyok gilee..penah kene ke?
youngman: ade skali..tp dah lame aa..aku kene rm900..tp kejap je abis..biase aa duit2 gini..blanje mkn member2, buat enjoy, tak dan sehari pon..
amer : tp aku rase tak padan. mu gaji dah aa rm40 je sari. patot aa takde duit sokmo.
youngman: ye aa..aku tau..tp tu laa..tp skali dapat boleh tahan..aku duk berangan nak pakai skyline lame wane merah yg jual kat used car tu..lawo..tuan die nak jual rm13 000..mu tgk aa esok2 mer,aku pakai kerete tu.
amer : ahahahaaa...ye aa..
youngman : aritu aku ade jumpe keris..kat ladang..aku dah bawak gi jumpe tok bomo..ade ni nombo die bagi..die suruh aku teros beli nombo tu..sampai kene..tp tak taula boleh caye ke tak..style aku lain..aku beli 3 kali je..kalo tak kene, kire takde rzeki aa tu..
amer : bak sini tgk.
youngman : pantang die tok bomo tu pesan jgn bg ke org..kalo tak,mmg takkan kene..
amer : laaa,bkan lame dah ke mu gi jumpe tok bomo?
youngman : aku gi ngan kawan..die beli lg nombo ni..sian laa ke die..aku tunjuk nanti sia2 pulak kawan aku tu beli.
amer : kot mu laa..tp kalo bleh brenti aa..mmg laa dapat..tp jarang sgt..buat rugi je beli..halal haram tu toksah kire la..masalahnye mmg rugi..nak kene labur 2 3 ribu,pastu baru dpat 2ribu stengah..tu pon kalo kene hadiah ptame..
youngman : ntahlah mer..aku rase x snang je bile tak beli.

selang 2 minggu kemudian, member kitorang kene hadiah rm13 000 hasil judi nombor ekor..diaktakan beliau "menurun" (menggunakan khidmat jin)..habis kwn2 dibelanjenye..

Bukan sekadar judi nombor ekor, tetapi judi laga ayam, judi bola sepak, judi mesen kuda dan pelbagai bentuk lagi menjadi kebiasaan pemuda2 kita..lebih menjengkelkan dan mengecewakan apabila mereka yg sudah bkeluarga, sudah mengira hari untuk mati masih lagi mengamalkan tabiat berjudi..seperti tidak menjadi kesalahan, malah perbincangan di kedai kopi dilakukan secara terbuka..mendedahkan kebodohan sendiri tanpa segan silu.aku sekadar pemerhati. Bukan tidak berani bersuara, tetapi apabila sudah menjadi kebiasaan bg mereka, dosa pahala tidak lagi menjadi persoalan.

Lebih menyedihkan, sanggup menyekutukan Allah demi mencari duit. apa mungkin dunia ini tiada akhirat bagi mereka??sangat GOBLOK!!!

Pusat perjudian satu hal.premis2 berdaftar yg dihalalkan kerajaan sangat banyak.tetapi itu cerita lain..pada asasnya, kurangnya kesedaran agama sememangnya akan menyuburkan lagi kegiatan perjudian di kalangan masyarakat..malas bekerja dan terus mengharap nasib di meja judi..akhirnya hutang keliling pinggang menekan hidup memaksa mereka membuat kegiatan yg diluar jangkaan.

Mana silapnya? tolak tepi silap kerajaan(INI BUKAN BLOG POLITIK)..aku lihat, ibu bapa mereka ke masjid mengerjakan solat..mungkinkah ibu bapa soleh dan baik, tetapi gagal mendidik?? Mereka bodoh?? waktu kecil dahulu kami bersekolah bersama, tidaklah terlalu bodoh.masih mampu menjawab soalan upsr untuk lulus..kurang didikan agama??setiap hari pergi sekolah mengaji. tkanan sangatkah hidup di bawah pemerintahan kerajaan yg serba serbi harga barang mahal sehinggakan mencari rezeki haram untuk disuapkan kepada anak bini???sedangkan aku lihat mereka malas bekerja. masuk kebun getah tak ikut time.time rajin habis semua ditarah. time malas tiba, memang tuan kebun siap marah maki2 sebab dah lama tak masuk kebun getah. kerja kontrak langsong tak ikhlas, cara bekerja sangat lembap. tanah sendiri dinaiki lalang.

Aku gagal mencari jawapan yg pasti tentang ketagihan berjudi..apa yag pasti, jangan bermula!!!cegahlah diri dari berjudi..kerana melalui pemerhatianku, sesiapa pernah menang atau untung sekali, pasti sampai tua akan terus membelanjakan wang ke situ..tak kiralah permainan apa, sekali untung, selamanya derita..

