klik!2

Selasa, 30 Jun 2009

Emas (sambungan)

Sebelum anda meneliti entry untuk kali ini, eloklah sekiranya anda membaca dahulu entry terdahulu berhubung isu emas ini.
Sebelum ini kita meninjau sejauh manakah penipuan dari segi ekonomi yang menghantui dunia sehinggakan wang kertas yang tidak langsung bernilai itu diagung-agungkan. Malang sekali apabila generasi kini khasnya di Malaysia tidak pernah tahu menahu akan emas . Mereka hanya berpandangan emas adalah untuk perhiasan wanita dan harganya adalah mahal. Namun begitu hairan mengapa emas ini yang mereka sangka tidak bernilai juga terdapat di dalam syurga sebagaimana firmanNya

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera. [Surah al-Hajj: ayat 23]

(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. [At-Taubah: ayat 34 - 35]

Betapa emas adalah merupakan perkara yang dihighlightkan oleh Allah SWT kerana nyata banyak lagi ayat2 yang mengandungi perkataan emas. Dalam ayat di atas, kedudukan emas itu jelas sebagai lambang kemegahan kepada manusia. Jika juara dalam bidang sukan dikalungkan pingat emas, mereka yang beriman pula dihadiahkan dengan emas yang disarungkan gelang2 emas. Pada ketika iut tidak lagi haram emas ini kepada lelaki sebagaimana di dunia. Emas, dari segi faktanya, adalah satu bahan yang wujud di syurga!!Subhanallah..Tidak hairanlah jika kita berasa tenang jika melihat emas. Tidak percaya??miliki, letak di telapak tangan dan renungilah..

Bagi ayat surah At-Taubah di atas pula, nyatalah emas itu menjadi bahan bakar di dalm neraka. Ini adalah amaran keras Allah SWT kepada mereka yang enggan membayar zakat, menindas orang lain dengan kekayaan yang dimiliki, PENJANGAK KEWANGAN IMF, BANK DUNIA DAN FEDERAL RESERVE!!!!, mereka yang mengamalkan riba dan sebagainya. Inilah kesan ekonomi ke atas kehidupan. Emas itu kekal ke akhirat. Di neraka juga syurga.
Masih lagi tidak mengerti bahawa emas itu satu harta masa depan yang mutlak?? Cuba kalian fikirkan, mengapa Allah tidak menyebut US Dolar, Ringgit Malaysia, Pound Sterling mahupun Yen jepun??? Mengapa emas??
Cukuplah sejak tahun 1944 kita 44 buah Negara ditipu hidup2 bahawa wang kertas akan disandarkan kepada US Dolar yang disandarkan kepada $35 setiap auns emas. Perjanjian Bretton Woods yang sifatnya menjahanamkan manusia dunia! Hanya selepas itu, Perang Vietnam 1971 berlaku, maka bertambah peninglah umat manusia apabila wang dicetak berganda2 nilai emas akibat keperluan untuk membiayai peperangan. Pada ketika itu, inflasi adalah di tahap genting.
Inilah akibat,natijah, kesan, efek, balasan, atau pulangan kepada kemungkaran kepada ayat2 Allah SWT. Riba secara terang-terangan, sehingga segenap manusia di seluruh Negara dunia menggunakan wang kertas dalam semua urusan pertukaran barangan sebagai pengantara.
Saintifiknya juga dapat dilihat kewajaran emas dan perak sebagai teras ekonomi yang dianjurkan Islam iaitu berasaskan Dwilogam. Simbol kimianya AU atau dalam bahasa Latinnya Aurum bernombor atom 79 dan berat atom ialah 196.97 gram per mol, berketumpatan 19.3 gram sentimeter padu, takt lebur 1063 darjah celcius, lembut, tidak mudah menogksida. Dengan sifat ini, ia menjadikan emas cukupo unik. Emas dan perak juga adalah terhad di muka bumi ini. Ia terbentuk dengan unsure sendiri tanpa berpadu dengan atom lain bagi membentuknya. Sifatnya yang tidak terhakis menjadikannya tidak susut nilai berbanding dengan wang kertas yang lama kelamaan akan rosak. Dengan warna kuning menawan serta sifatnya yang lembut serta mudah dibentuk menjadikannya logam yang boleh digunakan untuk terapi supaya memberi ketenangan. Kesendiriannya sukar digugat menjadikan atom atomnya cukup mustahil berpadu dengan unsure lain melambangkan gahnya emas berdiri di kelas tersendiri di kalangan logam2 dunia. Aurum atau emas ini, juga super duper ketahananya. Andai diletak emas dan besi di atas satu meja, seminggu kemudian besi yang kilauannya juga tidak kurang akan hilang serinya dek karat akibat teroksida. Megahnya emas itu tetap mengilau. Malah emas ini jika dibiar berkurun lama, 7 keturunan cucu cicit piot juga kekal dalam bentuknya. Ahli kimia terhebat dunia sekalipun tidak akan mampu menghasilkan emas dengan pelbagai kemajuan teknologi dan ini menjamin menyelesaikan masalah wang palsu. Apabila digigit, ia meninggalkan kesan gigi manakala jika dicairkan ia tidak berubah warna menjadikan ia senang dikesan ketulenannya. Nah!!! Sesungguhnya Islam itu benar! Emas dan perak adalah harta kita yang sebenar!
Kini, emas hanya digunakan dalam urusan perkahwinan, perhiasan bagi yang tahu nilainya, menjadi hadiah bagi penjaring terbanyak dalam liga bola sepak dunia (kasut emas), menjadi pingat emas sukan olimpik juga acara antarabangsa. Nyata prestijnya masih ada. Cuma kefahaman dan penggunaan itu menjadi terhad.

