klik!2

Sabtu, 13 Jun 2009

Kita Dalam Kawah Riba (Emas penyelamatnya)

Agak berat tajuk yang bakal saya kupas pada entry ini. Entry kali ini tidak menceritakan tentang pengalaman ataupun pandangan saya. Tetapi ingin saya berkongsikan apa yang telah saya faham dan dapat melalui pembacaan.

Saudara dan saudari, asas sistem mata wang dalam Islam ialah sistem dwilogam
– emas (Dinar Emas) dan perak (Dirham). Berbanding sistem ekonomi kini, sistem kadar pertukaran terapong atau dikenali juga sebagai sistem kadar pertukaran anjal terdedah kepada
serangan spekulasi kerana disandarkan kepada nilai matawang Amerika Syarikat(USA). Sebagai contoh, kemelut ekonomi pada 1997 telah memiskinkan negara-negara Asia Tenggara sehinggakan bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa ,IMF terpaksa dipohon oleh Filipina, Thailand dan Indonesia. Manakala Tun Mahathir pada ketika itu telah menambat nilai ringgit untuk mengurangkan impak krisis ekonomi dunia terhadap ekonomi negara. Dengan ini,kita telah menentukan nilai matawang kita sendiri. Ketika itu,

USD 1 = RM2.75 telah jatuh menjunam kepada USD 1 = RM3.8.

Wang kertas yang kita semua gunakan sebenarnya adalah wang fiat.Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas dan perak, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.

Ayuh wahai semua rakan-rakanku, sedarlah. Sistem ekonomi berasaskan wang kertas kini adalah cukup tidak adil. Kerana nilai wang itu adalah tidak sama dengan nilai yang tercetak. Jadi, kita tidak dibayar dengan setimpal atas khidmat dan barangan yang kita berikan. Contohnya, kita memerlukan kos sebanyak RM100 unutk mencetak RM 100 000, kemana perginya nilai lebihan Rm99 900?? Siapa pencetak duit kita?? Dari mana kertas dolar ini datang??
Kertas dolar hanyalah kertas yang telah dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ini dipanggil – fiat money - nilai yang dipaksa. Tanpa paksaan ini dolar hanyalah kertas yang tidak memiliki apa-apa nilai. Justeru kertas dolar adalah satu penipuan yang terunggul dalam sistem ekonomi kapitalis.

Ape kaitan plak stakat beli lauk kat kafe ngan makcik tu dengan duit ketas. Aku dah bayar,nti makcik tu beli aa lauk mentah balik..bla3...jgn jumud kawan2..sebenarnya, sekecil transaksi perniagaan pun walaupun membeli gula2 hacks 20sen pun ada kesannya kepada ekonomi.setidak2nya ekonomi si peruncit dan pembeli.

Anda mesti tahu:

FEDERAL RESERVE ; pertubuhan sulit yang hanya pengerusinya dikenali, Alan Greenspan Pengerusi Federal Reserve yang lalu dan Ben Bernanke Pengerusi yang terkini. Lembaga pengarah pencatur ekonomi dunia yang lain adalah dirahsiaka. (mungkinkah yahudi laknatullah yang bertuhankan syaiatan??) akta federal reserve ini diluluskan melalui kejayaan penipuan mereka pada 1913 yang disangka adalah Bank Negara Amerika seperti Bank Negara Malayisa seperti di Jalan Kuching. Tetapi hakikatnya ia sebuah pertubuhan rahsia.

Mengikut Akta 1913 ini pentabiran Amerika tidak lagi dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri. Mata wang untuk kegunaan negara Amerika hanya akan dikeluarkan oleh Federal Reserve. Jika kerajaan Amerika memerlukan dolar maka kerajaan wajib meminjam dari Federal Reserve – sama ada dengan menjual bond atau meminjam dengan bunga yang ditetapkan.

Secara jelas, para banker ini mencetak kertas yang dipanggil dolar tanpa apa apa asas. Kertas dolar ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika dari Federal Reserve ini akan dibayar kembali dengan bunga. Duit membayar hutang dan riba ini datang dari tenaga dan titik peluh rakyat Amerika. Melalui kertas kosong para banker ini telah membuat harta Qarun.

Dengan jelasnya, mereka yang mencetak duit dan akhinya duit itu datang kembali kepada mereka dengan nilai titik peluh manusia dunia.

Cuba anda fikirkan apa akan berlaku sekiranya wang terlebih atau kurang dicetak?

Biasanya duit akan dicetak lebih ketika gawat,peperangan, wang akan dicetak dengan banyak melebihi pertumbuhan sebenar ekonomi sesebuah negara. Inflasi berlaku. Ketika ini kemungkinan sebiji telur mencecah rm50. Jika ingin membeli seguni beras,perlukan satu troli wang. Dahsyat..




