klik!2

Sabtu, 3 Oktober 2009

Bila Masjid Runtuh Apa Pula Tandanya?

Satu ketika dahulu, ramai yang memperkatakan tentang keutuhan masjid di Acheh yang binaannya kekal apabila dialnda Tsuinami. Bagiku, Alhamdulillah. Dengan kekuasaan Allah ia dilindungi. Tetapi kita tidak dalat lari daripada fakta. Masjid itu utuh kerana binaannya teguh. Menggunakan cerucuk serta konkrit yang daya tahannya mampu menahan ombak besar itu.

Tidak lama selepas itu, wujud lah pula gambar2 yang mengandungi kalimah Allah. Ikan yang padanya berkalimah Allah. Awan dan sebagainya. Ceteknya minda mereka yang mentah2 mengaitkannya dengan "keramat", tuah, petunjuk Allah dan sebagainya. Bagiku, perkara remeh sebesar zarah ini lah yang banyak merosakkan minda Islam terutamanya Melayu. Kerana fikiran kuno kita terutamanya di Nusantara ini adalah amat menyedihkan.






Sebenarnya, skop besar yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk kita menghayati ciptaanNya telah dikecilkan oleh mereka yang hanya menunggu perkara ganjil ini.
Firman Allah yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi (dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya). Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah) dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya. (Surah Yunus, ayat 101)

Nah!! inilah penghayatan kekuasaanNya dengan erti kata sebenar. Tidak perlu menanti kehadiran rusa bertanduk kalimah "Allah", tidak perlu menunggu lembu mengemboh berbunyi "Lailahaillallah". Segala kejadian alam ini adalah untuk diperhatikan. Dijadikan isi bumi ini supaya manusia berfikir tentang kebesaranNya. Aliran sungai tanpa henti, angin bertiup, burung berterbangan, semuanya adalah untuk kita perhatikan dan ingat akan kekuasaanNya. Malah denyut jantung kita yang tidak berhenti ini sudah cukup menunjukkan betapa besarnya kekuasaan Allah SWT.

Ayuh, bawa fikiran anda ke satu situasi. Timun hukumnya halal dimakan. Andai kata dalam timun itu terukir kalimah Allah, adakah anda makan timun itu??tidak berdosa andai memakannya. Ya, anda boleh makan. Soalnya, adakah anda makan Allah?? Fikirkan sendiri. Jutaan ikan di lautan, tidak mustahil satu daripadanya adalah bercorak lambang salib. Mungkin juga tertulis Jesus, Buddha, dan sebagainya andai kita mencari. Awan berarak juga tidak mustahil andai terukir lambang salib. Jadi?? Adakah ketika itu yang percayakan kalimah Allah sebelumnya pada awan akan masuk kristian???

Pagi tadi, aku buka Berita Harian Online. http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20091003003202/Article/index_html. Berita melaporkan Masjid tertua di Padang, Masjid Raya Ganting rosak akibat dilanda gempa bumi. Berbalik kepada situasai masjid yang survive ketika Tsunami, apakah pula kata mereka kali ini tentang masjid di Padang ini??

Petikan dari Berita Harian;
Tinjauan Berita Harian dalam masjid yang sebelum ini menjadi lokasi tumpuan pelancong itu mendapati bahagian menempatkan mimbar runtuh sama sekali, manakala sebahagian bumbung runtuh. Selain itu, sekurang-kurangnya 15 daripada 25 tiang yang dibina melambangkan 25 Rasul retak menyebabkan struktur masjid yang dibina pada zaman penjajahan Belanda itu tidak selamat digunakan.

Selain itu, penduduk tempatan berkata bahawa masjid tersebut sama sekali tidak boleh digunakan lagi. Malah, ianya baru setahun dibaiki. Bagiku, kita lihat juga dari sudut kejuruteraan sama seperti kita lihat kekukuhan masjid di Acheh. Antara faktornya Masjid Raya Ganting runtuh dalah kerana konkritnya telah lama iaitu 194 tahun. Di Malaysia pun kita hanya design konkrit untuk kegunaan 100 tahun.


PENDUDUK menunaikan solat Jumaat di luar Majid Raya Ganting di Padang, yang rosak akibat gempa bumi.


Andai aku salah, tegur dengan memberikan komen dengan cara yang penuh hikmah. Komen membina amatlah dialu-alukan. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Survey!