klik!2

Selasa, 9 Jun 2009

Dinar dan Dirham

Diriwayatkan oleh Abu Bakar ibnu Abi Maryam bahwa beliau
mendengar Rasulullah SAW bersabda, ”Masanya akan tiba
pada umat manusia, ketika tidak ada apapun yang berguna
s e l a i n D i n a r d a n D i r h a m . ” (Musnad Imam Ahmad bin
Hambal).
Cemboy sedang merungkai apakah kepentingan dinar dan dirham. Saya juga berminat untuk membuat pelaburan emas(dinar). Bolehkah sesiapa jelaskan tentang pelaburan ini?Bagaimana ingin melabur?

3 ulasan:

Afiq Rohimi berkata...

Salam...

Untuk melabur dalam emas senang saja. Ada beberapa cara yang boleh saudara lakukan. Saudara boleh ke mana2 kedai emas, dan beritahu pekedai niat untuk membeli emas tulen @ jongkong. Namun begitu, dalam keadaan ini, emas yang dijual kepada saudara adalah lebih tinggi harga dari harga pasaran dan jika saudara hendak menjualnya semula, harganya adalah lebih rendah dari pasaran. Perbezaan harga ini akan diambil oleh kedai emas sebagai untung.

Namun, kelemahan cara ini ialah saudara perlu tempat selamat untuk menyimpan emas tersebut. Tambahan pula, saudara keluar dari kedai emas dengan menrangkul sejongkong emas mungkin menarik banyak perhatian. Saudara boleh juga membeli emas melalui bank.

Sesetengah bank menawarkan perkhidmatan pelaburan emas.Antara contoh bank tersebut ialah Public Bank dan United Overseas Bank. Dengan bank, pelaburan lebih mudah kerana saudara hanya perlu memasukkan wang dan emas akan dibeli dan disimpan olah bank di bilik kebal bagi pihak saudara. Tambahan pula, nilai jual/beli emas oleh bak adalah jauh lebih dekat dengan harga pasaran berbanding kedai2 emas.

Saudara boleh mengunjungi bank2 ini untuk maklumat tambahan. Sekian, harap ilmu ini dapat dikongsi bersama dan membawa kebaikan dunia dan akhirat.

amer @ ijjad berkata...

terima kasih en afiq
maklumat yang cukup berguna untuk saya
terima kasih juga kerana menjengah blog saya.

aMin berkata...

Untuk pelaburan yang terbaek ialah eMas gold bar tetapi hadiah yg terbaek bg isteri ialah barang kemas..Hal ini kerana Gold Bar mpyi spread yg rendah iaitu harga we buy & we sell..berminat memiliki dinar & gold bar hubungi sy aMin 0125662834 @ kunjungi blog sy http://saudagaremass.blogspot.com/
Authorised Dealer Public Gold

Survey!