Kali ini, anda fikirlah sendiri jadual di bawah ini. Saya kepilkan graf harga emas dan
nilai wang di bawah.














Menunjukkan nilai wang yang sentiasa menyusut menjadikan sekarang RM10 boleh membeli seekor ayam. 3tahun lagi RM10 hanya untuk sebelah ayam.












Graf emas dari 1999-2009 menunjukkan nilai emas yang kita simpan kini berharga RM300, tetapi 10 tahun lagi dengan emas yang sama, ia meningkat menjadi RM1000.














Lihat emas ini, tenung, dapat ketenangan? Bagaimana jika ia milik anda??

Khamis, 25 Jun 2009

Blog Wajah Baru!! Masuk2!! =p

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat Allah yang Esa. Tanpa rahmatnya, tidaklah mampu untuk sekadar bernafas sekalipun. Syukur kepadaNya. Kepada yang sakit, bersyukurlah. Kerana sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa. Kepada yang sedang bersedih, dekatkanlah diri kepadaNya, semoga hari-hari yang dilalui lebih bermotivasi dan bersemangat. Apa-apa juga keadaan, semoga kita sentiasa tersenyum=)

Blog sudah berwajah baru, tiada lagi gambar "muke x puas ati" kat banner. Dan yang paling penting berlatarbelakang hijau yang pada pandanganku warna yang mendatangkan ketenangan. Inilah hasil melepaskan tekanan selepas 2 3 hari bersengkang mata untuk peperiksaan akhir. Setelah habis final exam, kebetulan pula akaun nuffnangku dah dimasuki duit!!kcingg2!! Maka bertambah semangatlah aku untuk terus menulis blog. Terima kasih juga kepada para pelawat.

Semester pendek telah tamat. Aku ada lebih kurang 10hari lagi sebelum sem baru bermula. Jumaat pulang dan akan rehat dengan bahagianya. Nak memancing, baca perkembangan dunia, mendalami ilmu2, berjumpa adik2 sepupu dan saudara mara, melawat lembu ummi, dan merenung TV sampai remote rosak. Bahagianyaaaa... warghhh... Apapun semoga sem depan lebih baik dari segi sikap, motivasi, pengurusan masa, hubungan sesama kawan, kesihatan, keimanan, kerajinan dan aspek2 yang diperlukan untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

Kepada semua, Ramadahn akan menjelma. Hari ini sudah 2 Rejab, bereti ada 2 bulan lagi. Waktu Rejab dan Syaaban inilah kita nak training. Terutama kepada wanita, gantilah yang mana dah tertinggal kay. Nanti dah bukak sem macam2 alasan lak. Semoga kita semua dapat lalui Ramadhan dengan sempurna. Oleh itu, ayuh bersama memupuk semangat Ramadhan dari sekarang. Jangan sia-siakan untuk tahun ini=)

Entry berikutnya aku akan menceritakan pengalaman hidup sepanjang semester pendek dan sambungan kepada entry "emas".. Insyaallah..Tungguuuu=)


Temerloh Bandar ikan patin. Kampung halamanku. Gambar sebelah menunjukkan sungai kebanggaan peduduk di sini yang mengandungi ikan patin yang banyak dan enak. Nantikan aku patin..heheheee..

