klik!2

Sabtu, 27 November 2010

Bermula Dari Bawah

Salam to all;) sejahtera rohani sejahtera jasmani..sihat mental dan terkawal nafsu..beginilah berdirinya manusia..berpaksikan 4 unsur yang andai dikawal akan membawa sejahtera..hulurkan salam,lebarkan senyuman..kongsikan kebahagiaan..kawal kedukaan..Jalanku bukan jalan biasa..andai sudah tertulis di laman ini,pastinya ia antara warna kehidupan yg aku highlightkan..bukan pengalaman biasa,tapi pengalaman yang pasti akan tersimpan dalam sejarah kehidupan yang hanya sekali.

Aku tak pasti jalan aku lalui ni berliku atau hanya ikot flow..kerana jika dibandingkan dgn teman2,aku terkebelakang..tapi syukur dan sabar juga aku utamakan..masih mampu menikmati kehidupan..setelah puas berhempas pulas selama 3 stengah tahun di UMP, cita2 utk grad on time terkubur..keputusan yg sudha aku ketahui awal Julai lalu..memang aku bersungut..memang aku terkecewa..tapi aku percaya, ada hujan setelah panass..untung2 dihiasi pelangi pula..itulah kata2 pengubat hati..terkadang sengaja aku karangkan untuk kuatkan hati,tapi sebenarnya sudah diasuh ustaz ustazah sedari kecil agar menerima kadak dan qadar.

Bukannya tidak berusaha sebabkan kegagalan..bukan juga kerana aku mahukannya,tapi gagal kerana faktor yg tidak dpt dielakkan..sudah lama aku terima suratan,tak baik andai dikenang lagi..lebih2 lagi ini bukanlah kegagalan pertama..mujurlah hidupku sudah terbiasa sangat hadapi kegagalan..keluarga tidak pernah ambil pusing..asalkan aku tidak berbuat salah,mereka tidak berbunyi,itu bonus tambahan untukku..

Kini,apa yang tersembunyi sudah kulihat hikmahnya..diberi olehNya setitis ujian bagi dianugerahi segunung kurniaan kepadaku..syukur tak terhingga..kini aku begitu kesal kerana tidak cukup tabah dalam mengharungi situasi terdahulu..rupa-rupanya,disebalik lewat bergraduasi,aku ditwarkan kerja yang boleh dikira bagus sementara menunggu tamat pelajaran..semester hadapan aku dikehendaki menyiapkan tesis dan membentangkan projek akhir..Alhamdulillah hampir selesai..tumpuan penuh aku berikan kepada pekerjaan baru ini..

Ditawarkan pekerjaan sebagai Site Manager oleh pakcik aku adalah umpama durian runtuh..selain bayaran yg boleh dikira tinggi,dia sebenarnya berniat untuk memberi pendedahan kepadaku sebelum benar2 terjun ke bidang pembinaan yang aku ceburi..Berstatus kontraktor kelas "D" dengan kelayakan pembinaan di bawah RM 2juta, beliau meminjam lesen kontraktor kelas "F" untuk projek kecil di bawah RM200ribu..Dia mahukan kesempatan untuk pembinaan projek kecil2an ini daimanfaatkanku untuk bermula dari bawah.Walaupun di tapak pembinaan aku menjadi ketua,tetapi dari segi kecekapan, pengalaman, dan kualiti kerja mereka adalah terbaik..aku yang harus belajar daripada mereka..mereka dari Indonesia, mereka sudah tua, mereka tidak ada pendidikan tinggi, mereka berkasut getah, mereka hisap rokok gudang garam, tetapi mereka sungguh hebat..banyak telah aku perhatikan,bertanya mereka, dan kadangkala aku juga turun padang menolong kerja2 buruh..oh sungguh seronok mempelajari sesuatu di dunia sebenar.

Memasang culvert, memasang longkang, membuat rumah, tambahan rumah, membuat tempat pengumpulan sawit dan lain2 pengalaman kecil telahpun aku pelajari..bukan senang lagi untuk menipu Izzat Muzzammil suatu hari nanti,aku pernah buat sendiri kerja2 ini;p andai kata longkang sejauh 300meter itu mengambil masa lebih 5 hari untuk disiapkan, tahulah aku bahawa kontraktor itu sangat pandai membelit atau tak cekap langsung buat kerja..sepak terajang dunia pembinaan amatlah mencabar..aku akui,syarikat kerugian kurang lebih 3000-4000 Ringgit Malaysia dalam masa 3 hari pertama aku bekerja..pemasangan culvert yang sepatutnya mengambil masa sehari tertangguh akibat daripada aku terlalu berlembut dengan pemandu backhoe..kerana kelewatan kerja backhoe,segala kerja lain tertangguh..sewa backhoe sehari RM450, kini jadi 3 hari..maksudnya company kene bayar lebih RM900..kerana aku!!haha..

Malang tak berbau,site dinaiki air pada hari ke4..Pasir hanyut,simen mengeras,formwork hanyut,kon jalan hanyut,tanah runtuh..ohh meruntun jiwa..tapi itulah ujian..cuma kena tahu cara atasinya dan bidang pembinaan ini akan jadi seronok..

KERJA KULI..itulah apa yang aku lakukan..malas mahu bersandar pada pangkat apabila di site..bukan kerana aku poyo rajin bekerja, tetapi ingin sekali mendalami ilmu2 ini dengan lebih dalam..menolak tanah,lay konkrit, mengawal trafik, semua aku sebat..kerana ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya..kerja kecil ini lah malahan akan menambah nilai di sijil graduasi ku nanti.

Penat menjaga site, ada juga sehari dua dalam seminggu aku pelajari cara2 untuk management..perancangan kerja, bajet, megelakkan kerugian, menjaga pekerja, dan lain2 lagi..Minggu hadapan aku akan diserapkan ke dalam syarikat kontraktor kelas "A"..boss mahu aku pelajari dengan lebih dalam..wahhhhhhhhhhh........aku akan berusaha jadi seorang jurutera terhebat;p kini pon aku rasakan telah menikmati separuh daripada kehidupan itu..Boss bagi aku sebijik Pajero, Laptop siap broadband, gaji bulanan, reload henset evrytime habis, makan tanggung,ade EPF atau KWSP..kadangkala jika ada kursus berkaitan, aku akan hadiri..semua ini adalah nilai kebahagiaan di sebalik pelbagai pahit aku tanggung akibat lambat bergraduasi..mungkin juga bukan,tapi aku tetap beranggapan begitu.

Perancangan seterusnya, aku akan berlatihan indsutri di kontraktor kelas A yg bakal aku masuki minggu hadapan..Ada rezeki,terus bekerja di situ sebelum meneruskan rancangan masa depan..samaada menyambung pelajaran,berhidmat untuk kerajaan atau merantau ke luar negara.

Terima kasih kegagalan..kita memang sebati..kini keranamu ku bernafas...

2 ulasan:

hafeezhashim berkata...

cayalah jad..
semoga ko trus berjaye weyh^^

rionix berkata...

wau

Survey!