klik!2

Rabu, 30 September 2009

Langkah Berjimat Student U tak dapat PTPTN

1. Ubat gigi gune 1mm skali jer. Tapi pastikan setiap jam gosok supaye nafas sntiase fresh.
2. Berus gigi agak2 dah kembang lurutkan kembali agar ia sntiasa straight.
3. Begitu juga dgn sabun mandi dan syampu, kalau rase2 nak abis tu, pau je room mate punye.
4. Beli nasik x payah beli air. Makan seblah orang x cukup zat. Nanti x pyh pau, die kompem bagi.
5. Baju kalo nak basuh kene pakai sabun. Rugi2. Tumpang je member sehelai 2. Kalo ade 10 member dah cukup untuk seminggu.
6. Berkire lah walaupun dengan rakan sejati. Even die nak pinjam kaklkulator pon, korang cas gak seminit brape sen. Kalo nak kejam lagi, kire untuk setiap button yang ditekan.
7. Petrol kenderaan pulak, kalo boleh jangan isi kay. Bile ade orang nak pinjam cakap je "full tank!!" kalo x, cas sewa sejam 5 inggit!
8. Kalo ade membe ajak makan luar, cakap je korang tgh diet wpon time tuh lapar tahap gaban mengamuk..perghh..
9. Kalo lapar sangat, amek duit 70sen, pi kat jiran dan pura2 nak belio megi die.. dengan machonya beliau pasti cakap "eh, x payah aaa bayaaa.. amek jer..". So korang amek jer tau!!! dan esok dan lusa pon teros begitu..
10. Simpanlah nestum atau oat. Supaya boleh exchange ngan nasik lemak member setiap pagi.
11. Jangan sesekali tengok wayang andai awek x blanje!!
12. Jangan sesekali calling!! Missed called sudeee..
13. SMS anta ciput je. Supaya receiver x reply n trus reply..
14. Minum air masak je. Kalo feel nak minum air bewarne, imagine je sudeee...

siott.. entry paling useless dalam sejarah memblogging aku..aduuuuu...duit xde..semua dah laburkan ke unit2 saham di Dubai dan US..

Ahad, 13 September 2009

Malaysia Terguris

Panass..
Isu cukup hangat..

Maaf kerana menulis isu ini. Bukanlah ingin meletakkan garam di luka, tetapi ingin membawa minda ke arah realiti perbalahan. Setelah kita(Malaysia) kini dilabel "LANUN BUDAYA", hati rakyat Malaysia umumnya kini aku sifatkan sebagai "TERGURIS".

Bersusur galur dari kempen yang dibentuk Presiden Soekarno pada 1963, kempen "GANYANG MALAYSIA" bertukar menjadi konfrontasi yang membawa kepada peperangan. Lebih parah, ketika Tunku Abdul Rahman mengumumkan terbentuknya negara Malaysia yang sememangnya dicurigai oleh Indonesia sebagai bentuk penjajahan baru oleh Barat. Bertitik toalk dari situ, tiada apa yang betul dilakukan oleh Malaysia sehinggalah kini.

Namun, yang agak menyedihkan ketidakmatangan media Indonesia dalam memainkan isu-isu remeh yang nyata dalam laporan berat sebelah. Malangnya, tulisan-tulisan umpama ini lantas membakar jiwa rakyat Indon yang bingkas bertindakbalas berdemonstrasi dengan memijak-mijak bendera Malaysia, menyerang kedutaan Malaysia dengan membaling objek (telur dan sebagainya), menahan rakyat Malaysia di sana(operasi Sweeping) dan bentuk lain. Namun, seperti biasa, sebagaimana kita bersabar dengan kerenah jiran tetangga lain, Malaysia kini tidak memberikan reaksi jengkel. Kita masih berdiam diri. Kerana kita sayangkan rumpun ini. Kerana setiap dari kita diajar sejarah seawal tingkatan 1. Dan kita tahu Indon itu saudara kandung kita. Sayangnya, mereka tidak faham.

