klik!2

Selasa, 16 Jun 2009

Cemboy Bicara Tentang Cinta

Assalamualaikum semua teman-teman. Semoga rahmat dan redha Allah ke atas kita semua. Sungguh, tiada kita disini berkuasa untuk celik sekalipun jika tersisih dari cinta ilahi. Sewajarnya, balaslah cinta itu dengan ketaatan kepadaNya mudah-mudahan kita beroleh kemenangan di dunia dan akhirat kelak.

Menarik untuk diperkatakan. Cinta kepada si dia. Ayu wajahnya. Bahasa tubuhnya. Sikap manjanya. Rajuk hatinya. Gurauan nakalnya. Namun kenapakah wujudnya perasaan cinta? Manusia tidak berkuasa, Allah yang menciptakannya. Tentu tersembunyi hikmah yang besar disebalik ciptaanNya.

Cinta itu buta. Ramai maklum dengannya. Bagiku, memang buta malah menyesatkan andainya tersalah pembawaannya. Bukan cinta itu yang buta, tetapi manusia yang gagal mengawalnya. Kerana cinta itu betapa suci, tinggi sifatnya. Tidak wajar menyalahkan cinta andai hanyut dibuai olehnya.

Cinta itu indah. Sememangnya tidak mampu dilihat. Tetapi boleh dirasai. Terlalu subjektif, hanya yang alami dapat merasakan. Indahnya perasaan itu.Tidak berbunyi jika bertepuk sebelah tangan, tidak juga terasa indahnya jika cinta tak berbalas. "mesti ade connection, baru kau boleh rase". Jadi, jika kita adaptasikan kepada cinta Allah dan rasul, siapakah yang tidak memberi cinta sewajarnya?? Rasulullah melalui sabda2nya telah menzahirkan cintanya kepada kita semua sehinggakan sebelum pergi menghadap Allah disaat-saat genting berhadapan dengan maut baginda kekal menyebut "umatku,umatku,umatku". Kerana cinta itulah baginda merisaukan kita semua. Bagaimanakah kehidupan kita setelah ketiadaan baginda.

Surah pertama,ayat pertama'

"dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani" ayat pertama surah al-fatihah.

Saban hari kita membacanya. Namun pengertiannya sejauh manakah kita hayati. Sudah jelas bahawa sifat pemurah Allah meliputi langit dan bumi, samaada kepada golongan beriman mahupun kufur. Tidak hairanlah kejayaan dunia banyak digapai hatta oleh seseorang yang bukan Islam pun. Kerana pemurahnya juga, kita dapat menikmati dunia ini walaupun kadangkala tersasar jauh ke lembah dosa. Namun, limpahan rahmat inilah yang melalaikan kita. Menumpulkan iman di dada. Natijahnya, terlepaslah kita sifat ar-RahimNya. Dengan erti kata lain, kita lari dari cinta Allah. Seperti yang sudah dijelaskan, "mesti ade connection,baru ade cinta". Betapa ruginya kita. Sedikitpun tidak cuba mendekatkan diri kepadaNya.

Cinta kepada makhluk itu tidaklah kekal. Senyum manisnya lama kelamaan akan terhakis. Tegang kulitnya akan merekah akibat penuaan. Si dia yang kita sayangi akan pergi selamanya menghadap tuhan. Namun, andai tulus ikatan itu untuk menurut sunnah rasul, bahagialah menanti istana rumah tangga yang diimpi. Tidak pula dicemari dosa ketika sebelum mengikat pernikahan.

Cinta kepada Allah,iaitu pencipta adalh kekal. Cinta ini dibawa ke akhirat. Meninggikan darjat. Secara tidak langsung, kita mampu menghisai akhlak, terhindar dari dosa, terlindung dari kejahatn, tenang dalam menongkah ujian andai kata berjaya peroleh cinta sejati ini. Namun ia bukan mudah. Harus dulu mencari ilmu. Tanpa ilmu tidak mungkin dapat beramal. Tanpa amal tak mungkin miliki iman. Tanpa iman sempurna tidak lengkap cinta itu.

Ingatlah rakan-rakanku, kita hidup ini atas ehsan Allah. Atas sifat ar-RahmanNya. Andai tiada diberi lagi, merontalah kita kesusahan di dunia ini. Bukanlah niat ingin berceramah, tetapi ingin mengingatkan diri yang kadangkala leka dibuai cinta. Juga ingin memupuk iman setelah lama tidak ditarbiah diri ini.



Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu…
(damba kasih, ito lara)

3 ulasan:

Awan berkata...

sebena nye kan..lbh bek xyah cintan cintun..
=p

Syazwann Al-Qwantani berkata...

bro,da usha buku 'Aku Terima Nikahnya' karya ustaz HASRIZAL saifulislam.com?

ha ko kene baca tu hehe!

amer @ ijjad berkata...

awan, cintan cintun tu xpyh la kot..nikah terosss.setel..

wan, kene bace nehh..hehe..rugi xbace ni..nti aku cari.

Survey!