klik!2

Sabtu, 5 Disember 2009

Bersahabat Dengan Teh, Memusuhi Gula, Menjauhi Ais

Salam dan sejahtera ke atas semua.

Sudah lama tidak melontarkan pandangan dan juga berkongsi pengalaman di laman blog ini. Kerana kesibukan urusan pengajian, aku tidak sempat membuat sebarang kajian bagi sebarang entry. Namun, bertitik tolak dari "diet sihat" yang aku amalkan sekarang, semoga ilmu yang aku dapat boleh dikongsi bersama.

Imbas kembali, pada 14 Oktober lalu aku nekad untuk kembali kepada kehidupan yang sihat. Memandangkan berat badan sudah mencecah angka 121.2kg. Dengan ketinggian cuma 166.5cm, seharusnya berat ideal aku adalah sekitar 52.7kg sehingga 69.3kg. Bererti, aku perlu menurunkan berat sejumlah 51.9kg. Mustahil...Impossible...

Dengan sejarah kesihatan yang membimbangkan iaitu menghidap gout, aku mula mengorak langkah. Mengkaji kembali apa itu gizi seimbang, piramid makanan, nilai kalori, senaman berkala, dan keperluan2 lain. Sesuatu yang aku sudah "master" waktu nak jawab PMR dahulu.

Aku terbaca mengenai kisah seorang lelaki yang gagal mendapatkan polisi insuran kesihatan kerana berat badan berlebihan iaitu hampir 200kg. Aku mula terfikir, kalau tiada insuran bererti menahan sakit lah aku sehingga ajal. Mana mampu nak bayar yuran perubatan suatu hari nanti. Selepas itu pula, aku berjaya memuat turun siri "Australia Biggest Loser" yang memberikan ilmu dan ilham kepadaku untuk mendapatkan teknik yang berkesan selain kajian di laman2 web.



Dan setelah 51 hari bertarung dengan nafsu dan kehendak, aku telah kehilangan 2.7kg menjadikan berat badan terkini 118.55kg. Sememangnya tiada terkesan perubahan di pandangan, tetapi adalah amat berharga bagi aku. Untuk aku, tiada jalan pintas. Aku berada di laluan sehala. Kemanisan dan kelazatan makanan sebelum ini harus digantikan dengan kesakitan. "I enjoy the pain!!" Memang sakit, aku memaksa diri, dari segi fizikal dan mental. Inilah harga yang perlu dibayar.

Berbalik kepada tajuk, aku memilih bersahabat dan berbaik2 dengan teh. Tetapi mengumumkan permusuhan dengan gula. Logik kah?? Apa ertinya teh tanpa gula? Minda melayu lah yang merosakkan keenakan teh tanpa gula. Dan apabila darah sudah dipenuhi gula (diabetis), teh akan di'downgrade'kan menjadi teh kurang manis. Sebenarnya, teh sememangnya tidak dinikmati bersama gula oleh orang2 cina. Mereka menikmati pelbagai rasa original teh. Antaranya teh putih, teh hijau, teh oolong, teh hitam, teh kuning dan lain2.

Bagiku, aku mengamalkan minum teh oolong dan misai kucing. Teh misai kucing adalah bagi melarutkan asid urik, fosfat dan oksalat dalam ginjal secara tak langsung mampu mengawal penyakit gout yang aku alami. Manakala teh oolong pula adalah untuk mengawal tahap kolestrol dalam darah, sebagai antioksida yang secara tak langsung memberi kesegaran. Percaya atau tidak, aku kini menikmati teh tanpa secubit gula pun. Dan aku sudah pandai menikmati bau kesegaran teh.

Mengapa aku begitu memusuhi gula?

Gula adalah sebenarnya karbohidrat ringkas. Manakala karbohidrat kompleks adlah kanji seperti nasi dan buah-buahan. Selama ini, aku berpegang kepada prinsip yang salah. Aku makan 2 pinggan nasi tanpa rasa bersalah kepada tubuh. Malangnya, semangkuk nasi sebenarnya bersamaan dengan 10 sudu teh gula. Bererti, jika aku mengambil nasi 2 kali sehari, aku sudah menelan sebanyak 40 sudu teh gula. Jauh lari dari keperluan badan iaitu 6 sudu sehari, termasuk gula tersembunyi seperti di dalam karbohidrat lain.

