klik!2

Jumaat, 18 Disember 2009

Syabas Malaysia





Ini baru kali ke 2 dalam hidup aku menikmati kebanggaan apabila pasukan bola sepak kebangsaan mencapai kejuaraan. Kali pertama adalah ketika Pestabola Merdeka 2007 dengan kejayaan menewaskan Myanmar 3-1 ketika itu. Juga menerusi skuad bawah 23 kebangsaan, kejuaraan ketika itu diterajui B Sathianathan selaku jurulatih. Namun, kejayaan ketika itu tidaklah boleh dibanggakan kerana pasukan yang bertanding hanyalah pasukan kerdil seperti Myanmar, Laos, Lesotho dan Vietnam.

Kejayaan kali ini juga lebih manis kerana lawan yang sama menundukkan negara 3-1 di peringkat kumpulan. Dikhabarkan juga, kekalahan itu ditambah dengan mutu pengadilan yang buruk mengakibatkan rata-rata pemain menunjukkan kemarahan sehingga dibuang padang. Tidak terpengaruh dengan perasaan sebelum ini, skuad negara turun dengan tenang dan tampak meyakinkan.

Tetapi, berbeza untuk kali ini, juga skuad bawah 23 tahun tetapi pingat emas Sukan Sea yang dirangkul. Barisan kendalian K Rajagopal nyata lebih agresif. Permulaan perlawanan seakan-akan Malaysia hanya ingin menyerahkan perlawanan kerana kurang sekali cubaan menarik dilakukan. Hantaran "through pass" juga gagal difahami rakan sepasukan. Tiada cubaan benar2 mampu membolosi pintu gol Vietnam.

Namun, separuh masa kedua dipersembahkan dengan penuh berdisiplin. Kesungguhan pemain agak ketara dari pertahanan hingga ke barisan penyerang. Kemasukan Zaquan Adha Abdul Razak dan Amar Rohidan nyata mengubah taktik serangan. Kepantasan mereka mencipta banyak peluang tetapi gagal dibaca dan disempurnakan bagi menghasilkan jaringan. Sehinggalah minit ke 84, hantaran Norshahrul Idlan Talaha membias kaki pertahana Vietnam mengelirukan penjaga gol mereka.

Walaupun jaringan tunggal itu terhasil dari kesilapan pertahanan VIetnam, nyata separuh masa kedua milik skuad negara berdasarkan persembahan bola sepak yang sangat cantik ditunjukkan. Penguasaan bola sepenuhnya, keupayaan benteng pertahanan menyerap asakan dibarisi Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohamad Muslim Ahmad, Nasriq Baharom, Mohd Sabre Mat Abu nyata sukar digugat. Ditambah persembahan menarik penjaga gol Mohd Sharbinee Allawee yang membuat layangan badan menarik menyelamatkan gawang negara.

Barisan tengah juga dihidupkan dengan beberapa perancangan dari tengah, kiri dan kanan padang. Kesemua pemain tampak mampu merencana serangan seperti K Gurusamy, S kunanlan yang pantas, Safiq Rahim, Ahmad Fakri Saarani, dan Norshahrul sendiri.

Sukan Sea akan datang, skuad sedia ada tidak lagi layak bermain kerana rata-rata berusia lebih 23 tahun. Pembangunan berterusan oleh FAM ketika ini diharap membuahkan hasil untuk terus memberi saingan. Tumpuan haruslah diberikan kepada skuad ini disamping meninjau prestasi pemian lain untuk diserap bagi mewarnai corak serangan. K Rajagopal sudah tentu lebih mengetahui perancanganya. Semoga skuad negara akan terus bangkit untuk bersaing dalam kejohanan utama dunia. Tahniah dan Syabas Malaysia.

2 ulasan:

armouris berkata...

tahniah Malaysia!! hati-hati jangan tercedera semasa bermain bola sepak - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

amer @ ijjad berkata...

thanx armouris..saya sudah meninjau blog anda,sangat berinformasi.

Survey!