Selasa, 16 Jun 2009

Cemboy Bicara Tentang Cinta

Assalamualaikum semua teman-teman. Semoga rahmat dan redha Allah ke atas kita semua. Sungguh, tiada kita disini berkuasa untuk celik sekalipun jika tersisih dari cinta ilahi. Sewajarnya, balaslah cinta itu dengan ketaatan kepadaNya mudah-mudahan kita beroleh kemenangan di dunia dan akhirat kelak.

Menarik untuk diperkatakan. Cinta kepada si dia. Ayu wajahnya. Bahasa tubuhnya. Sikap manjanya. Rajuk hatinya. Gurauan nakalnya. Namun kenapakah wujudnya perasaan cinta? Manusia tidak berkuasa, Allah yang menciptakannya. Tentu tersembunyi hikmah yang besar disebalik ciptaanNya.

Cinta itu buta. Ramai maklum dengannya. Bagiku, memang buta malah menyesatkan andainya tersalah pembawaannya. Bukan cinta itu yang buta, tetapi manusia yang gagal mengawalnya. Kerana cinta itu betapa suci, tinggi sifatnya. Tidak wajar menyalahkan cinta andai hanyut dibuai olehnya.

Cinta itu indah. Sememangnya tidak mampu dilihat. Tetapi boleh dirasai. Terlalu subjektif, hanya yang alami dapat merasakan. Indahnya perasaan itu.Tidak berbunyi jika bertepuk sebelah tangan, tidak juga terasa indahnya jika cinta tak berbalas. "mesti ade connection, baru kau boleh rase". Jadi, jika kita adaptasikan kepada cinta Allah dan rasul, siapakah yang tidak memberi cinta sewajarnya?? Rasulullah melalui sabda2nya telah menzahirkan cintanya kepada kita semua sehinggakan sebelum pergi menghadap Allah disaat-saat genting berhadapan dengan maut baginda kekal menyebut "umatku,umatku,umatku". Kerana cinta itulah baginda merisaukan kita semua. Bagaimanakah kehidupan kita setelah ketiadaan baginda.

Surah pertama,ayat pertama'

"dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani" ayat pertama surah al-fatihah.

Saban hari kita membacanya. Namun pengertiannya sejauh manakah kita hayati. Sudah jelas bahawa sifat pemurah Allah meliputi langit dan bumi, samaada kepada golongan beriman mahupun kufur. Tidak hairanlah kejayaan dunia banyak digapai hatta oleh seseorang yang bukan Islam pun. Kerana pemurahnya juga, kita dapat menikmati dunia ini walaupun kadangkala tersasar jauh ke lembah dosa. Namun, limpahan rahmat inilah yang melalaikan kita. Menumpulkan iman di dada. Natijahnya, terlepaslah kita sifat ar-RahimNya. Dengan erti kata lain, kita lari dari cinta Allah. Seperti yang sudah dijelaskan, "mesti ade connection,baru ade cinta". Betapa ruginya kita. Sedikitpun tidak cuba mendekatkan diri kepadaNya.

Cinta kepada makhluk itu tidaklah kekal. Senyum manisnya lama kelamaan akan terhakis. Tegang kulitnya akan merekah akibat penuaan. Si dia yang kita sayangi akan pergi selamanya menghadap tuhan. Namun, andai tulus ikatan itu untuk menurut sunnah rasul, bahagialah menanti istana rumah tangga yang diimpi. Tidak pula dicemari dosa ketika sebelum mengikat pernikahan.

Cinta kepada Allah,iaitu pencipta adalh kekal. Cinta ini dibawa ke akhirat. Meninggikan darjat. Secara tidak langsung, kita mampu menghisai akhlak, terhindar dari dosa, terlindung dari kejahatn, tenang dalam menongkah ujian andai kata berjaya peroleh cinta sejati ini. Namun ia bukan mudah. Harus dulu mencari ilmu. Tanpa ilmu tidak mungkin dapat beramal. Tanpa amal tak mungkin miliki iman. Tanpa iman sempurna tidak lengkap cinta itu.

