klik!2

Sabtu, 18 April 2009

WANNABE POSITIVE!!

3 hari tanpa air. Dalam kepala aku blame mereka yang sebabkan ini terjadi. Mulut asik mencela dan merungut. Hati tak tenang dan memberontak. Nyata sekali menjejaskan cita2 aku ingin mempositifkan minda 100%. Hilang pertimbangan dan menguji kesabaran.

Kebetulan pula 3 hari panas terik tanpa hujan. Membuat biji mata terasa panassss..
Jika sebelum ini aku memujuk hati mengatakan ini adalah ujian tuhan. Tapi tidak untuk kali ni. Hanya 2 hari menjelang final exam. Mana mungkin tenang minda memfokus.

Ketika di kolej Matrikulasi, 2 minggu tanpa air dengan fikiran yang kurang matang. Mulut bagai senapang yang mencarut tak tentu pasal menyalahkan pihak ini dan itu. Tetapi sesudah air mula keluar dari paip, tidak ada pun sujud syukur terlaksana,tiada terima kasih untuk yang bertungkus lumus, kesyukuran hanya dizahirkan dengan mandi sepuas puasnya tanpa terlintas sedikit pun untuk berjimat cermat. Setitik penyesalan lahir kerana bertindak diluar kawalan sebelumnya.

Pada ketika ini, bagi sesiapa yang dari mulutnya tidak lagi mengeluarkan sebarang rungutan, hatinya sentiasa ingat ini adalah ujian Allah, mindanya dikawal agar tidak memikirkan keburukan, dialah orang yang paling bahagia apabila air mula mengalir dari paip. Berbahagialah anda dengan kepuasan maksimum dari berkat kesabaran.

Aku tidak sehebat dan sekebal itu. Tapi itu adalah cita2 aku. WANNABE POSITIVE!!

Tiada ulasan:

Survey!