Sedar atau tidak, sebelum isu utama dewasa ini iaitu;

1. tuntutan Pulau Ligitan, Ambalat dan Ligitan
2. isu penderaan Amah Indon (kini tuntutan gaji minimum RM800)
3. isu tarian pendet (kesilapan syarikat dari Singapura sebenarnya, Discovery Channel telah memohon maaf)
4. isu lagu negaraku dicuri dari lagu Indon bertajuk terang bulan (sebenarnya, Presiden Sukarno meminta pencipta lagu, Allahyarham Syaiful Bahri memberikan lagu itu kepada Malaysia atas dasra persahabatan kerana ketika itu Malaysia belum memiliki lagu kebangsaan. Ada juga fakta menyatakan lagu itu berasal dari Perancis ketika era 1750)

Indon telah lama bengkak hati dengan benda-benda remeh dipercayai dihasut oleh pihak tertentu yang ada kepentingan sendiri. Al maklumlah, politik Indon sentiasa panas. Apa sahaja dilakukan asalkan dapat mengait hati rakyat. Dan relaitinya, berikrar mengganyang Malaysia habis-habisan juga akan dapat meraih undi yang tinggi dari rakyatnya. Antara isu remeh tersebut ialah:

1. syeikh muzaffar membawa rendang ke angkasa (rendang itu adlah melambangkan Indon. Adakah mereka tidak belajar sejarah penghijrahan?adakah setiap penghijrahan harus meninggalkan budaya?)
2. mendakwa wayang kulit juga dari Indon (di Bali sendiri, adat di sana terbentuk hasil dari agama Hindu-Buddha. Adakah mereka tidak malu??)
3. sukan badminton di Malaysia sangat maju (terutama di Sukan Sea) namun jurulatihnya dair Indon. (mereka tidak tahu andai seseorang itu ada negara, kemana pun perginya dia tetap mengibarkan bendera tempat lahirnya. Contohnya Christiano Ronaldo cukup dibanggakan oleh seluruh warga Portugal walaupun menjulang Piala Eropah bersama kelab England, Manchester United)
4. menuduh Malaysia pencuri sejati dengan mengeluarkan gambar di bawah.

Bendera Malaysia diciplak dari bendera USA dan juga jata negara diciplak dari Belanda serta Harimau di jata tersebut adalah dari kenis Harimau Sumatra.

Logo kempen visit Malaysia diubah menjadai visit Malingsia (malay pencuri)

Setem yang dianggap mereka menggambarkan corak kehidupan dan budaya mereka.

Bendera Umno aslanya adalah bendera Indon dan Menara berkembar Petronas meniru struktur candi mereka.



Antara blog dan web yang terang-terangan mengguris perasaan kita adalah;


atau anda google up sahaja "malingsia". Maling di sini bererti mencuri. Ertinya, Malaysia adalah pencuri!

Kini, mereka sekali lagi ingin bertindak drastik dengan berusaha mempatenkan (menuntut hak cipta di mana orang lain tidak boelh menggunakan dengan bebas) hak ke atas keris, batik, rendang dan sebagainya. Apakah perangai ini? Dengki?? Apakah terjadi andai Jepun mempatenkan hak ke atas Sumo, Kimono, Sushi?? Dan andai kata India mula mempatenkan Sari, adat2 ugama mereka, dan kesenian yang banyak terdapat pengaruhnya di Indon, apakah akan ada tindakan dari Indon? Nyata, ini tindakan dengki kepada adik-beradik dan saudara kandung.

Ayuh renung sejenak bagaimana Malaysia mampu bersabar dengan pembakaran terbuka yang saban tahun jerebu merebak ke negara ini. Malah mampu menghulur bantuan demi kebaikan bersama. Malaysia juga berkerjasama dengan mereka demi mempertahankan kedaulatan Selat Melaka yang secara halus ingin dikuasai Amerika. Andai ada bencana alam, dari manakah bantuan segera diterima? Bagaimana dengan 8000 orang banduan Indonesia di penjara Malaysia? Sudahlah datang tidak mengikut prosedur, buat jenayah pula. Bagaimana nasib jutaan amah dan buruh di sini andai rakyat Malaysia bertindak balas buat 'sweeping' sebagaimana nasib sama menimpa pelajar Malaysia di sana?

Fahamilah sejarah. Kita serumpun. Bererti kita dari benih yang sama. Perkongisan budaya adalah hukum alam. Masyarakat Cina dan India di Malaysia juga turut mengamalkan budaya mereka di sini, begitu juga Singapura. Malah tarian singa turut menjadi tarikan pelancong di sini. Namun tiada pula rungutan kedengaran dari Negara China.

Kami terguris..

Khamis, 10 September 2009

Mengisytiharkan Pemburuan al-Qadar

Salam Ramadhan..Selamat menyambut 20 Ramadhan..ertinya,malam esok,kita akan berjumpa malam ke-21 Ramadhan.. Entry kali ini adalah aku tujukan khas buat diri aku sendiri dan juga mereka yg ingin mengambil iktibar.