Ingatlah rakan-rakanku, kita hidup ini atas ehsan Allah. Atas sifat ar-RahmanNya. Andai tiada diberi lagi, merontalah kita kesusahan di dunia ini. Bukanlah niat ingin berceramah, tetapi ingin mengingatkan diri yang kadangkala leka dibuai cinta. Juga ingin memupuk iman setelah lama tidak ditarbiah diri ini.



Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu…
(damba kasih, ito lara)

Sabtu, 13 Jun 2009

Kita Dalam Kawah Riba (Emas penyelamatnya)

Agak berat tajuk yang bakal saya kupas pada entry ini. Entry kali ini tidak menceritakan tentang pengalaman ataupun pandangan saya. Tetapi ingin saya berkongsikan apa yang telah saya faham dan dapat melalui pembacaan.

Saudara dan saudari, asas sistem mata wang dalam Islam ialah sistem dwilogam
– emas (Dinar Emas) dan perak (Dirham). Berbanding sistem ekonomi kini, sistem kadar pertukaran terapong atau dikenali juga sebagai sistem kadar pertukaran anjal terdedah kepada
serangan spekulasi kerana disandarkan kepada nilai matawang Amerika Syarikat(USA). Sebagai contoh, kemelut ekonomi pada 1997 telah memiskinkan negara-negara Asia Tenggara sehinggakan bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa ,IMF terpaksa dipohon oleh Filipina, Thailand dan Indonesia. Manakala Tun Mahathir pada ketika itu telah menambat nilai ringgit untuk mengurangkan impak krisis ekonomi dunia terhadap ekonomi negara. Dengan ini,kita telah menentukan nilai matawang kita sendiri. Ketika itu,

USD 1 = RM2.75 telah jatuh menjunam kepada USD 1 = RM3.8.

Wang kertas yang kita semua gunakan sebenarnya adalah wang fiat.Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas dan perak, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.

Ayuh wahai semua rakan-rakanku, sedarlah. Sistem ekonomi berasaskan wang kertas kini adalah cukup tidak adil. Kerana nilai wang itu adalah tidak sama dengan nilai yang tercetak. Jadi, kita tidak dibayar dengan setimpal atas khidmat dan barangan yang kita berikan. Contohnya, kita memerlukan kos sebanyak RM100 unutk mencetak RM 100 000, kemana perginya nilai lebihan Rm99 900?? Siapa pencetak duit kita?? Dari mana kertas dolar ini datang??
Kertas dolar hanyalah kertas yang telah dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ini dipanggil – fiat money - nilai yang dipaksa. Tanpa paksaan ini dolar hanyalah kertas yang tidak memiliki apa-apa nilai. Justeru kertas dolar adalah satu penipuan yang terunggul dalam sistem ekonomi kapitalis.

Ape kaitan plak stakat beli lauk kat kafe ngan makcik tu dengan duit ketas. Aku dah bayar,nti makcik tu beli aa lauk mentah balik..bla3...jgn jumud kawan2..sebenarnya, sekecil transaksi perniagaan pun walaupun membeli gula2 hacks 20sen pun ada kesannya kepada ekonomi.setidak2nya ekonomi si peruncit dan pembeli.

Anda mesti tahu:

FEDERAL RESERVE ; pertubuhan sulit yang hanya pengerusinya dikenali, Alan Greenspan Pengerusi Federal Reserve yang lalu dan Ben Bernanke Pengerusi yang terkini. Lembaga pengarah pencatur ekonomi dunia yang lain adalah dirahsiaka. (mungkinkah yahudi laknatullah yang bertuhankan syaiatan??) akta federal reserve ini diluluskan melalui kejayaan penipuan mereka pada 1913 yang disangka adalah Bank Negara Amerika seperti Bank Negara Malayisa seperti di Jalan Kuching. Tetapi hakikatnya ia sebuah pertubuhan rahsia.

Mengikut Akta 1913 ini pentabiran Amerika tidak lagi dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri. Mata wang untuk kegunaan negara Amerika hanya akan dikeluarkan oleh Federal Reserve. Jika kerajaan Amerika memerlukan dolar maka kerajaan wajib meminjam dari Federal Reserve – sama ada dengan menjual bond atau meminjam dengan bunga yang ditetapkan.

