klik!2

Rabu, 8 April 2009

Tidur

salam sejahtera dan berkat Allah ke atas semua.semoga dirahmati dan sentiasa dalam redhaNya.kali ni ingin aku ulaskan tentang tidur.kerana aku semakin kemaruk.menjelang final,otak makin berserabut.maka,tidur adalah anti depressant paling mujarab.

tidur merupakan salah satu fitrah manusia.manusia memerlukan tidur.malah,tidur juga dikira ibadah.bilamana dikatakan fitrah,maka secara automatiknya tidur itu menjadi keperluan kepada manusia yang apabila kita tidak dapat melakukannya akan menjejaskan rohani dan jasmani.antara fitrah lain manusia adalah bertuhan,makan,syahwat,ibadah spt solat.jadi,andainya kita tidak dapat memenuhi fitrah tersebut,maka akan pincanglah kehidupan ini.

namun,ingin aku utarakan kata2 bekas sifuku. "kau tidurla banyak mana pun.nanti kau bangun,stay 4 5 jam mesti akan mengantuk balik.daripada tidur berlebih lebih,baik kau buat sesuatu yang berfaedah.kerana suatu hari nanti,kita akan tidur buat selamanya.sehingga lah dibangkitkan kelak.tiada siapa akan kejut kau waktu tu"

thanx sifu..tapi skarang kelas TOS batal..nak tido jap..

Tiada ulasan:

Survey!