klik!2

Sabtu, 29 Ogos 2009

Aku Pulang Lagi

Merdeka. Cuti 3 hari. Banyak kerja perlu awal disiapkan. Supaya dapat tidur lebih di belakang hari.

Tapi, semua adik2 ada di rumah. Mungkin agak cacat tanpa aku. Perangai Ummi, dia tak akan masak benda yang special kalau tak cukup anak-anaknya. Pernah daging burung puyuh, ayam hutan dan ikan keli terbiar lama dalam peti ais kerana salah seorang anaknya belum pulang. Pernah juga makanan yang disimpannya sudah rosak dan luput tarikhnya kerana menanti anak2.Durian belanda hingga buruk disimpannya. Air yasin(penerang hati) yang dibacanya juga tersimpan menunggu kami pulang.

Sekarang yang tinggal dengan ummi hanya adik bongsu. Selalu memberontak kerana tidak dapat menikmati makanan yang lazat. Dia amat gembira andai kami pulang. Puding cocktail, nasi ayam, patin tempoyak, sampailah ke sepat pekasam. Sebut sahaja, asalkan kami berempat ada di rumah.

Kenangkan sikap abah, lagi aku berkobar kobar mahu pulang. 1996-1998, beliau lanjutkan pelajaran di UTM, Johor. Setiap minggu pulang. Tidak pernah tidak pulang. Kerana ingin melihat keluarga di Kuantan pada ketika itu. Tahun 2000, beliau ditugaskan ke Kuala Lumpur, juga setiap minggu pulang untuk melihat kami di Temerloh. 2004-2005, beliau bertugas di Rompin. Setiap 2 ke 3 minggu akan pulang ke Wilayah Persekutuan Labuan untuk melihat anak-anaknya. 2006-2007, dia berulang alik dari Rompin ke Temerloh untuk melihat anak-anaknya. Dan kini, beliau bertugas di Melaka, setiap minggu akan pulang ke Temerloh untuk melihat anak-anaknya.

Betapa keluarga ini amat menghargai detik bersama. Aku tidak mahu sesekali merosakkan susasana. Pernah Umi berkata, "kalau boleh Ummi nak anak2 Ummi jadi besar ni selama-lamanya. Kerana waktu sebelum dewasa inilah keluarga sangat meriah" Itu agak mustahil. Tapi itulah ibu. Sayangnya kepada anak melebihi segala-galanya.

Aku pulang hari ini. Bas jam 12 tengah hari. Untuk bersama famili. Lupakan seketika pelajaran. Sambut merdeka dan meriahkan Ramadhan di rumah.



Salam merdeka..Hargai jasa mereka yang terkorban demi kita..Semoga Malaysia terus aman dan disegani dunia.

3 ulasan:

miss berkata...

selamat bercuti!

amer @ ijjad berkata...

thanx..
dah pulang UMP..
belajar lagii..
adesss..

amer @ ijjad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Survey!