Secara jelas, para banker ini mencetak kertas yang dipanggil dolar tanpa apa apa asas. Kertas dolar ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika dari Federal Reserve ini akan dibayar kembali dengan bunga. Duit membayar hutang dan riba ini datang dari tenaga dan titik peluh rakyat Amerika. Melalui kertas kosong para banker ini telah membuat harta Qarun.

Dengan jelasnya, mereka yang mencetak duit dan akhinya duit itu datang kembali kepada mereka dengan nilai titik peluh manusia dunia.

Cuba anda fikirkan apa akan berlaku sekiranya wang terlebih atau kurang dicetak?

Biasanya duit akan dicetak lebih ketika gawat,peperangan, wang akan dicetak dengan banyak melebihi pertumbuhan sebenar ekonomi sesebuah negara. Inflasi berlaku. Ketika ini kemungkinan sebiji telur mencecah rm50. Jika ingin membeli seguni beras,perlukan satu troli wang. Dahsyat..




Jika wang tidak dicetak atau kurang dicetak pula kemelesetan akan berlaku akibat daripada nilai eksport yang tinggi. Ketika negara lain mencetak duit dan mengalami inflasi, nilai barangan bagi negara yang mengekalkan nilai matawang akan meningkat. Dengan ni,eksport akn berkurangan dan turut menyebabkan kemelesetan.

Hari ini sebenarnya tidak ada masaalah kecairan. Apa yang berlaku ialah peralihan harta dan wang ringgit warga dunia masuk ke tangan para banker ini. Dolar yang terkumpul hari ini melebihi 17 trilion dolar. Dolar, emas dan pelbagai mata wang ini tersimpan di 27 buah negara pulau yang memiliki bank pesisir pantai. Negara seperti Bermuda, Cook Islands, Switzerland, Luxumbourg, Cayman Island dan termasuk Labuan (Labuan International Offshore, LOFSA) adalah tempat tersoroknya harta ini. Buat ketika ini di sinilah harta kekayan dunia sedang bermastautin.


Bagaimana mahu lari dari terus menyumbang kepada kekayaan hantu-hantu dunia ekonomi ini??


Jawapannya adalah sangat sukar. Ketika ini Bank Dunia dan IMF telah memaksa semua tukaran wang asing disandarkan kepada dolar. Dengan ini, wang kertas ini adalah perlu untuk seluruh dunia. Tiada ruang untuk lari dari wang kertas. Semua simpanan reserve bank-bank negara dalam dunia ini akan bersandarkan dengan kertas dolar. Dengan ini, semua ditambat. Jatuh bangun ekonomi kita adalah terikat dengan nilai dolar. Jatuh mereka jatuhkah kita.


Mari lihat dari sudut Islam..Hanya ini kebenarannya.


RIBA- riba adalah strategi utama dajal dan suku sakatnya yakjuj dan makjuj menundukkan tamadun manusia.


SURAH TERAKHIR YANG DITURUNKAN KEPADA NABI ADALAH MENGENAI AMALAN RIBA- (wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sia-sisa riba jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan maka ketahuilah bahawa Allah SWT dan Rasulnya akan memerangi kamu. Dan jika kamu bertaubat maka bagi kamu poko hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya. surah al-Baqarah ayat 278-279)


ayuh berfikir, ayat diatas turunnya 5hari sebelum kemangkatan baginda tercinta. Sungguh marah Allah SWt keatas kita sehingga mengisytiharkan perang. Sebak sungguh rasanya.


Dengan ini, inilah penyelesaiannya. Sabda baginda lebih 1400 tahun dahulu:





Diriwayatkan oleh Abu Bakar ibnu Abi Maryam bahwa beliau
mendengar Rasulullah SAW bersabda, ”Masanya akan tiba
pada umat manusia, ketika tidak ada apapun yang berguna
s e l a i n D i n a r d a n D i r h a m . ” (Musnad Imam Ahmad bin
Hambal).