Jika wang tidak dicetak atau kurang dicetak pula kemelesetan akan berlaku akibat daripada nilai eksport yang tinggi. Ketika negara lain mencetak duit dan mengalami inflasi, nilai barangan bagi negara yang mengekalkan nilai matawang akan meningkat. Dengan ni,eksport akn berkurangan dan turut menyebabkan kemelesetan.

Hari ini sebenarnya tidak ada masaalah kecairan. Apa yang berlaku ialah peralihan harta dan wang ringgit warga dunia masuk ke tangan para banker ini. Dolar yang terkumpul hari ini melebihi 17 trilion dolar. Dolar, emas dan pelbagai mata wang ini tersimpan di 27 buah negara pulau yang memiliki bank pesisir pantai. Negara seperti Bermuda, Cook Islands, Switzerland, Luxumbourg, Cayman Island dan termasuk Labuan (Labuan International Offshore, LOFSA) adalah tempat tersoroknya harta ini. Buat ketika ini di sinilah harta kekayan dunia sedang bermastautin.


Bagaimana mahu lari dari terus menyumbang kepada kekayaan hantu-hantu dunia ekonomi ini??


Jawapannya adalah sangat sukar. Ketika ini Bank Dunia dan IMF telah memaksa semua tukaran wang asing disandarkan kepada dolar. Dengan ini, wang kertas ini adalah perlu untuk seluruh dunia. Tiada ruang untuk lari dari wang kertas. Semua simpanan reserve bank-bank negara dalam dunia ini akan bersandarkan dengan kertas dolar. Dengan ini, semua ditambat. Jatuh bangun ekonomi kita adalah terikat dengan nilai dolar. Jatuh mereka jatuhkah kita.


Mari lihat dari sudut Islam..Hanya ini kebenarannya.


RIBA- riba adalah strategi utama dajal dan suku sakatnya yakjuj dan makjuj menundukkan tamadun manusia.


SURAH TERAKHIR YANG DITURUNKAN KEPADA NABI ADALAH MENGENAI AMALAN RIBA- (wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sia-sisa riba jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan maka ketahuilah bahawa Allah SWT dan Rasulnya akan memerangi kamu. Dan jika kamu bertaubat maka bagi kamu poko hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya. surah al-Baqarah ayat 278-279)


ayuh berfikir, ayat diatas turunnya 5hari sebelum kemangkatan baginda tercinta. Sungguh marah Allah SWt keatas kita sehingga mengisytiharkan perang. Sebak sungguh rasanya.


Dengan ini, inilah penyelesaiannya. Sabda baginda lebih 1400 tahun dahulu:





Diriwayatkan oleh Abu Bakar ibnu Abi Maryam bahwa beliau
mendengar Rasulullah SAW bersabda, ”Masanya akan tiba
pada umat manusia, ketika tidak ada apapun yang berguna
s e l a i n D i n a r d a n D i r h a m . ” (Musnad Imam Ahmad bin
Hambal).



Tunggu entry akan datang untuk mengetahui mengapa,bagaimana dan sebab musabab mengapa emas ini adalah penyelesaian kepada kita untuk keluar dari kawah riba dosa yang amat besar ini=)

p/s jika ada sebarang kesilapan, saya amat mengalu alukan komen daripada semua. Juga saya membuka ruang kepada yang tidak bersetuju. Sebarang komen adalah amat saya hargai untuk mementapkan lagi ilmu.Maaf jika ada kesilapan.

sumber rujukan:
1.http://www.dinarkel.com (kelantan gold dinar)
2. http://hasbullah.pit.my (blog hasbullah pit)
3. http://dppwp.wordpress.com (dppwp)
4.http://www.tranungkite.net
5. dan lain2 fail pdf dari web2 berkaitan.

2 ulasan:

yanee berkata...

Apa maksud nilai ekspot tinggi tu?aku masih blur kaitan 'wang kurang dicetak--->nilai ekspot tinggi--->ekonomi meleset.

amer @ ijjad berkata...

camni..Malaysia stabil..Indon tidak..waktu 1997,Indon pinjam dari IMF..then cetakan rupiah Indon tinggi..

jadi, inflasi berlaku di Indon..inflasi ni maksudnya,barang ada,tp kuasa beli menurun..sebab barang akan naik harga,contohnya,telur jd rupiah 500.

tapi,gaji dorg ganas2...mungkin sebulan 1juta rupee..tapi jika nak banding ngan Malaysia, 1juta rupee mungkin rm200 ja.

soooo,jika dorg mau eksport barang dari malaysia, katakan beras berharga rm200 sahaja di Malaysia..dorg tpaksa bayar 1juta rupiah..so,nilai eksport dorg tinggi kan??

yang ruginmya,bukan shj indon,malaysia pon rugi pasal kemampuan pengimport dah kurang..barang x dapat keluar malaysia.

Survey!