Seperti sedia maklum, malam al-Qadar itu berlangsungnya pada 10 malam terakhir. Tidak kurang juga berpendapat ketika jatuhnya malam ganjil iaitu malam 21,23, 25 dan seterusnya. Ingin sekali aku nyatakan di sini, adalah agak mustahil bagi seseorang yg baginya 11 bulan terdahulu terbuai oleh nafsu dan bisiskan syaitan, juga 20 hari berpuasa dilalui tanpa bermuhasabah akan dirirnya untuk mendapat kenikmatan malam al-Qadar.

Namun, ayuh berfikir secara logik akal. Andai kata 9 hari berikutnya ini kita konsisten dengan amalan beserta keikhlasan untuk mengabdikan diri ke hadrat Allah SWT, mengapa tidak kita berjumpa dengan malam impian seluruh umat Muhammad ini?? Sememangnya iman seseorang itu dinamik, tetapi andai kita berusaha,tidak mustahil maam itu milik kita.

Amalan pada malam tersebut adalah diumpamakan sebagai beribadat untuk 1000 bulan. Ayuh!! 1000 bulan ertinya 83.3333 tahun. Adakah mampu bagi kita untuk mencapai umur sebegini ditolak dengan umur sebelum akil baligh dan selepas datangnya sakit tua. Tidak sama sekali. Inilah bonus. Inilah Mega Sale! Inilah jualan hebat Allah! Inilah mata berganda! Inilah diskaun! Yang padanya akan terkesan di hati setiap muslim yang mukmin.

Gambaran keadaan Rasulullah ketika berada pada 10 terakhir Ramadhan sepertimana yang diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a berkata: Rasulullah s.a.w biasanya beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadan. Dalam hadis yang lain Saidatina Aisyah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bermujahadah pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadan tidak seperti bulan-bulan lain.


Dalam Al-Quran, Surah al-Qadar, telah jelas bagi kita bahawa kebesaran malam al-Qadar itu satu keistimewaan.

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan.Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. (Ayat 1-5)


Daripada surah di atas, jelaslah bagi kita malam itu penuh dengan kemuliaan. Baginya lebih baik dari 1000bulan. Turunnya malaikat2 pada malam tersebut. Namun, event itu pantas berlalu. Sejurus terbit fajar. Maka menangislah para hamba Allah yang memburuinya. Adakah akan terjumpa lagi pada Ramadhan akan datang atau itu yang terakhir baginya..




Sabtu, 5 September 2009

Pengalaman Bersama Kanak-kanak Berbeza

Layan gambar dulu..



Barisan fasilitator Sekreteriat Majlis Mahasiswa Anak Pahang. Semua Pahang pure.hak2..riuhhh...


Sebahagian peserta Program motivasi di SK Cherating.


Pelajar SK Cherating mengikuti program dengan penuh minat.

Latihan dalam kumpulan yang bertujuan menambah keyakinan para peserta bagi menduduki peperiksaan UPSR.

Bergamabr kenangan sebelum meninggalkan perkampungan orang asli Kedaik. Kepulangan kami ditangisi anak2 masyarakat melayu asli. Kami mendapat penghargaan tinggi di sini sehinggakan ramai pelajar tidak ke sekolah kerana mahu melihat kami berangkat pulang.

Bro fasci paling kanan merupakan penggerak utama kumpulan dengan pendekatan yang membanggakan.Muahahahaa(sebenanye 2 org yg btudung tuh slalu marah aku sbb tak conduct budak2 dgn baik,datang lambat)

Wong. Ciri-ciri yang ada padanya sama dengan kanak2 lain. Cuma minda orang aslinya yang luas dengan kehidupan berdikari sedikit memberi kematangan dari segi pemikiran. Namun, dari aspek kemudahan yang diterima, beliau sedikit ketinggalan. Namu percayalah, jurang antara mereka dengan masyarakat melayu tidak jauh berbeza. Beliau berazam mendapat 5A dalam UPSR tahun hadapan.

Sokongan hadir daripada segenap masyarakat. Mereka cukup memberi penghargaan. Sanjungan mereka terhadap kami warga universiti cukup tinggi. Yang nyata, mereka ada cita-cita ingin ke universiti.

Bersama keluarga angkat. Mereka bukan Islam. Sayang sekali. Namun batas agama dan budaya tidak sedikit pun menghalang interaksi antara kami.

Asmah (keluarga angkat).Kanan sekali medukung adik bongsu. Beliau berada di tingkatan 1.Tahun lalu mendapat 3A 2B dalam UPSR. Beliau kini mendapat biasiswa Petronas.
Bersama anak-anak yatim Batu Pahat. Kumpulan LDK yang diberi nama Panther.

Wa cakap luuu..meeka memang laiyannnn..zaaasss!!