Tunggu entry akan datang untuk mengetahui mengapa,bagaimana dan sebab musabab mengapa emas ini adalah penyelesaian kepada kita untuk keluar dari kawah riba dosa yang amat besar ini=)

p/s jika ada sebarang kesilapan, saya amat mengalu alukan komen daripada semua. Juga saya membuka ruang kepada yang tidak bersetuju. Sebarang komen adalah amat saya hargai untuk mementapkan lagi ilmu.Maaf jika ada kesilapan.

sumber rujukan:
1.http://www.dinarkel.com (kelantan gold dinar)
2. http://hasbullah.pit.my (blog hasbullah pit)
3. http://dppwp.wordpress.com (dppwp)
4.http://www.tranungkite.net
5. dan lain2 fail pdf dari web2 berkaitan.

Rabu, 10 Jun 2009

Pengalaman time kecik2 (tag)

Peraturan: Jika anda di tag, adalah sunat muakad untuk anda menulis 25 perkara yang masih anda ingat semasa anda zaman kecik2..

adessss..ade pullakk laaa sunat muakkad..ni kalo bhase melayu dah kire sunat yang dituntut wei..sesat toll..ape2pon kite kire suke2 je laa ekk..ni ha pngalaman yg stil aku ngat laaa..cus aku ade msalah ingatan fit..


1. time kecik2 dlu aku rase aku kuar dari perot umi aku kuar kepale dlu kot.
2. then jadi anak yang soleh dan disayangi semua tmasuk jiran2,toke kedai runcit dan lain2.
3. suke tgk cite pendekar ade silat2.
4. suke nyanyi lagu2 hits dlu2.smpai skang umi aku tharu bile dgr balik lagu2 tu.
5. xske tol pi skul tadika.basic sgtt semue tuh..last2 duk umah..
6. dulu kalo jalan start pas sarapan jam 9 pagi,balik jam7ptang.dah balik,abah xbg kua..so stay la mane2.
7. kat taman kitorang dak2 laki mmg wajib maen bola.kalo x mmg malaun la tuh..so aktiviti bmain bola adalah wajib tetiap ptang.
8. time pakcik aku nikah, aku tukang bwk kek,skali jatuhh daaaaa....jatuh lak mmg pmukaan kek tu btul2 kat jalan..mletupppp wei...nasib aaa.sape suh dak kecik bwk..
9. dulu2 time dajah 1 2 kot dah gemok dah..nga3..time tu mmg aaa kiut..tapi dah tue ni adui...masalah bessarrr tol..
10. time rehat kat skul rndah main ting2..ari2 lak tuh..
11. datang skul pon awal leh maen galah pnjg,main pepsi cola sepak2 kaki..maen guli,main sepak botol..
12. sluar koyak celah kangkang dah bnyk kali kot..lg satu kat kaki kanan slalu ngat koyak cus tkena sprocket beskal..
13. penah time pj aku tbaling bola kat pale cikgu..name ckgu tu pn rahmah bt muda..skali die jerit..toyol!!!!!
14. xpnah pon dapat nombo 1 semur idop kat skul..
15. penah bkwn rapat ngan megat mohd syazwan time dajah 3 smpai 5..link blog die kat sbelah ni (this is my story)..penah laa aku tarik kusi time die nak duduk,skali tlentang kpale thantuk meja blakang..agak bdebar time tuh,tapi aku gelak je laaa..sory friend...ngeh3..tapi ko still bijak kan skang???
16. suke ngat pelihara ikan.smpai skang ade ikan kat umah.
17. kali ptame gi mancing time dajah 2 ke 3..tapi crite tuh smpai 2 3 minggu x habiss...padahal dapat ikan potak je ponnn...sekor lak tuh..
18. penakottt hampeh...ke jamban nak bteman je..tp dah skul mnengah dah mcho aaahhh..hehe..
19. umi aku cakap aku baik time kecik2..hmmm..aku trime je laa..
20. makan mmg kuat laaa...
21. membeli mmg kuat gak,duit stisa ada kat tgn..
22. xske kai baju time dirumah..
23. suke tgk org bina bangunan,xkire la kecik ke besar..seolah2 aku tahu aku akan mjadi engineer awam satu hari nanti..kalo dpt tgk org bancuh simen,ikat bata,sukat kayu smua tuh mmg xbganjak ler..rase cam nak tolong jer..
24. suke ngat kerabu timun,tiap2 bhari bulan puasa umi buat..
25. adehhh...dah makin lame makin ngaruttt...dah xtau nak tles ape..bwh ni gamba adik spupu aku,gambo aku ade,tp dulu gune kmere canggih,xde sof kopi,maleh nak scan..2org ni name die leman dan pian..lbeh kurang ni la koot dulu..gabab...




