klik!2

Sabtu, 27 November 2010

Bermula Dari Bawah

Salam to all;) sejahtera rohani sejahtera jasmani..sihat mental dan terkawal nafsu..beginilah berdirinya manusia..berpaksikan 4 unsur yang andai dikawal akan membawa sejahtera..hulurkan salam,lebarkan senyuman..kongsikan kebahagiaan..kawal kedukaan..Jalanku bukan jalan biasa..andai sudah tertulis di laman ini,pastinya ia antara warna kehidupan yg aku highlightkan..bukan pengalaman biasa,tapi pengalaman yang pasti akan tersimpan dalam sejarah kehidupan yang hanya sekali.

Aku tak pasti jalan aku lalui ni berliku atau hanya ikot flow..kerana jika dibandingkan dgn teman2,aku terkebelakang..tapi syukur dan sabar juga aku utamakan..masih mampu menikmati kehidupan..setelah puas berhempas pulas selama 3 stengah tahun di UMP, cita2 utk grad on time terkubur..keputusan yg sudha aku ketahui awal Julai lalu..memang aku bersungut..memang aku terkecewa..tapi aku percaya, ada hujan setelah panass..untung2 dihiasi pelangi pula..itulah kata2 pengubat hati..terkadang sengaja aku karangkan untuk kuatkan hati,tapi sebenarnya sudah diasuh ustaz ustazah sedari kecil agar menerima kadak dan qadar.

Bukannya tidak berusaha sebabkan kegagalan..bukan juga kerana aku mahukannya,tapi gagal kerana faktor yg tidak dpt dielakkan..sudah lama aku terima suratan,tak baik andai dikenang lagi..lebih2 lagi ini bukanlah kegagalan pertama..mujurlah hidupku sudah terbiasa sangat hadapi kegagalan..keluarga tidak pernah ambil pusing..asalkan aku tidak berbuat salah,mereka tidak berbunyi,itu bonus tambahan untukku..

Kini,apa yang tersembunyi sudah kulihat hikmahnya..diberi olehNya setitis ujian bagi dianugerahi segunung kurniaan kepadaku..syukur tak terhingga..kini aku begitu kesal kerana tidak cukup tabah dalam mengharungi situasi terdahulu..rupa-rupanya,disebalik lewat bergraduasi,aku ditwarkan kerja yang boleh dikira bagus sementara menunggu tamat pelajaran..semester hadapan aku dikehendaki menyiapkan tesis dan membentangkan projek akhir..Alhamdulillah hampir selesai..tumpuan penuh aku berikan kepada pekerjaan baru ini..

Ditawarkan pekerjaan sebagai Site Manager oleh pakcik aku adalah umpama durian runtuh..selain bayaran yg boleh dikira tinggi,dia sebenarnya berniat untuk memberi pendedahan kepadaku sebelum benar2 terjun ke bidang pembinaan yang aku ceburi..Berstatus kontraktor kelas "D" dengan kelayakan pembinaan di bawah RM 2juta, beliau meminjam lesen kontraktor kelas "F" untuk projek kecil di bawah RM200ribu..Dia mahukan kesempatan untuk pembinaan projek kecil2an ini daimanfaatkanku untuk bermula dari bawah.Walaupun di tapak pembinaan aku menjadi ketua,tetapi dari segi kecekapan, pengalaman, dan kualiti kerja mereka adalah terbaik..aku yang harus belajar daripada mereka..mereka dari Indonesia, mereka sudah tua, mereka tidak ada pendidikan tinggi, mereka berkasut getah, mereka hisap rokok gudang garam, tetapi mereka sungguh hebat..banyak telah aku perhatikan,bertanya mereka, dan kadangkala aku juga turun padang menolong kerja2 buruh..oh sungguh seronok mempelajari sesuatu di dunia sebenar.

Memasang culvert, memasang longkang, membuat rumah, tambahan rumah, membuat tempat pengumpulan sawit dan lain2 pengalaman kecil telahpun aku pelajari..bukan senang lagi untuk menipu Izzat Muzzammil suatu hari nanti,aku pernah buat sendiri kerja2 ini;p andai kata longkang sejauh 300meter itu mengambil masa lebih 5 hari untuk disiapkan, tahulah aku bahawa kontraktor itu sangat pandai membelit atau tak cekap langsung buat kerja..sepak terajang dunia pembinaan amatlah mencabar..aku akui,syarikat kerugian kurang lebih 3000-4000 Ringgit Malaysia dalam masa 3 hari pertama aku bekerja..pemasangan culvert yang sepatutnya mengambil masa sehari tertangguh akibat daripada aku terlalu berlembut dengan pemandu backhoe..kerana kelewatan kerja backhoe,segala kerja lain tertangguh..sewa backhoe sehari RM450, kini jadi 3 hari..maksudnya company kene bayar lebih RM900..kerana aku!!haha..