CINA UNTUNG BERBAKUL-BAKUL...MELAYU ISLAM UNTUNG SECUPAK, RUGI SEBELANGA!

Khamis, 14 April 2011

SHIT! 2

Salam sejahtera..Salam blogging semua.

hehe..ini bukanlah kesinambungan entry sebelum ini..sebenarnya ini adelah entry original..entry bertajuk SHIT sebelum ini sangat menyimpang dari apa yg aku nak tulis..aku pon x tahu mcm mana boleh menyimpang.

setiap hari kita makan..plg cikai pon 3 kali sehari..tp wajibbb buang smula kan??jadi,kemanakah sisa tersebut berakhir??tentunya anda tidak pernah terfikir bukan??ahaaa;p ni bidang aku la ni.direct pengalaman ni aku dpat dari kerja aku sblm ni.



kenal tak ape bende ni??inilah tangki septik..destinasi terakhir SHIT!! dianggarkan sebuah rumah boleh gunakan tangki ni selama 10-15 tahun sebelum disedut oleh jentera Indah Water.

Tangki septik yang telah ditanam di kedudukannya, lazimnya di belakang rumah.


Lihat gambar ringkas sistem kumbahan di atas. bermula dari mangkuk tandas, najis akan mengalir dengan menggunakan konsep tekanan graviti. Oleh sebab itu, paip akan diletakkan secara condong. Tangki septk yang terletak di hujung sistem kumbahan menakung segala isi perut kita.



Perhatikan rajah di atas, yang berwarna kuning adalah SHIT dan yg kebiruan adalah air yg terbuang dari sinki, air mandian. air basuhan kain dll, air dari tandas. Apabila tahap air sudah penuh, air buangan akan keluar ke sistem saliran terdekat(longkang). Tapi jgn bimbang, sistem dalaman tangki septik akan mengelakkan najis daridapa keluar ke longkang berhampiran.

Tapi,apa akan jadi kalau najis penuh????untuk megelakkan ia penuh dan keluar melimpahi longkang,selenggaraan tahunan akan dilakukan Indah Water yg akn menghantar jentera penyedut najis dengan bayaran tertentu (RM70 kot skali sedut).

Di sini, pengajaran yg dapat kita ambil dari kisah SHIT adalah:
1. jangan sekali2 buang tuala wanita,puntung rokok,biji durian,tulang ayam dan lain2 benda selain SHIT!!! kerana sistem ini hanya menggunakan konsep graviti yg mudah tersumbat.lagipun,sayangai tangki septik anda kerana ianya dicipta hanya untuk menampung SHIT!!!
2. rajin2la sedut hasil anda yg dah nak penuh tu kay..jgn kedekot panggil indah water.
Sekian sahaja untuk entry kali ini, bersama kita dapatkan iktibar. Sayangi alam sekitar. Gambar di bawah ini menunjukkan seorang pakar SHIT yg baru dilahirkan di universiti tempatan..ngahahhaaaaaa;ppppp



Rabu, 13 April 2011

SHIT!!!!

Salam blogging!!SHIT!!!

Jangan sesekali memandang enteng kebolehan seorang sasterawan. Mungkin bersenjatakan pen,mesen taip, terkini laptop sahaja. Tetapi sebuah karya bertajuk SHIT karangan Sasterawan Dato' Hj Shahnon Bin Ahmad hampir sahaja menguburkan satu2nya kerajaan terutuh di dunia, Barisan Nasional (tiada kerajaan negara lain memerintah sebegini lama). Legasi pemerintahan sejak kemerdekaan belum pernah tercabar seumpama itu dengan semarak gerakan reformasi menuntut bela penangkapan Timbalan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tulisan seorang sasterawan yang disanjung tinggi akhirnya berjaya membakar semangat rakyat yang sememangnya sudah membuak2. Tohmahan tajam ke atas Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad menepati selera pembaca yakni rakyat yang sememangnya inginkan cerita2 panas di sebalik tabir. Benar atau tidak, aku pun tidak pasti, tetapi dalam lingkungan umur 12 tahun (tahun 2000) aku pernah membaca beberapa helai muka surat buku tersebut. Walaupun terdapat kekangan kerajaan yg mengharamkan penerbitan buku tersebut, tetapi sebaliknya karya itu terus hangat di pasaran. Sehinggakan terdapat banyak usaha untuk menarik balik gelaran "Sasterawan Negara" dan "Dato' " daripada beliau. Itulah "kuasa" penulis. Siapa pegang media, dunia dia punya!!