Selasa, 9 Jun 2009

Dinar dan Dirham

Diriwayatkan oleh Abu Bakar ibnu Abi Maryam bahwa beliau
mendengar Rasulullah SAW bersabda, ”Masanya akan tiba
pada umat manusia, ketika tidak ada apapun yang berguna
s e l a i n D i n a r d a n D i r h a m . ” (Musnad Imam Ahmad bin
Hambal).
Cemboy sedang merungkai apakah kepentingan dinar dan dirham. Saya juga berminat untuk membuat pelaburan emas(dinar). Bolehkah sesiapa jelaskan tentang pelaburan ini?Bagaimana ingin melabur?

Sabtu, 6 Jun 2009

Mesej Dari Mimbar

Salam blogging semua. Bersyukur kerana kita masih lagi diberi peluang menghirup udara yang mengisi penuh paru-paru.Kemudian diekstrak oksigen ke dalam darah menuju jantung.Dipam tanpa disuruh ke seluruh badan oksigen tersebut tanpa henti walau sedetik. Cuba bayangkan jantung itu terhenti....Selamat tinggal dunia..

Khutbah jumaat yang benar-benar menarik perhatianku kelmarin. Bertempat di Masjid Kg Megat Segama, Temerloh isi khutbah menjelaskan betapa singkatnya hidup ini. Serta realiti rintangan dan cabaran dalam perjalanan menuju destinasi hakiki - Syurga atau Neraka.

Jelas khatib bertugas, kita harus sedar betapa kehidupan ini hanyalah persinggahan. Pada awalnya, kita dihidupkan di alam roh. Kemudian ditiupkan roh tersebut ke dalam rahim ibu. Cukup waktunya 9bulan 9hari, keluarlah kita ke alam persinggahan yang menjadi penentu kehidupan abadi (dalam english, forever) sehingga mencapai usia tidak lebih 100tahun. Kemudian apabila dicabut roh oleh malaikatulmaut, kita disimpan di alam barzakh sementara menanti hari kebangkitan. Bermula di sanalah kita mengharungi pembalasan apa yang kita lakukan di dunia sementara ini. Yang nyata, alam akhirat itu tiada penghujungnya. Beruntunglah mereka yang pahala amalnya mengatasi kejahatan.

Dalam hidup ini, jangan sesekali kita leka mengejar kenikmatan dunia,

Jika kita mengejar wang ringgit dan tidak pernah puas dengan apa yang ada, kemungkinan kita akan terlibat dalam rasuah, penipuan, judi dan mencuri(tidak semestinya pecah rumah,mungkin mencuri secara profesional)

Jika leka melayan kehendak nafsu syahwat, kita akan terjerumus mencari pasangan wanita selain suami isteri yang akibatnya akan memusnahkan institusi kekeluargaan, menyebabkan penyakit melalui virus, lahirnya bayi haram, dan meruntuhkan maruah.

Jika terlalu taksub dengan makanan yang enak-enak, saluran darah akan dipenuhi kolestrol yang menyekat kelancaran pengedaran darah, jantung yang sihat akan terganggu, kesihatan badan akan menjadi buruk yang mengakibatkan ketidakselesaan dalam urusan ibadah.

Jika terlalu mengejar pangkat dan darjat, maka akan menjadi sia-sia lah amalan akibat niat yang terpesong. Juga si gila darjat berisiko terjerumus dalam rasuah, cantas-mencantas, fitnah, pembunuhan dan pergaduhan besar-besaran.

Perbuatan-perbuatan ini semuanya akan menjauhkan kita dari rahmat Allah. Apabila tiadanya rahmat, maka mudahlah tersesat dari landasan fitrah manusia. Dengan ini, sia-sialah kehidupan dunia ini. Kerana kejahatan itu tidak mudah terhapus. Jangan mengharap taubat ketika tua, dikhuatiri hati semakin keras untuk kembali ke pangkal jalan.

Buat semua, semoga kita dikurniakan hidayah dari Allah SWT. Bertaubatlah sebelum kita ditinggalkan dunia. Time is just fly..

(maaf kerana tidak dapat menyertakan nas2 dari al quran dan hadis, aku bukan arif tentang agama, tetapi sekadar ingin ingat mengingati)

Survey!