klik!2

Sabtu, 25 Julai 2009

Realiti Tahap Perubatan Negara Kita

Assalamualaikum..
Salam mesra buat semua pembaca. Ketika ini aku baru sembuh dari kesakitan buku lali yang teramat sangat. Akibat daripada terseliuh tempoh hari, bersangkutan pula dengan gout yang akutnya sudah hampir setengah tahun tidak menjengah sendiku. Dan teringin kali ini berkongsikan pengalaman berdepan kerenah institusi2 kesihatan di Malaysia. Kerana ratapan hati ini sukar dijelaskan tika berdepan dengan kesakitan yang teramat sangat(ibarat sendi dihiris2).

Bukanlah seorang penganalisis profesional dalam menilai perkhidmatan mereka, tetapi ingin melontar pandangan yang terbuku di hati. Aku, sememangnya terkenal dengan kesakitan. Bukan aku dedahkan untuk meratap kesakitan kurniaan tuhan, tetapi ingin berkongsikan pengalaman yang ada. Yang mungkin tidak pernah dan tidak akan orang lain alami. Sejak di sekolah menengah, aku sering sakit perut. Tidak tahu punca, seminggu sekali atau dua pasti akan ke klinik. Kaki juga sering membengkak akibat aktiviti sukan aku jalani. Waktu tingkatan 5 aku alami sakit pinggang kronik yang membuat aku "jamp". Aku juga sudah 2 kali keluarkan batu karang. Paling baru, serangan gout yang aku alami hampir 2 tahun. Setakat ini, tiada kecederaan serius melainkan seliuh dan kecederaan ringan. Dari kapasiti aku sebagai pesakit TEGAR inilah membuatkan aku rasa terpanggil mengutarakan REALITI TAHAP PERUBATAN DI NEGARA.

Kali pertama aku alami radang di sendi kaki, aku mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan milik kerajaan Malaysia. Waktu menunggu yang amat lama untuk rawatan yang kurang 10 minit. Ketibaanku sekitar jam 9-10 melayakkan aku mendapat rawatan dalam jam 12-1, itupun kalau ada luck!!Doktor rehat makan, doktor pergi unit kecemasan, doktor solat, doktor ada panggilan telefon bla bla blaaaa...

Kebetulan doktornya adalah seorang yang berbangsa Myanmar. Aku terpaksa berbahasa Inggeris memandangkan beliau tidak begitu mahir bertutur Bahasa Melayu. Masih aku ingat betapa aku bagaikan merangkak ke klinik kerana kesakitan yang melampau. Si doktor hanya menyehtuh kaki aku(macam pakar je!!!sentuh sikit dah tau semua) dan suruh aku berjalan(die nak tgk gaya aku). Dan hasilnya, aku mendapat seplastik ubat tahan sakit(yang bila aku makan buatkan aku mengantuk bila bangun balik sakit lagi terok), ubat tidur dan ubat paling famous di dunia minyak urut tetapi dalam versi tiub ubat gigi. Fikirku seminggu aku sudah pulih, tetapi kesakitan masih sama.

Seminggu kemudian aku kembali berjumpa doktor yg sama. Ingin minta MC(ketika itu di kolej matrikulasi). Tetapi dia jawab "i cant give you, because i see u are walking". Dalam hati menggelegak, cubalah bayangkan setiap langkah adalah memijak ribuan mata jarum... Namun, aku bukanlah doktor, beliau lagi memahami anatomi tubuh manusia, aku turut saja. Lagi sekali ubat yang sama dibekalkan. Tetapi kali ini beliau suruh aku buat x-ray. Dan hadir keesokannya!!!(x boleh ker siapp terus????why???aku kan sakittt!!!!xkan nak datang lg!!) Turut saja, kau kan doktor!

Setelah hampir 2 minggu tidak hadir ke kuliah, tergerak hatiku ke klinik swasta. Disambut senyuman oleh penjaga kaunter meminta IC. Disuruh duduk ketika menunggu giliran. Masa menunggu yang singkat. Terdapat televisyen dan akuarium yang menenangkan. Ditanya dengan baik oleh doktor. Lantas ujian darah segera dibuat(duduk je skejap,dapat result, kalo hosp kerajaan seminggu baru dapat, tu pun kalau darah tak hilang, data tak jumpa dan bla3). Ujian air kencing juga sama. Dan aku disahkan gout. Aku terima ubat gout. Secara magiknya, esok hari, aku mampu berjalan seperti biasa. Malah berlari. Tetapi, bayaran tak kurang RM100(kalau aku beli ubat tu semua di farmasi hanya RM 20). Bererti 5 minit bersama doktor = RM40 atau lebih.