Bergambar beramai-ramai ketika tamat program. Mereka hadir dari pelbagai latar belakang. Yang nyata, mereka serba kekurangan. Ada kesan kesedihan pada wajah mereka. Inilah kali pertama aku meraikan anak-anak yatim. Baru aku tahu mengapa Nabi Muhammad sentiasa menziarah dan mengusap kepala anak-anak yatim.

Botak wei..budak ni nak jadi geng aku kerana fesyen rambut kami sama.hak2..


Sehari sebelum bersama anak2 yatim, kami sempat melawat Fakulti Kejuruteraan Awam UTHM. Lawatan ini membuka minda aku yang sekian lama di UMP. Mereka memiliki kemudahan yang tinggi dalam bidang Kejuruteraan Awam.
Di makmal Soft Soil and Geotecnich UTHM.


Sem lalu cukup berbeza. Sejak dari sekolah, jarang benar aku mengikuti program seumpama ini. Namun, apabila memikirkan aku hanya ada sijil BTN dalam simpanan, sem lalu dengan jam kredit hanya 16jam, aku nekad menyertai aktiviti yang dianjurkan. Bermula dengan mengikuti program Learning and Charity anjuran PERKASA(persatuan mahasiswa kejuruteraan awam ump) ke Batu Pahat, menjadai AJK PERKASA Online Game(tiada dalam gambar), menyertai program Bakti Siswa ke perkampungan Orang Asli RPS Kedaik, Rompin dan akhir sekali menyertai program motivasi anjuran MAMPAN, Majlis Mahasiswa Anak Pahang.

Aku tidak mahu mengulas lanjut aktiviti di sana. Cuma mengetengahkan pengalaman bersama kanak-kanak yang berbeza. Di Kedaik, aku bersama kanak-kanak orang Asli. Di Batu Pahat bersama anak-anak yatim dan juga di Cherating bersama rata-ratanya pelajar luar bandar. Yang nyata, lain sekali suasananya dengan persekitaran aku ketika bersekolah dahulu. Aku sangat beruntung. Mereka kekurangan. Bukan dari segi kemudahan, kerana sekolah mereka juga lengkap dengan segala kemudahan.

Di sekolah Orang Asli Kedaik yang menempatkan pelajar kira-kira hampir 200 orang(paling ramai di Malaysia), mereka kini sudah boleh bersaing dengan dunia luar. Ketika sesi LDK, seorang dua daripada mereka tampak cukup galak memberikan idea. Apabila aku membawa mereka berbicara tentang hal luar daripada skop program, mereka cukup berminat untuk berbincang. Sempat juga aku mengutip pengalaman mereka yang jauh sekali daripada rutin harian semasa kanak-kanak dahulu. Yang paling membanggakan, ibu bapa mereka cukup mengambil berat tentang pendidikan mereka apabila setiap kali program kami berjalan, pasti ada mereka untuk melihat penglibatan anak2.

Di Cherating, mereka seperti juga pelajar kebanyakan. Di sini kami memberikan semangat kepada mereka untuk terus kekal dalam memburu kejayaan dalam pendidikan. Seperti juga sekolah lain, pelajar yang duduk di kelas hadapan cukup cergas dalam perbincangan dan sebaliknya bagi yang kurang keyakinan diri. Perbincangan dari hati ke hati menunjukkan rata-rata pelajar menyalahkan diri sendiri secara total apabila gagal untuk menyerlah dalam pelajaran. Mungkin cara mereka tidak kena. Mungkin juga sudah berputus asa. Kita harus memikirkan sesuatu bagaimana ingin meningkatkan kecemerlangan terutamanya anak melayu ini.

Di rumah naak yatim Batu Pahat pula, suasana cukup berbeza. Bagaikan beralih dari rutin harian, kehadiran kami cukup memberi makna bagi mereka. Rata-rata ada misi yang sama. Berjaya dan membela nasib keluarga. Latar belakang mereka cukup penuh dengan cerita tersendiri. Tetapi aku melihat perkembangan yang cukup positif di sini. Tidak putus2 bertanyakan tentang universiti. Mereka dahagakan kejayaan. Di sini kami cuba menjelaskan adalah tidak mustahil bagi mereka untuk menempah kejayaan.

Ketiga-tiga kalangan mereka ini tampak ada persamaan. Yang jelas, dari sudut keyakinan pada diri sendiri, sokongan dari pelbagai pihak, dan cara mereka menghadapi cabaran itulah juga penetu kejayaan. Tidak seperti kita yang bernasib baik, mereka tiada tuisyen, mereka tidak mewah, mereka tidak punya wang, mereka tiada pendedahan, dan mereka tidak membesar dalam suasana ilmu. Jadi aku simpulkan semua aktiviti seumpama ini bagi mendekati mereka adalah cukup berguna.

