klik!2

Sabtu, 5 September 2009

Pengalaman Bersama Kanak-kanak Berbeza

Layan gambar dulu..



Barisan fasilitator Sekreteriat Majlis Mahasiswa Anak Pahang. Semua Pahang pure.hak2..riuhhh...


Sebahagian peserta Program motivasi di SK Cherating.


Pelajar SK Cherating mengikuti program dengan penuh minat.

Latihan dalam kumpulan yang bertujuan menambah keyakinan para peserta bagi menduduki peperiksaan UPSR.

Bergamabr kenangan sebelum meninggalkan perkampungan orang asli Kedaik. Kepulangan kami ditangisi anak2 masyarakat melayu asli. Kami mendapat penghargaan tinggi di sini sehinggakan ramai pelajar tidak ke sekolah kerana mahu melihat kami berangkat pulang.

Bro fasci paling kanan merupakan penggerak utama kumpulan dengan pendekatan yang membanggakan.Muahahahaa(sebenanye 2 org yg btudung tuh slalu marah aku sbb tak conduct budak2 dgn baik,datang lambat)

Wong. Ciri-ciri yang ada padanya sama dengan kanak2 lain. Cuma minda orang aslinya yang luas dengan kehidupan berdikari sedikit memberi kematangan dari segi pemikiran. Namun, dari aspek kemudahan yang diterima, beliau sedikit ketinggalan. Namu percayalah, jurang antara mereka dengan masyarakat melayu tidak jauh berbeza. Beliau berazam mendapat 5A dalam UPSR tahun hadapan.

Sokongan hadir daripada segenap masyarakat. Mereka cukup memberi penghargaan. Sanjungan mereka terhadap kami warga universiti cukup tinggi. Yang nyata, mereka ada cita-cita ingin ke universiti.

Bersama keluarga angkat. Mereka bukan Islam. Sayang sekali. Namun batas agama dan budaya tidak sedikit pun menghalang interaksi antara kami.

Asmah (keluarga angkat).Kanan sekali medukung adik bongsu. Beliau berada di tingkatan 1.Tahun lalu mendapat 3A 2B dalam UPSR. Beliau kini mendapat biasiswa Petronas.
Bersama anak-anak yatim Batu Pahat. Kumpulan LDK yang diberi nama Panther.

Wa cakap luuu..meeka memang laiyannnn..zaaasss!!

Bergambar beramai-ramai ketika tamat program. Mereka hadir dari pelbagai latar belakang. Yang nyata, mereka serba kekurangan. Ada kesan kesedihan pada wajah mereka. Inilah kali pertama aku meraikan anak-anak yatim. Baru aku tahu mengapa Nabi Muhammad sentiasa menziarah dan mengusap kepala anak-anak yatim.

Botak wei..budak ni nak jadi geng aku kerana fesyen rambut kami sama.hak2..


Sehari sebelum bersama anak2 yatim, kami sempat melawat Fakulti Kejuruteraan Awam UTHM. Lawatan ini membuka minda aku yang sekian lama di UMP. Mereka memiliki kemudahan yang tinggi dalam bidang Kejuruteraan Awam.
Di makmal Soft Soil and Geotecnich UTHM.


Sem lalu cukup berbeza. Sejak dari sekolah, jarang benar aku mengikuti program seumpama ini. Namun, apabila memikirkan aku hanya ada sijil BTN dalam simpanan, sem lalu dengan jam kredit hanya 16jam, aku nekad menyertai aktiviti yang dianjurkan. Bermula dengan mengikuti program Learning and Charity anjuran PERKASA(persatuan mahasiswa kejuruteraan awam ump) ke Batu Pahat, menjadai AJK PERKASA Online Game(tiada dalam gambar), menyertai program Bakti Siswa ke perkampungan Orang Asli RPS Kedaik, Rompin dan akhir sekali menyertai program motivasi anjuran MAMPAN, Majlis Mahasiswa Anak Pahang.

Aku tidak mahu mengulas lanjut aktiviti di sana. Cuma mengetengahkan pengalaman bersama kanak-kanak yang berbeza. Di Kedaik, aku bersama kanak-kanak orang Asli. Di Batu Pahat bersama anak-anak yatim dan juga di Cherating bersama rata-ratanya pelajar luar bandar. Yang nyata, lain sekali suasananya dengan persekitaran aku ketika bersekolah dahulu. Aku sangat beruntung. Mereka kekurangan. Bukan dari segi kemudahan, kerana sekolah mereka juga lengkap dengan segala kemudahan.

Di sekolah Orang Asli Kedaik yang menempatkan pelajar kira-kira hampir 200 orang(paling ramai di Malaysia), mereka kini sudah boleh bersaing dengan dunia luar. Ketika sesi LDK, seorang dua daripada mereka tampak cukup galak memberikan idea. Apabila aku membawa mereka berbicara tentang hal luar daripada skop program, mereka cukup berminat untuk berbincang. Sempat juga aku mengutip pengalaman mereka yang jauh sekali daripada rutin harian semasa kanak-kanak dahulu. Yang paling membanggakan, ibu bapa mereka cukup mengambil berat tentang pendidikan mereka apabila setiap kali program kami berjalan, pasti ada mereka untuk melihat penglibatan anak2.

Di Cherating, mereka seperti juga pelajar kebanyakan. Di sini kami memberikan semangat kepada mereka untuk terus kekal dalam memburu kejayaan dalam pendidikan. Seperti juga sekolah lain, pelajar yang duduk di kelas hadapan cukup cergas dalam perbincangan dan sebaliknya bagi yang kurang keyakinan diri. Perbincangan dari hati ke hati menunjukkan rata-rata pelajar menyalahkan diri sendiri secara total apabila gagal untuk menyerlah dalam pelajaran. Mungkin cara mereka tidak kena. Mungkin juga sudah berputus asa. Kita harus memikirkan sesuatu bagaimana ingin meningkatkan kecemerlangan terutamanya anak melayu ini.

Di rumah naak yatim Batu Pahat pula, suasana cukup berbeza. Bagaikan beralih dari rutin harian, kehadiran kami cukup memberi makna bagi mereka. Rata-rata ada misi yang sama. Berjaya dan membela nasib keluarga. Latar belakang mereka cukup penuh dengan cerita tersendiri. Tetapi aku melihat perkembangan yang cukup positif di sini. Tidak putus2 bertanyakan tentang universiti. Mereka dahagakan kejayaan. Di sini kami cuba menjelaskan adalah tidak mustahil bagi mereka untuk menempah kejayaan.

Ketiga-tiga kalangan mereka ini tampak ada persamaan. Yang jelas, dari sudut keyakinan pada diri sendiri, sokongan dari pelbagai pihak, dan cara mereka menghadapi cabaran itulah juga penetu kejayaan. Tidak seperti kita yang bernasib baik, mereka tiada tuisyen, mereka tidak mewah, mereka tidak punya wang, mereka tiada pendedahan, dan mereka tidak membesar dalam suasana ilmu. Jadi aku simpulkan semua aktiviti seumpama ini bagi mendekati mereka adalah cukup berguna.

Tiada ulasan:

Survey!