klik!2

Jumaat, 2 Oktober 2009

Aku Nak Kawen (Identify the Different)

Salam Jumaat. Saiyidul Ayyam yakni penghulu segala hari. Hari dimana amalan digandakan. Syukur kita pnjatkan kerana dapat menghela nafas pada pagi ini. Ayuh lihat sepotong ayat agar tidak berlalu sia-sia hari ini.

Tajuk gempak. Aku nak kawen. hehe..Andai dikurniakan jodoh dalam masa terdekat ini, alangkah bahagianya. Kerana setiap manusia itu pastinya ingin berpasangan.

Firman Allah S.W.T.

"Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui."(Yaasin: 36)

Sedar atau tidak, segala ciptaanNya itu dijadikan berpasangan. Gelapnya malam pasti dikunjungi siang. Bulan yang menerangi malam pasti berganti matahari buat menyinari seluruh isi bumi. Daratan yang sempit dipasangkan dengan lautan yang luas. Dijadikan gunung-ganang sebagai pasak atau paku bumi ini, serta pasangannnya awan dan langit pelindungnya. Sudah jelaslah kepada kita mengapa terciptanya lelaki dan perempuan. Sudah tentulah untuk berpasangan(secara halal) bagi mewujudkan perasaan kasih sayang dan saling melengkapi antara kita.

Namun, melihat kepada semakin banyak pasangan yang menghadapi krisis rumahtangga dan perceraian membuatkan kita bimbang. Sesiapa sahaja berisiko. Golongan profesional, cerdik pandai agama, tokoh politik, artis, mahupun yang sudah berpuluh tahun mendirikan rumah tangga tidak terlepas dari ujian ini. Malah statistik pada tahun 2007 menunjukkan purata 57 perceraian setiap hari (waahhh!!)

Buat aku yang belum berkahwin ini, tentu sekali bimbang. Ujian apakah yang menimpa mereka sedangkan hubungan dibina atas dasar suka sama suka. Dan hari ini cuba kita fikirkan tentang perbezaan dan berhenti mencari persamaan antara pasangan. Barulah aku sedar, perkahwinan itu adalah pertembungan budaya. Dari segi bahasa, pemakanan, amalan keluarga, minat, kecenderungan, taraf ekonomi, gaya hidup dan macam2 hal lagi.

Jangan terkejut andai aku katakan "ramai" pasangan bercerai kerana berebut nak balik kampung ketika musim perayaan. Nampak remeh. Mungkin anda dapat terima jika tidak pulang ke kampung pada hari raya pertama, tetapi bersediakah pasangan anda?? Dari seremeh-remeh hinggalah ke serumit-rumit masalah, pastinya akan berlaku juga satu hari nanti sama ada anda kini sudah berkahwin atau belum. Ketika baru berkenalan sibuk mencari persamaan. Ketika berselisih mulalah mencari perbezaan.

Mungkin ada yang mempertahankan bercinta selepas nikah. Juga menyeru supaya berniat tulus untuk agama dan ikhlas kerana Allah untuk mendirikan rumahtangga. Itu adalah sebaik-baiknya. Agar diri kita terhindar dari dosa. Malahan terlepas dari penzinaan. Kerana sudah jelas, zina itu menghampirinya adalah sesuatu yang ditegah. Soalnya, ujian Allah tidak mengira sesiapa. Diuji hambanya yang beriman untuk melihat sejauh mana dia bersabar. Juga diuji hambanya yang ingkar bagi mengingatkan hambanya.

Andai dalam rumahtangga itu semuanya adalah persamaan, sudah tentu tidak akan menjadi masalah. Tetapi, kita dibesarkan dalam dunia berbeza. Kita melalui kehidupan yang lain. Keluarga setiap orang adalah berbeza dari segi pentadbiran bapa. Masakan ibu kita adalah berlainan. Kita tidak boleh memaksa pasangan kita menyukai corak kehidupan keluarga kita. Isi perbualan antara kita dan ibu bapa juga adalah berbeza dengan si dia dan ibu bapanya. Mungkin si lelaki minat tengok bola tetapi si perempuan minat tengok hiburan tv.

Sebenarnya aku melihat perbezaan itu satu keunikan dan salah satu hikmah dalam perkahwinan. Agar kita lebih mesra dan dapat memahami. Perbezaan satu keistimewaan..

2 ulasan:

are_in berkata...

huhu..
nk kawen...
hehe

amer @ ijjad berkata...

hak3..
sabar..
bnyk lagi perkara plu diselesaikan..

Survey!