Jumaat, 4 September 2009

Bila Bersuara, Mereka Kata Negara Kita Demokratik

Sibuk nak mengiktiraf golongan gay dan lesbian. Jenuh berpiket untuk menghilangkan status agama Islam dalam kad pengenalan. Artis pula sibuk mencari nas dan hadis bahawa aurat itu boleh dibuka. Rancangan realiti TV pula disifatkan pengerat hubungan kekeluargaan. Blog pula disalah gunakan menjadi medan "mak hayam" dan azwana alia memperkenanlkan dirinya dari sudut imaginasai.

Bingkas berselindung di sebalik kebebasan bersuara. Bila ditanya, alasan negara kita demokratik kekal jadi perisai empunya diri yang tidak berilmu. Ditambah pula dangkal pengetahuan agamanya, maka tergurislah hati si pejuang2 Islam seluruh dunia.

Hai si bagero. Islam tak ajar kebebasan bersuara. Tapi setiap ummatnya ada hak berusara. Ingat!! Kita ada hak untuk bersuara, tapi tidak bereti kita bebas bersuara.

Ideologi yang ditanam dan dipasak hebat ke dalam jiwa kita ketika ini adalah disemai setiap hari oleh barat. Atau lebih spesifik, musuh Islam. Petikan dari Berita Harian, 17 Jun 2009:

Hak asasi manusia adalah berdasarkan kepada perisytiharan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada 10 Disember 1948, yang dikenali sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). Periystiharan ini telah membahagikan hak asasi manusia kepada empat kebebasan utama iaitu kebebasan daripada ketakutan, kebebasan daripada kemahuan, kebebasan bersuara dan kebebasan kepercayaan. Ia menyenaraikan pelbagai hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, sosial dan kebudayaan.

Namun hakikatnya, bukanlah mutlak kebebasan bersuara itu. Tertakluk juga kepada perundangan negara. Namun itu bukan soalnya. Aku bingung memikirkan mengapa mereka sanggup mengetepikan hukum Allah demi menonjolkan ideologi mereka yang salah. Dimana letaknya maruah agama mereka?

Sehinggakan pada suatu ketika, heboh dikecam dicemuh si Mawi kerana ingin mempertahankan prinsipnya tidak mahu berpegangan tangan dengan wanita walaupun di dalam filem. Aku melihat ini bukanlah prinsipnya, tetapi lebih kepada ketaatannya terhadap Allah. Prinsip itu digariskan Allah. Malah yang lebih menyakitkan hati, disanjung pula para pelakon hebat yang berjaya melakonkan aksi ranjang dengan penuh perasaan.

Namun yang sedihnya, bersuara pula pelakon paling lebai di Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa kita disediakan ruang taubat oleh Allah SWT. Tampak beliau menghalalkan adegan pegenag tangan dalam filem. Sedangkan itu dosa. Apa fikirnya dosa itu mudah hilang bagaikan menyimbah kotoran dengan air?? Tidak mustahil ramai remaja berpacaran dan bertaubat. Dan kembali lagi berpacaran dan diikuti taubat kerana terpengaruh dengan kenyataannya. Apakah beliau tidak tahu apa itu taubat nasuha??apa syaratnya??apa yang perlu ada pada taubat nasuha?? Bersuara pula aktor paling dikagumi di Malaysia, katanya jika dia berlakon dengan Fauziah Nawi dalam adegan ibunya hampir mati(fauziah sebagai ibunya), tak kanlah dia tengok sahaja ibunya mati.

Jelas. Kebebasan bersuara bukanlah mutlak. Kita bebas bersuara. Tetapi tertakluk kepada hukum hakam dunia dan akhirat. Dan kini aku cukup benci kepada yang telah dan bakal bersuara lagi. Lantang bukan kepalang menegakkan prinsip politiknya demi menang bergaya. Ini lagi aku kecam dan hina!! Mempertiakaikan pengharaman arak dalam agama Islam contohnya, mampu membuatkan bangsamu licin kupenggal kepala di Malaysia ini. Berhati2!! Melayu itu Islam. Islam tak bereti diam. Diam kami memerhatikan.

(p/s ..perengaan akhir berbaur perkauman..hmm..rasailah ledakan hati aku (hati melayu islam) akibat dihenyak agama suciku..nabiku langsung tak bagi hina agama lain, kerana itu ibarat menghina agamaku sendiri..jadi, hati-hatilah dengan kenyataan terhadap Islam)

Survey!