klik!2

Selasa, 29 Mac 2011

Shout Facebook Sahabat Saya Dari Mesir

"Cara mendapatkn cinta sejati,istikharah di adun dgn niat mencari cinta dn redha Allah..dicampur usaha utk mempebaiki dri ke arah yg lbih baik..ditambah istiqamah dgn brdoa setiap hari pd Allah..tak perlu masukkan sms n panggilan telefon sbgai bukti penguat hubungan..cukup hanya dgn mengadu pda Allah mga di eratkan hubungan hingga ke syurga Allah..slmat mencuba!!"

tak perlu diulas..tepatt padatt dan ringkas..maknanya sangat mendalam.tetapi mudah difahami dan dirungkai..jika anda tanya diri sndiri,tetapi tidak bersetuju dengan shout di atas,maka anda sedang menipu diri sendiri.

Jumaat, 18 Mac 2011

Makcik Jual Air Kelapa

Makcik Jual Air Kelapa : mak awak keje ape dik?
Aku : Dia cikgu,ngajo skoloh.
Makcik Jual Air Kelapa : sedapnye..tinggi harge diri awak ni..prempuan takut nak masuk jadi isteri awak..
Aku : (gelak kecil di anak tekak)
Makcik Jual Air Kelapa : org laki ade rupe x kemane dik,xde harge..budi awak,bahase awak,macam mane awak dgn orang,tu la jd pengukur..
Aku : Terima kasih makcik..(dpt air sparuh harge)

Beliau bukan sembarangan orang..bukan sembarangan penjual air kelape...beliau pengedar emas,pemilik stokis barangan kesihatan,agen hartanah,majikan kepada 8org pekerja,pernah gagal dalam rumah tangga,dalam lacinya terdapat belasan ribu ringgit...beliau bekas penuntut sekolah agama,sekolah pondok,telah berjaya menghafal banyak hadis,surah dan pengertiannya..

Saya akan bersama beliau...untuk mengaut segala pengalamannya....suatu hari nanti! Makcik Hasnah....

Selasa, 15 Mac 2011

Perancangan Masa Depan

Salam to all..semoga terus dipayungi rahmat tuhan..di sini,dan juga di akhirat nanti..

Hari ini genap hari ke-4 aku demam..mungkin kerana cuaca tak menentu..tetapi oleh kerana kesejukan terlampau,kakiku membengkak dan secara tak langsung menekan picu gout yg likat mengalir di dlm darah..GOUT, kesakitan yg tiada tolok bandingnya..melumpuhkan seluruh gerakan sendi dan menghentikan pemikiran minda yang normal.

Genaplah tahun ke 4 aku melalui kesukaran sebagai pesakit gout..namun sejak kebelakangan ini, kesakitan jarang dirasakan..Alhamdulillah..namun, kesakitan ini mencorak mindaku..membuat aku memikir jauh ke depan..dan melangkaui zaman agar keluarga yg bakal dibina akan terus berdiri, walau tanpaku di sisi..

Kita tidak mengetahui bila akan pergi..tetapi bagiku, aku sudah mencongak dari awal..dan aku terima segalanya..namun bukan alasan bagiku untk terus berserah sahaja, sebaliknya aku terus berusaha untk mengekalkan kesihatan di tahap optimum..

Keserabutan yg bersarang dalam otakku tidak lagi menjadi belenggu. Malah menguatkan lg semangatku memburu dunia dan akhirat..Sesuatu yg menguatkan langkahku untuk mendepani cabaran kiri dan kanan denai-denai kehidupan..

Mula disahkan menghidap gout ketika tahun 2007, ketika itu aku terpaksa mengambil ubat yg jika diamalkan untuk jangka masa panjang akan merosakkan organ dalaman terutama buah pinggang..gout bukanlah sesuatu yg mengancam nyawa, cuma pengambilan ubat penahan sakit dan ubat anti radang yg berterusan akan menjejaskan kesihatan secara perlahan-lahan. Oleh kerana itulah aku sebolehnya memastikan tahap tekanan darah,kandungan lemak, berat badan,kandungan gula dan lain2 sentiasa di paras yang normal..bersenam merupakan keutamaan. Biar hujan dan ribut, aku akan sentiasa dengan disiplin ini.

Congakan aku yang kini berusia 23 tahun, ketika mnginjak usia 35 tahun, aku harus memperlahankan aktiviti harian..kerana pada waktu itu, kemungkinan besar aku menghadapai komplikasi yg aku bimbangkan. Dan kemungkinan besar pada waktu itu aku mempunyai keluarga sendiri..mereka memerlukan aku, sebagai ketua keluarga, penyumbang besar kepada ekonomi, perlindungan fizikal dan mental, bimbingan kerohanian dan sebagainya..dan pada waktu itu, aku merancang untuk duduk di rumah dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada keluarga..

Jadi, dalam masa 7tahun dari sekarang aku haruslah bekerja keras untuk mempunyai perniagaan sendiri, supaya perniagaan tersebut matang di kala sampai ke usia 35 tahun.. Kata orang "memulakan bisnes adalah amat perit berbanding menguruskan bisnes"..Biarlah matiku meninggalkan tanah, rumah, kenderaan, dan harta buat keturunan dan isteri..daripada meninggalkan masalah yg tidak selesai, hutang yang lapok, dan janji tak tertunai..inilah wawasan, wawasan yg bukan hanya perlu ada pd aku yg tak bernasib baik..Malah perlu ada pada anda semua..Aku tak bernasib baik pada usia muda apabila ditakdirkan mengalami penyakit. Tapi siapa tahu anda juga pergi pada usia muda???yakinkah anda untuk sampai ke hari tua??

Campak ke tepi segala kemewahan di usia muda..kita tidak perlukannya. Malah apabila kesusahan melanda, kemewahan yg anda kecapi akan membelenggu kembali kesusahan anda.Ayuh kawan2, kita cari aset.Kita cari harta kekal.Kita cari ilmu akhirat.Kita lindung diri kita sebelum benar2 ditimpa musibah.

Doakan aku sentiasa kuat mengharungi kehidupan dengan kekuranga yang ada;)

Survey!