klik!2

Khamis, 27 Ogos 2009

Kini Aku Berniaga

Inilah pengalaman terbaru aku. Berniaga. Amat berharga. Bagiku memecah tembok penghalang terbesar dunia apabila berjaya terjun dalam bidang perniagaan. Bukanlah perniagaan besar-besaran, tetapi cukup sekadar pendapatan sampingan yang terancang.

Sebelum ini timbul juga rasa hairan apabila 90% daripada pendapatan di muka bumi ini adalah hadir dari perniagaan. Apa yang terbayang di minda jumud ini hanyalah, muflis, menanggung kerugian, kalah dalam bersaing, rugi ketika ekonomi dunia meleset, dan macam2 lagi risiko dalam berniaga.

Namun, apabila kenangkan kembali Nabi Muhammad yang sudah berjinak-jinak dalam perniagaan sejak berusia 12 tahun, aku yakin pasti ada hikmahnya. Perniagaan adalah lubuk emas. Kerana sifatnya baginda adalah maksum. Berkecimpung dalam dunia perniagaan baginya bukanlah sia-sia, tetapi atas kehendak Allah SWT. Apa jua perlakuan Nabi itu adalah sunnah, hatta ketika tidur. Maka, perniagaan yang menjadi sumber pendapatan Rasuulullah selama hayatnya adalah salah satu sunnah yang harus diikuti.

Kita tentu terbayang bagaimana hebatnya strategi Abdul Rahman Bin Auf ketika berniaga sewaktu mula-mula hijrah. Hadirnya beliau menyingkirkan peniaga-peniaga lain. Di situlah huja dan fakta yang harus diteliti. Mengapa Melayu sering kali gagal dalam berniaga?? Mengapa sukar sekali untuk Melayu terjun ke bidang ini?? Dan mengapa perniagaan Melayu ini hidup segan mati tak mahu?? Sedangkan melayu itu adalah Islam.

Kembali ke pengalamanku. Sewaktu Minggu Orientasi (MINDS) Universiti Malaysia Pahang, aku telah ditawarkan untuk membantu di gerai jualan. Bayaran yang aku terima cukup memberangsangkan. RM 200. Tidak termasuk komisyen jualan. Apa yang aku jual?? BANTAL...mungkin agak kelakar. Memang kelakar sebenarnya. Kerana mana muangkin seorang Ijjad(name aku) mampu menjerit "bantal bantal!!". "dik, mai beli bantal!!".. Dan aku x lena tidur mengenangkan bantal2 sebanyak 2000 biji telah ditemopah dari kilang. Bilangna pelajar mendaftar hanayalah 2300 orang. Adakah settiap sorang mahu mendapatkan bantal?? sudah tentu mereka bawa dari rumah.

Pada hari kejadian, demi membalas jasa tauke, mengenangkan lagi komisen tak masuk akal (RM 200, mane ade org bagi gini, gaji lekcerer pon x gini), dan panik melihat timbunan bantal, aku memulakan pagi dengan mengedarkan flier. Kerja yang tidak pernah aku lakukan!! Nampak mudah, tetapi perlukan keyakinan yang tinggi. Kemudian, aku dibekalkan mikrofon!! arggghhh.. ertinya aku perlu promote menggunakan mikrofon. Jam sudah pukul 10 pagi dan bantal masih x laku lagi. Ada sedikit kekecewaan. Namun aku sembunyikan untuk memberi semangat pada team member yang lain.

Akhirnya, sepangjang hari berniaga.. penat.. dan jualan mencecah 500 bantal untuk jumlah keseluruhan. Agak menyedihkan. Mana nak letak lagi 1500??

Malam itu, kedaan bertukar suasana. RM200 hanyalah umpan. 2000 biji bantal adalah perangsang. Kehadiran Uncle Nawi mengubah suasana. Beliau sebenarnya ingin melihat anak Melayu ini berjaya. Diupahnya 10 orang pekerja RM200 untuk "membeli jiwa" kami. Katanya, "andai 10 orang ini semuanya berjaya dalam perniagaan, adalah sangat bagus. Namun jika 9 orang tidak berminat, seorang lagi akan bangkit dengan kekuatan yang sama dengan 10 orang". Kerana banyak selok belok perniagaan beliau dedahkan. Serta jalan untuk menghabiskan 1500 bantal lagi bakinya. Kerana katanya lagi' "dalam perniagaan MESTI ada plan b, c dan seterusnya".

Hasilnya, aku telah berjaya memecahkan tembok MALU dalam diri untuk berniaga. Apabila ditanya kepada Uncle Nawi, beliau menyifatkan MALU adalah MUSUH TERBESAR dalam perniagaan. Musuh awal ini hendaklah ditumpaskan. Selepas itu, keseronokan berniaga akan dikecapi. Dan nyata, aku secara tidak langsung telah kehilangan sifat itu.

Kini, aku membuka langkah baru. Aku memiliki produk sendiri! Jauh dari aku yang dulu. ROJAK BUAH.. yaaa..aku menjual rojak buah. Tidak lagi berasa kekok. Kerana bagi aku, aku berniaga kecil -kecilan kini untuk sesuatu yang lebih besar di hadapan. Mungkin suatu hari nanti aku memiliki kilang konkrit terbesar di Malaysia. Siapa tahu?? Apa saja tohmahan aku terima, kerana misi aku adalah lebih besar daripada ini. Biarkan kata-kata pemecah semangat berlagu, aku tidak sakit oleh tekanan yang diberi. Kerana kata Uncle Nawi, Niat adalah perkara paling asas dalam perniagaan.

Yang nyata, banyak perubahan telah aku rasai ketika ini. Keyakinan diri semakin beratmbah, gembira keran dapat menerokai bidang yang menjdai amalan Nabi Muhammad, mengetahui selok belok perniagaan, tidak lagi malu tidak bertempat, dan dapat melihat daripada sudut pandangan yang berbeza dalam masyarakat.

Rupa-rupanya Uncle Nawi adalah seorang penganalisis kegagalan bangsa melayu berniaga. Rezeki aku bertemu dengannya. Thanx Uncle Nawi!! Aku kini melihat dunia dari sudut yang baru. Pengalaman yang tidak akan aku lupakan. Cukup berharaga! Kerana kini aku mengetahui mengapa Rasulullah suka berniaga..



Bantal yang ditandatangani Uncle Nawi. Beliau memilih bantal kerana bantal adalah dekat dengan kita. Apabila ingin tidur, beliau mahu semua anak didiknya mengingati sokongan yang diberikannya untuk berniaga.

2 ulasan:

Syazwann Al-Qwantani berkata...

nak 1 rojak buah!delivery bilik ke bilik ke bro,bagus a!~

amer @ ijjad berkata...

hak2..aah,aku run bilik ke bilik..kencang gak aaa..tu yang seronok niage..hihiii...

Survey!