klik!2

Sabtu, 6 Jun 2009

Mesej Dari Mimbar

Salam blogging semua. Bersyukur kerana kita masih lagi diberi peluang menghirup udara yang mengisi penuh paru-paru.Kemudian diekstrak oksigen ke dalam darah menuju jantung.Dipam tanpa disuruh ke seluruh badan oksigen tersebut tanpa henti walau sedetik. Cuba bayangkan jantung itu terhenti....Selamat tinggal dunia..

Khutbah jumaat yang benar-benar menarik perhatianku kelmarin. Bertempat di Masjid Kg Megat Segama, Temerloh isi khutbah menjelaskan betapa singkatnya hidup ini. Serta realiti rintangan dan cabaran dalam perjalanan menuju destinasi hakiki - Syurga atau Neraka.

Jelas khatib bertugas, kita harus sedar betapa kehidupan ini hanyalah persinggahan. Pada awalnya, kita dihidupkan di alam roh. Kemudian ditiupkan roh tersebut ke dalam rahim ibu. Cukup waktunya 9bulan 9hari, keluarlah kita ke alam persinggahan yang menjadi penentu kehidupan abadi (dalam english, forever) sehingga mencapai usia tidak lebih 100tahun. Kemudian apabila dicabut roh oleh malaikatulmaut, kita disimpan di alam barzakh sementara menanti hari kebangkitan. Bermula di sanalah kita mengharungi pembalasan apa yang kita lakukan di dunia sementara ini. Yang nyata, alam akhirat itu tiada penghujungnya. Beruntunglah mereka yang pahala amalnya mengatasi kejahatan.

Dalam hidup ini, jangan sesekali kita leka mengejar kenikmatan dunia,

Jika kita mengejar wang ringgit dan tidak pernah puas dengan apa yang ada, kemungkinan kita akan terlibat dalam rasuah, penipuan, judi dan mencuri(tidak semestinya pecah rumah,mungkin mencuri secara profesional)

Jika leka melayan kehendak nafsu syahwat, kita akan terjerumus mencari pasangan wanita selain suami isteri yang akibatnya akan memusnahkan institusi kekeluargaan, menyebabkan penyakit melalui virus, lahirnya bayi haram, dan meruntuhkan maruah.

Jika terlalu taksub dengan makanan yang enak-enak, saluran darah akan dipenuhi kolestrol yang menyekat kelancaran pengedaran darah, jantung yang sihat akan terganggu, kesihatan badan akan menjadi buruk yang mengakibatkan ketidakselesaan dalam urusan ibadah.

Jika terlalu mengejar pangkat dan darjat, maka akan menjadi sia-sia lah amalan akibat niat yang terpesong. Juga si gila darjat berisiko terjerumus dalam rasuah, cantas-mencantas, fitnah, pembunuhan dan pergaduhan besar-besaran.

Perbuatan-perbuatan ini semuanya akan menjauhkan kita dari rahmat Allah. Apabila tiadanya rahmat, maka mudahlah tersesat dari landasan fitrah manusia. Dengan ini, sia-sialah kehidupan dunia ini. Kerana kejahatan itu tidak mudah terhapus. Jangan mengharap taubat ketika tua, dikhuatiri hati semakin keras untuk kembali ke pangkal jalan.

Buat semua, semoga kita dikurniakan hidayah dari Allah SWT. Bertaubatlah sebelum kita ditinggalkan dunia. Time is just fly..

(maaf kerana tidak dapat menyertakan nas2 dari al quran dan hadis, aku bukan arif tentang agama, tetapi sekadar ingin ingat mengingati)

2 ulasan:

miss berkata...

x dapat dibayangkan macam mana rasanya kehidupan di alam abadi itu.. for eternity.

mpejal2 berkata...

serius...bgs la igtn ni...keep it up.
hdp ni x lame.mati pon xthu.kenasalingigt mengingati

Survey!