klik!2

Ahad, 13 September 2009

Malaysia Terguris

Panass..
Isu cukup hangat..

Maaf kerana menulis isu ini. Bukanlah ingin meletakkan garam di luka, tetapi ingin membawa minda ke arah realiti perbalahan. Setelah kita(Malaysia) kini dilabel "LANUN BUDAYA", hati rakyat Malaysia umumnya kini aku sifatkan sebagai "TERGURIS".

Bersusur galur dari kempen yang dibentuk Presiden Soekarno pada 1963, kempen "GANYANG MALAYSIA" bertukar menjadi konfrontasi yang membawa kepada peperangan. Lebih parah, ketika Tunku Abdul Rahman mengumumkan terbentuknya negara Malaysia yang sememangnya dicurigai oleh Indonesia sebagai bentuk penjajahan baru oleh Barat. Bertitik toalk dari situ, tiada apa yang betul dilakukan oleh Malaysia sehinggalah kini.

Namun, yang agak menyedihkan ketidakmatangan media Indonesia dalam memainkan isu-isu remeh yang nyata dalam laporan berat sebelah. Malangnya, tulisan-tulisan umpama ini lantas membakar jiwa rakyat Indon yang bingkas bertindakbalas berdemonstrasi dengan memijak-mijak bendera Malaysia, menyerang kedutaan Malaysia dengan membaling objek (telur dan sebagainya), menahan rakyat Malaysia di sana(operasi Sweeping) dan bentuk lain. Namun, seperti biasa, sebagaimana kita bersabar dengan kerenah jiran tetangga lain, Malaysia kini tidak memberikan reaksi jengkel. Kita masih berdiam diri. Kerana kita sayangkan rumpun ini. Kerana setiap dari kita diajar sejarah seawal tingkatan 1. Dan kita tahu Indon itu saudara kandung kita. Sayangnya, mereka tidak faham.

Sedar atau tidak, sebelum isu utama dewasa ini iaitu;

1. tuntutan Pulau Ligitan, Ambalat dan Ligitan
2. isu penderaan Amah Indon (kini tuntutan gaji minimum RM800)
3. isu tarian pendet (kesilapan syarikat dari Singapura sebenarnya, Discovery Channel telah memohon maaf)
4. isu lagu negaraku dicuri dari lagu Indon bertajuk terang bulan (sebenarnya, Presiden Sukarno meminta pencipta lagu, Allahyarham Syaiful Bahri memberikan lagu itu kepada Malaysia atas dasra persahabatan kerana ketika itu Malaysia belum memiliki lagu kebangsaan. Ada juga fakta menyatakan lagu itu berasal dari Perancis ketika era 1750)

Indon telah lama bengkak hati dengan benda-benda remeh dipercayai dihasut oleh pihak tertentu yang ada kepentingan sendiri. Al maklumlah, politik Indon sentiasa panas. Apa sahaja dilakukan asalkan dapat mengait hati rakyat. Dan relaitinya, berikrar mengganyang Malaysia habis-habisan juga akan dapat meraih undi yang tinggi dari rakyatnya. Antara isu remeh tersebut ialah:

1. syeikh muzaffar membawa rendang ke angkasa (rendang itu adlah melambangkan Indon. Adakah mereka tidak belajar sejarah penghijrahan?adakah setiap penghijrahan harus meninggalkan budaya?)
2. mendakwa wayang kulit juga dari Indon (di Bali sendiri, adat di sana terbentuk hasil dari agama Hindu-Buddha. Adakah mereka tidak malu??)
3. sukan badminton di Malaysia sangat maju (terutama di Sukan Sea) namun jurulatihnya dair Indon. (mereka tidak tahu andai seseorang itu ada negara, kemana pun perginya dia tetap mengibarkan bendera tempat lahirnya. Contohnya Christiano Ronaldo cukup dibanggakan oleh seluruh warga Portugal walaupun menjulang Piala Eropah bersama kelab England, Manchester United)
4. menuduh Malaysia pencuri sejati dengan mengeluarkan gambar di bawah.

Bendera Malaysia diciplak dari bendera USA dan juga jata negara diciplak dari Belanda serta Harimau di jata tersebut adalah dari kenis Harimau Sumatra.

Logo kempen visit Malaysia diubah menjadai visit Malingsia (malay pencuri)

Setem yang dianggap mereka menggambarkan corak kehidupan dan budaya mereka.

Bendera Umno aslanya adalah bendera Indon dan Menara berkembar Petronas meniru struktur candi mereka.



Antara blog dan web yang terang-terangan mengguris perasaan kita adalah;


atau anda google up sahaja "malingsia". Maling di sini bererti mencuri. Ertinya, Malaysia adalah pencuri!

Kini, mereka sekali lagi ingin bertindak drastik dengan berusaha mempatenkan (menuntut hak cipta di mana orang lain tidak boelh menggunakan dengan bebas) hak ke atas keris, batik, rendang dan sebagainya. Apakah perangai ini? Dengki?? Apakah terjadi andai Jepun mempatenkan hak ke atas Sumo, Kimono, Sushi?? Dan andai kata India mula mempatenkan Sari, adat2 ugama mereka, dan kesenian yang banyak terdapat pengaruhnya di Indon, apakah akan ada tindakan dari Indon? Nyata, ini tindakan dengki kepada adik-beradik dan saudara kandung.

Ayuh renung sejenak bagaimana Malaysia mampu bersabar dengan pembakaran terbuka yang saban tahun jerebu merebak ke negara ini. Malah mampu menghulur bantuan demi kebaikan bersama. Malaysia juga berkerjasama dengan mereka demi mempertahankan kedaulatan Selat Melaka yang secara halus ingin dikuasai Amerika. Andai ada bencana alam, dari manakah bantuan segera diterima? Bagaimana dengan 8000 orang banduan Indonesia di penjara Malaysia? Sudahlah datang tidak mengikut prosedur, buat jenayah pula. Bagaimana nasib jutaan amah dan buruh di sini andai rakyat Malaysia bertindak balas buat 'sweeping' sebagaimana nasib sama menimpa pelajar Malaysia di sana?

Fahamilah sejarah. Kita serumpun. Bererti kita dari benih yang sama. Perkongisan budaya adalah hukum alam. Masyarakat Cina dan India di Malaysia juga turut mengamalkan budaya mereka di sini, begitu juga Singapura. Malah tarian singa turut menjadi tarikan pelancong di sini. Namun tiada pula rungutan kedengaran dari Negara China.

Kami terguris..

Tiada ulasan:

Survey!