klik!2

Selasa, 8 Disember 2009

Penulis Lirik Tandus Idea Atau Kurang Kreatif??

Dengar radio. Tema lagu tentunya cinta. Bukan mahu nafikan kredibiliti penulis lirik. Juga aku memahami kehendak pasaran. Tapi, itu mencerminkan masyarakat kita. Rakyat Malaysia sukakan lagu cinta. Tidak kiralah bahasa Inggeris atau Melayu, juara carta mingguan radio swasta atau kerajaan pastinya lagu cinta.

Aku dah bosan dengar lagu "double meaning".. Bila nak jual album, artis akan cakap "cinta ni tak semestinya pada awek, pada tuhan juga kita cinta, so belilah album ni untuk mendengar rintihan penulis lirik tentang luahan cintanya".

Sebagai insan yang mempunyai hati, tentunya aku terbuai dengan alunan muzik yang mengasyikkan dan lirik yang berkesan. Aku akui kehebatan karya M.Nasir, Saari Amri juga Allahyarham Loloq mengukir seni kata. Lagu2 lagu mereka seolah-olah senang meresap ke jiwa pendengar. Tapi, harus disedari, tema cinta itu jugalah yang diagung agungkan.

Teringat di bangku sekolah, terdengar lagu "belaian jiwa" nyanyian semula Innuendo. Terus menghilangkan fokus aku menjalani kehidupan sebagai student. Rasa ingin memiliki teman wanita. Rasa sunyi keseorangan. Tercari-cari gadis pilihan. Aku dah mengalami, jadi ini adalah pengalaman. Anda bagaimana? Antara kebaikan dan keburukan, mugnkin ramai yang kata itu adalah normal. Bagi aku, itu tidak sihat.

Lupakah kita pada karya agung Aubrey Suwito dendangan penyanyi bertenaga Faizal Tahir berjudul Gemuruh? Apakah perasaan atau mood ketika menghayati bait-bait lagu ini? Bersemangat memburu kejayaan bukan? Lainlah anda tidak memiliki hati atau hati telah keras. Lagu Bonda ciptaan sepenuhnya M Nasir dan turut dinyanyikannya juga masih terngiang di telinga yang mampu mengingatkan kita pada Ibunda masing2.

Namun, yang paling terkesan dan malar hijau tentunya lagu era kemuncak sekumpulan kanak-kanak bergelar "Exist". Lagu Untukmu Ibu yang dibawa mereka menjadi siulan ramai dan membuatkan sejuk perut ibu2 di Malaysia ketika itu mendengar anak2 mereka menyanyikannya. Itu fenomena! Masihkan kita fikir lagu tema selain cinta tiada market??

Tidak lupa juga lagu-lagu Allahyarham Sudirman. Logikkah "toyol" yang ditakuti ramai boleh dibuat lagu? Selain itu, luahan hatinya sebagai penganggur menerusi lagu "aku penganggur", mengajak masyarakat menyelami hati anak pengembala kambing menerusi lagu "akulah anak gembala". Beliau juga meletakkan nama tempat sebagai lirik lagu iaitu berdasarkan suasana "Chow Kit Road" ketika itu. Lagu "tanggal 31" yang menjadi "lagu rakyat" dimana semua kaum sudah menghafalnya. Juga menjelang musim perayaan, lagu "balik kampung" bagaikan terungkap di minda perantau. Hebat bukan?? Semuanya bukan bertemakan cinta.

Di Barat, lagi terok. Terus terang menyelitkan gambaran mereka mengurat dan menarik pasangan ke bilik hotel. Namun karya mereka tetap diterima. Contohnya lagu Akon bertajuk "I Wanna Love You" versi uncensored. Selain tu, video klip mereka secara terang-terangan memaksudkannya. Bagaimanakah remaja2 mereka yang mendengar saban hari lirik lagu sebegini? Tentunya akan terikut iktu budaya ini kerana bagi mereka ini perkara biasa.

Begitulah peranan seni dalam masyarakat. Impaknya tinggi. Sehingga suatu ketika dahulu Datuk Shahnon Ahmad mampu menggegar Malaya sekitar era 1997 dengan buku "SHIT" tulisannya. Allahyarham Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani pernah menyatakan antaranya berbunyi, "bila tibanya bulan Ramadhan, umum akan kurangkan bekerja dan menumpukan ibadat,tapi bagi Rabbani mereka bekerja seperti biasa. Kerana dalam mempersembahkan lagu2 juga adalah ibadat". Tulusnya niat penulis dan komposer andai tujuan berseni adalah untuk ganjaran akhirat dan bukannya memuaskan hati sendiri dan membuat duit.

Bolehkah andai kita jadikan tahun 2010 sebagai "tahun sifar lagu cinta"?? Biar terbit kekreatifan seluruh komposer di Malaya ini.

Tiada ulasan:

Survey!