klik!2

Rabu, 28 Oktober 2009

Anti Depression

Minggu yang cukup cramp..ada test..ada kuiz..ada projek..assignment lagi..perghhhh..inilah cara melepaskan tension..dah hampir takde lagi macam dulu2. main karom,catur,dam aji,daun terop,dengar pilihan bersama radio muzik, dengar walkman...haha..kuno..

Zaman skang main game, dengar bass dari woofer altec lansing, makan kedai siam, tengok bola..huuuuhhhhh...zaman yang tak mungkin dapat dinikmati lagi bila dah kerja nanti.. Counter strike Condition Zero...throw out your stressssssssssssssssssssssssssss......dam dam dam!!!


Game start!!!


Pilih senjata..AK, M16 or Snyper itik.


Enemy Killed


Sayur..dibunuh bot..


Snyping the noob..


Game that never end...

Sabtu, 24 Oktober 2009

Imbau Kenangan




Gambar2 ni semua diambil waktu hari raya lepas. Kamera aku tak duduk diam. Budak2 suka main kamera. Aku biar je. Inilah hasilnya. Aku nampak sesuatu dalam gambar2 ni..
















Aku lihat masa silam.. Tempat yang sama. Suasana juga hampir sama. Tetapi masa berbeza. Zaman berganti. Dulu aku di tempat mereka. Arwah Tok Mek dan Arwah Tok Jah tukang larang. Ayah2 dan mak2 sepupu tukang layan kerenah. Sepupu2 jadi geng. Kini, biar aku jadi tukang hibur. Kerana aku mahu mereka rasakan "joyfull" itu juga. Biar mereka membesar dengan keceriaan.. Semoga semua sepupu2 junior ni semua berjaya lam hidup gak masa

akan datang..

Jumaat, 16 Oktober 2009

Mana lebih power??

Anak gajah same saiz da ngan aku..mesti lakukan sesuatu neh...

Sabtu, 3 Oktober 2009

Bila Masjid Runtuh Apa Pula Tandanya?

Satu ketika dahulu, ramai yang memperkatakan tentang keutuhan masjid di Acheh yang binaannya kekal apabila dialnda Tsuinami. Bagiku, Alhamdulillah. Dengan kekuasaan Allah ia dilindungi. Tetapi kita tidak dalat lari daripada fakta. Masjid itu utuh kerana binaannya teguh. Menggunakan cerucuk serta konkrit yang daya tahannya mampu menahan ombak besar itu.

Tidak lama selepas itu, wujud lah pula gambar2 yang mengandungi kalimah Allah. Ikan yang padanya berkalimah Allah. Awan dan sebagainya. Ceteknya minda mereka yang mentah2 mengaitkannya dengan "keramat", tuah, petunjuk Allah dan sebagainya. Bagiku, perkara remeh sebesar zarah ini lah yang banyak merosakkan minda Islam terutamanya Melayu. Kerana fikiran kuno kita terutamanya di Nusantara ini adalah amat menyedihkan.






Sebenarnya, skop besar yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk kita menghayati ciptaanNya telah dikecilkan oleh mereka yang hanya menunggu perkara ganjil ini.
Firman Allah yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi (dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya). Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah) dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya. (Surah Yunus, ayat 101)

Nah!! inilah penghayatan kekuasaanNya dengan erti kata sebenar. Tidak perlu menanti kehadiran rusa bertanduk kalimah "Allah", tidak perlu menunggu lembu mengemboh berbunyi "Lailahaillallah". Segala kejadian alam ini adalah untuk diperhatikan. Dijadikan isi bumi ini supaya manusia berfikir tentang kebesaranNya. Aliran sungai tanpa henti, angin bertiup, burung berterbangan, semuanya adalah untuk kita perhatikan dan ingat akan kekuasaanNya. Malah denyut jantung kita yang tidak berhenti ini sudah cukup menunjukkan betapa besarnya kekuasaan Allah SWT.

Ayuh, bawa fikiran anda ke satu situasi. Timun hukumnya halal dimakan. Andai kata dalam timun itu terukir kalimah Allah, adakah anda makan timun itu??tidak berdosa andai memakannya. Ya, anda boleh makan. Soalnya, adakah anda makan Allah?? Fikirkan sendiri. Jutaan ikan di lautan, tidak mustahil satu daripadanya adalah bercorak lambang salib. Mungkin juga tertulis Jesus, Buddha, dan sebagainya andai kita mencari. Awan berarak juga tidak mustahil andai terukir lambang salib. Jadi?? Adakah ketika itu yang percayakan kalimah Allah sebelumnya pada awan akan masuk kristian???

Pagi tadi, aku buka Berita Harian Online. http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20091003003202/Article/index_html. Berita melaporkan Masjid tertua di Padang, Masjid Raya Ganting rosak akibat dilanda gempa bumi. Berbalik kepada situasai masjid yang survive ketika Tsunami, apakah pula kata mereka kali ini tentang masjid di Padang ini??

Petikan dari Berita Harian;
Tinjauan Berita Harian dalam masjid yang sebelum ini menjadi lokasi tumpuan pelancong itu mendapati bahagian menempatkan mimbar runtuh sama sekali, manakala sebahagian bumbung runtuh. Selain itu, sekurang-kurangnya 15 daripada 25 tiang yang dibina melambangkan 25 Rasul retak menyebabkan struktur masjid yang dibina pada zaman penjajahan Belanda itu tidak selamat digunakan.