Malang tak berbau,site dinaiki air pada hari ke4..Pasir hanyut,simen mengeras,formwork hanyut,kon jalan hanyut,tanah runtuh..ohh meruntun jiwa..tapi itulah ujian..cuma kena tahu cara atasinya dan bidang pembinaan ini akan jadi seronok..

KERJA KULI..itulah apa yang aku lakukan..malas mahu bersandar pada pangkat apabila di site..bukan kerana aku poyo rajin bekerja, tetapi ingin sekali mendalami ilmu2 ini dengan lebih dalam..menolak tanah,lay konkrit, mengawal trafik, semua aku sebat..kerana ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya..kerja kecil ini lah malahan akan menambah nilai di sijil graduasi ku nanti.

Penat menjaga site, ada juga sehari dua dalam seminggu aku pelajari cara2 untuk management..perancangan kerja, bajet, megelakkan kerugian, menjaga pekerja, dan lain2 lagi..Minggu hadapan aku akan diserapkan ke dalam syarikat kontraktor kelas "A"..boss mahu aku pelajari dengan lebih dalam..wahhhhhhhhhhh........aku akan berusaha jadi seorang jurutera terhebat;p kini pon aku rasakan telah menikmati separuh daripada kehidupan itu..Boss bagi aku sebijik Pajero, Laptop siap broadband, gaji bulanan, reload henset evrytime habis, makan tanggung,ade EPF atau KWSP..kadangkala jika ada kursus berkaitan, aku akan hadiri..semua ini adalah nilai kebahagiaan di sebalik pelbagai pahit aku tanggung akibat lambat bergraduasi..mungkin juga bukan,tapi aku tetap beranggapan begitu.

Perancangan seterusnya, aku akan berlatihan indsutri di kontraktor kelas A yg bakal aku masuki minggu hadapan..Ada rezeki,terus bekerja di situ sebelum meneruskan rancangan masa depan..samaada menyambung pelajaran,berhidmat untuk kerajaan atau merantau ke luar negara.

Terima kasih kegagalan..kita memang sebati..kini keranamu ku bernafas...

Khamis, 4 November 2010

Di Peringkat Ini, Aku Lawan Sampai Jiwa Aku KOSONG

Salam..

Belum pernah terbuka bicara soal hati di laman blog. Kerana mungkin tersebarkan cerita yang tiada guna untuk tatapan umum. Tapi biarlah ceritaku kali ini menjadi satu jalan yang mungkin anda akan ikuti, atau jika tidak,tinggalkan komen yang membina.

Ya,dulu aku pernah bercinta..tapi gagal..persetankan..ia cerita biasa2..tidak sesensasi kisah anda..tapi aku mencari sinar selepas detik itu, terjumpa penawar..tetapi apakan daya,buat kali ke duanya aku undurkan diri..itulah serba tertipu perjalanan hidupku diterajui jiwa remaja..biarpun sudah dinasihati orang tua,namun siapa sangka,tercuit hati,beranilah aku menghulur salam cinta..aku tak pernah bimbangkan kegagalan mendapatkan gadis,tetapi bila gadis yg betul2 kusayangi bukan untukku, itu satu kesedihan..tapi smpai di situ..kerana sedari kecil aku adalah orang Islam!bersedih ke bantal?tidakk..Islam kan ajar kita jodoh tu milik Allah.

Bukan kisah romantik ingin aku kongsikan..tetapi bagaimana aku merekrut hati kerasku untuk cintakan ketentuan Allah adalah apa yg aku mahu bawakan..jika dulu kulihat wanita maka jiwaku berkata "untung2 dialah jodohku" tapi kini aku memaksa iwaku berkata "usah lihat dia,tuhan akan tunjukkan jodohmu"..jika dulu waktu bersama dia aku berkata "mungkin dia bukan tertulis untukku,tetapi mungkin usaha dan doa akan mengubah ketentuanNya"..tapi kini aku berani katakan "dia memang bukan jodohku,tetapi hati mati yang menipu jiwa yang tak terurus oleh ilmu"

Betapa hingga kini aku berpuasa dari mendekati wanita..yang satu ketika dahulu menjadi keutamaan dalam fikiran..kerana dahulu aku dimomokkan dengan helah syaitan yang berbunyi "jodoh takkan datang bergolek,kalau duduk je tepi tangge dan tunggu jodoh datang,memang jadi anak teruna tua"..BLAH!!!!nyah kau setan dariku kini..kau yang telah lupakanku bagaimana Ali R.A mendapat jodohnya..kau juga yang membutakanku bagaimana Rasulullah itu sendiri mendapat jodohnya..cuba kau cerita kepadaku bagaimana Rasulullah clash!!nyata kau tiada jawapan!!Oh tidak,aku harus salahkan nafsuku juga..kerana aku yang membawa diriku ke arah itu..maafkanku diriku..maafkanku...

