klik!2

Selasa, 15 Mac 2011

Perancangan Masa Depan

Salam to all..semoga terus dipayungi rahmat tuhan..di sini,dan juga di akhirat nanti..

Hari ini genap hari ke-4 aku demam..mungkin kerana cuaca tak menentu..tetapi oleh kerana kesejukan terlampau,kakiku membengkak dan secara tak langsung menekan picu gout yg likat mengalir di dlm darah..GOUT, kesakitan yg tiada tolok bandingnya..melumpuhkan seluruh gerakan sendi dan menghentikan pemikiran minda yang normal.

Genaplah tahun ke 4 aku melalui kesukaran sebagai pesakit gout..namun sejak kebelakangan ini, kesakitan jarang dirasakan..Alhamdulillah..namun, kesakitan ini mencorak mindaku..membuat aku memikir jauh ke depan..dan melangkaui zaman agar keluarga yg bakal dibina akan terus berdiri, walau tanpaku di sisi..

Kita tidak mengetahui bila akan pergi..tetapi bagiku, aku sudah mencongak dari awal..dan aku terima segalanya..namun bukan alasan bagiku untk terus berserah sahaja, sebaliknya aku terus berusaha untk mengekalkan kesihatan di tahap optimum..

Keserabutan yg bersarang dalam otakku tidak lagi menjadi belenggu. Malah menguatkan lg semangatku memburu dunia dan akhirat..Sesuatu yg menguatkan langkahku untuk mendepani cabaran kiri dan kanan denai-denai kehidupan..

Mula disahkan menghidap gout ketika tahun 2007, ketika itu aku terpaksa mengambil ubat yg jika diamalkan untuk jangka masa panjang akan merosakkan organ dalaman terutama buah pinggang..gout bukanlah sesuatu yg mengancam nyawa, cuma pengambilan ubat penahan sakit dan ubat anti radang yg berterusan akan menjejaskan kesihatan secara perlahan-lahan. Oleh kerana itulah aku sebolehnya memastikan tahap tekanan darah,kandungan lemak, berat badan,kandungan gula dan lain2 sentiasa di paras yang normal..bersenam merupakan keutamaan. Biar hujan dan ribut, aku akan sentiasa dengan disiplin ini.

Congakan aku yang kini berusia 23 tahun, ketika mnginjak usia 35 tahun, aku harus memperlahankan aktiviti harian..kerana pada waktu itu, kemungkinan besar aku menghadapai komplikasi yg aku bimbangkan. Dan kemungkinan besar pada waktu itu aku mempunyai keluarga sendiri..mereka memerlukan aku, sebagai ketua keluarga, penyumbang besar kepada ekonomi, perlindungan fizikal dan mental, bimbingan kerohanian dan sebagainya..dan pada waktu itu, aku merancang untuk duduk di rumah dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada keluarga..

Jadi, dalam masa 7tahun dari sekarang aku haruslah bekerja keras untuk mempunyai perniagaan sendiri, supaya perniagaan tersebut matang di kala sampai ke usia 35 tahun.. Kata orang "memulakan bisnes adalah amat perit berbanding menguruskan bisnes"..Biarlah matiku meninggalkan tanah, rumah, kenderaan, dan harta buat keturunan dan isteri..daripada meninggalkan masalah yg tidak selesai, hutang yang lapok, dan janji tak tertunai..inilah wawasan, wawasan yg bukan hanya perlu ada pd aku yg tak bernasib baik..Malah perlu ada pada anda semua..Aku tak bernasib baik pada usia muda apabila ditakdirkan mengalami penyakit. Tapi siapa tahu anda juga pergi pada usia muda???yakinkah anda untuk sampai ke hari tua??

Campak ke tepi segala kemewahan di usia muda..kita tidak perlukannya. Malah apabila kesusahan melanda, kemewahan yg anda kecapi akan membelenggu kembali kesusahan anda.Ayuh kawan2, kita cari aset.Kita cari harta kekal.Kita cari ilmu akhirat.Kita lindung diri kita sebelum benar2 ditimpa musibah.

Doakan aku sentiasa kuat mengharungi kehidupan dengan kekuranga yang ada;)

6 ulasan:

Teenager Housemaid berkata...

moga terus tabah!
Allah sayang orang2 yang diberikan ujian@
go2 chaiyok!
you can through all thess pain!

amer @ ijjad berkata...

thanx housemaid!!!hoh,org gaji???hak2..sy ade kawan baru!!!kawan ngan org gaji...hihiiii...anyway,terima kasih sbb komen,dan sy tau anda habiskan tulisan sy ni..wpun sbnrnye sy tulis untuk kuatkan smgt sy je.hehe..mekaseh!

Teenager Housemaid berkata...

haha!
yup..saya ni org gaji jep.. (sob..sob..sob..)
saya pun ade kawan baru jugak! kawan yg kuat semangat! (haa..awak ler..sape lagi kan? ngehehehe)

aritu saya jalan2 kat innit, sekali saya tertarik dgn tajuk perancangan masa depan tuh...lepas tu bile bace entry awak rase cam sedih pulak (arha~ jgn risau..ini bukan simpati..ini adalah rasa..errr..alamak saya tatau nak describe..kire cam rase oren lah, boleh?) hehe jgn marah eh..sy suka gurau..=)

saya tau, klu org sakit diorg tak suke simpati..diorg cume nak jadi normal macam org lain..
arha~ tapi, buat ape jadi normal kalau Allah sayang kite lebih ye x?
ngehehe.. (confident je kan?)

ok2..sorry saya merapu kat belog awk pulak..(da rase cam buat blog sendirik je hoho)
yg penting tabah n sabar!
chaiyok2!!!
arha~

p/s: thanks followed...saya follow back ea!

amer @ ijjad berkata...

hak2..jgn bimbang..biase tu..lgpn bukan sy psakit di ambang kmatian cam kenser or jantung;p saye sakit biase2 je..cume sy special sbb muda2 dah kene..pluang smbuh tu ade..cuma sy tpikir,kalo muda camni dah asek x sihat,tua nanti lagi terok..so sbb tu sy rancang masa depan..

nice la ade kwn pmbantu rumah..tp btul ke maid??hmmmmmm?ade pngalaman bleh dikongsi??as a maid..

Teenager Housemaid berkata...

hoho~
sob..sob..sob..
saya memang maid...
tapi maid pemalas..tu yg tak dpt gaji tu..sob..sob..sob..

hehe..
takde pengalaman ar nak kongsi..
yg penting..
kene bersemangat..dan jgn putus asa...walaupun hanya maid...tapi sinar kejayaan tu sangat luas..
arha~

amer @ ijjad berkata...

wahhh!!!ini baru geng!!hak2..besemangat dlm ape jgak kau buat k..smoga sinar kejayaan tu milikmu!:)amin

Survey!