klik!2

Khamis, 10 September 2009

Mengisytiharkan Pemburuan al-Qadar

Salam Ramadhan..Selamat menyambut 20 Ramadhan..ertinya,malam esok,kita akan berjumpa malam ke-21 Ramadhan.. Entry kali ini adalah aku tujukan khas buat diri aku sendiri dan juga mereka yg ingin mengambil iktibar.

Seperti sedia maklum, malam al-Qadar itu berlangsungnya pada 10 malam terakhir. Tidak kurang juga berpendapat ketika jatuhnya malam ganjil iaitu malam 21,23, 25 dan seterusnya. Ingin sekali aku nyatakan di sini, adalah agak mustahil bagi seseorang yg baginya 11 bulan terdahulu terbuai oleh nafsu dan bisiskan syaitan, juga 20 hari berpuasa dilalui tanpa bermuhasabah akan dirirnya untuk mendapat kenikmatan malam al-Qadar.

Namun, ayuh berfikir secara logik akal. Andai kata 9 hari berikutnya ini kita konsisten dengan amalan beserta keikhlasan untuk mengabdikan diri ke hadrat Allah SWT, mengapa tidak kita berjumpa dengan malam impian seluruh umat Muhammad ini?? Sememangnya iman seseorang itu dinamik, tetapi andai kita berusaha,tidak mustahil maam itu milik kita.

Amalan pada malam tersebut adalah diumpamakan sebagai beribadat untuk 1000 bulan. Ayuh!! 1000 bulan ertinya 83.3333 tahun. Adakah mampu bagi kita untuk mencapai umur sebegini ditolak dengan umur sebelum akil baligh dan selepas datangnya sakit tua. Tidak sama sekali. Inilah bonus. Inilah Mega Sale! Inilah jualan hebat Allah! Inilah mata berganda! Inilah diskaun! Yang padanya akan terkesan di hati setiap muslim yang mukmin.

Gambaran keadaan Rasulullah ketika berada pada 10 terakhir Ramadhan sepertimana yang diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a berkata: Rasulullah s.a.w biasanya beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadan. Dalam hadis yang lain Saidatina Aisyah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bermujahadah pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadan tidak seperti bulan-bulan lain.


Dalam Al-Quran, Surah al-Qadar, telah jelas bagi kita bahawa kebesaran malam al-Qadar itu satu keistimewaan.

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan.Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. (Ayat 1-5)


Daripada surah di atas, jelaslah bagi kita malam itu penuh dengan kemuliaan. Baginya lebih baik dari 1000bulan. Turunnya malaikat2 pada malam tersebut. Namun, event itu pantas berlalu. Sejurus terbit fajar. Maka menangislah para hamba Allah yang memburuinya. Adakah akan terjumpa lagi pada Ramadhan akan datang atau itu yang terakhir baginya..




Tiada ulasan:

Survey!