Pernah juga di satu saat, aku bertanya Allah mengapa semua ini terjadi padaku..betapa kurang ajar si hamba berdosa ini menanyakan tuhannya soalan sebegitu..tidak pernah pula aku tanyakan tuhan bile matiku sedangkan ianya pakej!!!ya!!!maut dan jodoh tu ditetapkan...kau doalah sekuat manapun,bila ajal,bercerailah roh dan jasad..alim ulama doakan panjang umur itu pula bagaimana??sebenarnya mereka doakan panjang umur dalam urusan ibadat..bukannya tambah hayat..mereka kan beriman,mereka cintakan kematian..walaupun takut..kau usahalah sekeras manapun,Allah kata tidak,maka dia bukan milikmu..

Hidup dibungai cinta..!!lagu bertemakan cinta dari kecil aku dendangkan..filem dan drama tv pun berkisarkan cinta..melainkan kisah inspektor aleeza dan inspektor mazlan dalam Gerak Khas yang tak kesampaian,cerita lain semua happy ending!!ia bukan didikan,tapi telah ajarkanku couple itu benda biasa..tetapi tak dapat tidak,nak nyatakan ramai yang tak setuju..tapi DEMI TUHAN, "couple itu ertinya bergelumang dosa"..

Sudahlah ijjad..malam ini kau betul2 menikam episod bahagia..kau tukarkan api cinta bahagia kepada soal agama..wanita cenderung takutkan dosa,tapi dia golongan tewas dengan cinta manusia...stop ijad,kau dah melampau..oh tidak,ijad tak kata kalau tak benar..dia bercerita dalam sedar...dia bukan cemburu bekas teman wanitanya,tapi dia bercerita bagaimana dia melawan dirinya sendiri untuk tidak bercinta..kerana telah terurus hatinya melihat dunia bercerminkan kebenaran.

Adakah anda pernah tahu rezeki untuk hari mendatang??100 hari dari sekarang anda makan apa??Allah sudah tahu..jodoh juga begitu,,,kannnnnnnn?????????????kan ijjad kannnnnnnnnnnn????kau je yang bodoh jad...

Adakah kau takut di alam pekerjaan gadis yang kini kau minati terlepas ke tangan org lain??tapi kau bangang, itulah soalan unggul perangkap dari syaitan..eh tidak,soalan tu datang dari benak kau sendiri..dari nafsu kau yang membuak tu...kau angkat dumb bell untuk bina tubuhmu agar tampak kelelakian,tapi jiwamu tak tunjukkan kelelakian kerana takutkan semua ni..kau lemahh...

Jad,kau bukannya ustaz..kau yang sekarang ni nakal ya amattt..kau hari2 peewit awek kat sana sini..kau yang sekarang ni cekap tabur janji..kau yang sekarang ni cukup mahir mengenal wanita..kau juga nasihatkan rakan2mu yg dilamun..kau tak layak post entry ni..oh tidak,aku dah terasa,aku dah terkena pahitnya,membiarkan rakanku terjelepuk sama??bukan kawan yg baik jika benar begitu..oh,teruskan ijadd..kau adalah dirimu..gunakan sisi baikmu...

Pernah dengar :"bercinta selepas kawen??"..anda pikir nonsense bukan??hehe...itulah kenyataan..kamu semua x sanggup buat bukan??aku akan buat!janjiku bukan terpahat di sini..tapi telah kujanji semua ini dengan tuhan..dan diriku sendiri..soal jodoh kutolak tepi..sekarang hanya perlu baiki diri..wanita yang sebaikmu,atau sejahatmu jugalah yang bakal kau temui..usah berhelah lagi.

Tetapi aku tetaplah aku..lemah dalam segala urusan..kesan lama si dia tinggalkan mengubah sedikit sebanyak perjalanan hidupku..aku semakin galak berjenaka,kuat tertawa,pintar bermain helah dengan rakan2..terasa seperti kembali ke alam sekolah rendah..zaman di mana akulah penglipur lara..semuanya untuk aku lupakan dia..semudah itu kau lupakannya?oh tidak,tidak semudah itu..tiada jalan lain.melainkan back to the basic..... "JODOH DI TANGAN ALLAH"

Perancanganku??tentulah ada=) takkan kubiar diriku menua tanpa zuriat..rancangan teragung saranan insan teragung, "baiki diri"..wanita yang baik kan untuk lelaki yg baik..gusarkan apa?dia tidak cantik??gelakkan dirimu sendiri jad..gelakkan lagi..ahahahaaaaa

Survey!