Jadi, cuba fikirkan makanan apa sebenarnya tidak bergula?? biskut?roti?jem strawberi?..maaf..semuanya bergula.. Kita perlu tahu semua ini kerana gula yang berlebihan akan disimpankan di bawah kulit sebagai LEMAK....Gula jadi Lemak??betol tu..

Ayuh kita tinjau apa itu Kalori.

Sudah dijadikan alam ini begitu unik dengan pelbagai persamaan. Kita mengetahui persamaan matematik biasa, juga persamaan kimia, prinsip keabadian tenaga dan aplikasinya adalah dalam menilai kalori 'output' dan 'input'. Kita lah yang berkuasa menentukan inputnya dan bertanggungjawab menggunakan outputnya. Turut hati mati, turut rasa binasa, turut nafsu lesu.. Turutlah iman, Insyaallah akan aman di dunia dan akhirat.

Kalori sebenarnya adalah unit tenaga yang lazimnya terhasil daripada makanan. Digunakan bersama unit 'Joule', kalori pemakanan seharusnya mengikut keperluan harian. Jika terlebih kalori yang tidak digunakan, seseorang individu tentunya akan menambahkan jumlah lemak terkumpul dalam badan. Ayuh jenguk fakta ini:

sesudu teh madu = 21 kalori
sesudu teh gula = 15 kalori
sesudu teh jem = 16 kalori
1 gram lemak = 9 kalori
1 gram karbohidrat @ protein = 4 kalori
sekeping roti canai = 300 kalori
secawan jagung = 166 kalori
100gram ayam goreng (dengan kulit) = 215 kalori
100gram ayam panggang = 115 kalori

berikut pula adalah kandungan gula dalam makanan (convert sendiri ke bilangan kalori..hehe)

minuman tin (cola) = 10 sudu teh

1 bar coklat = 7 sudu teh gula
biskut krim = 2 sudu teh gula



Harus diingat, semua sukatan di atas adalah mewakili jumlah sedikit. Contohnya, jika 1 gram lemak mengandungi 9 kalori, kemungkinan untuk satu menu masakan bergoreng bernilai 500kalori. Sedangkan kalori yang harus diambil untuk sehari hanyalah sekitar 1800 ke 2500 sehari mengikut aktiviti pekerjaan dan kesesuaian umur.

Jika mengikut standard makanan rakyat Malaysia, sepinggan nasi mengandungi nasi, sayur, seketul lauk berjumlah 1200 kalori. Itupun kalau seketul, kalau bedal nasi 3 pinggan, ayam 2 ekor, tempe goreng ceca sos sekampit, sayur kobis goreng, mau dekat 6000 ke 7000 kalori. Waahhh..

Malangnya, kenikmatan input kalori adalah setanding dengan "kesengsaraan" cara mengeluarkan output kalori. Makan sedap ngat sampai tak ingat2, terpaksa lah exercise sampai tak ingat2 jugak.. Jika andaberbasikal selama 1 jam, hanya 400 kalori anda terbakar berubah menjadi tenaga pada kayuhan. Jadi, untuk pemakanan normal 1800 kalori sehari, anda perlu berbasikal 1 jam, berjoging 30 minit dan mengangkat dumb bell 15 minit.

Jadi, tidak salah untuk memilih. Membujur lalu melintang patah, makanan lalu kompem jamah! eh,jangan dol..karang nyesal.. jika ayam, pilihlah yang grilled. Jika ayam berkulit, buang kulitnya.

Akhir sekali, elakkan ais untuk badan yang sihat dan cergas. Ais hanya akan merosakkan urat dan menyebabkan usaha untuk menurunkan berat badan terbantut.

Yang penting, jaga pengambilan makanan, bersenam dengan teknik yang betul, istiqamah..Insyaallah kesihatan berkekalan milik kita. Doakan saya berjaya kekal dengan pelan ini. Sekian..

Tiada ulasan:

Survey!