Selain itu, penduduk tempatan berkata bahawa masjid tersebut sama sekali tidak boleh digunakan lagi. Malah, ianya baru setahun dibaiki. Bagiku, kita lihat juga dari sudut kejuruteraan sama seperti kita lihat kekukuhan masjid di Acheh. Antara faktornya Masjid Raya Ganting runtuh dalah kerana konkritnya telah lama iaitu 194 tahun. Di Malaysia pun kita hanya design konkrit untuk kegunaan 100 tahun.


PENDUDUK menunaikan solat Jumaat di luar Majid Raya Ganting di Padang, yang rosak akibat gempa bumi.


Andai aku salah, tegur dengan memberikan komen dengan cara yang penuh hikmah. Komen membina amatlah dialu-alukan. Terima kasih.

Jumaat, 2 Oktober 2009

Aku Nak Kawen (Identify the Different)

Salam Jumaat. Saiyidul Ayyam yakni penghulu segala hari. Hari dimana amalan digandakan. Syukur kita pnjatkan kerana dapat menghela nafas pada pagi ini. Ayuh lihat sepotong ayat agar tidak berlalu sia-sia hari ini.

Tajuk gempak. Aku nak kawen. hehe..Andai dikurniakan jodoh dalam masa terdekat ini, alangkah bahagianya. Kerana setiap manusia itu pastinya ingin berpasangan.

Firman Allah S.W.T.

"Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui."(Yaasin: 36)

Sedar atau tidak, segala ciptaanNya itu dijadikan berpasangan. Gelapnya malam pasti dikunjungi siang. Bulan yang menerangi malam pasti berganti matahari buat menyinari seluruh isi bumi. Daratan yang sempit dipasangkan dengan lautan yang luas. Dijadikan gunung-ganang sebagai pasak atau paku bumi ini, serta pasangannnya awan dan langit pelindungnya. Sudah jelaslah kepada kita mengapa terciptanya lelaki dan perempuan. Sudah tentulah untuk berpasangan(secara halal) bagi mewujudkan perasaan kasih sayang dan saling melengkapi antara kita.

Namun, melihat kepada semakin banyak pasangan yang menghadapi krisis rumahtangga dan perceraian membuatkan kita bimbang. Sesiapa sahaja berisiko. Golongan profesional, cerdik pandai agama, tokoh politik, artis, mahupun yang sudah berpuluh tahun mendirikan rumah tangga tidak terlepas dari ujian ini. Malah statistik pada tahun 2007 menunjukkan purata 57 perceraian setiap hari (waahhh!!)

Buat aku yang belum berkahwin ini, tentu sekali bimbang. Ujian apakah yang menimpa mereka sedangkan hubungan dibina atas dasar suka sama suka. Dan hari ini cuba kita fikirkan tentang perbezaan dan berhenti mencari persamaan antara pasangan. Barulah aku sedar, perkahwinan itu adalah pertembungan budaya. Dari segi bahasa, pemakanan, amalan keluarga, minat, kecenderungan, taraf ekonomi, gaya hidup dan macam2 hal lagi.

Jangan terkejut andai aku katakan "ramai" pasangan bercerai kerana berebut nak balik kampung ketika musim perayaan. Nampak remeh. Mungkin anda dapat terima jika tidak pulang ke kampung pada hari raya pertama, tetapi bersediakah pasangan anda?? Dari seremeh-remeh hinggalah ke serumit-rumit masalah, pastinya akan berlaku juga satu hari nanti sama ada anda kini sudah berkahwin atau belum. Ketika baru berkenalan sibuk mencari persamaan. Ketika berselisih mulalah mencari perbezaan.

Mungkin ada yang mempertahankan bercinta selepas nikah. Juga menyeru supaya berniat tulus untuk agama dan ikhlas kerana Allah untuk mendirikan rumahtangga. Itu adalah sebaik-baiknya. Agar diri kita terhindar dari dosa. Malahan terlepas dari penzinaan. Kerana sudah jelas, zina itu menghampirinya adalah sesuatu yang ditegah. Soalnya, ujian Allah tidak mengira sesiapa. Diuji hambanya yang beriman untuk melihat sejauh mana dia bersabar. Juga diuji hambanya yang ingkar bagi mengingatkan hambanya.

Andai dalam rumahtangga itu semuanya adalah persamaan, sudah tentu tidak akan menjadi masalah. Tetapi, kita dibesarkan dalam dunia berbeza. Kita melalui kehidupan yang lain. Keluarga setiap orang adalah berbeza dari segi pentadbiran bapa. Masakan ibu kita adalah berlainan. Kita tidak boleh memaksa pasangan kita menyukai corak kehidupan keluarga kita. Isi perbualan antara kita dan ibu bapa juga adalah berbeza dengan si dia dan ibu bapanya. Mungkin si lelaki minat tengok bola tetapi si perempuan minat tengok hiburan tv.

Sebenarnya aku melihat perbezaan itu satu keunikan dan salah satu hikmah dalam perkahwinan. Agar kita lebih mesra dan dapat memahami. Perbezaan satu keistimewaan..

Survey!