Selasa, 12 April 2011

Semoga Tak Mati Di Tilam Empuk

Dah lewat malam..aku slalu je pkir pasal hari tua..skarang 23..dah sakit2 sendi..mcamana nak survive di hari tua??
Aku harapppp sgtt aku tak mati di tilam..jihad melawan nafsu pun sukar,mampukah aku jihad di medan juang??aku harap mampu..dan syahid di sana..gentar sgtt dgn neraka,tp gagal tejemahkan kepada apa yg Nabi tunjukkan dan Allah gariskan..jika syahid, terus ke syurga bukan??..Astaghfirullah.

Teringat lagu ni, kawan aku menangis sampai pagi sebab lagu ni. Teringat arwah ayah katenye. Aku pun nak menangis, aku bayangkan suatu hari nanti aku akn pergi tinggalkan semua, untuk Islam..UNTUK ISLAM...bukan untuk politik...




Ahad, 10 April 2011

Ayuh!!Selesaikan Masalah Segera!!

Sejahtera ke atas semua..Rahmat dan petunjuk Allah kita pohonkan, semoga anda dan aku sendiri dikurniakan hidayah. Hidayah yg sememangnya hak mutlak Allah. Amin..

Semua org hadapi masalah. Sampai mati pun akan ada masalah bersilih ganti. Percayalah, mati itu bukan penyelesaian kepada masalah. Kerana mati akan memisahkan kita daripada masalah dunia. Tapi cukupkah amalan untuk lari dari masalah di akhirat? Amat menakutkan. Tetapi,bab kematian, kebahagiaan setelah kematian, bukanlah bab yg ingin aku sentuh. Kerana masing2 maklum bagaimana ke syurga dan ke neraka. Harus diingat,masalah di akhirat bukanlah bermula ketika kiamat, tetapi sebaik sahaja kita dikebumikan. Seksa kubur adalah benarrrr. Jadi, sediakan diri masing2 untuk kematian. Atau kita akan menghadapi masalah maha berat ciptaan kita sendiri.

Pengalaman kali ini cukup berbeza. Hasil daripada penglibatan aku sepanjang hampir 5bulan di bidang pembinaan, khususnya di bahagian pengurusan, aku cukup biasa dengan masalah. Sehinggakan terbawa-bawa dalam tidur dan masa lapang. Mana tidaknya, walaupun bukan pemilik syarikat, setidak-tidaknya hala tuju dan masa depan syarikat terletak kepada bagaimana aku mengawal sekecil-kecil masalah sehinggalah masalah yg memang menuntut pengorbanan untuk dieselesaikan.

Ramai boleh memberi nasihat ketika anda bermasalah. Antara yg popular adalah "bersabarlah,doa banyak2".."doalah kat tuhan semoga diberi petunjuk" dan "jgn bersedih,ini ujian tuhan".. Ya,mereka betol. Tetapi selagi masa berjalan,masalah akan sentiasa membelenggu. Tidur anda tidak berkualiti. Hati tidak tenteram. Kegembiraan dirasakan dingin. Yang pada akhirnya akan meningkatkan paras tekanan darah dan merosakkan sistem organ dalam badan. Itu semua aku rasakan waktu masih menuntut di universiti. Tetapi semakin mencabar waktu di dunia sebenar. Kadangkala aku menutup telefon. Aku mengelak berjumpa dgn org tertentu. Sengaja melambat lambatkan masa. Akhirnya masalah yg kian berat bertambah berat dan menjadi tidak tertanggung apabila mengambil masa terlalu lama untuk dieselesaikan.

Kini aku bukan lagi aku yang dulu. Itu pengecut namanya. Tak mampu berdepan realiti. Sentiasa beralasan dan sukar menyelesaikan masalah. Aku menjadi lebih berani kini. Berani berdepan segala akibat daripada masalah yang timbul. Dan tidak gentar menanggung hukuman.

Caranya mudah. Fikir bahawa lambat atau cepat, aku harus berdepan realiti. Berani berdepan dengan ujian tuhan. Komplikasinya hanya 2. Hanya 2. Samaada aku selamat, atau terpaksa dihukum. Andai kata aku dimarahi dan dibenci, hatta dibuang kerja atau dipukul, aku telah berjaya mengatasi masalah. Tidur pd malam2 berikutnya bakal menjadi tenang. Tetapi agak mustahil, kerana dengan sikap aku dan kedudukan aku yg dihormati kawan atau lawan, aku akan dilayan sepertimana yg aku kehendaki. Berbanding jika aku membiarkan masalah tidak selesai terlalu lama, aku rela dihukum.

Ada masalah dengan orang??? Aku DULU yg akan call. Aku dulu yang akan tanyakan. Aku dulu yang akan akui kesalahan.