Setahun berlalu, hari demi hari, aku kali ini ditakdirkan lagi mengalami akut yang sama. Kali ini lebih sengsara. Sebulan aku terlantar. Kelas di Universiti langsung aku tak mampu pergi. Study memang tak dapat. Sakit bagai dibakar-bakar. Pelbagai inisiatif(berubat kampung dsb) tetapi masih gagal.

Akhirnya aku putuskan untuk berhenti belajar di Universiti. Betapa luluh hati seorang ibu apabila anaknya membuat keputusan drastik akibat berputus asa dengan penyakit yang dialami. Ummi lantas membuat keputusan untuk merujuk aku di sebuah hospital pakar(tak bleh mention hosp mane). Demi masa depan aku, Ummi rela berhabis(duit dan emas). Waktu tu aku rasakan, aku pembawa kesedihan untuk seluruh keluarga aku. Give up!!!

Tiba waktunya, aku dihantar ke hospital tersebut. Dengan membawa segunung harapan untuk jalani kehidupan harian seperti biasa, aku tanamkan azam untuk kembali ke Universiti. Nyata, aku disambut oleh kakitangan hospital. Menurunkan aku dari kereta. Letak atas kerusi roda, tolak ke unit kecemasan, dengan senyuman manis dan layanan mesra. Persekitaran hospital bagai hotel 5 bintang. Dipenuhi datin dan datuk, awek free hair dan rambuat bewarna, budka lelaki yang stylo2 melawat ahli keluarga mereka yang sakit. Nyata ini tempat orang kaya2!

Pun begitu, bila bertemu doktor, aku tahu akan pulih di tangannya. Melihatkan keyakinan doktor dan cerita beliau mengenai penyakit aku secara menyeluruh. X-ray, ultrasound, ujian makmal, preskripsi smunanya aku habiskan hanya setengan hari. Dan esoknya aku berjalan!!! Im walking!!!! Tapi kau semua kena tahu.. Ummmi aku habiskan setengah bulan gajinya untuk itu!!!

Sesi 5 minit bertemu doktor adalah RM70?? aku meneliti resit berkali kali. ubat, ujian makmal, cas hospital, cas itu, cas ini.. hmmm.. ini nak tolong orang ke nak tipu orang??? Boleh pulak doktor siap tanya aku tanggung bil sendiri ke ada tajaan/panel.(nampak sangat kalo panel mungkin mencecah jutaan ringgit kot) Mane ade panel!! Aku orang kampung je!!

Realitinya, si miskin tidak akan dapat rawatan terbaik..Jangan kau mimpi dapatkan rawatan di hosp pakar..

Realitinya, ape niat kau jadi doktor kalo 5 minit kau telan RM70??? Aku tahu kau belajar susah, tapi adakah itu alasan kau makap duit lebih??bukankah kepandaian itu kurniaan tuhan yang sememangnya perlu digunakan untuk rawat seberapa ramai mungkin pesakit??buat apa berkhidmat di hosp pakar dan mengubat golongan kaya???then biarkan doktor dari negara lain merawat org miskin..waspada ke mana kepakaranmu diguna..kerana bakal ditanya di ahirat kelak dari manakah setiap sen wang kau dapat.juga kepandaian kurniaan tuhan ke arah mana kau gunakan.ko pikir sendiri!

Realitinya, aku sihat kerana keluarga aku mampu walau x kaya., kalau x????aku berenti Universiti..

Realitinya, klinik kerajaan perlukan seminggu untuk tahu keputusan ujian darah(pesakit mungkin dah mampos time tu). Kenapa klinik kerajaan terok sangat????(jauh bezanya dibanding dgn hosp pakar). Apakah salah buat hosp pakar tp bayar murah2???kau ingat org mintak ke sakit???tuhan bagi la wei!!!so tugas kau la org2 bidang kesihatan(kerajaan skali perlu prihatin) untuk pastikan semua dapat rawatan pakar..

Realitinya, aku cukup x puas hati!!!!mungkin kau orang tak setuju degnan pandangan aku.. itu normal..dan aku tidak katakan semua yang aku cakap adalah betul. Tetapi, suatu hari nanti, andai kau sakit, sediakanlah segunung emas dan wang, semoga cpat sembuh.Tak pon pergila mana2 hosp kerajaan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sabar jat.. ade hikmahnye kiter xtau.. nk menangis aku bace jat.. *ur friend tabak*

amer @ ijjad berkata...

uuu..
power2..
keh3..

thanx bak.
ade gak org nilai pengalaman dan pandangan aku.

Tanpa Nama berkata...

sabo ijat.. aku pun rase mcm tu jgk..
walaupn jrg sakit.. tapi byk tgk sedare mare g spital.. anyway.. gud luck bro... same2 kite abiskan stadi kat ump

Survey!