Kena marah??? Puassssssss...aku bukan student cemerlang semenjak kecil, so kena marah perkara biasa.

Kata2 kejian??? Aku juga ada menyimpan peluru beracun yang mampu luluhkan jiwa orang lain. Tetapi akan kusimpan peluru itu selagi tidak memerlukan.

Aku nekad, tiada hari2 aku lalui berlalu dengan muram lagi. Aku takkan lagi bazirkan masa untuk kebimbangan dan tidurku passssti sentiasa nyenyak! Aku akan segera bertukar angkuh bila keadaan mendesak.

Apa yang aku ada dan aku anngap ISTIMEWA yang tiada pada orang lain??? Aku ada senyuman yang konsisten walau dengan siapa aku bercakap..Musuh akan berasa tidak selamat dengan senyumanku. Tapi kawan akan bahagia melihat senyuman ini. Anda bagaimana???? :)


Opisku.

Blog Wajah Baru

Salam blogging semua..Selamat dan sejahtera ke atas anda semua.

Harini hari yang gembira,teruja dan bersemangat. Kerana setelah hampir 4tahun dalam arena penulisan blog, wajah blog kesayangan ini berubah untuk kali ke-2. Walaupun kadangkala tampak terbiar, tetapi blog ini masih lagi bernyawa sehingga kini. Sepanjang 2010 yang mencatatkan hanya 6 entry, kali ini aku lebih bersemangat menjengah blog. Nantikan pengalaman pahit dan manis aku kay~~(cam ade pminat lak)..hehe..tp itulah kuasa blog!..tidak memerlukan org lain untuk hidup..andaikata tiada seorang pun melawat blog ni, tp masih, kepuasan aku terletak pada pengongsian pandangan dan pengalaman..kebaikan kita kongsi bersama sbg tauladan, tp yg buruk bersama kita jadikan sempadan.

Apepon, jutaan terima kasih kepada rakan blogger saya DIN JERUNG pemilik blog "Sarang Jerung". .bukan sekadar rakan di alam maya, beliau juga merupakan sahabatku di universiti. Tidak keterlaluan andaikata aku katakan tanpa beliau, mungkin aku tidak akan menamatkan pengajian di UMP. Berkalung penghargaan atas kesudian menghasilkan banner baru ini. Perccaya atau tidak, aku terharu!!ahakzzzz~~~ayuh, lawati blog beliau http://www.izzudin.com/ . Thanx Brother DIN!! God Bless You!!

Hidup tak lama,
mati tak disangka-sangka,
sampai masa Izrael menjelma,
putuslah hubungan jasad dan nyawa..

Selagi hidup, kan kuterus menabur bakti. Salah satu jalannya, BLOGGING!..

Selasa, 5 April 2011

Tak Kusangka Tak Kuduga


oleh kerane aku sndiri dah muntah dgr lagu blog ni sblm ni,aku da buang lagu tuh..ahakzzz...tp pd siape yg minat lagu tu,jgn sedih,meh dgr cute version dari adik youtube ni..laiyannnzzzz~~~

malam...
ku tidur tak lena
teringatkan dirimu
terimbas kembali kenangan lalu
alangkah indahnya bersamamu

mengalir air mataku
menemani malam sepiku
ku rindu saat bersamamu
sukarnya ku untuk melupakanmu

dahulu engkau berikan cinta
mengapa kini engkau berubah
manakah janji akan setia menanti

jikalau engkau tak lagi cinta
katakan saja aku tak kisah
dari kau terus membuat ku menunggu
tak ku sangka
tak ku duga

perpisahan yang akan melanda
dah ku cuba
pertahankan
namun dirimu pergi jua

cintamu bagaikan rembulan
yang hadir bila malam menjelang
kau hilang bila siang mendatang
begitulah sikap mu oh syg

kau lontar cintaku ditepian
ku bagaikan hanyut di lautan
yang lemas di dalam percintaan
dipukul gelombang keresahan

~dahulu engkau berikan cinta
mengapa kini engkau berubah
manakah janji akan setia menanti

jikalau engkau tak lagi cinta
katakan saja aku tak kisah
dari kau terus membuat ku menunggu
tak ku sangka
tak ku duga

perpisahan yang akan melanda
dah ku cuba
pertahankan
namun dirimu pergi jua

cintamu bagaikan rembulan
yang hadir bila mlm menjelang
kau hilang bila siang mendatang
begitulah sikap mu oh syg

kau lontar cintaku ditepian
ku bagaikan hanyut di lautan
yang lemas di dalam percintaan
dipukul gelombang keresahan

mengalir air mataku
menemani mlm sepiku
ku rindu saat bersamamu
sukarnya ku untuk melupakanmu

Survey!